Friday, October 5, 2012

bersama angin...


Kampung Baru - sedang memandu. Tiba-tiba, "Bang! Tengok orang tua tu.." Sham menjerit. Mujur juga kereta berhenti kerana berbaris menunggu lampu isyarat yang sedang merah. Seorang tua berjanggut putih lebat sedang duduk di perhentian bas tepi jalan. Biasa sahaja tetapi mengapa Sham menjerit seolah-olah tertarik?

Yalah... dari jarak tak sampai 10 meter dapat melihat pak cik yang tunduk itu bersih mukanya. Berpakaian serba hitam, berselipar lain sebelah dan di sebelahnya bungkusan plastik hitam berisi sesuatu.

Aku hendak bertanya sesuatu lalu kubuka tingkap sebelah Sham dan bagai mengerti kami hendak menyapanya tiba-tiba dia mengangkat muka, tersenyum ke arah kami dan mengangkat kening seolah-olah bertanya, "Ada apa?"

"Nak ke mana?" Jerit aku.

"Balik.." jawabnya perlahan tetapi gerak bibirnya dapat difahami. Dia tersenyum sahaja.

"Balik mana?"

"Dari asal mana kita datang!" jawabnya.

Kereta pun bergerak dan aku terpaksa meneruskan pemanduan.

Ya! Ke mana pun kita pergi kita mesti akan pulang ke tempat asal. Ombak pulang ke pantai. Do Re Mi akan pulang ke Do semula...

Bukannya berapa banyak kau kendong hasil yang usaha kau untuk menebus ganjaran di sana tetapi yang penting nampak dulu jalan pulang. Nelayan yang banyak hasil tangkapannya akan merintih jika tidak nampak pantai...jika tidak kenal jalan pulang.

Yang dirindui kekasih adalah sebuah kepulangan..

pulang dengan senyum, suci tanpa cacat cela...

Dari Ahmad ke Ahmad...

ya! Ahmad tanpa huruf Mim...

No comments: