Saya mengikuti dunia kartun tanahair sejak kecil. Tidak siapa dapat nafikan kehebatan majalah kartun ketika era Gila-Gila meledakkan pasaran pada 1 April 1978 sehingga kemudiannya pasaran menerima lambakan majalah kartun. Gila-Gila seperti sebuah akademi yang melahirkan bintang-bintang. Kebanyakan kartunis era 80-90an atau berumur 30 tahun ke atas hari ini adalah produk Gila-Gila. Secara kasar kiraan saya ada tidak kurang 100 kartunis masih aktif hari ini. Tapi mengapa majalah kartun semakin mati dan kartunis pada hari ini hanya melukis karikatur di sudut kompleks, mall atau di majlis-majlis? Apa sudah jadi?
Gila-Gila masih hidup hari ini tetapi berapa jualannya setiap keluaran? Apa impaknya pada masyarakat? Berapa ramai pengikutnya dulu masih membeli? Atau berapa ramai masih sedar kewujudannya?
Apa masalah hari ini? Ada yang menyatakan kemasukan komik Hong Kong dan manga dari Jepun telah membunuh industri komik dan kartun tanahair. Itu ada benar juga. Tetapi mengapa kita gagal bersaing? Gila-Gila hari ini masih mengulangtayang kartun-kartun lama yang generasi sekarang susah nak hayati. Ia hanya nostalgia sahaja. Cerita-cerita lawak suami isteri berebut nak balik beraya di kampung siapa sudah tidak relevan lagi kerana hari ini lebuhraya sudah siap. Boleh beraya di dua-dua kampung. Lawak apa hari ini?
Baiklah. Sebenarnya sesuatu itu meletup apabila ia bersifat melawan arus. Ini fitrah manusia. Ini hakikat. Majalah Gila-Gila meletup kerana ia melawan arus yang menjadi budaya ketika itu. Kartun dan majalah sebegitu sudah ada (majalah Ha Hu Hum sudah ada) tetapi Gila-Gila tampil penuh bergaya dengan suntikan 'pop' walaupun satira. Karikatur A.R Badul yang ngetop waktu itu menghiasi muka depan Gila-Gila nombor satu. Selepas itu permintaannya terus tinggi, terus meletup. Kartunis bak artis pujaan. Saingan terdekat majalah Gelihati.
Peneraju awal Gila-Gila, kartunis Mishar kemudian menerbitkan majalah Batu Api. Majalah ini kemudiannya meletup sehingga edarannya pada suatu masa mengatasi Gila-Gila. Tahun 1988 tak silap perpindahan beramai-ramai kartunis Gila-Gila ke Batu Api dan Warta Jenaka, sebuah akhbar humor terbitan syarikat yang sama dengan Batu Api.
Gila-Gila terus nombor satu kerana adanya waktu itu kartunis Ujang (Ibrahim Anon). Mengapa? kerana Ujang juga 'counter culture'. Membawa imej anak muda dengan budaya berontak. Karektor Atuk berperangai seperti anak muda, Aku Budak Minang, Aca adalah gambaran waktu itu. Zaman rock, zaman anak muda. Kartunis Gayour di Gelihati juga turut popular kerana imej rock. Malah Lat juga di awal kemunculannya adalah 'counter culture' juga dengan kartun-kartun satiranya. Keluarga Mamat adalah 'counter culture', Kampung Boy. Keluarga Mamat di Berita Harian sangat popular dan Utusan mengimbanginya dengan Din Teksi karya Nan.
Lama kelamaan apabila banyak majalah muncul dengan membawa formula sama, ia sudah jadi budaya. Ia tidak lawan lagi. Ia seperti sebuah lagi restoran tomyam di tepi jalan yang sudah penuh restoran tomyam. Gelihati, Mat Jenin, Batu Api (walaupun beberapa kali cuba dihidupkan, gagal!), Seloka 21, Telatah Olok-Olok, Humor, Jenaka, Boom, Gelagat semuanya mati. Kerana ia tidak membawa formula baru melawan arus maka ia gagal. Sesetengahnya mati kerana masalah pengurusan.
