Tuesday, July 30, 2013

Hari ini aku puasa

Aku puasa semula hari ini selepas dua hari ambil ubat. Ada satu hari lagi dos tapi aku langgar. Sangat mencabar berpuasa semula setelah tertinggal. Masih batuk tapi dah tak semput.
Ke tempat Sham niaga untuk cari baju An-Nur sekitar situ. Baju budak pun mahal hari ini. Aku perlu cari kasut sebab kasut aku dah rosak. Kasut yang bekerja 365 hari itu sudah haus. Berkenan dengan satu kasut. Tapi KIV. Harganya RM400. Gila! Boleh makan 40 hari.

Belum tahu mau berbuka apa. Ingat mahu pergi pasar Ramadhan Prima Saujana. Abang ipar aku ada niaga mee udang. Saja mahu jenguk. Tengok kak yong aku sama anak buah ada sana atau tidak. Ah! Kalau rajin.....

Apa cerita? Kes tembak-menembak? Uhh! Kita semua berpenyakit. Penyakit hari ini seperti kartun ini...



Saturday, July 27, 2013

Malaysia negara pembunuh anak OKU Terlantar

Malaysia negara pembunuh anak ‘OKU Terlantar’?
Oleh: RONASINA
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008- ‘Orang Kurang Upaya’ diklasifikasikan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
Kategori OKU
Menurut perangkaan Bank Dunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih sepuluh peratus penduduk di dalam sesebuah negara adalah Orang Kelainan Upaya (OKU). OKU pula terbahagi kepada tujuh kategori mana di dalam tujuh kategori tersebut terpecah pula kepada beberapa bahagian.
Di antaranya kategori cacat anggota tetapi boleh berfikir dan mengurus diri, cacat anggota tetapi tidak boleh mengurus diri, cacat akal tetapi masih boleh menguruskan diri dan ada juga cacat akal serta tidak mampu menguruskan diri serta lain-lain lagi kategori.
Di Malaysia menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir tiga juta orang didaftarkan sebagai OKU. Di antara kategori ini terdapat apa yang dipanggil ‘OKU Terlantar’ yang mana anak ini dilahirkan terlantar, terencat perkembangan dan pembesaran malah tidak mampu menguruskan diri.
Ibu bapa atau penjaga anak OKU kategori ini jika berdaftar akan mendapat elaun sebanyak RM300 setiap bulan. Manakala yang tidak berdaftar disebabkan berbagai-bagai kesulitan juga ramai seperti tiada bapa sama ada sudah meninggal dunia atau lari, tiada kenderaan dan lain-lain.
Apakah elaun yang diberikan ini telah dapat menyelesaikan masalah kebajikan anak-anak ini? Apakah bantuan wang ini telah ‘menutup buku’ permasalahan yang membelenggu? Tahukah kita setiap tahun berapa ramai anak OKU Terlantar lahir?
Di Australia kajian menunjukkan setiap seribu kelahiran akan ada dua kanak-kanak mengalami Cerebral Palsy (Lumpuh Otak). Berapa ramai pula anak OKU Terlantar mati saban tahun? Mengapa mereka mati? Kebanyakan mereka mati kerana potensi diri semakin lama semakin merosot.
Tahap kesihatan mereka merudum bermula dengan kerosakan anggota seperti kekejangan sendi, tulang belakang membengkok (scoliosis), gangguan saraf sehingga kerap diserang sawan berbahaya dan juga jangkitan kuman terhadap paru-paru dan otak yang langsung membawa maut.
Mengapa keadaan ini berlaku? Hal ini kerana, di Malaysia tidak diperuntukkan sekolah khas bantuan penuh kerajaan untuk anak-anak kategori OKU Terlantar ini. Anak-anak ini dinafikan hak untuk bersekolah.
Kanak-kanak berhak mendapat pendidikan
Tahukah anda bahawa setiap kanak-kanak di dunia berhak mendapat pendidikan mengikut keupayaan potensi mereka? Inilah dasar ‘No Child Left Behind’ (Tiada kanak-kanak keciciran) yang diamalkan di negara-negara maju di mana setiap kanak-kanak tidak kira warna kulit atau bagaimana keadaan mereka sama ada normal atau mengalami kecacatan wajib dibenarkan mendapat pendidikan.
Di negara Scandinavia atau di Lingkaran Artik (Sweden, Norway, Denmark dan Finland) contohnya, mereka menyediakan sekolah khas harian percuma untuk anak-anak OKU Terlantar. Lengkap dengan sukatan pelajaran dan kaedah yang sistematik beserta tenaga pengajar dan pembantu yang cukup terlatih.

Baca seterusnya di http://www.keadilandaily.com/malaysia-negara-pembunuh-anak-oku-terlantar/

Friday, July 26, 2013

aku tak menghitung lagi...

Semalam Jumaat, aku semput. Lima kali aku sedut ventolin milik An-Nur. Barangkali jangkitan semasa menjaga di wad tempoh hari. Waktu menjaga An-Nur hari itu aku kena selesema. Seluruh badan sakit. Aku korbankan puasa bukan kerana aku tidak tahan tetapi aku terpaksa mengambil ubat cegah segera sebelum virus itu singgah di An-Nur. Mujur An-Nur tidak dimasukkan antibiotik dan keluar selepas tiga hari.

Tetapi aku yang lelah dan mengah. Mendukung An-Nur saja buat dada aku sempit. Setiap dua jam aku rasa nafas pendek. Paling sakit apabila aku cuba batuk untuk keluarkan kahak yang pekat di paru-paru, batuk menekan urat-urat keliling kepala.

Sham berniaga. Itu kepandaiannya. Aku tidak boleh menjaja. Aku hanya pandai memegang pen dan warna. Lalu aku ambil tugas menjaga An-Nur. malam tadi sepulang dari berniaga Sham menemani aku ke klinik. Aku ambil nebuliser dan diberi beberapa ubat termasuk antibiotik.

Hari ini bukan aku tak mampu bertahan untuk berpuasa. Semalam aku bertahan walaupun lima kali aku sedut gas. Tapi hari ini aku korbankan untuk memenuhi dos ubat agar aku tak semput. Agar aku boleh dukung An-Nur, mandikan dia, suapkan susu dan nasi.

Dan Sham berhujan panas mencari rezeki. Aku mencari rezeki dengan karya yang bakal terbit tak lama lagi. Inilah kita. Mencari rezeki. Aku tidak menghitung lagi hari ke berapa puasa...

Lalu aku teringat puisi Wiji Thukul:-

Dengan Apa Kutebus Anakku

anak kami lahir
kemarin semalam
di rumah sakit
di bangsal murah ya di bangsal murah
berjubel
bersama bayi-bayi lain
di bangsal murah ya di bangsal murah

pagi ini
mestinya aku di sana
membantu binniku cucicuci popok
atau memapahnya ke kamar mandi
tapi mana bisa
sebab aku harus berangkat kerja

tak kerja tak terima upah tak punya
uang
dengan apa kutebus bayiku?

hari ini mestinya aku di sana
membopong bayiku yang dikembani
jarik
agar biniku bisa enak beristirahat
tapi mana bisa
sebab jam delapan tepat
aku harus sudah tiba di tempat
kerja kerja ya kerja

tak kerja tak terima upah tak punya
uang
dengan apa kutebus bayiku?

sekarang aku mestinya di sana
mencium pipi bayiku yang merah
memeluk biniku yang masih lelah
tapi aku tak bisa
sebab aku harus lembur
aku lelah aku lelah

anak kami lahir
kemarin malam
di rumah sakit
di bangsal murah ya di bangsal murah
berjubel
bersama bayi-bayi lain
di bangsal murah ya di bangsal murah

karena kami buruh
bayi kami berjubel di bangsal murah
tidak seperti bayi di ruang sebelah
ruangannya lain baunya lain
hawanya lain cahayanya lain
kamarnya lapang suasananya tenang
karena kami buruh
bayi kami berjubel di bangsal murah
jejer jejer seperti para korban perang

kata perawat yang kemarin malam
tugas jaga
tarif kamar bayi kami itu murah
tapi tetap masih mencekik juga
sebab untuk nebus bayi kami
kami harus mengganti
dengan kerja
8 jam x 40 hari
8 jam
setiap hari
8 jam dari umur kami setiap hari
dicuri

puluhan tahun kami bekerja
setiap hari
kalian merampas sarinya
sari-sari peluh kami
kalian terus peras kami
kalian terus peras
sari-sari bebuahan
vitamin
susu
dan gizi-gizi
yang dibutuhkan tulang-tulang
otot dan jantung bayi
buah hati kami

                        kampung kalangan 26/5/94



bakal terbit! 

Wednesday, July 24, 2013

Lagu raya M.Nasir 'Suatu Hari Di Hari Raya' sempurna?

Hari raya Aidil Fitri adalah hari perayaan umat Islam seantero dunia bermula pada 1 hari bulan Syawal setelah berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan. Ia disambut sebulan dan kemeriahan Aidil Fitri ini adalah magika yang sungguh luar biasa. Sambutannya mengikut bentuk acuan adat dan budaya sesuatu kaum dan komuniti atau lebih besar sesebuah negara. Betapa agama Islam itu indah meresapi setiap urat nadi manusia tanpa mengenal sempadan bangsa dan negara.

Tidak terkecuali di Malaysia, banyak lagu raya menggambarkan suasana meriah hari mulia ini. Sehebat mana pun diasak arus kemodenan, keajaiban Syawal langsung sahaja mengembalikan fitrah manusia untuk kembali ke akar budaya dan agamanya. Sejauh mana pun berada apabila fajar Syawal terbit, fitrah akan terusik menikmati kesyahduannya.

Lagu-lagu raya kita menceritakan tentang keghairahan anak rantau kembali ke desa bertemu orang tua dan berkumpul bersama keluarga, kegembiraan kanak-kanak mengumpul duit raya dan bermain mercun, hidangan makanan tradisi seperti ketupat, lontong, wajik dan dodol yang dinanti-nantikan.

Digambarkan juga betapa sedihnya jika hari raya tanpa ibu bapa dan keluarga, anak rantau yang tidak dapat pulang berhari raya, kehilangan kekasih dan bermacam-macam lagi. Penulis lagu raya telah menggambarkan semua ‘cara’ menyambut ritual ini. Suka mahu pun duka. Ia adalah tradisi amalan turun-temurun.

Ke semua elemen yang disebutkan tadi telah dirangkumkan dengan sempurna oleh M.Nasir di dalam lagu ‘Suatu Hari di Hari Raya’. Jiwa kesenimanan M. Nasir bijak memasukkan konsep hubungan sesama Allah (Hablulminallah) dan hubungan sesama manusia (Hablulminannas), dengan gabungan tema fizikal dan spiritual dalam konteks Islam, iman dan ehsan di dalam lagu yang sudah berusia tiga puluh tahun

Baca seterusnya di jalantelawi.com/2013/07/lagu-raya-yang-sempurna/

Tuesday, July 23, 2013

di wad

dah 3 hari di wad. jerebu agaknya buat an-nur batuk dan berkahak. mujur tak masuk antibiotik.tersadai di wadlah aku....

Manuskrip buku Surat Untuk Anak sedang dalam proses editing oleh editor undangan dan juga sedang dibaca oleh penulis kata pendahuluan. 

*foto di bawah hanyalah 'teaser'. Bukan cover sebenar.

