Sunday, October 28, 2012

Suatu Hari di Kebun Buah



Lama juga aku di kebun buah-buahan Islam itu. Ramai penjual buah-buahan tunggu di pokok masing-masing dan memanggil-manggil aku merapati mereka. Ada penjual buah Islam Sunni, ada buah Syiah, ada buah Liberal, Kontemporari, ada juga buah Hadhari dan seribu satu macam buah Islam lagi. Masing-masing menyatakan buah mereka paling bagus. Apabila aku menanyakan tentang asal -usul buah yang merek ajaja, di antara mereka ramai yang gagal memberikan jawaban yang meyakinkan. Ketika ada beberapa penjaja mencanangkan kelazatan buah yang mereka jual, aku bertanya pernahkah mereka melihat dan merasai isi di dalamnya. Ada di antara mereka memberitahuku mereka tidak pernah merasainya malah mereka tidak membenarkan aku merasainya kerana mereka juga diajar untuk tidak bertanyakan apa isi dalamnya. Mereka hanya mengulang cerita dari kelazatan itu berdasarkan apa yang telah diterangkan oleh orang-orang sebelumnya.
Tiba-tiba bapaku datang membawa sebiji buah. Dikupasnya buah tersebut dan dihulurkannya isi buah. Aku memakannya dan ia sangat lazat. Aku berasa sangat terpesona dengan kelazatan sehingga aku mabuk. Suara penjaja yang memanggil-manggil tidak lagi aku hiraukan malah wajah bapaku sendiri makin lama makin fana di dalam dzauk.

Foto hiasan: Pyanhabib, aku dan Abby Abadi

No comments: