Monday, May 31, 2010

ini sifir mudah..

vel paria kata umno dalangi usaha jatuhkan samy...
memanglah betul. budak bengong pun tahu. samy adalah liabiliti. buang samy akan membuat mic kembali disokong kaum india. mereka diperlukan untuk kelangsungan survival politik bn pilihanraya akan datang. sokongan india diperlukan.

buang samy!
bn selamat..

tak yah nasihat dari apco pun aku tahu..

Sunday, May 30, 2010

hari-hari tenang..

dunia terus bergolak. bedil sana bantai sini. orang jahat memang itu kerjanya, memberi peluang orang baik mendapat pahala.

tempoh bertenang untuk aku..
lalu aku capai kertas dan senjata lukisanku, aku bikin komik macam era 80an dulu. cerita2 masyarakat, kritik sosial, agama yang kau takkan sangka 'endingnya'.



khusyuk dan tawadhuk...
tajuknya "di situ"...belum siap lagi...akan disiarkan di dunia siber ini..tunggu..


dan kerja2 terakhir majalah ISU DALAM KARTUN sedang dijalankan. tak lama lagi akan muncul di pasaran dengan penyumbang2 hebat seperti gambar di atas. karyawan makin ramai sejak akhir2 ini. berkarya mencerca kebobrokan..kerana..
"berkata benar di hadapan penguasa zalim adalah jihad"

Wednesday, May 26, 2010

lawak cibai pujangga abad ini..(Siapa nak tambah lagi boleh tambah)


"dia tumbuk matanya sendiri" - mamak madey kutty.

"saya tak boleh tengok jubur saya sendiri" - seyfool bohkari

"rakyat somalia bayar petrol lebih mahal dari kita" - Derih roti Jalla

"judi bola halal sebab nak elak orang judi haram" - awang abang

"you help me i help u"- Datok Nazak

"saya layak jadi senator" - Mat Kotak

"mahkamah Syariah tadak kuasa" - prebet jamil kir

Tuesday, May 25, 2010

MIC- Muhyiddin In Charge


Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh S Vell Paari - anak presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu - kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap. Timbalan perdana menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.
dey vell paria! yennasurley? apudasunnik.. suttelasori.. sujatha yingge dey? sujathaaa!
sujatha yang cun tu mana pi?
lu jangan kurang ajar ha nanti itu presiden mic baru marah...
M- Muhyiddin
I-In
C-Charge

hak hak hak!
(kalau kah kah kah macam tiru tt lak)

Sunday, May 23, 2010

kitab dan ketayap

"kalau Tuhan maha pengasih, mengapa anak tak berdosa ini menerima nasib sebegini?" redup dan tender keluhan si atuk. ketayapnya putih seperti janggutnya. dia agak sugul kerana cucunya yang baru lahir 'down syndrome'.

"itukan kehendaknya." sampuk aku yang duduk di ruang tamu wad sambil menonton gerak khas. semput juga menonton cerita polis baik ini.

"tapi apalah dosa budak itu? Maha pengasih tentunya takkan membuat kanak2 terseksa." kata atuk. matanya digenangi air. cucunya yang ini adalah cucu yang ke sembilan.

"yang hendak 'merasakan' pengasih dan penyayang itu adalah kita. sifat itu ditumpahkan kepada kita untuk kita curahkan kepada insan lain. Allah itu suci. pengasih-penyayang itu bukan untuk dirinya. untuk kita hayati.yang paling senang- bila rasa baru percaya." aku tak pasti sampaikah maksud bicaraku itu atau dia memang tak dapat tangkap. sebab aku tengok dia tak endahkan sangat kata-kataku. mungkin juga aku dilihat muda, rugged dan kurang 'lebai' dari dia.

"lagi pun inilah yang dikatakan rukun iman keenam. percaya kepada qada dan qadar bukan hanya tertulis di kitab tetapi untuk 'dirasa'. itulah ujian iman."

"tak kena memang mudah bercakap." perlahan aje sindiran itu.

"down syndrome masih boleh uruskan diri pak cik. anak saya dua orang tak boleh buat2 apa-apa. terlantar." kata aku.