Monday, July 22, 2013

email menyentuh jiwa

Assalamualaikum w.b.t.,
Saya tersentuh membaca tulisan di blog saudara mengenai perubatan Islam dan poligami. Saudara ada meluahkan rasa geram apabila Ashraf Muslim mengatakan bahawa anak cacat merupakan balasan ke atas dosa ibu bapa. Memang tidak dapat dinafikan ramai lagi orang yang berfikiran dangkal di luar sana yang mempunyai anggapan yang sama. Jika benar anak cacat merupakan balasan dosa ertinya semua anak-anak yang lahir ke dunia ini akan cacat kerana semua ibu bapa berdosa tetapi realitinya penyamun, perompak, pengumpat dan sewaktu dengannya anak-anak mereka comel, cantik, sempurna. Malah anak-anak yang terhasil dari hubungan zina pun lahir cantik sempurna.
Saya pernah menonton filem "Anjali" yang pernah disiarkan di TV2.Sebuah filem yang sangat menyentuh perasaan dimana ianya mengangkat kemuliaan ibu bapa yang mendapat anak cacat bernama Anjali yang terpaksa berhadapan dengan pandangan serong masyarakat terhadap anak mereka. Di antara babak yang sangat menarik ialah bila kakak kepada Anjali bertanya kepada bapanya kenapa Anjali cacat, kenapa adik orang lain sempurna. Jawab sibapa, "Anjali ini asal tempat tinggalnya di syurga. Bila hendak diturunkan ke dunia, Tuhan akan meneropong ke bawah mencari di manakah keluarga yang terbaik yang paling layak membesarkan Anjali. Lantas Tuhan menurunkan dia kepada kita kerana keluarga kitalah yang paling baik dan paling layak untuk dia."
Dalam Islam, kita percaya anak cacat merupakan satu anugerah. Anak cacat adalah ahli syurga. Diberi peluang untuk membesarkan anak syurga adalah merupakan satu anugerah yang tidak ternilai. Satu peringatan juga kepada orang-orang yang selama ini suka memandang rendah pada anak-anak cacat ini, sepatutnya anak-anak ini perlu dilayan dengan penuh hormat dan penuh kasih sayang kerana di sisi Allah mereka lebih mulia dari kita. Ibu bapa yang diberi peluang memiliki anak syurga ini boleh dilihat sendiri kebanyakan mereka memang sangat hebat. Memiliki kesabaran yang amat tinggi. Kita semua tentu pernah menonton rancangan Bersamamu dimana keluarga yang susah, rumah berlubang-lubang, ada anak cacat tetapi diterima dengan reda. Biarpun kais pagi makan pagi namun keperluan anak cacat tetap diberi keutamaan, dibelai dan diberi kasih sayang sama seperti anak-anak yang lain. Orang Cina yang kaya raya juga sangat menyayangi anak cacat malah menganggap anak cacat ini membawa tuah. Cuba lihat pula anak-anak yang didera sehingga mati, kebanyakan mereka lahir sempurna. Cuba bayangkan jika ibu bapa begini mendapat anak cacat, apakah layak mereka menjaganya sedangkan anak yang sempurna pun sanggup didera sehingga mati.
Oleh itu kepada semua yang mempunyai tanggapan seperti Ashraf Muslim, ubahlah pendirian anda. Ibu bapa yang mempunyai anak cacat adalah ibu bapa yang sangat mulia kerana mereka adalah ibu bapa kepada ahli syurga.


norisha

Saturday, July 20, 2013

Thursday, July 18, 2013

poligami, rawatan islam dan .......


Di atas aku petik keratan dari twitter katanya luahan isteri artis Ashraf Muslim yang telah berpoligami. Ashraf dengan bapa isteri pertamanya menjalankan perniagaan rawatan Islam dan slot mereka dulu ada di program Nasi Lemak Kopi O TV9. Sedikit pengalaman bersama mereka aku tulis di twitter.



