Thursday, November 12, 2009

part 2 graduan kakilima..(Tuhan bersuara)

Alkisah cetera ini bersambung lagi..

Aku duduk di birai katil berbual dengan Sham sambil memerhatikan Annisa. Seorang lelaki berumur dengan isterinya menghampiri. Barangkali dia melawat cucunya. Dia bertanyakan aku kenapa anak aku begini dan kenapa cacat begitu?
Aku jawab acuh tak acuh. Letih dengan soalan ini!

"Barangkali anak ini kenan. Saka kot! Dulu sepupu saya punya anak..pot..pet..pot..pet!" bebel sang isteri. Aku hormat orang tua dan kawasan sekitar. kalau tidak....

Ini cerita benar. Tak lama berselang seorang aci (India tua) datang. Dia tak banyak cakap. Menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata," Adik jangan risau! banyak-banyak sembahyang ingat sama Tuhan kasi ini anak baik. Saya mesti pergi kuil kasi tolong sembahyang!". Dia memegang kaki Annisa dan berdoa dalam bahasanya. Keadaan ini sama pernah berlaku sewaktu aku pergi mencari rumah penjagaan kanak2 cacat untuk mengikuti kelas fisioterapi. Kebanyakan sukarelawannya bukan Islam dan ada seorang lelaki Cina kristian berdoa untuk Annisa.

Petang, boss dan second boss dari Pahang datang melawat. Boss amat faham dan membenarkan aku bercuti sehingga semuanya sudah selesai. Second boss hulurkan sedekah RM50 sama seperti kawan2 yang lain jika datang ziarah. Boss tak sedekah pun sebaliknya dia meletakkan tangannya di belakang badan Annisa. Matanya pejam dan bibirnya terkumat-kamit.
"Saya hanya mahu memegang tubuh seorang wali Allah!" katanya mengikut persepsi atau tafsiran versinya.

4.30 petang
Annisa batuk-batuk tanpa henti. Ia berlarutan sehingga jam 4 pagi. bayangkan batuk tanpa henti selama dua belas jam?
Doktor on call datang memeriksa suhu badan, memeriksa anggota tubuh yang lain. Kemudiannya aku terdengar doktor wanita ini mengeluh perlahan,"Apasal ha?"..dia kebingungan. Doktor pun tak tahu apatah lagi kami.
Aku kemudiannya duduk. Memejam mata. Aku bertanya pada Tuhan apa sebab Annisa begitu dan tolonglah beri penyelesaian. Akalku seolah-olah berkata annisa mungkin terganggu tekaknya disebabkan tiub yang dipasang di hidung melalui tekak terus ke perut itu.aku menyuruh Doktor mencabutnya dan .... benar! Annisa boleh tidur dengan nyenyak kemudiannya.

Aku dapat pelajaran hari itu yang kita boleh berkomunikasi terus tanpa sempadan dengan Tuhan jika kita benar2 ikhlas, menunduk mengakui kebesaranNya dan pasrah. Aku masih ingat suara itu..

8 comments:

uncle gedek said...

Aku speechless...

author faethal said...

Sayu hati baca kisah lu bro..
Masa puasa tu pun dengar citer dari rakan-rakan anak lu masuk hospital..
Tapi Diqin kata lu steady orangnya..
Dalam hati Allah yang tahu..

cicitkulusakah said...

allah bg dugaan kt org yg mampu hadapi..HATI EMAS.ALADDIN.KEKASIH AWAL DAN AKHIR.

aku said...

mereka semua berdoa pd tuhan yg satu..

Anonymous said...

bang!tlg jgn stop tulis graduan kaki lima..tolonglar...time kasih..

Anonymous said...

TUHAN KADANG KADANG SELALU TIMBULKAN BANYAK PERSOALAN YANG IA PERLU JAWAB SENDIRI. MOHON KAU TOLONG SEMUA HAMBA MU TUHAN, KAMI BENAR BENAR DALAM KESEMPITAN.

Anonymous said...

kepada aku....bila ko tulis mereka semua berdoa pd tuhan yg satu...bukan satu...tapi ESA...tiada bejisim...tiada berjirim....

Anonymous said...

tak tau nak cakap apa. cuma, semoga Allah kurniakan kerahmatan kepada LKS dan isteri atas kesabaran tuan. Allah Maha Mengetahui segala kejadian di alam yang akan datang.

Syurga sudah pasti untuk si anak. Untuk kedua orang tua yang penuh sabar menjaga, ingatlah... pelihara setiap apa yang tersirat dan tersurat.... nescaya, insyaAllah, akan terus menuruti perjalanan ahli syurga ini...