Friday, August 10, 2012

Antara kafir dan munafik

Ulama Utusan keluar hukum haram undi DAP sebab kafir harbi ini menghalang tegaknya Islam di Malaysia.

Wahai ustat!
1) dalam DAP ada muslim. Apakah mereka juga kafir? Perlu aku ajar ayat menuduh muslim lain kafir?

2) bagaimana pula mengundi muslim yang menentang tertegaknya Islam di mukabumi Malaysia ini? Mahathir ketika PM menghantar surat amaran akan isytiharkan darurat jika kerajaan Kelantan laksana hudud.

3) orang yang mengaku Islam tetapi menentang hukum Islam ini munafikkan?

Maka soalan aku lagi....,
Mana lebih bahaya antara kafir dan munafik?
Surah tentang orang yang engkar atau kafir (Al Kafirun) pendek dan tegas. Hanya enam ayat sahaja.
Surah untuk si munafik (Al munafiqun) ada sebelas ayat dan ayatnya panjang-panjang beserta dengan sifat dan perangai sekali dijelaskan.

Semoga roh lapar kamu aman!

No comments: