Wednesday, December 25, 2013

saat berumur 40

hari ini berumur 40


saat berumur 40
saat kemelut makin memuncak
kerap dia beruzlah di gua hira'
saat berumur 40
datanglah jibril memeluk menyuruh baca

Bacalah!
baca hakikat diri
baca rahasia hakikat yang ditinggalkan di dalam diri
saat berumur 40 itulah
keluar dia dari gua gelap
menuju cahaya sehingga ke maqam tertinggi
di ubun-ubun semesta
bersua kekasih

Wednesday, December 11, 2013

cepat! cepat!

11-15 Disember  Expo Buku Malaysia di PWTC buku Surat Untuk Anak boleh didapati di gerai:-
no 81 Sri  Saujana
no 58 RA
no 102&103 Dubook Press yang turut juga menjual produk mereka dan keluaran Merpati Jingga

mereka semua sudah mendapatkannya. hanya rm30

sampai nangis...

Wednesday, December 4, 2013

siapa adun selangor lantang suarakan isu OKU?

Di Parlimen antara ahli parlimen yang telah membangkitkan isu hak pendidikan yang dinafikan terhadap anak OKU Terlantar ialah YB Zairil Khir Johari ahli parlimen Bukit Bendera (DAP),YB Er Teck Hwa ali parlimen Bakri (DAP) dan YB Nurul Izzah Anwar ahli parlimen Lembah Pantai (PKR). Di Sidang DUN Selangor pula YB Mohd Khairuddin Othman (PAS).
Terima kasih dan semoga terus konsisten memperkatakannya sehingga berjaya.


sila ikuti rakaman petikan perbahasan  Adun Paya Jaras ini. mohon sedar semua!
http://www.youtube.com/watch?v=1CqBtj4a-bw

Tuesday, December 3, 2013

surat amoi Malaysia dari Jepun.

Abang dan Kak Sham,
Apa khabar? Terutamanya, Anna ingin mengucapkan tahniah tentang buku abang ini yang keluar baru-baru ini!! :D Tapi saya juga ada nampak berita politik yang mengecewakan kita dan buat kita orang geram...

Ya, dari post abang di Facebook baru-baru ini, saya tahu agaknya mengenai pemain-pemain politik di negeri kita ni yang mengeksploitasi dan menyalahgunakan wang rakyat untuk keuntungan mereka sendiri. Pemain-pemain politik tersebut berbuat begitu dengan kesedaran (conciously), maksud saya, ada orang yang melakukan kesilapan disebabkan oleh mereka tidak berpengetahuan, tiada berpendidikan..... tetapi pemain-pemain politik ini adalah orang yang banyak berpendidikan, itulah masalah moral, masalah peribadi mereka ni...
Bulan ni Singapura telah membebaskan seorang anak Malaysia (dari Sabah) yang membawa dadah dari hukuman mati  (http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/11/14/Yong-Vui-Kong-spared-death-sentence-Singapore.aspx) ..., dari segi hak asasi manusia dan dari perspektif saya sebagai bekas social worker, saya setuju dengan keputusan tersebut. Masa Yong mengedarkan dadah, dia tidak berpengetahuan betapa bahaya dadah dan kesan-kesan kegunaanya kepada masyarakat, dia berbuat begitu kerana dia dari keluarga yang sangat miskin, dia sahaja ingat nak dapatkan duit dan menyumbang kepada mak dia yang sahit di Sabah .... Cerita dia menyentuh hati saya ... Semenjak dia masuk penjara pada 2008, dia mula belajar agama Buddha dan akhirnya dia sudi menerima keputusan jatuhan mati, kerana dia tau itulah dosa dia dan bersedia untuk dermakan organ-organ badannya untuk kegunanaan medikal demi kebaikan orang lain .. Ada orang berpendapat kita tidak boleh sahaja-sahaja melepaskan pesalah kerana simpati, perlaksanaan undang-undang perlulah keras untuk menakutkan orang buat jahat lagi, tapi dalam kes ini, dengan agama yang mengubahkan dia, saya lebih sudi berpendapat bahawa kita masyarakat perlulah lebih ada sifat penyayang dan memberi peluang yang kedua untuk menerima mereka.
Singapura ialah negeri yang banyak menggunakan undang-undang untuk menjamin struktur negeri, tapi kini dengan usaha pejuang hak asasi manusia, mereka sudi mengubahkan undang mereka sedikit and akhirnya pembawa dadah ini dapat dibebaskan, dengan pertimbangan on case by case basis. Pembawa dadah adalah macam ikan-ikan kecil yang kerja untuk ikan besar di belakang ...
Dulu saya tak suka singapura (sikit benci juga :P), sebab saya rasa negeri ini terlampau menggunakan undang-undang untuk memastikan orang tak buat jahat ... saya rasa agama, sifat asal manusia yang baik (the original good site, purity of human nature), falsafah baru boleh mendidik orang jadi baik, berakhlak mulia. Tapi kini, masa saya di Singapura, saya lihat negeri singapura ini ada harapan, mereka ada ubah ... sudi ubah .... tapi di negeri kita Malaysia, kenapa perubahan ini sudah sangat? Walaupun cakap begitu, saya akan terus sokong abang dan kakak dan semua orang yang berjuang demi negeri kita ... 

Terdapat politik di mana-mana sahaja ... Pada masa bulan lepas -Oktober saya di Malaysia, saya telah dapat merasai keperitaan rakyat Malaysia. Sebenarnya saya telah meninggalkan rumah kebajikan OKU yang saya beritau saya kerja di Lembah Klang tempoh hari... Saya saksi bagaimana Excedutive Director rumah tu menyalahgunakan simpati orang-orang awam terhadap golongan OKU untuk mendapatkan lebih banyak wang untuk dia sendiri ... sebenarnya latar belakang mereka adalah Kristian, biasanya pertubuhan Kristian ini lebih mudah dapat sokongan wang dari penganut mereka ......... Director ini banyak mengunakan duit untuk kegunaan dia sendiri, ahli keluarganya akan dapat layanan yang lebih istimewa tetapi penduduk-penduduk OKU lain di sana tidak dapat duit sokongan yang cukup. Masa saya kerja dengan mereka, saya memang tak gembira, selepas mengetahui cerita benar ini, saya dapati niat dulu saya yang ingin menyumbang, membantu mereka telah jadi tak suci .... Tetapi sifat saya bukan macam pejuang, saya jadi pejuang selalu akan menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa geram, ini menyeksakan diri ... dan saya tidak sanggup lawan dengan mereka, saya tak nak lawan juga. Jadi, saya telah pilih meninggalkan tempat tu dan cuma pergi melawat ahli-ahli mereka yang duduk di sana,macam sukarelawan... tak berapa nak bercakap dengan direktor itu. Saya berpilih tidak lihat muka munafiknya ........  Haha, mula-mulanya dia cakap nak bagi sedikit gaji untuk saya yang kerja dengan mereka, akhirnya langsung tak ada ... aku ni miskin, haha .... Tapi nasib baiknya, saya sekarang datang Singapura untuk urusan bank, baru tau rupa-rupanya saya masih ada duit, abang aku dulu pinjam wang dari saya, sekarang dia pulang .....
Tak tau mengapa, biasa saya di Malaysia, memang susah untuk mengekalkan saving wang .... Biasa saya di Singapura atau negeri maju lain, mereka hargai saya sebagai seorang profesional dalam secktor social work (helping professional), dan dapat gaji yang sepatutnya, tapi di Malaysia .. nasib tak berapa baik, haha.
Minggu depan saya akan balik kampung ke Malaysia, sekarang rasa nak rehat sikit, sampai suami saya datang dari Jepun dan melancong dengan basikal di Malaysia ... Ahhhhh .. kos di malaysia telah meningkat banyak ni :( :(  Kak Sham ada tanya berapa agaknya mengenai wang yang perlukan untuk seluruh pengembaraan saya di Eropah, saya lupa beritau satu perkara, masa di Bulgaria, aku kena rampas 1000 euro dan 200 pounds ....... Walaupun kami boleh sentiasa jimat dalam pengangkutan, makanan dll, tapi kena buat kesediaan psikologi terhadap kemungkinan untuk dirampas .... haha ... Masyarakat Eropah itu lebih individualistic, bila seorang jadi miskin, susah dapat sokongan dan akhirnya timbulkan banyak masalah masyarakat... Tengok, https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151168140336188&set=a.77506411187.82962.684696187&type=1&theater   ----> gambar ini mencatatkan pencuri yang rosakkan penutup pintu compartment tren itu dan rampas duit saya ......... Tapi disebabkan oleh perkara ini, duit aku macam habis, tak cukup untuk saya pergi ke England untuk kerja di sana ... dan saya terus berlancong dengan lelaki Jepun itu ... akhirnya, hubungan semakin rapat, matang sampai dia lihat saya sebagai life partner, cakap nak khawin pula ... -_-lll Ah .. banyak cerita ni.
Baru-baru ini, kawan Egypt saya yang saya kenal di Beijing datang ke Malaysia ... mula-mulanya saya sangat gembira nak bawa dia jalan-jalan and explore Malaysia yang mengamalkan unsur agama Islam, tapi masa dia nampak orang India, dia macam rasa kejut dan memandang rendah, dia tanya, "kenapa negeri kamu ini ada orang india punya ...?" ....... aduh, barulah saya tau orang malaysia lebih ada tolerasi terhadap budaya lain .... Sebenarnya orang Malaysia lebih dapat tolerate terhadap budaya orang lain, boleh hidup di mana-mana sahaja tanpa kacau yang teruk kepada negeri orang, walaupun ada segolongan kecil orang di Malaysia lebih bermikiran ketinggalan zaman sikit. Masa saya bawa dia naik KTM ke Serdang, dia bertutur dengan saya dalam bahasa cina, macam ada orang melayu di tepinya tunjuk rasa pelik..? dari matanya yang tengok kawan Egypt saya yang paikai tudung, saya rasa itu ...