"dua orang? uisyyy!" dia menggelengkan kepala. aku tak faham mengapa. aku syak dia seperti kata tuhan tak patut.

aku nak cakap padanya tapi tak sanggup nak tunjuk bagus terhadap orang tua. kitab terbesar yang tuhan ciptakan adalah 'alam' ini . kitab (buku) yang dibaca itu hanya media.beleklah kitab besar itu. kitab yang paling lengkap dengan ilmu adalah tubuh badan ini dan tubuh ini jugalah 'alam' tempat segala ilmu 'dicuba'. untuk dirasa kita yang Dia itu maha berkuasa. pandanglah tubuh ini sedalam-dalamnya.

kalau kau nampak semua ini milik kau, kau tak dapat lihat tuhan. tapi jika kau butakan pandangan pada yang lain, tuhan akan nyata.

kau fahamkan?

bahalol lol lol lol..

Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyangkal dakwaan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam melobi wakil rakyat Pakatan agar lompat parti.

"Jika berlaku lompat parti, ini kerana mereka sendiri yang sudah tidak sanggup lagi menipu rakyat terutamanya apabila kerajaan negeri gagal menunaikan janji saperti yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya umum lalu," katanya kepada pemberita, di Baling hari ini.


ya syeikh, ana mau tanya sikit, itu judi halal ada boleh ka syeikh, ada nas ka hadis ka. ayat ka kata pemerintah islam bole bikin halal itu judi untuk kasi orang tadak main haram punya judi?

syeikh...itu kes qazaf apasal tak boleh? apsal ente bantah? ente islam ke selam?
ente punye anak apa cerite?
dia punya awek manyak cun wooo....
ente kasi betul ente punye anak dululah!

Saturday, May 22, 2010

hantu tinggi di wad kanak-kanak


Mansor, bapa kepada seorang budak lelaki yang menjaga anaknya di wad ini (sama macam aku yang menjaga Annisa sakit) bercerita kepada aku pagi tadi:

Mansor : keras hospital ni..
Aku : Kontraktor yang bagus diorang guna ni
Mansor : Bukan, maksud aku tempat ni berhantu..
Aku : ohoho! Ye ke?
Mansor : Malam tadi lebih kurang 3 pagi aku ke tandas jap. Sekali imbas melalui cermin aku
nampak lembaga bulu lebat dalam tandas.
Aku : Berbulu lebat?
Mansor : ha'ah! Tinggi jugak tu, lebih tinggi dari pintu jamban. Dia toleh, aku nampak mata
nya merah. Sekelip mata dia hilang.
Aku : Dia tak kacau sesiapa?
Mansor : Dia cuma melintas saja...
Aku : Huh lega! Aku tak risau sangat kalau dia berkepala tujuh pun..asalkan dia tak
ganggu kita. Yang aku risau hantu mata merah, berselera tinggi berkehendak
lebat yang tengah hot sekarang ni...yang tu kacauu orang!
Mansor : Haaahh!! Kacau orang tua ke bebudak?
Aku : Semua orang...dia pi HALALkan judi!

Thursday, May 20, 2010

antara mat bahalol, monyet dan judi


esok jumaat ada demo anti judi halal.
jommmmmmmmmm!!!

aku cabar melayu islam penyokong judi halal ni turun demo 'sokong judi halal'.
panggil berahim, zul nodin, senatak dan zahrin caddy sekali.

untuk penyokong judi halal yang tokeynya vinsetan , korang memang monyet..dari pemimpin, pencadang hinggalah penyokong. polis tukang tangkap penjudi haram, depa takut depa masuk yg halal. vinsetan pun makin kaya. bebudak sekolah pun boleh join sebab nampak bole masyuukk..

bahalol hanya diam sebab bangang. dan korang memang monyet..

mooonyyyeeeettt!!!!

lks- teringat monyet bernama 'judy' dalam drama Daktari masa kecik2 dulu..google kalu nak tahu.

Wednesday, May 19, 2010

"kau bukan anak aku!"

aku ke apartment kawan aku tadi di Cheras, ada urusan. Sewaktu hendak keluar dari apartment tersebut aku ternampak pak cik guard (lingkungan 60an) yang mengawal pintu keluar-masuk di situ bertugas sambil tangannya memegang Harakah.

"Pak cik baca Harakah?"

"Lama dah aih..sejak pilihanraya 2008 haritu"

"Dulu pakcik ameno ke?"

"Eheh! Yelee..dulu keroje gomen lagi memangle..ate caghi makan..tapi memang dulu pak cik bendahari."

"Habeh? Kenapa tukor ni?"

"Hisy! Tak kuase pak cik nyokong dah..yang bebenornye pak cik baru sebulan dua ni je keluor umno..tadi tu muhong je..pak cik tak boleh terime bile najib pangge apa ke nama tu? apko..apko..haa! tu zionis jahat tu bunoh orang islam je kerojenye..pak cik memang tak boleh tahan dah!"

"habeh selama ni pak cik percaya? kes anwar liwat tu camana?"

"tulee dulu bodo bebenor aku..nye bantai percaya..lepaih kes apko ni aku renong balik..isy! iyele nampak bebenor jahatnye ameno ni..hiiii..nyesal aku ngundi dari tahun 69 lagi.."

"ni nak buat judi halal ni cama...."

"ptuihhhh! kamu jangan sebut! memang cilake punye idea..tak berakei..bahalol!"

"bahalolisme pun pak cik tau?"

"amende tu?"

"hihi..takde.."

isteri dia datang. isterinya bekerja sebagai tukang sapu di apartment itu. aku bertanya mak cik tu keadaan politik dan aku terkejut dengan pengetahuan dia. yelah, walaupun pengetahuannya gitu je standardnya tapi dia hanya berhujah dari segi halal haram dalam agama aje. itu dah cukup. pak cik ni aku anggap berjaya mendidik isterinya, tak macam sesetengah ahli tegar pas atau pkr yang aku kenal..bini pun masih umno..sampai hari ni tak beranii tarbiyyah..bodoh penakut bini!

mak cik tu buat aku terkejut bila dia kata, "anak2 mak cik, mak cik pesan kalu ngundi penyokong judi halal -kamu bukan anak aku!"


..mak!

Tuesday, May 18, 2010

Monday, May 17, 2010

apabila ditanya kepada mat bahalol..

apabila ditanya oleh Sang Pencipta di hari pengadilan nanti "Apakah yang kamu lakukan untuk menegakkan hukum dan agamaKu?"

jawab Mat Bahalol : Menghalalkan judi demi nak elak judi haram.

Bertanya lagi Sang Pencipta "siapakah saudaramu?"

Mat Bahalol menjawab: "Saudaraku telah aku copkan dia seorang peliwat walaupun tiada saksi walaupun tanpa menggunakan hukum anjuranmu kerana hukum Qazaf anjuranmu sangat lemah- manusia boleh berselindung di sebalik undang2 bangangmu, maka itu kami lebih percaya kepada sumpah laknat."

Soal Sang Pencipta: "Pernahkah terlintas dalam hatimu walau sekelumit pun niat untuk menegakkan undang2 Islam di negaramu?"

Mat Bahalol yakin menjawab: "Tak sesuai kerana negara kami berbilang kaum. Undang2 penjajah lebih memberi keadilan kepada semua manusia tak kira agama. Kamu hanya pandai mencipta manusia tetapi bodoh dalam mencipta undang2 yang sempurna."

Soal Sang Pencipta seterusnya: "sebenarnya apa agamamu?"

Mat Bahalol : "Yang penting bangsaku. Aku tak pedulik akan perjuangan menegakkan agama. Aku mahu Melayu saja."

Sang Pencipta bertanya: "Marobbuka?"

Mat Bahalol : Aku menyembah kepada Tuhan yang memberikanku rezeki, projek dan kontrak. Itu Tuhanku. Mengengkari Tuhan Yang Esa itu akan mendapat azab yang sangat buruk. Tak boleh cari makan. Yang aku sembah, yang aku bodek adalah Tuhan yang itulah..yang berkuasa di bumiku. Dialah yang Maha "Perkasa". Tuhan inilah yang menghalalkan judi, zina dan arak di negara kami. Kami takkan berpaling dariNya. Tuhan inilah yang menghalalkan rasuah. Tuhan inilah yang menghalalkan fitnah dan adu domba. Tiada Tuhan yang lain selainNya. Nama dan kalimah Allah yang kami pertahankan hanya topeng saja. Hakikatnya kami adalah pencinta rasuah, judi, pembohongan dan penyelewengan.

Sesiapa yang taat kepadanya akan mendapat untung laba manakala yang engkar akan dapat bala. Diseksa dalam tahanan. Digantung tugas dan dipecat.

Mat Bahalol terus mengalunkan zikirnya "wangwangwangwang.."

apdet terkini: 5:15 petang (isnin) ketika menaip apedet ini aku nampak ada 3 komen tapi puas aku cuba tengok tak dapat, ia tertulis 0 komen..kenapa yek? banyak kali try dah ni..