Tetapi apabila kartunis Ujang bersama Kharisma Publication muncul dengan majalah Ujang, suasana kembali berubah. Ujang dengan Gayour, kombinasi ikon anak muda berjaya menjadikan suasana yang baru. Kartunis Aie dari majalah Jenaka tanpa disangka mengatasi mereka. Tetapi itu lebih melonjakkan majalah ini dan membentuk budaya baru. Begitu juga kartunis yang lain yang 'brilliant' seperti Nik. Ujang memberikan imej baru kepada kartunis-kartunis yang sudah bergiat di penerbitan lama tetapi belum popular. Majalah Ujang memperkenalkan muka depan (cover) dilukis dengan akrilik oleh Yaz Malee. Majalah Ujang juga 'melanggar' formula skema apabila lukisan kartun di'detail'kan dengan latar belakang yang cantik, panel atau bingkai yang bebas tidak terikat, boleh senget-senget sedangkan sebelum itu ia adalah pantang dan termasuk dalam disiplin berkartun. Lawaknya 'cukup-cukup'. Kesan majalah Ujang ini juga telah menenggelamkan majalah 'senior' sebaliknya majalah senior mula terikut corak persembahan Ujang. Rentetan fenomena ini timbul lagi majalah kartun baru yang persembahannya juga ala Ujang. Ternyata yang meniru juga gagal.
(Tulisan ini bukan hendak cerita tentang kronologi sejarah dunia kartun maka tidak perlu diperincikan dengan krisis Ujang dengan MOY atau lain-lain)
Hari ini majalah Ujang dan APO? berapa edarannya? masihkah mereka mengekalkan identiti awal penerbitan?
Ia terpaksa berubah dan terikut-ikut pula dengan majalah generasi hari ini seperti Gempak dan lain-lain yang saya 'tak boleh masuk'.
Majalah kartun mati kerana ia tidak mendengar suara hari ini. Apa suara hari ini? Ia ada kaitan dengan politik semasa juga. Dato' Lat dalam kenyataannya tidak bersetuju dengan kartun politik yang mengkritik keras pemimpin negara. Dengan tidak menafikan sumbangan Lat yang 'counter culture' saya tidak juga boleh bersetuju dengan Lat. Zunar dan Rossem adalah kartunis yang mula muncul mengkritik pemerintah. Soal kita setuju atau tidak dengan persembahan mereka adalah perkara lain. Bersama Ronasina selaku editor, Jonos (ketua pelukis) dan kawan-kawan seperti kartunis Haili, Enot (sekadar beberapa nama) majalah Gedung Kartun terbitan Sepakat Efektif milik Zunar telah meletup, bukan sahaja menggegar pasaran malah menggegar kerajaan. Majalah ini diharamkan!
Itu jawapannya. Itu noktahnya. Sesuatu itu meletup apabila ia melawan arus dan kebiasaan ketika zaman itu. Siapa dapat nafikan zaman ini zaman pergolakan politik? Impak Gedung Kartun inilah telah menarik perhatian kerajaan untuk memberi peruntukan menerbitkan majalah kartun pro mereka. Sebelum ini ada seterang begitu?
Di dunia internet, jika anda layari Malaysian Gags anda akan dapati komik, humor baru telah dimulai mereka dan sambutannya sangat hebat. Ini humor generasi baru. Yang 'lawan budaya'. Istilah hari ini 'troll'.
Percayalah! jika kerajaan tidak mengharamkan Gedung Kartun saya yakin ia akan popular, nombor satu, meletup, jadi ikutan, impaknya akan melahirkan banyak lagi majalah sebegitu sehingga pemerintah terancam.