Walau bagaimanapun, Anna nak cakap, Anna akan sentiasa sokong apa yang abang dan kak sham buat ... dan berdoa demi Anur ...Walaupun saya akan pergi duduk di Jepun, tapi keluarga saya masih di Malaysia dan saya pun akan risau terhadap masa depan Malaysia, risau tentang keluarga saya ......... ah alamak, kini otak saya telah beban dengan banyak sistem bahasa, bahasa melayu, bahasa jepun, cina, english ... banyak, sudah keliru, jadi maafkan saya kalau pertuturan bahasa melayu saya jadi teruk, harap abang dan kakak tau apa yang aku cakap :)

abang, ada satu fenomena saya dapati di Singapura juga, dulukan (agaknya dari 2007-2012? kena cari maklumat benar), kerajaan Singapura yang terdiri daripada orang Cina yang menguasai politik nak jadikan ratio kaum lebih "priviledged" kepada orang cina, maksudnya, mereka nak populasi cina lebih banyak daripada orang melayu dan india, sebab orang cina yang menguasai politik, jadi mereka mula laksanakan polisi yang menyenangkan orang cina dari China datang ke Singapura dan senang jadi permanent resident, rakyat Singapura ....... tambahan pula, kerajaan singapura nampak negeri China sekarang kuat ekonominya ....
Tetapi...sebenarnya perangai, pemikiran dll orang cina dari China ini tidak sama dengan orang cina asal di singapura, kebanyakan mereka datang sini timbul banyak masalah masyarakat, jadi rakyat singapura benci sangat terhadap keputusan kerajaan singapura yang ambil banyak orang dari China ... Jadi, baru-baru ini pertama kali parti bantahan kalah sikit semenjak menguasai singapura pada masa kemerdekaan...
Sekarang ramai orang singapura rasa negeri mereka buat mereka susah nak nafas, lebih ramai pendatang asing ...mereka kesal atas polisi kerajaan terlebih dahulu ini yang asyik buat senang untuk orang dari China jadi rakyat mereka ...

saya rasa Malaysia perlu ambil ajaran dari perkara ini ..... tak boleh terlalu biarkan banyak orang dari luar negeri datang, sebab kebanyakan pendatang asing ini tidak dapat memeluk budaya asal malaysia ..... .. Tapi situasi di Malaysia lebih leceh dan complicated sikit ... sekarang di malaysia banyak pendatang asing ya ... baru-baru ini masa saya di satu kedai di Pasar Seni, saya nak beli simcard, pergi satu kedai nampak orang tu macam india, jadi saya cakap dengannya dalam bahasa Melayu, tapi perangai dia tak peramah, tak berbudi bahasa, teruk lah ... berbalas kepada saya dalam bahasa Inggeris yang ada loghat pelik, saya rasa pelik ni .... "apa la lu ..!? expect saya cakap dengan kamu dalam bahasa Bangladesh ke?" 
All the best!!!! Jaga diri sentiasa ... :) say Hi to Anur, sayang dari kakak :) :) ^_^ ^_^
ah di sini - nak hadiahkan satu Music Video kepada abang -http://www.youtube.com/watch?v=a01QQZyl-_I

Anna Lo

jemput semua!


Monday, December 2, 2013

Awas jam 9.30 malam ini!

Sila layari radiobangsarutama.blogspot.com untuk mendengar secara langsung saya menemubual Hishamuddin Rais pengendali blog Tukar Tiub tentang misi menjejak Siti Aishah yang baru-baru ini tersiar berita antara tiga wanita ditahan sebagai hamba selama 30 tahun di London.

Siapa Siti Aishah? Siapa Chairman Ara? Benarkah dikurung dan dijadikan hamba domestik?

Yang berdekatan. Kuala Lumpur dijemput datang ke Kelab Bangsar Utama, Jalan Kemuja berdepan Sekolah Tamil dan di atas Restoran Mydin.

Saturday, November 30, 2013

Gaji Adun Selangor naik, nasib Anak OKU terlantar macam taik!

Jika 10% gaji Adun PKR dimasukkan ke Tabung Pendidikan Anak Selangor KeADILan maka anak-anak OKU Terlantar tetap tidak dapat menikmatinya kerana Anak-anak OKU Terlantar dinafikan hak mendapat pendidikan. Tiada sekolah bantuan penuh kerajaan. Beginilah nasib mereka di Malaysia. Menteri tolak sana tolak sini, di Selangor pula Exco. Rodziah Ismail dua kali mengelak untuk menjawab ketika ditanya secara lisan oleh Adun PAS Paya Jaras malah soalan bertulis berbunyi "Mengapa kerajaan Selangor dilihat kurang mengambil berat terhadap OKU walhal mereka juga pengundi" telah digugurkan.

KENYATAAN MEDIA
30 November 2013

WAKIL RAKYAT KEADILAN SELANGOR SUMBANG SEBAHAGIAN KENAIKAN GAJI KE TABUNG PENDIDIKAN

Saya telah menerima pandangan semua pihak mengenai kenaikan gaji yang melibatkan wakil rakyat Selangor. Saya juga telah mendapat penjelasan dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai rasional kenaikan gaji tersebut.

Pun begitu, KEADILAN sebagai parti yang membawa semangat reformasi perlu terus sensitif dengan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat terbanyak.

Oleh itu, setelah berbincang dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, saya bersetuju bahawa satu Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor akan ditubuhkan bertujuan mengagihkan biasiswa pendidikan kecil dan mengendalikan program pendidikan terutamanya di peringkat sekolah menengah dan pra-universiti.

Setiap wakil rakyat KEADILAN akan menyumbang RM1,000 sebulan atau 20% dari jumlah kenaikan gaji bulanan yang diumumkan untuk membiayai pemberian biasiswa kecil dan program pendidikan di bawah Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor.

Jumlah sumbangan wakil-wakil rakyat KEADILAN dari Selangor kelak dijangka mencecah setengah juta setahun dari kenaikan gaji mereka yang dapat membantu keluarga berpendapatan rendah dalam bidang pendidikan.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN.

Malam semalam dan tadi bersembang dengan rakan lama dalam era reformasi 98 termasuklah juga beberapa Ahli Parlimen. Mereka tak bersetuju dengan kenaikan 'melampau' gaji dan elaun Adun Selangor dan mencadangkan rakyat terus bersuara. Ya kita tidak menentang kenaikan itu tetapi yang kita tidak setuju adalah ia terlalu tinggi dan hujah gaji tinggi untuk elak rasuah adalah hujah jenaka. Di bawah ini adalah kenyataan media Anwar Ibrahim yang mencadangkan YB ini menyumbang RM1k dari gaji mereka untuk Tabung Pendidikan. Bukankah sepatutnya ia dimasukkan dalam bajet dan tak perlu masuk gaji mereka dulu kemudian baru masuk tabung tersebut?

Friday, November 29, 2013

Minggu depan terbit!

Buku Surat Untuk Anak ini cetakannya terhad. Ikut kemampuan. Catatan pahit manis aku menempuh hidup dengan dua puteri Cerebral Palsy. Bukan hendak menunjuk bagus hanya mahu berkongsi rasa dan bayangkan bagaimana lagi keadaan orang yang lebih memerlukan dari kita? Hanya RM30 sebuah.
Kenali insan-insan misteri yang hadir tanpa disangka membantu ketika kami kesulitan.
Apa pula cabaran hidup? Jual kuih? Berniaga secara 'rambo' di Pasar Malam. Mengapa aku tidak menangis ketika Annisa meninggal dunia? Berapa lama aku bertahan? Mengapa aku bising-bising menuntut pendidikan untuk anak-anak aku?

Kata pengantar oleh Faizal Riduan. Komentar oleh Brigitte F Bresson,Hasan Suyut pengarang buku Kembara Atiq Wazif. Juga tulisan Rosli Ibrahim tentang OKU.

Boleh order sekarang. Bayar RM30+Rm5= RM35 ke akaun maybank Raja Rohaisham 162021363678. Buktikan slip pembayaran di kutubkhanah112@gmail.com
Jangan lupa beri juga alamat pos dan nombor telefon di emel tersebut.






Thursday, November 28, 2013

Isu naik gaji/elaun Adun Selangor: Khalid Ibrahim ajak siapa main perang?

Pemerhati politik tanahair melihat kenaikan gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang 'melampau' sehingga mencecah lebih 200% adalah langkah perang politik paling berani yang dipertaruhkan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim. Di kalangan ahli ( ahli disebut Anggota di dalam PKR)  Parti Keadilan Rakyat selalu menyebut bahawa Khalid Ibrahim tidak pandai berpolitik. Mereka silap. Jika tidak pandai main politik pun ramai terlupa Khalid Ibrahim seorang tokoh korporat yang biasa bertarung dengan ombak risiko sehingga adakalanya mengancam kariernya sendiri. Ini hakikat.

Imbas Sejenak Khalid Ibrahim

Khalid Ibrahim menjadi terkenal kerana kejayaannya membawa balik syarikat perladangan negara Kumpulan Guthrie Bhd. (Guthrie) dari London dalam satu projek yang diberi nama Projek ‘Serbuan Waktu Subuh (Dawn Raid). Projek ‘serbuan waktu subuh adalah suatu usaha membawa balik Guthrie, yang sebelum itu dikenali sebagai Guthrie Corporation PLC diserahkan kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu sebuah institusi pelaburan bumiputera yang baru ditubuhkan. Ia suatu usaha pada awalnya dimulakan pada zaman Tun Abdul Razak agar mengambil kembali semua syarikat Malaysia yang disenaraikan di Bursa Saham London termasuklah Guthrie. Ringkasnya Khalid yang pada masa itu pengurus pelaburan PNB diberi tugas memantau, bekerjasama dengan pemegang-pemegang saham serta mencari penyelesaian masalah agar usaha tersebut tidak tersangkut. Dengan kecekapan Khalid, PNB akhirnya berjaya menguasai 51% syer Guthrie Corporation PLC daripada Bursa Saham London pada 8 September 1981dan membawa pulang semula Guthrie.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Reformis' di dalam PKR juga menyatakan Khalid Ibrahim bukan reformis dan tidak ada ketika gelombang Reformasi tercetus. Khalid dikatakan hanya muncul selepas zaman senang. Ya! Memang benar kerana ketika Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada September 1998, Khalid bukan orang politik. Yang turun memprotes kebanyakannya rakan Anwar di dalam politik, selain rakyat yang simpati. Tetapi Khalid Ibrahim mencatat sejarah 'reformasi' sendiri sebagai korporat yang 'berani mati'. Ketika Anwar Ibrahim di dalam penjara Sungai Buloh, Khalid telah menganjurkan majlis berbuka puasa di Penjara Sungai Buloh untuk mencari peluang bertemu 'rakannya' Anwar. Selepas peristiwa itu, Khalid telah ditendang. Pada 2007 Khalid menyertai PKR dan tidak dapat dinafikan imej PKR melonjak dan rentak parti menampakkan pembaharuan. Kemudian terus ke hadapan memegang jawatan penting dalam parti. Tewas di Pilihanraya Kecil Ijok pada 2007 tetapi menang di Dun yang sama pada PRU 2008dan terus menjadi Menteri Besar Selangor. Mentadbir negeri ala syarikat korporat dan tidak mesra dengan parti membuatkan orang parti marah. Kedekut kata mereka. Khalid mendapat keyakinan rakyat dan ISTANA kerana berjaya mengumpulkan rezab dengan banyak jauh meninggalkan prestasi kerajaan Barisan Nasional sebelumnya. Pada PRU 13, Khalid menang di Dun Pelabuhan Klang. Pas dan DAP yang mendapat kelebihan kerusi menaruh kepercayaan kepada Khalid Ibrahim dan sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada PKR jika Khalid menerajuinya.

Saingan dengan Azmin

Penyokong Azmin mahu Azmin menjadi Menteri Besar walaupun Pas dan DAP mahukan Khalid. Banyak kelemahan Khalid dibentangkan. Antaranya tidak mesra parti, hanya pandai kumpul duit tetapi kedekut berbelanja, masih memberi peluang orang Umno cari makan dan macam-macam lagi.Anwar turut juga mengkritik Khalid yang lembab tidak seperti Lim Guan Eng yang menerajui Pulau Pinang. Kesan peperangan ini menjadi dua kelompok. Menjadi penyokong Khalid dan penyokong Azmin. Imej Azmin juga tercalar kerana digambarkan kemaruk jawatan. Sedikit pergeseran juga dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim yang menyokong Khalid menjadi MB. Exco yang dilantik pun dilihat orang Khalid.
Tenang seketika kemudian. Masa untuk bekerja, masing-masing dilihat sudah menerima kenyataan. Tiba-tiba meletup lagi kontroversi apabila exco-exco, Adun-Adun Pakatan Rakyat dikatakan mula bengang dengan Khalid yang semakin kedekut berbelanja. Khalid sedar. Ura-ura hendak menggugurkan Khalid semakin kuat. Pemilihan parti PKR pun semakin hampir.

Strategi Perang Paling Gila

Sekali lagi dengan watak sebagai tokoh korporat yang berani bermain dengan risiko, Khalid melancarkan strategi. Gaji dan elaun Adun dinaikkan 'mendadak' sehingga melebihi 200%. Pemerhati politik melihat ini taktik maut Khalid untuk menutup mulut Adun yang mula tidak menyokongnya. Khalid sedar walaupun ada penyokong yang setuju tetapi ini juga akan menaikkan kemarahan ramai  penyokong Pakatan Rakyat sendiri dan Khalid mungkin sudah menjangka Azmin akan muncul bersuara.
Syed Husin Ali bekas Timbalan Presiden PKR turut tidak bersetuju kenaikan gaji mendadak

Kucar-kacir kenyataan berlaku apabila kenaikan gaji dan elaun mendadak ini dikatakan atas desakan dan permintaan bertalu-talu Adun-Adun.

Tetapi memorandum yang dihantar kepada MB sebelum ini oleh Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (Backbencher Club) tidak menyentuh pun bab naik gaji. Malah Azmin mengeluarkan kenyataan meminta tangguhkan dahulu.

" Anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menangguhkan kenaikan gaji buat wakil rakyat Selangor yang akan berkuat kuasa mulai tahun depan.

Menurutnya, perkara tersebut diputuskan tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain dan kajian semula perlu dibuat agar kadar kenaikannya lebih munasabah." - Malaysiakini.com 28 November 2013.


Anwar Ibrahim juga melihat kenaikan ini terlalu tinggi. Khalid Ibrahim, dengan karektor ahli korporat dilihat degil mempertahankan keputusannya.

"Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Khalid berkata langkah Dewan Undangan Negeri meluluskan kenaikan gaji itu adalah muktamad.

Khalid berkata Azmin boleh menderma tambahan gajinya itu kepada badan amal jika beliau tidak puas hati.

Katanya, jika Azmin tidak mahu menerima kenaikan gaji itu, itu hak individu untuk menolaknya.

"Jika (beliau) tak mahu, tak apalah," kata Khalid.
(Malaysiakini.com 28 November 2013)

Inilah suatu kepelikan. Bagaimana ada dua situasi iaitu menurut Azmin tiada perbincangan awal manakala ia adalah permintaan dan desakan bertalu-talu? Khalid pula mengapa beria-ia benar hendak menaikkan gaji seperti memaksa sehingga mengatakan ia muktamad dan jika tak setuju boleh menolaknya? Soal gaji pun dipaksa?

Kenyataan Setiausaha Politik Khalid, Faekah Hussin di twitter " Keputusan sudah dibuat. Kalau ada Adun yg tidak mahu terima boleh kemuka surat & kita akan gunakan utk kebajikan rakyat." kelihatan bodoh kerana mengapa kenaikan gaji dilihat seperti berbentuk paksaan dan tergesa-gesa? Jika mahu guna gaji untuk kebajikan rakyat mengapa tidak dari awal memikirkan bajet itu untuk rakyat? Apakah yang setuju menerima gaji tersebut termasuk MB tidak mahu membuat kebajikan kepada rakyat? Apa muslihat semua ini jika tidak pertarungan politik?

Siapa menang perang?

Siapa menang adalah suatu perjudian. Khalid menang jika terus menegakkan keputusannya. Azmin yang dilihat cuba mencuri kerusi MB akan dilihat menang jika benar-benar menolak kenaikan gaji tersebut. Khalid mungkin juga boleh kalah teruk jika terus dengan keputusan ini kerana kenaikan mendadak ini melukakan hati rakyat yang sedang tertekan dengan kenaikan harga barangan. Azmin juga boleh berkemungkinan tewas apabila dianggap cuba ambil kesempatan dari bola tanggung Khalid. Pertandingan peribadi keduanya ini penuh risiko. Tokoh korporat yang berani main risiko melawan pakar matematik yang bijak mencatur.

Namun keputusan kalah-menang besar bergantung kepada Adun-Adun Pakatan Rakyat yang lain. Mereka adalah faktor menang atau kalah. Bayangkan semua Adun PR ini menolak, apa akan jadi pada Khalid? Jika menerima, tidaklah ada apa-apa pada Azmin sebaliknya Khalid makin kuat dan boleh mengisytiharkan menang dalam pertarungan ini.

Bagaimana pula jika semua ini adalah permainan dan bukan pertarungan?
Ah! Politik!

Wednesday, November 27, 2013

Kenaikan Gaji dan Elaun Adun Selangor melukakan rakyat.

Kenaikan 'melampau' gaji dan elaun Adun-Adun Selangor dilihat seperti menghina dan menabur garam di kaki rakyat yang luka bernanah. (rujuk carta di bawah)


Ia mengundang rasa marah rakyat dan kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat sendiri. Kebanyakannya tidak membantah akan kenaikan itu kerana akur dengan beban kerja apatah lagi amalan beri wang tunai memang sudah sebati dengan budaya politik Malaysia tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Tetapi kenaikan sehingga lebih 200% dilihat sangat melampau apatah lagi rakyat hari ini telah dibebani dengan berbagai kenaikan harga barangan termasuklah cukai GST yang akan muncul tahun mendatang. Ironinya beberapa minggu lalu ahli parlimen Pakatan Rakyat telah mencadangkan agar elaun menteri dipotong sebagai cara merasai kesusahan rakyat sehingga mengundang kemarahan luar biasa ahli parlimen Barisan Nasional tetapi di peringkat negeri Selangor kenaikan ini seperti tidak peka pula dengan apa yang berlaku hari ini.
Tokoh politik yang disegani yang juga bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali di laman twitternya juga turut meluahkan rasa pelik malah kenyataannya penuh sinis menganggap kenaikan ini 'seolah-olah menghina'.
Sementara itu penyokong tegar Pakatan Rakyat pula menggunakan alasan kenaikan yang tinggi ini wajar bagi membendung gejala rasuah menular kepada wakil-wakil rakyat ini nanti. Hujah ini disangkal pula penyokong Pakatan Rakyat yang lain dengan alasan jika duit banyak rasuah boleh juga berlaku dengan menyogok wang di dalam pemilihan parti demi mengekalkan kedudukan. Bukankah lebih baik peruntukan itu disalurkan kepada pejabat Adun untuk melicinkan lagi kerja-kerja membantu rakyat? gaji dan elaun adalah hak peribadi. Tidak perlu menggunakan duit gaji sendiri dan untuk 'belanja' rakyat minum atau beri hadiah kenduri kahwin. Sistem tuntutan (claim) misalnya boleh ditambah peruntukan. Yang buat kerja lebih boleh buat tuntutan. Hari ini jika ada YB tidak bekerja pun, gaji dan elaunnya tetap mewah.
Spekulasi juga bermain menyatakan ini adalah mainan politik Khalid Ibrahim untuk menutup mulut Adun-Adun Pakatan Rakyat yang dikatakan tidak berpuas hati dan ingin membuat usul tidak percaya terhadap pentadbirannya.

Seperti politik Umno dan Barisan Nasional, pemimpin-pemimpin parti dari Pakatan Rakyat masih membisu, barangkali menunggu kenyataan dari Anwar Ibrahim sama ada senada atau tidak. Anwar Ibrahim sudah memberi komen yang kenaikan ini sangat tinggi.  (link di sini:- http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/anwar-mb-must-explain-why-selangor-salary-hikes-a-bit-high?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter)

Sayap pemuda tiga parti Pakatan Rakyat iaitu Dewan Pemuda Pas, Angkatan Muda Keadilan dan DAPSY (DAP) juga masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada menyokong atau sebaliknya.

Isu ini juga sedang panas dimainkan Umno dan Barisan Nasional sehingga menenggelamkan isu GST dan kenaikan harga barang.

Inilah harga yang terpaksa ditempuhi rakyat. Mengundi memilih wakil-wakil yang akan menyusahkan mereka kembali. Makna politik di Malaysia.