Sunday, May 16, 2010

tahniah sibu, tarbiyyah ahli pkr dan muhasabah pas..

syabas rakyat sibu yang menolak judi halal. tahniah tenaga kerja PR yang tidak jemu bekerja. kalau orang sarawak dah nampak kebobrokan Bahalol Nasional, itu sudah bagus. kita menentang judi halal yang dicadangkan oleh orang islam dalam amno yang kerajaannya dinasihati aoco zionis. untuk menghalang kemungkaran kita mesti halalkan kemungkaran..itu prinsip pantat mereka.



tarbiyyah ahli PKR
Dewan Pemuda PAS meminta agar ahli PKR ditarbiyyah agar setia kerana menurut mereka alangkah murahnya maruah sebuah perjuangan jika mudah longlai dengan wang ringgit. aku setuju aku sangat setuju.
agenda Bahalol Nasional memang untuk memburukkan imej Anwar melalui partinya lalu tawaran yang besar 'gile' disumbat ke mulut ahli2 yang bermasalah untuk melompat-tikam anwar, parti dan perjuangan.
pucuk pimpinan pkr harus nilai semual ahli2 mereka. biar tak pandai tak banyak sijil tapi teruji setia dari yang kononnya pandai tetapi haprak. ada yang kata anwar tak percaya orang2 reformasi sebaliknya lebih percaya korporat2 atau datuk2 bekas BN menjadi calon. faktor ini juga salah. ada golongan reformis juga yang lama berdampingan telah khianat.
kena buat penyelidikan siapa duri siapa kawan.

muhasabah PAS
Dengan menjadikan Islam sebagai asas perjuangan ahli Pas dilihat konsisten dan setia. adakalanya 'bai'ah' ini baik. namun begitu kita kena lihat juga sejauh mana 'pendekar2' PAS menggugat Bahalol. Jika tak berbahaya, Bahalol akan buat tak layan. perlu diingat jika musuh tak layan kita bermakna bisa kita makin kurang.
anak-anak muda PAS perlu lebih menonjol dalam isu-isu rakyat dan bukan sekadar isu luar seperti Palestin atau Amerika. Isu rasuah, penyelewengan kuasa dan ajaran sesat seperti judi halal ini harus diketengahkan.
memang tiada yang melompat tetapi Pas harus siasat juga wakil2 rakyatnya yang dah mula berperangai macam amno.

teruskan perjuangan, Haiya 'alal falah!

Friday, May 14, 2010

daripada orang lain rogol anak kami, baik kami rogol sendiri - Mat bahalol

Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.

Ka
tanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

“Kenapa mes

ti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

Menurut pemimpin Umno itu yang dihubungi Malaysiakini, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan.

Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.

“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya.

Rahman
berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.

Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.

“Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.


haaa....amacam mat bahalol? sama tak dengan "daripada bagi orang lain curi senyap2 baik aku yang curi" atau....

kata mat bahalol "daripada orang lain rogol, baik gua bapak bahalol rogol anak gua sendiri".
sebab mat bahalol tak mampu berfikir camana nak selesaikan masalah lalu lebih baik dia sendiri jadi penjenayah berlesen. nak tangkap penjudi dan penjenayah, polis tak cukup sebab sebok nak tangkap pemimpin PR. Polis, FRU, SB dilembukan untuk mempertahankan kuasa mereka.

segala pundek-pundekan untuk Bahalol Nasional dan barua baculnya yang mengaku songkok tinggi tapi terlintas dalam hotak lendir mereka yang judi diharam Allah ini masih ada kebaikannya untuk menyelesaikan masalah. oh ye..
darurat ye tak? (bak kata sepolliwat)

Thursday, May 13, 2010

hari ni dan semalam...

hari ni aku nak pi solat jumaat. pagi aku mandi biasa2 je. kubilas jubor yang diliwat semalam agar air mani di dalamnya tak meleleh keluar. buasir terasa sedikit pedih sebab punai sehalus jarum menembusinya. cilakak! ada ke patut doktor pakar kata aku tipu? sakit tau walaupun pakai gel, senang2 je dia kata takde tusukan. nyampahh!
dalam perjalanan ke masjid singgah sebentar ke kedai nombor ekor. awang adek kata ini halal. harussana pun tak kesah. beli seringgit untung2 kena. rumah pelacur di seberang jalan tertutup rapat. harap ia dihalalkan esok.
dari luar pagar masjid terdengar sayup2 khutbah oleh khatib berkenaan makanlah buah2an tempatan dan ulam2. sangat informatif dan tiada cercaan terhadap pemimpin. tak macam di kelantan. agak bertuah kerana duduk di sebelah mat kotak yang sedang asyik berzikir. sempat juga dia memberi tips amalkan zikir "senator" 100 kali setiap hari, insyaallah cepat naik pangkat.
doa dibaca dan aku mengaminkan agar sultan panjang umur. doa minta agar dijauhkan bala, peliharalah anak2 muda kami dari keruntuhan gejala sosial. aku amin. mungkin orang tua dah okey sebab tu takde doa untuk orang tua.
aku dirikan solat. aku tak mahu jadi macam azizan yang mengaku tak solat jumaat.
lepas solat aku ke rumah tunang, ambil spenda yang tertinggal hari itu.