Aku xkisah si artis lelaki yg pernah bersama pak mertuanya buat bisnes perubatan islam tu kawen lain.no hal.tapi ada cite sikit aku dgn depa.
Waktu aku dijemput jd tamu NasiLemakKopiO tv9,penerbit mau aku sekeluarga duduk di slot yg sama dgn mamat ni dan pak mertuanya...cont
Aku menolak sbb xmau target aku nk promot dana Hope2Walk tersasar kalu dok dgn slot rawatan islam dia.penerbut akur n hormati itu.pada pg tu
Mujur tuhan takdirkan depa dtg lewat maka slot aku dianjak awal.sepatutnya selepas mrk.isu slot dia ttg anak CerebralPalsy...cont
Mamat ini keluar statement antara sbb dpt anak cacat sbb dosa2 yg ibu bapa anak ini lakukan.sial! Sbb itulah aku xmau bersama dlm slot dia..
dia bukanlah kata direct kat aku tapi kenyataan dia 'antara sebab dikurnia anak cacat sbb dosa ayah/ibu" fakta ni lemah
Sbb kalau sama slot aku tau aku akan berdebat live! Aku ada cukup point!dan bygkan kalu dia dtg awal sudah tentu aku akan bantai dia dlm...
Slot aku.2 hari slps annisa meninggal program tu call aku live dari rumah utk aku cerita situasi.kemudian depa suruh pak mertua ni nasihat
Ayat apa aku nak baca sbb anak aku dh meninggal.aku jwb "kalau kita tau Hakikat kita akan redha dan menerimaNya".
Sbb itu bila poligami tu antara sbbnya dia nk zuriat walhal baru 2tahun kawen,aku sarankan dia amal ayat2 yg dia bg kat pesakit2 dia
Ada pesakit dia dah bermasalah bertahun2 tp masih sabar dan mendengar nasihat suruh amal ayat itu ini. Kamonlah!Betul gua xde hal dia mau kawen lagi! Tapi apa yg keluar dari mulut dia org dengar sebab dia pengamal rawatan islam. Itu hari nasib dia baik
Hidup ini panjang. Kita tak tau esok apa berlaku. Jangan cakap besar!Ok. Untuk mamat ni, aku minta maaf! Tapi aku sekeluarga tersinggung pada hari itu sebab ia Live!

semoga ashraf muslim dapat penyelesaian dan berbahagia!

Wednesday, July 17, 2013

jangan hina agama

beginilah sidi,
janganlah sesiapa pun memulakan kerja mempersendakan agama dan kaum apa pun. usah pertikaikan mengapa orang itu terlepas dan orang ini kena pula. pokoknya kita jangan mula mempersendakan. ahli politik tak kira melayu, cina atau india memang bebas tak kena apa pun buat kerja jijik sebab mereka punya agenda. kita jangan ikut perangai ahli politik yang bangang kerana mereka memang sentiasa mahu benda ini dimainkan. sebab kita akan mula debat-mendebat itu tak patut ini tak wajar.dipukul adalah 'reaksi' dari sebuah 'aksi' (memprovokasi).kita selalu marah dengan reaksi lalu melupakan aksi.demonstrasi jalanan adalah 'reaksi' kerana memprotes 'aksi' penyelewengan pemerintah. orang selalu marah dengan demonstrasi tetapi lupa tentang penipuan kerajaan.

sidi,
Kita selalu diberitahu Islam tak ajar bertindak tegas terhadap orang yang menghina agama dan Tuhan dengan dalil serta nas tetapi jangan lupa juga dengan surah Al Maidah ayat 54
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.(QS. 5:54)