Jangan Mewakilrakyatkan Ekonomi Selangor

Kenyataan Media
27 November 2013

Jangan Mewakilrakyatkan Ekonomi Selangor

Dalam keadaan rakyat masih terus bergelut dengan tekanan hidup yang memuncak ketika ini, ketika warga kota baru boleh menarik nafas lega dengan keputusan rejim Pemerintah menangguhkan kenaikan cukai taksiran, negara terus dikejutkan dengan tindakan pemain politik tempatan yang seolah-olah lupa akan keperitan hidup rakyat.

ADUN-ADUN Selangor bakal menikmati durian runtuh dengan pengumuman kenaikan elaun mereka sehingga 200% dan dalam masa yang sama Menteri Besar Selangor hanya mengumumkan imbuhan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri tersebut.

SAMM Johor melihat tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang ditunjangi Pakatan Rakyat ini tidak jauh bezanya dengan tindakan Kerajaan Negeri Sarawak naungan Barisan Nasional. Terus tidak mempedulikan jeritan rakyat yang semakin perit menanggung beban kehidupan seharian sebaliknya hanya memenuhkan kocek masing-masing. Tiada beza diantara rejim Pakatan Rakyat Selangor dan rejim Barisan Nasional Sarawak.

Malah, SAMM Johor masih ingat lagi beberapa minggu sebelum ini Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor untuk meningkatkan perbelanjaan yang memberikan faedah kepada rakyat bukannya untuk menaikkan gaji dan elaun mereka yang berada di koridor kuasa semata-mata.

Mengapa jawatan Wakil Rakyat ini dijadikan satu kerjaya yang sungguh eksklusif dengan tangga gaji yang mewah? Ini sudah tentunya akan menggalakkan perebutan untuk jawatan tersebut kerana terpesona dengan aroma wang ringgit semata-mata, bukannya berlumba-lumba untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat. Angka berbelas ribu hingga berpuluh ribu elaun ini sudah pasti akan mengelabui mata rakyat.

Kenaikan drastik elaun ADUN-ADUN Selangor ini hampir menyamai elaun Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Malah, elaun untuk Speaker DUN kalau pun tidak lebih namun ia sudah hampir menyamai elaun Speaker Dewan Rakyat. Adakah DUN Selangor sering bersidang seperti Parlimen Malaysia sehingga mewajarkan elaun ADUN dinaikkan. Jumlah Persidangan DUN juga lebih pendek daripada Dewan Rakyat, maka dimana kewajaran kenaikkan elaun yang dicadangkan.

SAMM Johor sangat kecewa dengan pengumuman kenaikan elaun tersebut. Tiadalah beza antara rejim Pakatan Rakyat dengan rejim Barisan Nasional. Kedua-duanya hanya akan memikirkan keuntungan diri sendiri di puncak kuasa sedang rakyat terpaksa memotong perbelanjaan harian kerana kos taraf hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

SAMM Johor turut mendesak rejim Pakatan Rakyat Selangor untuk membatalkan kenaikan drastik ini sebaliknya menggunakan peruntukkan tersebut bagi memberikan lebih banyak faedah kepada rakyat. Jadilah sebuah Kerajaan Pemerintah yang sentiasa menjadikan rakyat sebagai keutamaan sejajar dengan Agenda MES, Merakyatkan Ekonomi Selangor bukan Mewakilrakyatkan Ekonomi Selangor. Ingatlah, jawatan yg disandang itu adalah amanah yg diberikan oleh rakyat, ianya bukan untuk menyenangkan kehidupan kamu.

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor
SAMM Johor

Monday, November 25, 2013

Apa agama?

Dua pemuda yang menjual buku bertanya kepada Sham yang sedang mempromosikan majalah Posto sama ada mereka berminat menjualnya atau tidak, "Ada unsur agama tak buku tu?"

Sham tanya "Agama tu apa?"

Dua pemuda sedikit susah hendak menjawab. Sham meninggalkan persoalan dan memberi isyarat untuk aku meneruskan.

"Apa yang kita lakukan sesaat tidak ada kaitan dengan agama?" Tanyaku. "Sekelip mata yang kita buat di manakah agama tidak terlibat ."

Dua pemuda senyum dan perlahan berkata serentak, "Betul bang..."

Aku tidak kisah jika tidak bersetuju denganku dan boleh sahaja kita berbincang panjang dengan dada lapang persoalan ini. Aku sendiri boleh melawan hujah yang aku ucapkan itu. Hahaha!
Ya! Apakah maksud agama bagi anda? Jenama? Apakah Rasulullah datang membawa sebuah agama berjenama Islam menggantikan agama-agama sebelumnya?

Apakah Islam itu maksudnya Sejahtera dari segi lughah atau konsep?
Bagaimana agama Hanif dan syariat Nabi Ibrahim?
Ad-Din adalah cara hidup.

Itu sahaja dulu.




Monday, November 18, 2013

Al fatihah syuhada Memali

Komik ringkas aku lukis 2 tahun lepas untuk syuhada Memali 19 Nov 1985
http://kulupsakah.blogspot.com/2011/11/zionisa-untuk-syuhada-memali.html
















Saturday, November 16, 2013

Kembalikan Kuala Lumpur seperti 20 tahun lalu.

Aku 17 tahun waktu berhijrah ke Kuala Lumpur mencari kerja. Disember 1990 dua minggu selepas tamat SPM. Kuala Lumpur tidak asing bagi aku sebab kami sekeluarga selalu menziarahi pak cik-pakcikku di kota ini. Bentong ke KL hanya 69 kilometer dan tambang bas hanya RM2.80 sahaja. Tinggal menumpang di rumah sepupu di Wangsa Maju aku keluar rumah seawal jam enam pagi menaiki bas ke Petaling Jaya bekerja sebagai mekanik. Lewat sedikit akan tersangkut kesesakan yang teruk di Jalan Genting-Klang ke Jalan Pahang. Tapi kebanyakan warga kota memilih bas sebagai kenderaan awam kerana ia cukup efisien waktu itu. Dari Gombak, Ulu Klang dan Setapak ada bas Len Seng, dari Kuala Selangor, Sungai Buloh ada bas merah Selangor, bas Sri Jaya menuju Shah Alam, Tong Foong daerah Cheras, bas Foo Hup dari Seremban menuju KL melalui Mantin, Beranang, Semenyih dan Kajang. Belum kira bas mini lagi. Sangat banyak. Bas Kampung Pandan nombor 25 sahaja hampir setiap satu minit ada. Ke Bangsar, ke Petaling Jaya hendak ke pusat Bandaraya mahu pun ke Chow Kit sangat cepat. Dua kali bas sahaja. Tambang bas mini cuma 50 sen. Bas besar yang lain maksimum 70-80 sen. Yang rugged, yang kemas, yang biasa dan yang popular seperti artis pun boleh berkongsi tempat duduk dengan kita dalam bas mini. Tidur ternganga di dalam bas sewaktu pergi atau balik sangat seronok. Bersesak berhimpit itu biasa.

Acara paling meriah hujung minggu ialah Pasar Malam di Jalan Tunku Abdul Rahman tempat pasangan kekasih mahu pun keluarga atau mat solo mencuci mata. Bayangkan jalan utama nadi kotaraya itu boleh ditutup beri laluan untuk pasar malam. Panjang pasar malam dari Sogo ke panggung Coliseum. Sogo pun belum ada lagi. Panggung wayang banyak. Odeon, Rex, Capital dan macam-macam. Belum lagi ada cineplex. Mat rock, thrash, mat underground pot tingkat atas Central Market. Pertengahan 80an aku selalu dengar cerita Jalan Masjid India, Pasar Budaya meriah dengan acara bacapuisi bawah tiang lampu oleh angkatan seniman. Tahun 90an hanya ada sesekali di pentas belakang Central Market. Terisi juga hujung minggu. Band-band rock jamming di studio Do Re Mi, Pertama Complex. Pekena sup Jalan Dorai depan Kompleks Wilayah sebelah Kompleks Campbell, main roller blade di Galactica Semua House. Meriah! Seniman Jalanan di luar Central Market mengubat lelah menghibur kami warga kota yang penat bekerja. Lorong katak dekat CM gerai makan yang enak. Nasi campur lauk ikan cuma RM1.80. Ayam sekitar RM2.50. Teh tarik atau milo ais tak sampai seringgit. Bawa RM3 sudah cukup untuk melepak di KL.

Hari ini teruk. Bas tidak lagi penuh. Kalau ada pun jika kita naik, silap-silap kita dijeling seperti warga asing oleh penumpang-penumpang di dalam yang kebanyakannya orang luar. Sistem tren memang banyak. Berselirat landasan di perut kota tetapi tambang mahal. Komuter KTM lembab dan tak boleh dipercayai dari segi ketepatan masa. Nak makan apa RM3? Central Market hari ini jual barangan kraf dari luar negara. Betul-betul Pasar Budaya jadi pasar jual budaya. Entah apa pasal entah! Panggung wayang sudah diganti cineplex di dalam mall. Acara bacapuisi di kaki lima atau busking sudah tiada. Pelukis-pelukis di CM tersudut. Semua warga terkejar-kejar masa. Laju aje berjalan tidak menoleh-noleh. Benteng di belakang Selangor Mansion dulunya pot makan terbesar di KL, sudah tiada. Fesyen, baju, plastik, gajet, apa lagi entah semakin menguasai. Hendak percayakan orang sekeliling pun susah hari ini.

Dan dosa paling besar kerajaan pada warga kota Kuala Lumpur hari ini pada pandangan aku adalah menghapuskan bas-bas mini sekaligus membunuh sistem pengangkutan awam di kotaraya. Atas alasan menyeragamkan sistem dan demi kelancaran kononnya, syarikat kroni mengambil alih tugas bas-bas mini ini dengan memakaikan cantik-cantik pemandunya. Tambang 90 sen mesti dibayar di dalam mesin yang tidak reti memulangkan baki jika anda bayar RM1. Dan syarikat kroni ini akhirnya tersungkur gagal! Kesannya terus merebak ke hari ini. Warga kotakurang meyakini sistem pengangkutan awam. Lebih suka masuk bandar dengan kereta sendiri. Jalan semakin sesak dan sendat sehingga menyemputkan nafas.

Kembalikan Kuala Lumpur seperti dulu! Aku rindu KL 20 tahun dulu!




Tuesday, November 12, 2013

kuil, hudud dan politik bangang

Melihat insiden ini di Malaysiakini

Hindraf: Kuil bukan urusan kamu, Ku Nan
2:29PM Nov 12 2013  
Persatuan Hindraf Malaysia menyelar Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berhubung kenyataannya yang mempertahankan perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di ibu negara.

Pengerusinya P Waythamoorthy berkata, beliau tidak mempunyai urusan untuk mentafsirkan sama ada tempat itu sebuah kuil atau hanya tempat pemujaan.

NONESetelah lama senyap, Waythamoorthy (kanan) yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Tengku Adnan juga tiada urusan untuk mengeluarkan kenyataan kepada umum berkaitan agama Hindu.

"Sebagai menteri persekutuan, beliau patut hormati perasaan dan sensitiviti orang Hindu, bukan mewajarkan tindakan tidak berhati perut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Tengku Adnan semalam berkata, kerja-kerja perobohan DBKL di kuil di Jalan P Ramlee itu sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk "mencantikkan" kuil.

Beliau juga menggelar tempat itu hanya sebagai "tempat pemujaan" dan bukannya kuil.

kemudian :-
Mengulas dakwaan Tengku Adnan yang mendakwa kuil itu hanyalah tempat pemujaan dan bukan kuil sebenar, Surendran berkata ia bukan urusan Tengku Adnan untuk menentukan sama ada bangunan itu adalah kuil atau bukan.

"Saya tak tahu sejak bila Tengku Adnan jadi pakar Hinduisme.

"Kalau dia pakar, dia letak jawatan dan jadi samilah. Bukan bidang beliau untuk bercakap tentangnya.



Inilah politik cap bangang dipersembahkan di Malaysia!

Pertama : Berkenaan perobohan kuil ini, tidaklah jelas statusnya sama ada wajar atau tidak dirobohkan tetapi jawapan Tengku Adnan ia untuk mencantikkan dan itu bukan kuil tapi tempat penyembahan adalah jawapan politik bangang. Jelas bangang!

Kedua : Respon Timbalan Menteri  JPM "Tengku Adnan juga tiada urusan untuk mengeluarkan kenyataan kepada umum berkaitan agama Hindu dan Surendran ""Saya tak tahu sejak bila Tengku Adnan jadi pakar Hinduisme. Kalau dia pakar, dia letak jawatan dan jadi samilah. Bukan bidang beliau untuk bercakap tentangnya" juga kelihatan bodoh kerana baru sedar apabila terkena batang hidung kamu tahu pula marah. Sebelum ini apabila Hudud dibincangkan untuk dilaksanakan di negara ini yang mana hanya melibatkan orang Islam sahaja tiba-tiba ramai pula bukan Islam jadi pakar Islam. Mengapa tak suruh mereka jadi Ustaz dan imam? Apakah kamu ada urusan mengeluarkan kenyataan kepada umum berkaitan agama Islam?

Jadi:-

1) Aku tidak setujulah juga perobohan tempat ibadat seperti Al Quran melarang berbuat demikian. Tetapi dalam kes-kes lain, pembina tempat ibadat yang membina di atas tapak haram atau rezab ke harus akur jika tapak itu hendak digunakan, kena bertolak ansur. Surau pun begitu. Jangan ambil kesempatan main isu agama. 

2) Insiden ini jelas bahawa kita sesama kita tidak selesaikan lagi prasangka perkauman dan sensitiviti agama. Berpolitik sangat akan menjadikan suasana tegang. 

3) Ahli politik berhentilah jadi bangang!

Monday, November 11, 2013

30 SB di London. Buat apa?

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mengapa-negara-perlu-30-polis-cawangan-khas-di-london-soal-nurul-izzah



abang, tuhan ada?

"Abang! Tuhan ada?" tanya seorang adik baru cecah umur 20.
"Entah.." jawabku.

Adik ini selalu lepak-lepak minum dengan kami di Kajang. Ini sewaktu arwah Annisa masih ada. Hari ini aku sudah tidak nampak lagi adik ini.

"Kalau Tuhan ada mengapa dibiarkan penderitaan dan kejahatan terus berlaku?" tanyanya.

"Kerana dia ada-lah maka dibiarkannya terus berlaku supaya kita sedar tiada daya kita untuk mengubahnya..." kataku.

Adik tunduk. Mengacau ais dengan straw di dalam gelasnya yang berisi teh ais.

"Jika dia maha pengasih dan penyayang mengapa diciptanya kanak-kanak dengan kesakitan, juga macam Annisa dan An-Nur ini, OKU. Kenapa tiadakah sifat Ar rahman dan Ar rahim?Tak kasihankah Tuhan?" tanya adik lagi.

"Sifat rahman dan rahim itu diletakkan kepada kita untuk kitalah yang mengecapinya. Abanglah yang merasa nikmat kasih lagi mengasihani itu untuk Annisa dan An-Nur. Dan mereka yang menghayati sifat itu" kataku.

Adik senyum sedikit. "Saya bukan apa bang, saya takut sesat..."

"Sesat adalah permulaan sebuah pertemuan..." kataku.

Sham membayar minuman. Bersiap sedia untuk beredar. Sewaktu aku mendukung Annisa dan Sham mendukung An-Nur menuju kereta, adik mengekori dari belakang.

"Jadi, Tuhan ada bang?" Tanya adik.

"Kau rasa?" aku memulangkan soalan.

Adik diam. Agak sayu matanya memandang tepat mataku sehinggalah kereta kami makin menjauh...

Sunday, November 10, 2013

aktiviti cuti sekolah








Jika anda berminat mengadakan kelas asas melukis kartun untuk anak-anak anda atau pelajar jagaan anda sama ada di sekolah, pusat jagaan, pejabat, komuniti, persatuan atau sebagainya sila email ke raja_uda@yahoo.com

Wednesday, November 6, 2013

Menyembah agamawan

Disiplin mengaji ilmu apatah lagi ilmu agama yang menyentuh kerohanian sangat dititikberatkan. Tertibnya pun tidak boleh dinafikan wajib diikuti. Ia untuk kesedapan memperolehi ilmu yang akan membuahkan nikmat bagi membina tembok keyakinan yang hakiki. Ia bukan mudah dan tidak kecil dugaannya. Perjalanannya sangat sukar bak mendaki lembah licin.

Sejak zaman-berzaman kita akan terbaca bagaimana tokoh-tokoh ilmuwan tersohor dunia berguru melalui tingkat-tingkat disiplin. Perjalanan mereka panjang. Perguruan mereka lama. Ujian besar. Para sahabat sendiri berbeza-beza tingkat pemahaman mereka. Pembawaan Abu Bakr, Omar, Uthman dan Ali masing-masing berlainan malah adakalanya kelihatan bercanggah tetapi tidak pula salah, meskipun guru mereka satu yakni Rasulullah.

Rantai ilmu terus bersambung apabila ilmu diwarisi turun temurun. Berbaiah dengan berjazam di mana guru berjabat tangan memberi restu seikhlasnya sementara murid memohon penuh rendah diri. Duduk lutut bertemu lutut sebagaimana dikisahkan sirah ketika Jibril menerangkan apa itu Islam, Iman dan Ehsan.

Hari ini kelihatan semuanya mudah. Kita menganggap adat itu remeh dan tidak penting. Dalam hikayat Hang Tuah sendiri diceritakan bagaimana konsep perguruan yang berkat berjalan. Sang Adi Putra mengajar lima sekawan secara khusus dengan pemantauan rapi. Berjazam dan memberi ijazah. Guru tahu siapa lulus cemerlang atau sebaliknya kerana kenal rapat dengan murid. Bukan seperti sekarang peperiksaan, tugasan atau tesis pun plagiat, keluar mendabik dada mengajar orang. Jika ditanya tentang bab yang tidak dia arif, tetap juga menjawab walaupun main hentam kerana maklumlah ada sijil. Ulama besar dahulu jika mereka tidak arif, mereka jawab dalam bentuk cadangan dan pilihan sepert " Saya lebih suka begini....." atau "saya cadangkan ia mungkin lebih afdhal begini....". Itu jawaban ulama yang hasilkan kitab agung, bukan siri video kuliah seperti agamawan yang silap sikit terus haram itu, sesat ini.

Zaman ini tidak lagi diamalkan begini. Menghadiri ceramah dan program kuliah mendengar pidato ustaz dianggap sudah duduk penuh di dalam pengajian ilmu. Atau menonton di you tube sudah seperti menghadiri kelas pengajian. Menuntut mesti interaktif, bertemu mata. Akhirnya hanya terhibur dengan lawak jenaka berbentuk agama. Tak ubah seperti menonton komedi berdiri. Apa yang dibawa pulang untuk diamalkan? Ah! Lupakan.

Akhirnya kita memilih peribadi. Jika ada dua masjid mengadakan program ceramah agama, nescaya penceramah yang popular dan penuh sifat humor akan bersesakan. Yang serius dan kurang popular kurang sambutan. Ukuran apa yang kita guna?

Dan kita menyanjung gila mereka. Jangan dikritik pasti kita membela kerana mereka sempurna. Jika ustaz ini kadangkala menggunakan metafora yang secara tidak sengaja (sepatutnya seorang guru mesti peka dan faham kaedah berdakwah) mempersendakan individu atau golongan tertentu seperti orang cacat atau fizikal gemuk misalnya, tidak mengapa. Lupakan itu dan ambillah ilmunya.

Cuba kita bertanya kembali apa yang kita cari? Sosok atau ilmu? sedih juga apabila ada agamawan yang punya pengaruh besar tetapi gagal memainkan peranan mengangkat fikrah pengikutnya ke suatu tahap agar boleh berfikir secara kritis dan kreatif. Hanya bawa isu-isu rendah dan di takuk lama. Sudah satu dekad lebih alaf 21 cerita poligami, mandi wajib, solat sah atau tidak yang sepatutnya sudah selesai di peringkat sekolah masih dibawa. Bagaimana dan bila hendak sampai kepada bab makrifatullah? Ada yang main selamat. Ketika kemelut politik dan kerosakan sedang dilakukan oleh pemerintah seperti rasuah, pembaziran, peracunan fikiran, adu domba dan fitnah, agamawan cari makan ini mengunci mulut depan pengikutnya. Inilah tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

Dan sejarah menyaksikan sang guru yang hebat selalunya hidup sederhana serta pengikutnya pun tidaklah ramai tetapi berkualiti sehingga karya limpahan ilmunya menggegar dunia.

Monday, November 4, 2013

Pahang juara!

Selepas 1992, kali ini barulah Pahang berjaya merangkul kembali Piala Malaysia untuk kali ketiga. Sebelumnya pada 1983. Tetapi Pahang antara pasukan yang banyak kali menjadi naib Juara. Tahniah!
Tetapi aku tetap akan mengenang legenda Pahang Yunus Alif, Abdah Alif, Jamal Nasir, Ahmad Yusof, penjaga gol Khairul Azman dan pemain simpanan yang pasti masuk menjaringkan gol sehingga digelar 'Supersub' Fazirul Anuar Wahab (aktif pertengahan 80an)


foto : mstar.com.my

Pas kekal kerusi PKR hilang kerusi

Pas kekal di DUN Sungai Limau sementara PKR hilang kerusi di DUN Kadamaian, Sabah apabila wakil rakyat mereka keluar parti menjadi BEBAS pro BN.
Syabas Pas dan padan muka PKR.
Presiden PKR, Timbalan Presiden dan Ketua Umum patut juga tengok prestasi YB lemau mereka yang menang setelah merompak tempat orang yang dah lama berkhidmat dan diterima rakyat kawasan tersebut.
Yb payung terjun ini pun khabarnya jenis liat hadir di dewan atau jenis yang senyap tak bercakap.


Nak buat camana. Jenis menjilat untuk dapat kedudukan, dah dapat tempat dahlah selamatlah dapat gaji. Pi mampuihlah nak berkhidmat ke hapa ke, PA ada.
Kalau PA bongok nasiblah....

PKR: antara YB katak dan YB lembab

YB PKR yang katak dan yang lembab,

KEADILAN: Adun Kadamaian pengkhianat rakyat
Nov 4 2013 / Keadilan Daily
Tindakan Jeremy Malazad, Adun Kadamaian, mengisytiharkan beliau telah melepaskan semua jawatan serta keluar dari KEADILAN hari ini tidak lain dan tidak bukan merupakan satu pengkhianatan besar kepada rakyat Sabah dan Malaysia. KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak beretika ini.

Pada masa yang sama, KEADILAN akan menghantar surat tunjuk sebab kepada Jelani Hamdan, Adun Matunggong, yang dipercayai turut merancang untuk mengkhianati amanah yang diberi rakyat Sabah.

Kenyataan bahawa mereka berdua telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti hanyalah satu helah dan alasan biasa bagi mengiakan langkah-langkah pengkhianatan mereka ini.

Tindakan Adun lompat parti sebegini adalah modus operandi biasa Barisan Nasional di Sabah untuk cuba melemahkan semangat perjuangan rakyat yang menginginkan perubahan.

Oleh itu, KEADILAN menggesa rakyat Sabah untuk bersatu dan tidak biarkan taktik Barisan Nasional ini memecah-belahkan semangat perjuangan dan reformasi, demi Sabah yang lebih baik.

Bagi pihak Setiausaha Agung KEADILAN,
Tian Chua
Naib Presiden KEADILAN

Yahoo!
Syabas kerana keluar. Pihak pimpinan PKr bukan harus mencerca yang melompat aje malah sila dengar rungutan rakan parti dari PR dan penduduk setempat tentang prestasi YB yang menang di mana mereka ini calon payung terjun. Kerana berjaya membodek pimpinan calon yang dah lama buat kerja ditendang dan digantikan dengan mereka. Akibatnya menang tapi tak perform, lembab, banyak alasan.

Yalaaaaah! Takkan tak reti-reti lagi! Janganlah buat-buat pekak adun Kajang sama MP Batu Pahat laaaah!

Wednesday, October 30, 2013

wak jono kembali

Selama dua tahun menyepi, Wak Jono sang pengembara rohani kembali berblog? sila ke http://kealamtaknyatatapiada.blogspot.com/
kepada yang belum pernah membaca diharap baca dari awal entry dan bagaimana aku terlibat juga bersahabat dengannya.

Siapa Wak Jono? Apa yang dia cari? Apa yang cuba dia sampaikan?

wak jono

Rokok dan Ruku'

Sarapan di restoran mamak sementara menunggu nombor giliran di sebuah jabatan kerajaan sampai. Orang ramai. Memang aku malas kalau berurusan begini tapi nak buat macamana.

Duduk semeja denganku seorang anak muda awal 20an. Dia minta pemetik api tetapi aku jawab tidak merokok.

" Baguslah bang! Saya ni susah nak berhenti. Hari ni rokok besar dah lebih dari RM10 maknanya kita kena keluar dua not kertas, satu merah satu lagi not kecil. Peh! Saya hisap batang-batang je sekarang." katanya.

" Sebatang berapa sekarang?" tanyaku.

" Rm1" jawabnya. Teh tarik hampir tersembur dari mulutku. Masa aku awal-awal rmerokok 20 tahun dulu 15-20 sen sebatang.

" Seringgit sebatang? Gila!" kataku. " berapa batang sehari kau hisap?"

"8-10 batang sehari semalam" jawab dia.


....lama dia diam kemudian dia sambung lagi " hisap rokok lagi banyak dari ruku' kat Tuhan" .

Aku ketawa dengar lawak spontan dia. Dia hanya tersengih gelengkan kepala. Aku makin tergelihati melihat gigi depannya yang sompek.

Sunday, October 27, 2013

bukan apa-apa

Seorang lelaki tua sekitar 80an usianya berjalan perlahan tetapi kemas langkahnya menuju sebuah meja kosong di warung tempat aku membasahkan tekak di tengah matari terik. Pakaiannya lusuh tetapi bersih. Rambut, janggut dan misai yang memutih meskipun panjang tetapi tersisir. Dia menunduk sahaja tidak mempedulikan orang lain juga sepertimana orang lain tidak pedulikannya. Tiba-tiba dia mengangkat kepala memandang aku yang memerhatikannya asyik sejak tadi. Sebelah matanya dikenyitkan dan menghantar senyuman isyarat. Aku tersentak. Apakah dia boleh membaca situasi?

Aku bangun berpindah ke mejanya. "Mahu ke mana Aki?" tanya aku. Dia menggeleng kepala sambil tersenyum. "Sini aje..." suaranya perlahan. "Kejap lagi belum tahulah. Ikut Kudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama', Basar dan Kalam-lah ke mana tujuannya lepas ini". Pekat loghat Pahang belah-belah Lanchang. Tapi bukanlah loghat itu menarik perhatianku. Tetapi kata-katanya.

"Itu sifat ma'ani." kataku. Dia senyum lagi menampakkan giginya yang masih penuh. Pekedai meletakkan secawan kopi o kepada dia. Oh! Barangkali aki ini biasa di pekan kecil ini. Aku yang orang luar. Patutlah orang lain seakan tak ambil kisah.

Diam. Tiada apa hendak dibicarakan. Setengah jam berlalu aku meminta diri meneruskan perjalanan ke pekan seterusnya. Aku menghulurkan tangan bersalam. Dia menyambut dan senyum. Mata berbalas renung. Sedikit renjatan listrik di dada kiri aku rasakan. Mungkin sebuah isyarat. Tanpa kata dan hanya menggunakan bahasa ghaib. Terasa ketika bersalam, ibu jarinya lembut.

Aku mengengkol enjin motosikal dan beredar. Panahan pandangan mata aki terkenang-kenang. Yang aku perasan dia tidak bertanya bukan-bukan atau menyibuk akan hal aku seperti "Mau ke mana?", "dari mana?", "Kerja apa?".

Sepatah katanya itulah membongkar dunia batin sehingga diriku berdialog dengan diriku juga malam itu...

Friday, October 25, 2013

Sembelih korban dan agamaku agamaku agamamu agamamu

Kamalanathan: Tak perlu pekeliling larang sembelihan http://www.malaysiakini.com/news/244752

Abdul Rahim Sabri
12:34PM Okt 24 2013

VIDEO l 1:47 minit

Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan menegaskan bahawa sekolah tidak dibenarkan menjalankan ibadah penyembelihan korban seperti yang dijalankan di SK Puchong Jaya semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Bagaimanapun, larangan itu bagaimanapun tidak dinyatakan dalam pekeliling tetapi hanya dalam bentuk nasihat kepada pihak sekolah "dari semasa ke semasa".

"Tak (ada pekeliling). Kita akan menasihati dari masa ke semasa. Tak perlu ada perkara itu," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Jelasnya, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan menasihati sekolah untuk bekerjasama dengan surau berhampiran apabila pihak sekolah memaklumkan mengenai aktiviti tersebut.

"Sebenarnya benda itu (sembelihan korban) tidak boleh. (Perkara) itu dah kementerian siasat. Biasanya tidak boleh, tetapi masalah yang berlaku apabila PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) tidak dimaklumkan.

"Kalau dimaklumkan di pejabat PPD, biasanya, mereka akan menasihatkan pihak sekolah bekerjasama dengan surau-surau berhampiran. Itu yang digalakkan," katanya.

Selanjutnya boleh baca di Malaysiakini di link yang diberikan.

Begini:-

Bagi saya, masalah yang berlaku di Malaysia ialah terlalu banyak kekacauan yang dilakukan ahli politik dan banyak perkara yang tidak diselesaikan menyebabkan perkara seremeh dan serendah ini terjadi.
Soal pemahaman beragama tidak kira agama yang dianuti individu itu sendiri apatah lagi agama orang lain menyebabkan kecoh-kepoh ini berlaku. Peranan agamawan tidak kira Islam, Kristian, Buddha atau Hindu pun kabur dalam memberikan ketenteraman kepada rakyat. Saya tidak tahu agama lain maka saya tidak berhak campurtangan dalam ibadah agama lain. Tetapi dalam soal ibadah korban ini, benar soal tempat seperti di sekolah boleh dibincang elok sama ada sesuai atau tidak. Ini kerana persoalan akan menjadi meleret apabila penganut agama sentiasa bertekak itu ini tidak boleh. Jika ibadah korban menakutkan pelajar agama lain di sekolah akan timbul pula komplen acara Thaipusam akan menakutkan anak-anak agama lain yang melihatnya di jalanraya. Berulang-ulang, bertaki-taki lagi dengan kesesakan jalanraya ketika umat Islam solat Jumaatlah, isu mendirikan kuil haram di tanah rezablah sehingga apabila tanah hendka diambil semula maka protes berlaku dengan alasan penindasan agamalah. Banyaklah lagi!