Inilah zaman ini. zaman sesiapa yang mengikut arus menjadi tidak relevan. Apa saja kerja seni yang membodek tidak dilayan oleh generasi hari ini. Filem, drama, teater, lagu apa sahaja akan statik, lembik dan sayur. Kita boleh menafikannya dengan mulut tetapi cuba tanya dalam hati betul-betul. tanpa ada agenda apa-apa, tanpa berpihak mana-mana, benar atau tidak zaman ini zaman kemelut politik? Di pihak mana kartunis berdiri pada era ini, ada tidak mereka mengambil bahagian? Jika kartunis berkata 'aku tidak campur politik di situlah salah kerana politik bukan hal-hal kepartian tetapi politik adalah persekitaran. Kartunis tidak boleh lari merakamkan isu harga barang naik, gaji rendah atau apa isu pun. Tidak kisah menyokong atau membangkang tetapi ia mesti jujur dan penuh tanggungjawab. Paling penting kartunis bukan pak angguk menerima arahan demi perut.
Itu peranan kartunis dan karya kartun mereka.
komik kisah benar mendiang P.I Bala dalam kes pembunuhan Altantuya. Meletup!
24 comments:
artikel menarik..
mati kerana zaman sekarang orang tak baca majalah maupun komik. Komik dan majalah bahasa malaysia tak ada pula langganan secara elektronik . kegagalan mereka untuk adapt kepada market membawa kepada kematian mereka sendiri
orang seperti saya lebih gemar membaca komik dalam peranti elektronik. sudah lama tak beli majalah humor kerana print material di rumah akhirnya akan menjadi sampah sahaja
seperkara lagi baca sahaja skandal MOY dan Ujang. Hak pengkarya ditidakkan. jadi bila berlaku kezaliman sebegini baik mati sahaja industri yang menipu kartunis dan mengkayakan pemodal
apa pendapat tuan dengan perjuangan komik dakwah edisi maya? ini contoh blog komik karya saya sendiri untuk perjuangan itu:
http://mfrstudio.blogspot.com/
adakah ia bukan satu dari usaha martabat komik dari generasi baru?
Aku dulu memang minat dengan Gila-gila. Sampai sekarangpun bila aku kenangkan kisah Ayob anak Tulakang, Ujang dan lain-lain aku masih tersenyum sendirian. Tapi aku mula stop bila timbul hal MOY dan Ujang tu. Aku tak tahu siapa betul siapa salah, tapi siapa yang buat karya tu,dialah yang patutnya dapat hasilnya. Sekarang ni komik semuanya tak ori dan tak kelakar. Banyak lawak yang lapuk dan sama je. Membosankan.....
Mfrstudio,
Tahniah! Apa saja karya asalkan ia tidak dibuat dengan dipaksa, satu usaha yang baik dan saya sentiasa menyokong. Tahniah!
Cockin cock dan Datuk,
Letih kan?
salam... saya adalah pembaca majalah-majalah kartun di Malaysia. umur saya 28 tahun tapi masih lagi meminati majalah seperti gila-gila. agak terkejut bila dapat tau yg G3 dh nk tutup sbb majalah tu ok jer.memang tidak dapat dinafikan yg majalah seperti Ujang tidaklah sehebat seperti ketika awal-awal kemunculannya pada 1994 sehingga 'pemergian' ujang dari majalah itu. berbanding dengan APO?, majalah ini semakin mengancam n hebat pada setiap keluaran. secara peribadi, saya berpendapat punca matinya majalah kartun di Malaysia adalah kerana kelemahan editornya. sebagai contoh, apabila APO? diambil alih terajunya oleh rambai dari petai, maka banyak pembaharuan yang dilakukan dan ianya menjadi. bukan nk mengatakan yg petai tidak bagus namun tidak ada salahnya jika peneraju utama majalah bertukar tangan kepada orang lain yg mungkin mempunyai idea yg lebih baik lagi. seperti yang berlaku pada majalah Ujang n G3 sekarang ini, secara jujurnya, eloklah ditukarkan sahaja jawatan Pengarah Penerbitan/Ketua Editor kepada mereka yg dirasakan dapat mengembalikan kegemilangan majalah kartun Malaysia. Lengkuas n Aan Budak Baik bukan tidak bagus namun sudah tiba masanya pembaharuan dilakukan. apa-apaun, saya masih lagi meminati, membeli n membaca majalah-majalah seperti Ujang, APO?, G3, Gila-Gila dan terbaru, Fuuyooohhh...
