Friday, October 7, 2011

malam jumaat

(dah final...)

Aku masih tercari-cari mana kuletakkan seliparku tadi ketika semua lebih kurang empat belas jemaah surau kampung Bintang melangkah pulang.
"Rasanya di tangga depan kolah tadi." getusku.
Setelah berkelintau lebih sepuluh minit baru aku terjumpa selipar ayamku tercogok di tempat yang aku fikirkan tadi.
Pelik! dah banyak kali aku tinjau di situ tak nampak pula. Peh! Malam ni malam Jumaat... baru lepas baca Yassin.
Ketika hendak menyarungkan selipar dan menekan alat kawalan jauh pintu kereta, aku perasan ada kelibat seseorang di serambi surau dan aku rasa tertarik.
"Tak balik lagi Ayah?" tegurku.
Lelaki itu yang dalam samar lampu surau seakan dalam usia tujuh puluhan tetapi nampak sihat menganggukkan kepala. Aku mendekatinya.
"Tidur sinikah?" tanyaku.
"Ya... tidur di mana-mana untuk merehatkan jasad tetapi rohani terus jaga." jawabnya.

Wah! Menarik ni...
"Saya KulupSakah, sekadar singgah je di sini, nak balik Kajang ni..." memperkenalkan diri.
Dia menghulurkan salam.
"Hang Tuah..." jawabnya tenang.
Bulu romaku meremang....
Tubuhnya tidaklah tegap sasa seperti yang diomongkan selama ini tetapi aku dapat rasakan kekentalan tangannya sewaktu bersalam. Rambutnya pendek sahaja persis wajah Mat Kilau yang pernah aku lihat fotonya. Atau orang gila mengaku Hang Tuah.
"Ohoh! Di Sayong kampung saya pun memang ada sebuah keluarga yang bapanya beri nama Hang Lima Bersaudara dan kebetulan anak lelakinya memang lima. Tapi tak mungkin ayah ni Hang Tuah yang sebenarnyakan? Hehe!" selorohku.
Dia tersenyum tenang. Jelas dalam samar-samar lampu jalan wajahnya memang nampak jantan.
"Ayah nak ke mana sebenarnya?" tanyaku.
"Tak ke mana-mana, di sini juga. Di alam ini. Wujudnya kita maujudnya di alam ini. Tiada alam lain yang dapat dizahirkan kemaujudan kita."
Ah!...
"Oh! Memang penduduk tetap kampung nilah...saya fikir musafir tadi.."
"Ya, penduduk tetap alam saghir dan alam kabir tetapi musafir dalam perjalanan pulang ke wajibul wujud."
"Apakah ayah menghilang setelah gagal meminang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan dulu masuk ke dunia sufi?" tanyaku.
Dia memandangku seolah-olah aku...seolah-olah aku tak tahu apa yang diolah-olahkan. Mulutnya terkumat-kamit tetapi tidak kedengaran suara.
Aku berasa tidak selesa. Bila teringat Hang Tuah aku teringat kata-kata keramat "Ta' Melayu Hilang di Dunia" yang diungkapkannya.
"Ya!" Tiba-tiba dia bersuara. "Maksud Melayu itu~ sebenarnya sebuah bangsa yang gagah sehingga bisa 'melayukan' apa saja yang dipegangnya. dalam lembut ada gagahnya. Dalam tolak ansur ada tegasnya.

Dia membuat aku kagum. Fikiranku melayang memikirkan kehebatan Hant Tuah dahulunya dan...
PAPPP!!!
Adoi..!!

"Apa entry lu ni brader? Surreal sangatlat, apa lu cuba sampaikan ni?"
"er..."
"Dahlah....tak best gua rasalah bro... lu apahal, tumpul je la ni?"

Ya...
cerita ini akan aku habiskan dalam sebuah buku yang akan diterbitkan satu hari nanti sama ada aku hidup atau udah pulang menunggaling kawulo gusti

3 comments:

jengjengjeng said...

lincah derr...dh saspen ni!!!

Irwan said...

mananya hapdet?

Dasar Melayu mudah lupa...

hehehe

kulupSakah said...

erkk...emm..aa..anu..er...