Tuesday, November 17, 2009

lu apahal?

sebelum tu kartun terbaru aku di sini

sebaik saja keretaku keluar ke jalan besar dari rumah aku, tiba-tiba siren motor peronda polis dari belakang berbunyi kuat dan meminta aku ke tepi. Ah! Menteri mana pulak nak lalu ni? Aku buat selamba memandu tanpa minggir ke tepi. Polis bermotorsikal menhonkan motornya dan memotong aku. Sebiji lagi bersaing di sebelah aku. Motorsikal yang memotong tadi memberhentikan motornya menghalang kereta aku. Hampir aku melanggarnya dan terpaksa aku mengelak. Seekor motor lagi di belakangku. kini ada 3 biji motor menghalang. Dari cermin pandang belakang aku dapat lihat mercedez hitam membawa menteri hapa tah masih jauh di belakang. Aku menurunkan cermin tingkap.

"Ke tepilah!" jerit polis ni.

"tak boleh! Anak aku sakit ni , nak ke hospital!" jawabku.

"yelah! kalau ye pun ke tepilah dulu!" jerkah dia.

darah aku mendidih. Cilake! Anak aku sakit disuruhnya ke tepi semata2 nak bagi lalu kuli rakyat bermercedez tu.

"Kepala hotak engkau!" Aku menjerit. 'Anak aku sakitlahhh!".

Aku tak peduli dan terus memandu. Mujurlah mereka memasuki simpang dan bukan terus melalui jalan yang sama. Polis2 itu terdiam sambil memerhatikan kereta aku berlalu. barangkali mereka berkata "gila mamat ni kot?".

.......................................................................

Kereta aku putus timing belt minggu2 Syawal yang lalu. Aku dan Sham terpaksa menunggu tow truck tepi hiway KL-Seremban . Untuk menghilangkan boring aku bikin video klip nyanyi lagu "pusara di lebuhraya" dan Sham merakamkan melalui telefon bimbitnya. (Segan lak nak uploadkan, hihi!).
Tiba2 2-3 motor pegawai polis pengiring berhenti lebih kurang 30m dari kami dan memberhentikan kenderaan yang sedang bergerak. Terjadilah kesesakan sebentar. Rupa2nya sebuah kereta mewah dengan bendera kuning diraja lalu. Kami tergamam seketika tetapi terlambat. Mereka sudah bergerak dan tidak nampak kami yang berlari mendekati kereta Agong untuk meminta pertolongan. Tumpangkanlah kami rakyat jelata yang hina dina ini.. Ah! Kalaulah kami cepat bertindak!

...............................................................................

Di lebuhraya persekutuan, dalam sesak jalan itu tiba2 polis trafik pengiring membisingkan siren meminta semua kenderaan ke tepi. Aku malas nak melawan lalu ke tepi sikit. Apabila kereta mewah gelap itu melintasi kami, aku mengeluarkan tangan dan mengangkat jari hantu. Ada pegawai trafik nampak tapi tak mempedulikannya.

kepada orang2 yang merasa besar,
renti2kanlah buat benda2 gini. kalau rasa nak cepat, keluar awal. dahlah minyak dan tol kamu free pakai duit rakyat, kereta free pakai drebar lagi..belajor2lah merasa susahnya bersesak2 dan membayar tol dan minyak.
Sepatutnya kamu hormati rakyat kerana rakyatlah kamu di situ.
sebagai kulupsakah- secara peribadi aku fed up dengan orang2 besar perasan yangtak habeh2 menyusahkan kelicinan perjalanan orang lain. noktah!

17 comments:

fikiranlicin said...

idup bro ronasina!

Anonymous said...

dulu rasanya ada kes doktor yang tak bagi jalan kat depa ni... pas tu depa tembak... sekali doktor tu tembak balik... pasal dia pun nak cepat... ada operation rasanya...
bila dibawak ke mahkamah... doktor tu menang kes nih... yang nak lalu tu kena bayar singgit rasanya...

errr... ni cerita orang tua-tua... aku tak ingat betul tidak.. kehkehkeh...

ISA said...

Bro,

Aku pun buat jugak posting pasal orang2 besaq ni, lepaih tu aku kena kutuk kow2, ada yang kata aku tak hormat perlembagaan rukun negara, dan ada yang suruh aku keluaq dari malaysia.

ha..ha..ha.. hang nak aku tambahkan lada dan garam lagi ka...? kat depa tu...

Admin said...

cerita satu: gua angkat tangan. gua pernah baran dengan memamat pengiring nih.. alih2 gua lepak balai 14jam.

cerita dua: cita2 gua masa darjah satu nak jadi agung. cikgu gua gelak sampai berguling-guling.

cerita tiga: biasanya gua bagi isyarat dalam hati jer.

Anonymous said...

korang baca tulisan terbaru isyam TT. Dia ada bantai puak setan nih. kah kah kah . . .. idup melayu!

sang kegelapan said...

btul tu bang kulup...
aku pun ingat2 nak kuarkan cerita ni..tp xsempat2 lagi..so bang kulup dah kuarkan dulu bagusla...memang puak pengganas ni bongkak tahap gaban..yang si anjing plak berusaha untuk paksa rakyat bagi laluan..aku pun macam kilat jela...bagi isyarat dalam hati je..xnk cari pasal..tp mmg aku yakin rakyat yang penah terkena mmg akan menyumpah seranah..penjajahan kepada rakyat!

C++ said...

Bhai...

Isyarat jari hantu dengan berjuta maki tue dah biasa gua buat untuk kes-kes macam nih... hahaha... setakat nie belum pernah kena lagie... hahaha...

Gua cuma bagi laluan kalu Ambulan ker... Bomba ker... yang nak lalu.. yang lain... maap jer la...

D'ayo said...

Bhai...

Aku pun macam C++, ambulance dengan bomba je aku bagi laluan dengan ikhlas, tanpa ada isyarat dalam hati (macam si KiLaT)... ambulance dengan bomba nie apasal tak de pengiring pulak...

Hanisham Ab Halim said...

Semua nak suh rakyat bagi kat diorang??? Habis tu apa yang diorang bg kat rakyat????

Bukan Panglima Perang Pun said...

haha bro,nampaknya kebetulan berlaku antara kita.

minggu lepas kat highway plus dari kajang ke bangi,aku bawak moto skuter kecik.pastu datang la dari belakang polis pengiring menghalau kenderaan sampai 3 lorong jadi 1.aku tunggu kereta yg dimaksudkan,dan bila dia lalu,langsung jari aku pun naek.

kereta2 belakang yang laen ada yang hon n bg thumbs up.haha seronok jugak naek jari tengah2 highway :)

Anonymous said...

Sokong 100%..

Kenapa perlu nak bg keistimewaan pada geng2 berok tuh. Diaorg tak pernah pun byr cukai jln, minyak pn free...

Perabih reta rakyat ada la...

pergi mampus dan persetankan si jahanam tu..

AnakSemuaBangsa said...

jgn sampai rakyat buat gerakkan bawah tanah..
seludup senjata baru ada akal puak gerombolan ni..
bro..nak tanya skit.. codek@automotif sapa arr.??

kulupSakah said...

codek tu Khairul Anuar Ishak budak Temerloh, Kodek pulak Razali (black) budak Chamang

Alia Zahra said...

jgn sampai naik jari hantu kaki udah le lup? kang terkangkang kat tepi hiway haha ..

rakyat didahulukan ... yea rite!

Anonymous said...

suke entry nie..
aku pun lawan gak.. pagi senin lps on the way nak gie keje ...tiba2lak polis trafik dtg dgn megahnya bersama motor putih ..excod kate itam blambang kuning..mase tue, jln aku tgh lampu hijau...jd aku nye jalan lah. aku peduli apa..jln aku...
tp malas nak lawan..polis tue siap tunjuk hujung jari kat aku...
aku pedulik apa..jln aku...
org lain pun nak cpt gak...jd buat yang berlambang kuning dan bkereta itam.. hormati lah rakyat skit..buat driver kereta itam tue..korang jgn ar nak berlagak..siap jeling tue... cehh...

Term Papers said...

very interesting blog and a good posting !!! you must maintain your blog, its interesting !!! Nice Buddy.

Anonymous said...

bangga lah buat mcm tu?? cerita kt org..jgn riak..kita ni kerdil je..tk se gah mne pu ..klau hati tu dah benci ..smua bnda nmpak xbaik..itu tnda hati tu hitam,kotor....mari bersihkn sma2...