Friday, October 19, 2012

selamat hari hartal sa-malaya

20 oktober 65 tahun lalu...  satu mogok besar-besaran oleh penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India bagi membantah penubuhan Perlembagaan Persekutuan. Gerakan ini diketuai oleh AMCJA-PUTERA, iaitu gabungan parti dan persatuan berbilang kaum, yang juga bertujuan untuk meminta kemerdekaan daripada pihak British dan juga mencadangkan Perlembagaan Rakyat untuk diguna pakai oleh Tanah Melayu. British telah mengisytiharkan darurat pada 1948 dengan alasan untuk membanteras pergerakan komunis walhal kebangkitan total rakyat menggusarkan mereka. Hampir 30ribu ditangkap, dipenjara dan ada juga yang dibuang negeri . Sepuluh ribu daripada jumlah tadi adalah Melayu. (sumber: kalampatah.blogspot.com)

hari hartal patut diiktiraf kerajaan sebagai hari perjuangan.

tarikh keramat 20 oktober ini juga empat tahun lalu, srikandi tanahair Shamsiah Fakeh pulang ke rahmatullah. foto ini saksi penghormatan terakhir kami terhadap pejuang