Friday, December 26, 2008

HUDUD: DENGAR SINI WAHAI DAP dan BN!!

gambar Saiful Bukhari yang menuduh Anwar meliwatnya. Bolehkah dibuktikan tanpa mengikut sistem perundangan Islam?

Sewaktu Islam memerintah pada zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah zaman khulafa urrasyidin berapa kalikah hukuman ke atas pesalah zina dijalankan dan berapa kalikah penuduh yang menuduh tanpa bukti dihukum? jAWAPANNYA TAK SAMPAI 10 KES!!

Berapa kalikah pula dalam sejarah itu ada perompak dihukum potong tangan? Di Habsyah berpuluh-puluh kenderaan ambulan disediakan di tempat hukuman potong tangan dijalankan. Kenapa? Kerana berpuluh2 orang awam akan pengsan ketakutan melihat hukuman itu dijalankan, sedangkan yang dihukum sebaik saja diberi rawatan perubatan boleh terus pulang ke rumah menjalani hidup seperti biasa. Tidak perlu berpisah dengan anak isteri dalam penjara dan tak perlu kerajaan keluarkan belanja makanan dalam penjara. Keinsafan akan terbit pada masyarakat yang melihatnya.
Masyarakat takut melakukan jenayah, penjenayah takut dengan hukuman dan penfitnah takut dihukum jika tuduhannya palsu.
Undang2 manusia masih menggalakkan rompakan. Bayar denda saja anda bebas atau habis saja hukuman anda masih boleh menggunakan wang rompakan yang disembunyikan dulu. Yang dirompak terus kehilangan tanpa pembelaan..Sebab itu di Indonesia, mereka akan membelasah dan membunuh pencuri(maling) yang masuk ke rumah kerana jika dihantar ke polisi silap2 boleh lepas!

DAP dan parti komponen BN khususnya Umno sendiri yang beragama Islam mesti bersedia dan terbuka untuk membincangkan perkara ini bukan terus menentang. Apakah 50 tahun kita mempraktikkan undang2 manusia kadar jenayah semakin menurun?

fahamlah! hudud untuk orang Islam. Derhakalah kami (fasiq) jikalau hidup, makan-minum dan bernafas kurniaan Allah tetapi enggan menurut perintahNya yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaanNya. Peraturan ini adalah untuk manusia dan bukan untukNya kerana Dia tak perlukan apa2 dari manusia.Tidak akan selesai selagi kamu berpaling dariNya!

Apakah yang telah anda lakukan untuk membasmi jenayah? Atau kamu sendiri sanggup bersubahat dengan penjenayah?
kita duduk dan bincangkannya untuk mencari sebuah penyelesaian. Cuba kita praktikkan hudud dengan penuh keikhlasan dengan niat yang betul untuk setahun dan lihat hasilnya. Cuba dulu!!

ohoho!! takut ramai yang kena?hahaha!! itu yang sebenarnya..

tapi untuk menjatuhkan hukuman dalam menjalankan hudud bukanlah semudah itu. Banyak prosesnya yang memberikan keadilan kepada yang menuduh dan yang dituduh. Perbicaraan seboleh2nya cuba untuk melepaskan tertuduh dan jika benar sabit kesalahan barulah hukuman dijalankan..
Ahh!! terlalu panjang nanti kalau diterangkan, kita mesti sama2 mencari ilmu dan menyampaikannya kepada mereka. Yang pastinya hukum hudud bukanlah untuk menyakiti pesalah, tetapi hukuman itu digariskan Allah untuk 'membersihkan' dosa perbuatan mereka. Kamu boleh hukum pesalah dengan apa jenis hukuman tetapi belum tentu dosa itu dibersihkan Allah..Wallahu'alam!!

2 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam LKS,
Kalau non-muslim tak mahu hudud pun tak apa. Bila anak-bini mereka kena rogol bergilir-gilir atau kena rompak, kerajaan biarkan saja. Mereka mungkin lebih simpati kepada perogol atau perompak dari sayangkan anak-bini.

Anonymous said...

sebab depa disesatkan oleh muslim jugak Dr..