Letih! Dan tidak selesai. Sebab orang politik sentiasa menyimpan isu ini untuk dilepaskan apabila mereka tersepit. Agamawan juga sudah hilang formula berdakwah. Agamawan Islam misalnya entah mana yang dipraktikkan kaedah Rasulullah berdakwah dengan Siddiq (Benar), Amanah, Tabligh (menyampaikan) dan Fatanah (Kebijaksanaan). Kata datuk saya jika mahu berdakwah baca susunan saranan Rasulullah itu secara terbalik. Fatanah-> Tabligh->Amanah->Siddiq.
Pasti cantik.

Saya bukanlah pandai tetapi kepada rakan-rakan Hindu, jika agamawan Islam tidak memberitahu anda akan ini, biarlah saya beritahu. Lembu yang dianggap suci bagi agama anda juga tetap dianggap suci oleh agama Islam. Sama seperti haiwan lain yang patut disayangi. Walaupun ada haiwan haram dimakan tetapi Islam melarang menzalimi. Dalam konteks ibadah korban misalnya, sembelih adalah kaedah terbaik, tidak zalim dan ia sangat berakhlak ketika hendak mengambil nyawa haiwan untuk dijadikan makanan. Itu kaedah Islam yang diajarkan. Sembelih bukan suatu pembunuhan sebaliknya haiwan yang diambil nyawa secara tidak sembelih itulah suatu kezaliman bagi umat Islam. Tetapi umat Islam tidak boleh mengatakan sebegitu kepada agama lain kerana mesti menghormati apa pun cara mereka.

Kedua, lembu dikategorikan di dalam Islam sebagai haiwan ana'am. Haiwan ternakan berkaki empat. Dalam sejarah bagaimana Allah ingin meletakkan amanah khalifah bumi ini kepada makhluk, semua makhluk menolak sama ada gunung, haiwan, tumbuh-tumbuhan kerana tidak sanggup memikul amanah. Hanya manusia mampu. Makhluk yang lain bersedia berbakti kepada manusia, makhluk ciptaan Allah paling mulia demi kecintaan kepada Allah. Sebab itu makhluk seperti jin, haiwan beria-ia mahu berbakti kepada manusia agar Allah redha kepada mereka. Dalam soal korban, memang manusia melakukan korban tetapi haiwan juga seperti lembu diberi penghormatan berbakti untuk manusia dengan mengorbankan diri mereka. Lihat betapa redhanya haiwan-haiwan ini ketika disembelih. Tenang. Yang dikesalkan adalah sikap segelintir umat Islam yang tidak faham menjadikan ibadah ini pesta-pestaan, sesetengahnya menakut-nakutkan haiwan ini kerana tidak faham tertibnya.

Jadi tanggapan ibadah korban suatu pembunuhan haruslah dikikis dan haiwan yang dianggap suci oleh apa jua agama lain turut juga suci pada kaca mata Islam kerana ibadah korban adalah semata-mata tiada lain selain mengharapkan keredhaan Yang Maha Esa. Wallahualam.



Sunday, October 20, 2013

Lakum diinukum waliyadiin

Berita di Malaysiakini

Ibu bapa Hindu bantah korban lembu di sekolah

Koh Jun Lin
4:32PM Okt 18 2013

Tindakan sebuah sekolah di Kuala Lumpur menyembelih lembu korban di perkarangan kawasannya semasa waktu sekolah semalam mendapat bantahan daripada ibu bapa bukan Islam.

Memetik anaknya, S Dineswary memberitahu Malaysiakini, upacara itu dilakukan pada waktu pagi sebelum kenduri sempena sambutan hari raya Aidiladha.

"Ia tidak sepatutnya berlaku kerana ini sekolah kebangsaan, bukan sekolah agama. Itu sebabnya kami terkejut kerana terdapat murid Hindu dan Cina di situ.

"Ia bukan hanya isu agama, tetapi juga kerana terdapat kanak-kanak di sekitarnya. Mungkin ada yang tertekan dengan pembunuhan itu," katanya ketika dihubungi.

Lembu dianggap haiwan suci bagi penganut Hindu. Malaysiakini tidak menamakan sekolah itu sementara menunggu respons daripada sekolah.

Sementara itu, di Internet pula tersebar meluas rakaman perbualan seorang pemanggil dengan guru besar berhubung kejadian hampir sama.

Dalam perbualan hampir 10 minit itu, pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai "Saravanan" mempersoalkan tindakan sebuah sekolah melaksanakan acara itu kerana terdapat murid Islam di situ.

Dia juga menyoal sama ada tindakan itu bertepatan dengan peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mungkin kebetulan, seorang pembaca Malaysiakini yang memperkenalkan dirinya sebagai "Saravanan Forever" turut mendakwa banyak insiden seperti itu berlaku di seluruh negara pada sambutan Aidiladha.

"Di Malaysia, sekolah kebangsaan, di mana kanak-kanak pelbagai kaum belajar dan kita patut hormat semua bangsa dan agama," tulisnya lagi.


Bagi aku:-


Isu ini boleh diselesaikan dan tak perlu menjadi besar. Jangan kebingitan isu -isu bodoh sebelum ni dalam soal agama meleret-leret. Bertoleransilah! Cuma saya agak tidak senang dengan kenyataan yang berbunyi:-
" "Ia bukan hanya isu agama, tetapi juga kerana terdapat kanak-kanak di sekitarnya. Mungkin ada yang tertekan dengan pembunuhan itu," katanya ketika dihubungi."

Harus sesiapa khususnya yang bukan Islam kena ingat, menyembelih binatang bukan PEMBUNUHAN. Ia proses yang cukup cantik, tidak kejam malah bersih menurut garispanduan Islam ketika hendak menjadikan haiwan sebagai makanan. Maksud pembunuhan adalah kejam. Bagi muslim, mencabut nyawa binatang yang hendak dijadikan makanan itulah pembunuhan tetapi muslim diajar tidak melecehkan amalan agama lain lalu kami tidak memanggilnya pembunuhan. Kami memanggilnya makanan yang 'tidak disembelih' iaitu tidak mengikut syarat-syarat yang digariskan.

Perkataan PEMBUNUHAN sangat SALAH dan menghina.

Thursday, October 17, 2013

Tuhan berdiam saja?

Tuhan masih berdiam. Ketika mereka berebut siapa pemilik nama alif lam lam ha, Yang Empunya Diri tidak menzahirkan apa petanda. Dan apabila keputusan mahkamah menyatakan Allah hanya milik umat Islam, Yang Maha Berkuasa diam juga. Penyokong 'kalimah Allah hanya untuk orang Islam' bersyukur di atas keputusan ini yang memberi tanda Allah merestui perjuangan mereka lantas memberi kemenangan. Tetapi kemudiannya apabila respon marah memuncak di Sabah dan Sarawak, kerajaan mengumumkan keputusan ini hanya untuk Semenanjung. Pejuang nama Allah diam....seperti Empunya Diri.

Lihatlah kebodohan umat Melayu sehingga tara ini berpolitik. Menjadi bahan ketawa satu dunia. Dari yang bingung sehingga mengaku terpelajar dan bergelar bijak pandai~ keliru. Hanya kerana ditipu politikus.

Apa yang hendak direbut dan dimilikperibadikan kalimah Allah? Agama langit seperti Islam, Kristian dan Yahudi memang mengakui menyembah Tuhan yang sama. Yang berbeza persembahan. Ritual. Agama sikh juga. Sehingga bentuk rumah ibadat pun hampir sama. Maknanya asal usulnya kepercayaan adalah tuhan yang sama; Al Ilah.

Jika kita berkisar soal politik selalunya akan timbul hujah-hujah bodoh, mual dan langsung tidak membina sama ada kefahaman ilmu mahu pun tahap kepercayaan (iman). Dan itulah yang dimahukan oleh penipu-penipu yang memaut kuasa menggunakan agama. Mahu kebodohan terus diangkat. Sebaliknya jenayah rasuah atau penyelewengan yang ditegah Allah langsung tidak dipedulikan.

Allah yang mana direbutkan? Nama? Dari huruf alif, lam ,lam, ha itukah? Jika dibuang huruf, tidak dibunyikan suara bagaimana hendak menikmati Allah? Ingat bagaimana peristiwa Bilal bin Rabah disiksa supaya tinggalkan agama. Dihempapkan bebanan berat di dada di tengah panas gurun, Bilal bertahan dengan terus melaungkan "Ahad! Ahad!" atau ertinya Yang Maha Esa. Mengapa tidak menyebut kalimah Allah? Kerana kalimah itu hanya menyebut sebuah nama. Sebuah nama tidak cukup untuk menjelaskan akan sesuatu. Menyebut mengenali kawan kita bernama Ali contohnya hanya sekadar menyebut nama Ali tidak cukup. Mesti dibayangkan rupa Ali, sifat, tabiat, perangai, apa bagai semuanya barulah sempurna. Laungan "Ahad" oleh Bilal cukup menggambarkan ketauhidan menyeluruh merangkumi nama (asma), dzat, sifat dan afaal. Bukan sekadar kalimah.

Yang hari ini direbutkan apa? Sekadar nama? Bagaimana dengan dzat? Sifat dan afaal? Sudah kenal rata-rata? Atau ikut-ikut latah orang politik yang memang mahu memperbodohkan lebih-lebih lagi jika kita mengaku pandai. Sedarlah! perebutan nama ini hanya isu politik. Jangan terlibat dengan kebodohan. Orang politik sudah lama hilang malu, kejujuran atau rasional. Dijebaknya kita sekali.

 Allah suruh mengenalnya pada permulaan agama 'awaluddin makrifatullah'. Hal berebut nama ini tak timbul jika makrifat akan hakiki. Sebab itu awal 'bismillah' maksudnya dengan 'nama' allah kerana asal wujudnya insan dari kalimah itu. Ahli sufi apabila sampai ke maqam kamil mukkamil - menyebut nama pun bagi mereka adalah syirik kerana telah menyekutukan. Maha Suci bagi mereka tidak boleh dikotorkan atau disamakan walaupun dengan huruf dan suara. Sifat 20 kena dalami sedalam-dalamnya. Tiada satu pun tuhan menyerupai makhluk. Kalau makhluk ada nama apakah Tuhan juga sama? Di sinilah perlu faham wujud dan maujud, dan pecahan sifat 20 kepada empat bahagian Nafsiyyah, Salbiyyah, Ma'ani dan Maknawiah.