sekian.

yang benak,
sepolliwat bin bahalol

Abuya : pelajari 'kelebihannya'

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Aku sehingga hari ini masih sangsi dengan pengharaman Al Arqam dan ia bagi aku kes X-Files yang ada agenda tersembunyi. Di Malaysia jika kau berpengaruh dan cuba menggugat kerajaan kau akan kena macam2. Bagi aku kes arqam sama seperti kes al maunah, kes ibrahim libya atau kes guru silat omar din yang ditahan ISA kerana menuntut ilmu sesat (mungkin masa tu omar din yang cukup berpengaruh nak bertanding atas tiket semangat 46). Jangan salahkan aku kalau ada perasaan skeptikal. Ashaari juga pernah berkonfrontasi dengan pusat islam dan menawarkan diri untuk mengambil alih pusat bertindik itu kerana baginya pusat busyuk itu gagal memainkan peranannya. Sama seperti Ibrahim Libya.

Ashaari- menurut yang aku baca melalui tulisan Subky latif adalah ahli Pas yang cukup aktif dan pandai menguruskan kebajikan ahli2nya. Ketika itu tahun 60an kalau tak silap aku. kemudian beliau menubuhkan al arqam yang kemudian pengaruhnya menular ke asia tenggara. pengikutnya ramai dan al arqam sudah jadi institusi. produk keluaran mereka seperti mee, kicap, majalah dan akhbar sangat menarik malah lagu2 nasyid mereka malarhijau sehingga kini. (Ya, kumpulan nasyid popular sekarang ini pun berasal dari al arqam). Lagu mereka ada roh. Aku sewaktu kecil amat dekat dengan pertubuhan ini kerana abang-abang di kejiranan aku adalah pengikut mereka. Dan aku setuju dengan isteriku yang mengatakan ahli al arqam yang berserban dan berjubah hijau bersih amat peramah dan bersopan ketika menjual produk mereka. Dakwah mereka lemah-lembut. Tidak sedikit yang mereka berjaya islamkan.

Apabila Ashaari mengatakan beliau akan menjadi PM selepas Mahathir segalanya berubah. Berita TV mula menyiarkan cerita Ashaari menubuhkan Tentera Badar, beryaqazah dan berjumpa Rasulullah dalam keadaan sedar, kahwin ramai-ramai dan macammacam lagi.

Wallahua'lam. Jika ada yang terus tegas mengatakan Ashaari sesat, aku reserve dan tidak mahu bersetuju.

Al fatihah Abuya!

sebuah lawak bahalol untuk anak cucu akan datang

98 dulu ummi hafilda kata azizan sampai merangkak sebab dijubo anwar..besar betoi barang anwar..sepol lak walau diliwat tapi tadak kesan tusukan..
aik? 10 tahun berlalu punai anwar besar kemuncup je ke sampai sepol tak pecah dara?
mana azizan sekarang?
patut ceritalah detik2 sedap syok atau sakit melelas waktu diliwat.
tapi anwar dibebas dari tuduhan kan?
maknanya azizan tipulah ye tak? azizan tak kena dakwa apa-apa pun atas kesalahan menipu. oh ya, azizan lepas tu telah ditangkap berkhalwat dengan ratu dan mengaku mengongkek ratu tu..ceh! kaki cret rupanya...pun tak kena sebat.
lepas tu ada mamat pereka fesyen nama mior mengaku gak kena jubor..
la ni mana senyap je..
sepol lak spendanya dijumpa kat rumah tunang dia..eik? spenda kat rumah tunang?

berbalik pada cerita tadi, patutnya azizan dan mior muncul hari ni menubuhkan kelab "Melawati" (Mangsa diLiwat anWAr hampir maTI)..
sapa lagi kena liwat?
Munawar Anees, Azmin, Sukma....

eh Ezam selamat tak kena liwat?
ezam tak cun atau ezam pandai nyorok dalam kotak?
hahahaha...

mari kita nikmati lawak bahalol ini sambil makan ubi rebus.

p/s: jangan sangka aku tiru stail penulisan tukar tiub. sumpah dia tak pernah liwat aku atau sebaliknya.

