Monday, November 1, 2010

hantu kum-kum

Kata seorang mat salleh "Islam adalah seperti kulit bawang pada orang Melayu. Jika kulit itu dikoyak maka akan terlihat di dalamnya penuh kepercayaan tahyul dan karut-marut".

Tahun-tahun 80an dulu heboh satu malaya (sebab disiarkan dalam akhbar melayu) kisah hantu kum-kum. Perempuan berpurdah membawa anak akan merayau dan memberi salam "Assalamualaikum-kum". Tidak dijelaskan dengan terperinci apa motif hantu alim menutup aurat itu bikin road tour keliling Malaya dan bertandang ke rumah orang. Tak pasti apa bentuk honorarium yang dia perolehi dengan menakut-nakutkan rakyat khususnya Melayu. Tidak pula dicertitakan dia nak apa dan apa jadi selepas masuk rumah orang. Dia cekik orang ke atau minta kena rogol ke, semuanya tak jelas. Yang jelas, sebagai budak aku cukup takut waktu itu sebagaimana aku takut disakat orang tua-tua ada Benggali namanya Chahu akan menyabit kepala untuk dibuat jambatan. Chahu ini memang selalu bawa sabit untuk menyabit rumput buat makanan lembu peliharaannya.
Suatu ketika seorang jiran kami telah membawa bomoh ke bukit berhampiran rumah kami bertujuan untuk 'memagar' hantu setan dari mengganggu majlis perkahwinan anaknya nanti. Selepas itu heboh terdengar bunyi lolongan tangisan di bukit itu pada waktu malam. Sebenarnya bunyi salakan anak anjing.
"Memang bunyi anjing tapi lama-lama ia semakin menadayu macam bunyi orang menangis, dengar tak?" kata seorang mak cik kepada aku. Ini disebabkan aku mengaku tak mendengar walau jika dibandingkan dengan rumah mereka, rumah aku paling hampir dengan bukit. Sungguh-sungguh mereka mengakui kewujudan hantu. Memang aku pun ada terdengar lolongan itu.
Waktu makan malam aku pun mengada-ngada cakap dengan keluargaku yang aku takut bunyi hantu bukit itu. Tiba-tiba apak melenting, "Syirik kamu takutkan hantu. Orang Islam mesti percaya hantu tak ada dan kita lebih mulia. Bodoh kalau kita takutkan hantu."

Sejak itu aku mula buang rasa takut pada hantu sebab aku tak mahu apak kata aku bodoh.

7 comments:

nwa said...

bro
aku pun xpecaya kat hantu
tp wife aku penah npk byg2 itam kat umah aku
aku pun takut gak masa tu,tpaku still xcaya sbb aku sendiri xnpk
tp lama2,aku mcm takut kalo antu tu tau aku xcaya,so die akan tunjuk diri die dpn aku,last2 aku pecaya gak sket2
hehehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ya zaman tu aku budak tak bersunat lagi...
gilamor hantu kum kum tu
tengok agama pemimpinnya macam tu lah agama pengikutnya

aku said...

gua mase kecik2 dulu cukup pecaya ngan org sabit kepala buat jambatan... adoi..

azmie said...

ari tu aku baru je jumpa antu kat highway. antu plus. selamat duit 30 hinggit buat pengeras nak tompang lalu.

mahaza said...

hantu kum kum... bermatlamat 'menghina' Islam tanpa disedari - sebab ibubapa zaman tersebut selalu dok criter - kalau orang bagi salam jangan jawab - tu hantu kum kum.... walaupun bukan semua la....

hantu takde tapi kita takleh menidakkan keujudan Iblis, Syaitan dan Jin.... walaupun tak semua menonjolkan diri tapi kalau dia nak tegur, kita boleh tahu sebenarnya.... bagi yang mengetahui

perjalanan pulang said...

bro, jangan cakaplah lagi pasal antu.. kat malaysia ni antu sama macam orang hidup jugak

Term Papers said...

It is really amazing post, nice pictures and well done.