Saya pernah usulkan untuk mendapatkan grant bagi Majalah seperti ini di elektronikkan, tetapi orang atasan banyak bermain politik. Majalah sudah tidak releven kerana wujudnya media elektronik, terdapat website yang scan majalah seperti ini dan pembaca-pembaca lebih tertumpu di sana kerana ianya percuma. Jika mahu hidupkannya semula kerana passion masih ada, saya boleh membantu dengan membina sebuah laman web bagi komik-komik seperti ini. Kalau berminat contact saya. :)
aku start baca komik Gila2 mid 80's kerana terikut dengan perangai abang. dulu2 tak banyak hiburan, jadi setiap bulan, keluaran Gila2 ditunggu2. aku ada 7 beradik, bila abang dah beli Gila2 untuk bulan tu, adik beradik yg lain akan berebut menentukan nombor giliran membaca yang seterusnya. kalau dapat giliran last, terseksa hidup! ada kala 3 hari kemudian baru giliran sampai!! kahkahkah...nostalgia..
kekadang,artikel yang lari dari isu politik amat dialu2kan.. hahaha
Agak sedih bila dapat tahu yg G3 pon akan berkubur. secara peribadi aku adalah peminat Gayour secara tegar. Aku juga pembaca majalah kartun secara aktif sejak dari 1995. gila-gila, gelihati, batu api, ujang, apo, lanun, varia lawak adalah bacaan harian aku.
apa yang pasti kartunis era kegemilangan majalah kartun ini mempunyai gaya lukisan tersendiri. lihat saja kartun ujang, gayour, padi, petai, aie, retah, duku, sukun, maro, bawang, zainal buang husein, rejabhad, Nuds, Asan, jaafar taib, datuk lat, zunar, dll, mereka semua ada gaya lukisan tersendiri. tetapi rata-rata pelukis muda lebih terikut gaya lukisan manga, marvel, dan juga hong kong. disitu kita nampak hilangnya identiti mereka.
saya setuju juga apabila mengatakan lawak kartun hari ini seolah-olah tiada impak. mungkin juga kerana kematangan pembaca itu sendiri. bayangkan masa kecil kita membaca lawak tersebut kita akan ketawa berdekah-dekah tetapi bila dah membesar terasa lawak tu dah lapok.
rasanya ada bagusnya kalau tradisi setiap majalah dahulu disatukan. gabungkan satira gila-gila berdasarkan isu semasa, lawak tanpa sempadan ujang, lawak mentarbiyah lanun/varia lawak, info grafik apo/g3, cerpen/novel grafik aie/buluh/tembakau/Ubi. aku tak tahulah macamana nak bayangkan bila kesemua ni ada dalam 1 mjalah. biarpun isu bumper ataupun hanya keluar sebulan sekali pasti aku akan beli.
Saya ada membuat kajian research saya berkenaan fenomena ini... jika ada kesempatan silalah hadir ke mesyuarat PEKOMIK pada 22/June/13 di BSVN pada jam 2-5 petang... diskusi tentang "The Shrinking Market of Traditional Comic in Malaysia ~ Comparative study : Traditional Comic vs Digital Interactive Comic" ~ terimakasih... SIREH
kuasai isu2 semasa dan kritik melalui kartun pasti melariskan majalah tetapi kerana takut mengkriti kerajaan tu yang mati tu. Teknologi illustrator dan perisian kartunis dapat membantu.