Jangan fikir Allah akan bersuara jika kita fahami bersuara itu seperti tiba-tiba keluar bergema dari langit "Jangan mempermainkan aku!'. Hendak mencari Allah pun sudah tidak boleh di luar lagi. Ia di dalam. Kerana apabila mengetahui di dalam, maka luar dan dalam akan bersatu. Bagaimana bisa mencari dan mengharapkan Allah menjawab kerana:-

" Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu"

Al Maidah ayat 3

Semuanya sudah cukup dan ada di sini jawabannya. Di alam ini. Alam saghir dan alam kabir.

Thursday, October 10, 2013

12.54 jumaat

Dalam gelap hanya disuluhi cahaya monitor komputer, menyuap susu untuk An-Nur
merenung dalam-dalam wajahnya
dan susu yang ditelan sebagai bekalan hingga esok
kau tak mampu memaksa ilham bertandang
jika resah di jiwa sedang berperang


Monday, October 7, 2013

isu OKU: respon awam jika ia disensasi dan respon jika tidak didramatikkan

Mari lihat berita yang dimuatnaikkan pada hari semalam yang setakat ditulis di sini sudah lebih 200 komen


OKU terpaksa merangkak ke pejabat pengarah JKM

Seorang lelaki OKU yang mewakili satu NGO terpaksa bersusah payah menaiki tangga pejabat Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) di Kulim hari ini untuk menyerahkan memorandumnya kepada pengarah jabatan tersebut.
MP Padang Serai N Surendran berkata, seramai 50 anggota Persatuan OKU Setia Daerah Kulim pada awalnya berhimpun di luar jabatan tersebut sebagai bantahan berhubung bantuan kebajian pada kira-kira jam 1.30 petang.

Bagaimanapun, pengarah JKM Kulim Rohana Yusof enggan menerima memorandum tersebut dan tidak berganjak dari pejabat tersebut di tingkat satu, kompleks bangunan majlis perbandaran.

Katanya, selepas menunggu lebih satu jam di bawah pancaran matahari terik, salah seorang anggota persatuan tersebut. Gnana Pragasan, yang tidak boleh berjalan, bertindak menaiki tangga tersebut untuk menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Rohana.

Gnana, 53, dengan memorandum di mulutnya, menggunakan tangannya untuk memanjat tangga dan mengetuk pintu pengarah tersebut sehinggalah pegawai itu keluar untuk menerima memorandumnya.

Surendran berkata kejadian itu menunjukkan bahawa jabatan berkenaan tidak sensitif kepada warga kurang upaya dan warga emas di negara ini.

[Baca berita penuh]


sementara isu yang ini hanya 17 komen walaupun sudah empat hari dimuatnaik iaitu 3 Oktober

NGO tuntut sekolah khas pesakit kelumpuhan otak
12:36PM Okt 3 2013
Sebuah NGO berkaitan penyakit kelumpuhan otak besar atau cerebral palsy (CP) mendakwa kanak-kanak kelainan upaya itu dinafikan hak untuk pendidikan apabila tiada sekolah khas disediakan untuk golongan "OKU terlantar itu".
Pertubuhan Harapan Anak Cerebral Palsy (Hope2Walk), dalam memorandumnya kepada timbalan perdana menteri berkata, berbeza dengan negara lain, di Malaysia golongan ini tidak layak memasuki sekolah dan rawatan hospital juga cukup singkat.

"Rawatan fisioterapi dan latihan cara kerja dibuat di hospital seminggu sekali selama sejam. Bolehkah anak ini mempelajari semua itu dalam waktu sesingkat itu?

"Bayangkan, bolehkah anak normal menguasai kemahiran membaca jika hanya datang sekolah sekali seminggu selama satu jam? Apatah lagi anak CP, khususnya yang terlantar," memorandum kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik.

Memorandum enam halaman itu diserahkan oleh Timbalan Pengerusi Hope2Walk, Mohd Affandi Ramli di lobi Parlimen di ibunegara semalam.

Kartunis itu malah hadir bersama isteri dan anak perempuannya yang turut mengalami nasib sama.

Hope2Walk juga berkata, penafian hak bersekolah itu juga "amatlah kejam" dan tindakan perlu diambil dengan mengetepikan permainan politik demi pembelaan terhadap golongan itu.

"Mahukan kita melihat Malaysia menjadi negara pembunuh nombor satu bagi kanak-kanak CP (dengan membiarkan mereka)?" menurut memorandum itu lagi, sambil menjelaskan sebab utama kematian apabila potensi diri semakin merosot.

CP adalah sejenis kecacatan yang dikesan pada bayi apabila pengendalian otot gagal atau tidak berfungsi, kaku, lumpuh serta gangguan fungsi saraf.
Mengapa ini terjadi? 
Mengapa tiba-tiba respon pelayar internet melonjak? Apakah kesedaran terhadap isu  OKU benar-benar tinggi? Atau nilai berita yang dibawa berunsur 'politik sensasi' oleh orang politik maka peminat politik galak mengomen? Atau melihat susah-payah OKU yang terpaksa merangkak itu menjadikannya panas? Berapa ramai yang tanya apa isi memorandum yang dibawa oleh Gnana Pragasan? Berapa ramai yang benar-benar hendak tahu isi memorandum tersebut selain mengutuk pihak JKM dan struktur bangunan yang menyusahkan? ini memorandumnya

apa yang ditulis di sini bukan soal JKM sahaja tetapi soal dasar dan sistem. Struktur yang susah bukan salah JKM tetapi dasar! OKU yang merangkak terpaksa merangkak juga jika ke hendak naik ke pasar raya atau ke pusat ibadah sekali pun? Dasar dan pelan yang tidak punya kesedaran terhadap OKU-lah menyebabkan semua ini berlaku. Salahkan JKM sahaja tidak cukup. Orang buta tetap tidak nampak dan terpaksa mendaki tangga. Anak aku terpaksa aku cempung untuk naik tangga. Gilalah aku kalau marahkan bangunan tersebut.
Ramai marahkan pengarah JKM. Itu satu hal. Tetapi bagaimana jika aku katakan ada ahli politik yang anda suka, dari PR lah yang menunjukkan muka tak berminat, melencong tak mahu berjumpa semasa kami ajak berbincang tentang Cerebral Palsy? Tidakkah kami juga yang kena kutuk sebagaimana kami dihentam teruk sewaktu mengkritik Manifesto PRU oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU13 tempoh hari? Sebab itu beberapa kali kami cuba buat pertemuan tapi acuh tak acuh.
Berbalik soal perbandingan dua berita tadi mengapa kita selalu bersifat reaksionari? Aku percaya kita hanya marah kerana politik tetapi tidak pun mahu bergerak membantu orang-orang seperti Gnana atau An-Nur menikmati hak sewajarnya.
*Barangkali jika kami sekeluarga berbaring atas tar di parlimen tempoh hari pasti akan jadi sensasi! tapi bukan itu matlamatnya!!! 

Sunday, October 6, 2013

Wujud Segera Kementerian Hal Ehwal Orang Kelainan Upaya (OKU)

sebelum itu baca di sini http://www.malaysiakini.com/news/243149



Wujud Segera Kementerian Hal Ehwal Orang Kelainan Upaya (OKU)
Merujuk berita baru-baru ini tentang bagaimana seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) terpaksa merangkak menaiki tangga Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM) di Kulim, Kedah untuk menyerahkan memorandum saya secara peribadi berasa tidak senang dengan perkara tersebut. Tidak diketahui memorandum itu berkenaan masalah peribadi beliau atau membawa permasalahan keseluruhan OKU saya merasakan salurannya tidak tepat. Jika memorandum tersebut berkenaan kebajikan peribadi maka yang mungkin boleh selesai masalah peribadinya tetapi saya berpandangan Ahli Parlimen Padang Serai perlu membawa segera permasalahan ini ke parlimen kerana isu ini adalah isu yang melibatkan dasar. Kita berhadapan dengan masalah sistem.
Menghantar ke JKM tidak tepat seperti contoh; kita membantah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke sekolah-sekolah. Sudah tentulah sekolah tidak boleh membuat apa-apa keputusan.
Menyelesaikan sesuatu isu dengan sentimen politik biasanya mengundang kontroversi dan berlarutan adakalanya menjadi tidak rasional. Jika ahli politik Pakatan Rakyat membawa isu di negeri yang diperintah Barisan Nasional, hal yang sama akan berlaku apabila ahli politik Barisan Nasional juga akan berbuat perkara yang sama. Maka objektif sebenar membela nasib OKU selalunya akan tersasar. Hal berkaitan OKU pada pandangan saya terlalu rumit untuk difahami masyarakat. Ia isu kemanusiaan dan mesti diusahakan melangkaui fahaman ideologi politik.
Pihak kami Hope2Walk bersedia menawarkan diri untuk bekerjasama dan berbincang berkenaan isu OKU. Malah pernah bekerjasama dengan penggerak kempen ‘OKU Bangkit 2012’ mengadakan sesi dialog bersama pemimpin Pakatan Rakyat sebelum PRU 13 yang lalu. Memorandum telah pun diserahkan kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada waktu itu. Sehingga hari ini memorandum tersebut tidak pasti sudah dibincangkan atau tidak untuk diajukan ke peringkat lebih atas.
Dengan tidak menafikan niat baik untuk membantu OKU di Kulim kelmarin, saya berpandangan ahli parlimen Padang Serai yang prihatin boleh terus memainkan peranan yang lebih proaktif di parlimen nanti seperti membawa cadangan penubuhan segera Kementerian Hal Ehwal OKU. Ini kerana jumlah OKU di dalam sesebuah negara di dalam dunia ini dianggarkan oleh Bank Dunia dan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) sebanyak 15%. Suatu jumlah yang cukup besar dan langsung tidak sesuai diletakkan hal OKU di ‘Jabatan dalam Jabatan’.
Saya merayu semua pihak terutama ahli politik, wakil rakyat dan menteri agar mengenepikan perbezaan politik ketika membawa isu OKU kerana matlamat utamanya adalah untuk kesejahteraan golongan ini yang juga RAKYAT Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Mohd Affandi bin Ramli juga Timbalan Pengerusi Pertubuhan Harapan Anak-Anak Cerebral Palsy (Hope2Walk)