Wednesday, December 24, 2008

YB Umno kalau nak lompat PR, jangan masuk PKR!!

foto Datuk Zahar Hashim ihsan Malaysiakini

Tahniah di atas kemasukan Datuk Zahar Hashim ke dalam PAS setelah meninggalkan parti primitif Umno..alasannya Umno khianati dirinya..hihi! bukan khianati rakyat ke/ohh ye..dia pun rakyat juga..dan alasannya ialah PAS adalah satu-satunya parti 'melayu'..dan di dalam Pas dia ingin membela nasib Melayu dan bukan melayu..


laa... Pas bukan parti Islam kah?? oho..parti Melayu..apa? Melayu itu Islam, Islam itu Melayu? hihi! nak muntah..takpelah..

apa-apahal pun kalau mana2 pemimpin Umno yang dah muak dengan parti busuk lagi korup tu nak pindah, masuklah Pas kerana parti dari Pakatan Rakyat yang lain takkan marah, tapi kalau masuk PKR ke orang Pas marah sebab orang Umno ni tak bersih..Tun Mahathir Raja kerosakan dan raja fitnah tu pun masih ada ruang dalam harakah dan ditimang beberapa pemimpin Pas waktu Pak tua tu sibuk hentam Pak Lah dulu..asalkan menguntungkan Pas takpe..dalam ucapan tu Mahathir masih hentam Anwar tapi pemimpin Pas dok gelak sama dengan orang lain..


isu hudud Husam- Khairy


isu hudud yang dikecohkan semasa debat Khairy-Husam tu pun tak reti-reti lagi ke? Kerja bodoh betul..masuk perangkap lagi si Pas ni..perangkap Khairy! aku pun bercita2 hudud ditegakkan di bumi Malaysia ni dan Kit Siang tak perlu sebok2 sebab hudud ni takde kena mengena dengan orang bukan Islam, ia hanya untuk orang islam- jadi jangan sebok dengan urusan agama kami yang mana kami tak sebok2 ganggu agama kamu..lakom diinukum waliyadiin..

simple saja komen Tian chua yang aku setuju:- kalau Pas menang 2/3 tiada siapa yang boleh bantah Pas buat hudud tapi sekarang masih belum cukup..dan DAP juga tak boleh diapa-apakan untuk membina konsep malaysian Malaysia kalau mereka capai 2/3..buat masa sekarang kita saling memerlukan..

di sinilah dikehendaki 'fatonah' jika Pas ingin meneruskan perjuangannya..sebagaimana Rasulullah SAW mendampingi bukan Islam dengan berurusan dalam perniagaan mahupun mengadakan perjanjian untuk menggunakan air.Jadi masing2 perlu menggunakan kaedah berkesan yang boleh meyakinkan rakyat agar ianya diterima dengan baik .


aku setuju dengan cadangan menubuhkan PEMUDA PAKATAN RAKYAT yang menggabungkan semua parti di mana di dalamnya kesemua rakyat Malaysia mempunyai satu cita-cita- kehidupan yang adil dan selamat- tiada prasangka perkauman dan gangguan sentimen agama!

1 comment:

Unknown said...

PEMUDA PAKATAN RAKYAT. Bagus juga tuh kalau boleh kerjasama.