ini di facebook aku tulis;
  • Che Nithiya wat does it mean? plz explain
  • Hj Wan Hilmi Tuan, orang murtad dan orang bukan islam lain
  • Ronasina Kartunis Islam mengajar umatnya menghormati semua makhluk sama ada manusia, haiwan dan alam. Ini sangat jelas. menghormati manusia dan memberi keadilan dan kebaikan tanpa mengenal kedudukan. Islam juga menyuruh bersabar dengan segala kejahatan dan keburukan yang dikenakan oleh musuh terhadap kita tetapi Islam juga mengajarkan agar mempertahankan maruah kesucian agama dari dihina.
  • Ronasina Kartunis Hj Wan Hilmi ya! murtad dan bukan Islam memanglah tak sama tetapi yang dinyatakan di ayat ini ialah mendatangkan suatu kaum. kaum yang dicintai dan mencintai, lemah lembut tetapi tegas terhadap orang-orang kafir. masalah kita ialah orang kita tak jelas apa maksud 'kafir'.
  • Zuhaidie Al-Matdie Org sufi bukanke sukakan kedamaian?
  • Ronasina Kartunis Pada zaman Rasulullah ada sekumpulan sufi yang duduk di masjid. Mereka ini beribadah. Jika ada makanan mereka makan jika tiada mereka berpuasa. Dan jika berlaku peperangan mereka ambil bahagian. Rasulullah menyukai kumpulan ini
  • Che Nithiya wat is kafir?
  • Ronasina Kartunis sayang di Malaysia mereka menafsirkan kafir itu hanya orang bukan Islam. tetapi tidak mengapa juga kerana kafir juga ada kategori. ada kafir (bukan Islam) yang wajar dihormati kerana mereka baik. Rasulullah dahulu berurusniaga dgn Yahudi juga malah pemandu rombongan hijrah Rasulullah ke Madinah adalah Yahudi. Yang diperangi adalah kafir yang bahaya, yang menghina dan mengancam keselamatan kita. Sebenarnya kafir bermaksud 'yang engkar'
  • Che Nithiya hanya satu persoalan saja.. kafir bererti org bukan islam yang 'jahat'? kalau begitu bagaimana dgn org islam yang 'jahat'? adakaha mereka juga dipanggil kafir atau nama lain
  • Ronasina Kartunis Che Nithiya jika kita sebut kafir orang Islam marah nanti haha! tetapi ada istilah utk muslim 'kufur', munafik (hipokrit) dan lain2. namun begitu memerangi orang kafir bukan dengan nafsu tetapi demi mempertahankan kesucian. pernah seorang kafir kencing di dalam tempat ibadah, sahabat-sahabat mahu mengejar tetapi Rasulullah menahan sehinggalah orang itu selesai kencing. Dalam satu peperangan Saidina Ali mahu membunuh musuhnya yang sudah jatuh, dia menngangkat pedangnya dan musuh itu meludah mukanya. Ali tiba2 tak jadi membunuh, musuh bertanya kenapa? Ali jawab mulanya aku nak bunuh demi agama tetapi apabila kau ludah aku marah dan mahu membunuh kerana nafsu lalu aku tak jadi. musuh ini terharu dan masuk Islam.
  • Ronasina Kartunis Che Nithiya jika agama apa pun dihina kita patut kutuk, saya juga membantah hinaan terhadap agama lain malah al quran melarang merobohkan pusat ibadah agama lain. Jika sesebuah negara itu majoritinya Islam, maka diibaratkan Islam itu pokok yang besar dan rendang yang melindungi pokok2 lain (agama-agama lain) yang rendah.
  • Che Nithiya can i gv my personal view... i think the theist are the problematic. no matter u r islam, hindu, christian etc. they become the fan of religion rather than follower. when they become the fan they r too rigid and willing to do harm to other religions just because they wan their religion to be the best. willing to kill ppl, demolish holy houses, racism, ethnocentrism etc. actually no religion in the world have said other religion r fake and dont respect them. its these fan who does that..
  • Ronasina Kartunis they do not fully 'embrace' their scriptures, their holy book that promotes peace.
  • Che Nithiya exactly
  • Rusyan Kari mengenai ayat di atas, dalam tafsir Ali bin Ibrahim disebutkan begini : ”ayat ini turun berkaitan dengan Qaim dan para pengikutnya merekalah yang berjuang di jalan Allah SWT dan sama sekalim tidak takut akan apapun” (mengingat al Quran itu adalah mu'jizat, maka dari segi kemaknaan ayatayatnya boleh saja mempunyai lapisan2 makna yang banyak seperti yang diusahakan oleh sdr ronasina)
  • Azley Ahmad handalnya sdr rusyan memetik kitab tafsir tu.