Friday, March 18, 2011

radiasi

aku mangsa radiasi
ledakan nukleur peracun minda
diletupkan oleh sang dungu
yang seumur hayat tak pernah kujulang
aku mangsa nukleur adu domba
semakin hari semakin bodoh
kabur dan keliru
bahana radiasinya

4 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

radiasi bercambah
bebal dan tandus
kepada pemuda dan pemudi
agar senang di pecah dan diperentah

sabdakalam said...

aku suka ini POST

Marhaenonymous said...

radiasi sebaran media
merangsang jiwa gila
serasa ingin pecah kepala
menjadi eksperimen konspirasi songsang sang penguasa

Cikli said...

radiasi,
korupsi,
mangsanya sama,
kesannya sama,
penyebarnya sama,
pengamalnya sama,
penaungnya sama,
pelindungnya sama,
penawarnya sama,
iaitu jangan berikan x padanya,
hanya axed sama dia!