Tuesday, October 4, 2011

reformati aku

reformasi untuk aku adalah perubahan yang aku juang dan aku tuntut:-
TIDAK PERLU ORANG LAIN MENENTUKAN APA YANG KITA PERLU BUAT
ia termasuk
LELAKI BERAMBUT PANJANG BUKAN SATU MASALAH YANG SANGAT BESAR, asalkan mampu berfikir dan memberi buah fikiran yang baik dan berguna.
KOT, TALI LEHER, BAJU BATIK entah orang gila mana mengiktiraf benda-benda ini sebagai pakaian rasmi yang dimasukkan dalam kod etika berpakaian. Pakaian biarlah menampakkan kewarasa dan kemuliaan sebagai insan.
MENGHAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT KHAS VIP ~ PARKING KERETA, LALUAN, TEMPAT DUDUK DAN SEBAGAINYA.
skeptikal terhadap orang muda. Orang muda merempit masuk semak dipanggil maksiat tapi orang tua berlonggok depan kedai nombor, masuk hotel mengongkek atau beromen dengan GRO tak de apa. Khutbah Jumaat selalu bedal orang muda, orang tua takde apa.
KEBEBASAN BEREKSPRESI DALAM KARYA
seniman bebas melahirkan idea melalui karyanya dan di dalam karyanya itu ada idea yang diketengahkan untuk dibincangkan bukannya diharamkan.

dan...
KARYAWAN BUKAN MAUN, makan daun-daun atau masak pasir, berlauk batu, berkuah limbah untuk anak bini.
aku benci dengar dan alami hasil kerja dikira amal jariah je sedang orang tengah menyedut hasil.
ini perlu REFORMASI sebelum kau aku kasi MATI!

7 comments:

author faethal said...

Nak tunggu lu menulis balik...fuh!. Berjanggut bro..
Nasib baik lu rajin 'mengayat' dalam FB.
Dapat jua gua menghapus kegersangan membaca entri lu Kulup Sakah..wakaka

kulupSakah said...

aku pon rasa camtu... kat fb sama twitter lebih cepat sekarang, sini aku cuma tulis sketsa jelah kot

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gersang membaca tak apa ,jangan jadi macam orang tua dalam n3 ni dah tua buat maksiat..tuhan tak suka

lanterajiwa said...

ayat nie aku paling suke...

KARYAWAN BUKAN MAUN, makan daun-daun atau masak pasir, berlauk batu, berkuah limbah untuk anak bini.
aku benci dengar dan alami hasil kerja dikira amal jariah je sedang orang tengah menyedut hasil.

aku pun dah letih...

Unknown said...

gua setuju dengan Lanterajiwa. Disamping karyawan, pejuang juga patut dihargai SEBELUM mereka mati.

Lup, lu jangan mati dulu, beb!
Kasi coret atas kulit kayu ke, papirus ke, buat tinggalan kat kitorang ni sumer.

Entry lu yang ni memang menusuk jiwa, beb! Gua nak copy paste beb. Gua tak pedulik! (hehehe. dasar lanun cetak rompak)


http://aderberani.blogspot.com/2011/10/gua-baca-gua-nangis-gua-maun-dua-helai.html

kulupSakah said...

terima kasih geng atas sokongan dan dokongan kalian!
terima kasih!
itu reformasi sebelum mati!

Mat Luku said...

kah kah kah...bagus..kasi bedal je..biasa sgt amik kesempatan di atas semangat amal jariah kartunis mcm lu ni abg fendi...muahahahaha