Bahan bercetak akan terus relevan walaupun dalam kerancakkan kemajuan media elektronik. Kartun yang mempunyai peranan yang luas dalam kritik sosial adalah salah satu genre hasil seni yang mempunyai peminatnya tersendiri. saya percaya hasil seni tidak akan menjadi sampah.
entry ni sedap dibaca macam makan super ring
pendapat saya pulak majalah lawak sekarang ni serabut....
isi kandungan dan lukisan agak serabut dan peminat rasa kurang selesa untuk membaca....
lagi satu lawaknya pula agak sama dengan yang lepas-lepas...
ada juga lawak yang tidak masuk akal
dan kebudak-budakkan....
cadangan saya adalah kaji balik kaedah lawak yang dibuat oleh majalah gila-gila era 80an dan 90an dulu.lawaknya tidak membosankan dan ada unsur pengajaran juga....
sekadar pendapat...
kepada kartunis sireh,
bang, saya dah lama baca dan kagumi stroke abang tapi tarikh 22/06/13 jam 2-5pm seswai dianggap wrong place at the wrong time. bagi gua la....sebab time dan hari yang sama tu gua akan berada di padang merbuk.... hehehe
selamat maju jaya tuk abang sireh.
pendapat saya, bahan bacaan masih releven buat zaman ini. saya lebih puas baca hardcopy drpd softcopy. isunya, kandungan itu sendiri. jangan sebut pasal hilang identiti, cuba fikir sejenak kenapa manga jepun atau komik hongkong lebih dapat sambutan daripada karya seni tanah air sendiri? sejujurnya, saya rasa majalah seperti ujang, gila-gila semua menarik dulu. ada message nak disampaikan. i guess they're losing it already? hence, cliche. lack of originality and recycling the same story plot. sebagai orang seni, we have to widen our views. i'm not asking people to copy how to be a mangaka or other foreign comic artist but take some tips and pointers from them to develop our comic industry. be critical and be creative! that might helps ;) sekian.
Gempak? Urban Comics? pada pendapat aku 2 majalah ni pun melawan arus jugak.. mengetengahkan genre komik yang bukan sekadar lawak/humor dari artis tempatan
Mengapa?
Skrang zaman hp. Kalau boring, hp kan ada. Macam2 kita boleh buat. Dlu takde ni suma sampai sanggup kayuh beskal dkt 5km cari majalah kat kedai ane.
Sya stuju juga hal Ujang dengan MOY. Selepas Ujang mendiamkan diri,saya juga tidak lagi mengikuti majalah Ujang.
kita kena ikut peredaran zaman dan isu semasa. Masalah nya kartunis suka ikut gaya sendiri dan syok sendiri. Penerbit pula hanya fikir untung. So ....kena ada persefahaman anatar penerbit, kartunis dan keadaan semasa.
update update lama blog ni........ syok baca
kita kena adakan balik konsep 1 artist/penulis= 1 komik. di bawah publisher yg sama. komik pulak kena la berkualiti mcm karya2 luar. mcm buat sebuah filem yg bagus. masalahnya kartunis ni kdg2 malas nak tgok dunia luar. buat reference.
Saya masih peminat setia Gila-Gila dan paling minat idea yg diadaptasi dr rencah kehidupan oleh kartunis agung NUDIN ,seorang graduan yg memilih kartun untuk menyedarkan masyarakat tentang banyak perkara.Tidak bermakna sya x sokong kartunis lain.Semuga Pn Aisyah Kama boleh membantu Gila Gila di bangunkan melalui Laman Web yg berbentuk komersial demi kesinambungan Kartunis Tanahair. Insyaallah
Creative Enterprise dan Staff majallah boleh cuba cadangan-cadangan yang dikemukakan di komen yg dirasakan blh membantu memertabatkan kembali zaman kegemilangan suatu masa dulu.Gila Gila my favourite, semuga terus berkarya dan stesyen televisyen patut beri ruang sekali sekala pd kartunis terutama yg kartun mereka pernah diminati dan masih diminati
Lawak campus jg superb.
intelligence comic.
study gaya tulisan amran fan. Nampak bodoh tp ada makna.
Post a Comment