Tuesday, January 20, 2009

sukarnya menghayati KETUANAN RAKYAT!

Dasar pecah perintah British yang diwarisi Umno/Bn sudah tebal mengaratkan minda rakyat Malaysia dan mengikisnya seperti mustahil..Mission Impossible!

Anwar Ibrahim yang melancarkan Ketuanan Rakyat dan menolak fahaman kebangsaan yang berbentuk racist seperti 'Ketuanan Melayu" di Kg. Baru 14 April 2008 menjelaskan yang konsep ini selaras dengan dasar Islam yang menegakkan keadilan sejagat tanpa mengira warna kulit. Islam adalah agama yang menjamin kesejahteraan umat manusia melangkaui batasan agama dan kaum.
Tok Guru Nik Aziz menjelaskan fahaman nasionalisme takkan berkekalan dan menyokong dasar ini kerana Allah berfirman "sesungguhnya berlaku adillah dan berbuat baiklah". Nik Aziz menolak ketuanan Melayu kerana Allah menjadikan manusia itu berbagai2 kaum untuk saling kenal mengenal, apatah lagi semua manusia berasal dari Nabi Adam a.s dan beliau selalu bertanya "Adam apakah bangsanya?"
DAP dan PSM juga memperjuangkan keadilan dan hak yang sama rata. Siapa yang susah perlu dibela..

Konsep ini rupanya masih sukar dihadami mahupun dihayati oleh penyokong Pakatan Rakyat walaupun mereka cukup menyanjungi tokoh ini..
Fahami baik2 kenyataan aku....Sebagai Melayu, tidak salah kalau aku terlalu memikirkan nasib bangsaku, Cina dan India juga boleh memikirkan peluang bangsa mereka..TIDAK SALAH DAN ITU BUKAN RACIST!

yang salah dan racist ialah membantu bangsa sendiri dengan menindas yang lain..INI SALAH DAN ZALIM!!

Persaingan sihat amat digalakkan dan masing2 WAJIB menghormati hak dan kepercayaan antara satu sama lain..
Aku takkan biarkan negara ini dirompak pemimpin rakus hanya kerana dia Melayu Islam!! Jangan tuduh aku menggadaikan bangsaku sendiri apabila melawan pemimpin sebangsaku yang korup..
Sebagai Islam aku menyokong Hudud dilaksanakan walaupun Karpal Singh menentangnya..(lebih sedih kalau bangsaku dan saudara seagamaku sendiri membantah)..

Tetapi aku menyokong beberapa perkara yang pernah dibangkitkan Karpal atas kebenaran yang dibawanya..aku menyokong bukan bermakna aku Pro Benggali dan aku tak setuju dengan dia bukan kerana dia Benggali....

Inilah yang berlaku hari ini! Musuh menuduh kita menjilat atau mengikut bontot pihak2 tertentu hanya kerana kita bersetuju dengan mereka...
Aku dapat lihat sendiri bahawa "jarum" ini sedang cuba dijalankan ke dalam Pakatan Rakyat, sebab mereka takut jika "Pemuda Pakatan Rakyat" yang berkonsepkan hidup harmoni, cintakan keamanan dan keadilan serta menghormati antara satu sama lain ditubuhkan- jarum mereka bukan saja patah malah mereka akan tenggelam dipukul ribut..

Apakah memecah tembok perkauman satu "MISI MUSTAHIL"?

4 comments:

Anonymous said...

salam sdr labun, mustahil klu BN msh jdk kerajaan..dorang tu sibuk ngan ketuanan melayu tp org melayu yg menjatuhkan martabat melayu sendrik smp songkok yg berkaita ngan melayu pon dh tkde di atas kepala semasa memakai baju melayu..so..ketuanan melayu aper yg di kecohkn BN/UMNO nie...
ISLAM lebih penting dan patut di utamakan..

Anonymous said...

mudah berbicara pasal politik ni kalau mengikut selera sendiri.

aku yakin 'pemain' politik negara kita ada wawasan mereka sendiri demi utk bangsa,agama dan negara.

pelbagai kaedah dgunakan utk memancing pengaruh. ketuanan rakyat pada aku tidak lebih dari rangka DSAI utk mendapat sokongan non-malay yg menolaknya pada PRU11 sebelum ini.

bila dah dpt memerintah nanti, pandai-pandai la DSAI reka, takkan nak ditindas melayu pula, sebab yang angkat dia pun melayu juga.

Anonymous said...

Salam KS,

Pada aku ketuanan rakyat tak akan di capai selagi masih ada lagi parti berasaskan bangsa. Walaupun telah ada parti sedemikian rupa, dominan sesuatu bangsa masih menjadi teras dalam perjuangan parti. PAKATAN RAKYAT tidak akan dapat mewujudkan ketuanan rakyat.
Ketuanan Rakyat mungkin tercapai melalui satu parti yang memperjuangkan semua bangsa secara adil dan saksama. Ini sukar, melainkan perlembagaan yang ada diubah dan undang-undang Islam adalah yang terbaik memberi kesaksamaan semua bangsa dan yang penting rakyat sendiri sedar peranannya sebagai TUAN dalam menentukan halatuju negaranya.

IndukYati said...

yang salah dan racist ialah membantu bangsa sendiri dengan menindas yang lain..INI SALAH DAN ZALIM!!

Ini faham Zionis...baca balik tukartiub