"sejak lebih 3 tahun dulu lu cakap benda ni bro, gua memang mau sebab hari ni majalah yang bagus semua dah mati...tapi...." Om Dikin penggerak Radio Bangsar Prioriti seakan teruja. Wahyu, budak yang aktif menerbitkan zine sendiri tersenyum penuh makna. Hafiz Roket menggaru-garu meja.
Ya! Kita mesti kasi boleh, kata aku. Ustaz Wan J.I terkumat-kamit seperti hendak mengeluarkan nas dan hadis dari mulutnya.
"Positif! kena jalan!" kata Sham sambil menggolek-golekkan bola kecil di dada An-Nur untuk senaman. Di meja sebelah Isham Tukar Tayar sedang berbual dengan dua belacak yang datang menempel untuk melobi dirinya menjadi calon pi'aryu akan datang. Om Dikin meletakkan telunjuk di bibir.
"jangan bagi ayatollah dengar..." kata Om.
"bukan senang nak dapat tulisan penulis-penulis ni, itu masalah utama nanti...aku taulaaahhh!" Fazolah berbunyi lagi.
"belum cuba belum try, dah cuba baru fry!" jawapan positif satu-satunya dari Adam Lee, mahasiswa yang menurunkan bendera Union Jib tahun lalu. Entah falsafah apa tak tahu, tapi bolehlah...dia bersemangat.
"takpe. kita tengok dulu. aku cuba kontek beberapa budak tua dan muda supaya boleh sumbangkan tulisan seperti najman haliwi, mat saman kilo, esyu ppsmi hasni , athina fiddunia, push pop, hong siang malam, kak enn dan abang bat, dan ramaiiiii lagi ok tak Pejalriduan?" kata aku.
"ya!" jawab Pejal. "kita angkat idealisme, seni budaya, siasah dan agama dalam satu pendekatan sudut berbeza" Pejal berhujah dengan silat tangannya seperti berkuntau.
"komik pun kita naikkan imejnya semula macam gambar yang dilampirkan di bawah ni!" cadang Lan OOTS sambil meneguk neskopi cawan ketiga.
"cun!" kata aku. "setakat 1000 naskhah senang je terjual"
"lu gile punya konfiden beb?" Fazolah masih was-wasilkhonnas.
"tiada mustahil dalam dunia ini!" kata Sham.
"Ya! Wain kuntum junuban......" ustaz wan J.I memetik satu ayat. matanya mengerling takut-takut mufti yang di meja belakangnya terdengar.
"mana modal nak print?" tekan Fazolah.
Semua terdiam. beberapa minit. takde jawaban. Dan seperti kopi yang semakin sejuk di atas meja, cita-cita tadi pun begitu juga.