Saturday, January 10, 2009

AMERIKA/YAHUDI: bukan BANGSA tetapi 'SIFAT'!!

Apabila Allah berfirman akan kebobrokan kaum Yahudi dan Israel dalam Al Quran adakah Dia Yang Maha Mengetahui merujuk kepada 'bangsa' itu sepenuhnya? Apakah memang SEMUA yahudi jahat dan tidak boleh dipercayai? Tidak adakah seorang bani Israel yang berhati mulia?

Bagaimanakah dengan yahudi yang sudah memeluk Islam? Apakah dia juga dicerca hanya kerana dia seorang yahudi walaupun dia sudah Islam ? Seorang bayi yahudi lahir di muka bumi ini akan dicerca Allah walhal dia tidak pernah meminta dilahirkan sebagai yahudi...
Jelas pada saya Allah maksudkan 'yahudi' bukan merujuk kepada bangsa itu akan tetapi sifatnya yang telah diwarisi dan dijadikan fahaman oleh sesiapa saja termasuklah seorang muslim..
Seperti istilah 'kafir' yang bermaksud engkar- bagaimanakah yang Islam akan tetapi engkar menurut perintah Allah? Kafirkah dia? atau Kufur? (hahaha!!)

Tidak perlu menukarkan agama seorang muslim kepada agama lain, cukup sekadar membuatkan mereka berperangai dan mengamalkan cara hidup seperti yang lain..campakkan sebiji bolasepak di tengah stadium maka beribu2lah orang Islam ke sana tak bersembahyang..mudah bukan?
atau menganjurkan konsert, majlis tari menari dan sebagainya!!
Amerika tidak menjajah seluruh dunia tetapi filem Hollywoodnya telah mengindoktrin kepala hotak kita yang Amerikalah wira dunia..KFC dan McD menjajah pemikiran anak2 kita!

Tidak pelik mendengar umat Islam dipijak, dibunuh, disepakterajang Zionis tetapi mengejutkan apabila mendengar ahli KMM atau JI dibogel,disepak dan diludah mukanya oleh SB yang seagama mereka dan yang di dalam kubur nanti akan menjawab kepada Malaikat "Muslim adalah saudaraku!"..
Apabila kita hairan mendengar Lady Diana terbunuh dalam kemalangan terancang di dalam terowong kerana mula menjalin hubungan dengan seorang muslim Dodi Al Fayed, tidakkah pula kita terlebih hairan apabila seorang muslim dituduh oleh muslim yang lain yang dia melakukan zina dan liwat tanpa langsung dapat dibuktikan perbuatannya (hatta tarikh tepat pun tak dapat diberikan)? Siapa lebih kejam?

Yahudi mengajar kita riba' dalam urusniaga tetapi tidak mengenakan riba' kepada bangsanya sendiri, satu2nya bangsa yang dijadikan Allah tanpa negaranya sendiri ini telah mampu menguasai Amerika-negara gergasi dunia..Yahudi mempunyai Koscher- tak pasti ejaan (badan seperti Jakim) yang mengawal kesucian sesuatu produk makanan kerana yahudi memakan makanan yang halal disembelih dan bersih. Mereka mencipta ubat2an tetapi membuatnya mengikut berbagai2 gred untuk mengaut keuntungan...

ketika kita seperti enau melepaskan pucuk masing2, musuh bersatu menghancurkan kita!
seperti kata Baginda S.A.W kita seperti buih2 di lautan, banyak tetapi ringan dan hanyut!!

Israel kuat atau kita yang lemah? Mana dia semangat Perang Badar atau perang salib? Siapa Salahuddin Al Ayubi masa kini?( Ketua Pemuda Pas?)..Khalid Alwalid? Mus'ab Umair? Masih adakah pedang Zulfaqar dalam jiwa kita? Atau Iskandar bertanduk dua(Zulkarnain)..
KHAIBR YA YAHUD!!

1 comment:

Harimau-Menaip said...

Yang den tahu, Alexander Bukan Zulkarnain...

Makin berkobar-kobar Tuan sekarang. Rasa macam nak pack baju dan naik kapal terbang ke Gaza...