Wednesday, May 12, 2010

terus melawak bahalol


orang yang sama ke?
uncle pet atau uncle tuah?

kahkahkahkahkahka..
yang ni pon bahalol percaya?

dah bahalol nak buat cemana ye tak?

apa komen bahalol penjilat?

'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
Mei 12, 10 11:00am
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

S
ehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

[Baca berita penuh]


hah! apamacam..dah jadi realiti ni?

mana bahalol? mana babi2 yg nak tegakkan islam?

cuba tegakkan punai dulu lawan tuan kau yang bangang...

Tuesday, May 11, 2010

kahkahkah! Bahalol lagi..

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan
dengan kerelaan maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

appaaa punya tuurr ni?
dulu 98 punya jam itu kondo belum siap lagilah, itu tarikh ada silap taiplaahh...itu tarikh tepat tadak tapi ada kena liwat jugakkk..
ini 2010 punya jam...ada kena liwat, itu air mani ada dalam punggong tapi itu batang tadak masuk..sekejap kata ada rela sekejap kena paksa...
wahai anak cucu akan datang! Saksikanlah wayang bahalol ini..
oh ya! Dalam laporan doktor didapati buasir seyfool tak terjejas..
woi rakyat duniaa!!
seyfool ada buasiirrrrrrrrrrrrrrr!!!

kita dan hati nurani

istimewanya insan ialah ia diciptakan Tuhan berserta hati 'nurani'. hati nurani adalah talian terus antara kita dengan pencipta. hukum karma, benar salah disimpul di dalam fitrah dan disimpan di dalam hati nurani. ia bersih dan suci. ia seperti isyarat yang sendiri akan menyala lampunya apabila apa yang tersimpan di dalamnya diengkari.
maksudnya apa?
bagaimana jenis pun insan itu, dia akan tahu apa yang benar apa yang salah. dia boleh menipu orang lain tapi dia tak mampu mengingkari hati nuraninya. jika dia berbohong dia masih boleh memperdaya orang lain tetapi jauh di sudut hatinya yang dikenali sebagai nurani akan memprotes memberi isyarat. sebab itu dia akan gentar bila berhadapan dengan kebenaran dan akan cuba berdalih. inilah kuasa sakti pencipta.
jadi ke mana pun kita, sehebat mana pun kita berjaya menipu orang - percayalah, kita akan rasa bersalah terhadap nurani kita yang cepat menangkap penyelewengan kita.
melainkan nurani itu sudah terpadam, dia bukan lagi insan.

Monday, May 10, 2010

lawak hari selasa


"saya tak solat sebab saya dalam keadaan darurat"
"saya tak boleh tengok jubur saya sendiri"



wrakh kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahakahakjahakavnmkdjdfjlfhkjsljkahkahkahakahkahakaha

cibaisme


contoh:-

sepol menuduh anwar meliwatnya. laporan doktor mengatakan tiada kesan liwat. sepol kata ada. tapi tiada saksi. lalu dia bersumpah laknat.

maka:-

1- ada golongan mempercayainya terus kerana dia telah bersumpah laknat. maka itu anwar terus dihukum bersalah. mereka minta anwar pula bersumpah. mereka akan berdolak dalih untuk tak ke mahkamah syariah. golongan ini berfahaman Bahalolisme

2- golongan yang tidak terus percaya kerana kalau dua-dua bersumpah yang mana yang betul? maka undang2 yang menjamin keadilan kepada si mangsa (sama ada si Anwar atau Sepol) ialah di mahkamah syariah dengan Qazaf. Undang2 agung ciptaan Allah ini cukup kuat kerana Allah sang maha pencipta tahu manusia cukup pandai putar-belit. dengan undang2 ini maka yang bersalah tidak akan terlepas. tak kira anwar atau sepol. undang2 bikinan manusia amat lemah dan boleh ditipu. Orang Islam yang tak percaya undang2 Islam bererti tidak mempercayai Allah. golongan ini adalah Realisme.

3- golongan yang satu lagi pula jenis yang akan kata "aku tak mahu campur, aku neutral". golongan ini adalah "cibaisme". mereka gagal berfikir dengan sejahtera. otak dan alat kelamin mereka sama fungsinya iaitu mengeluarkan najis. jika mereka bertubuh gemuk dan duduk di sebelah babi, kita tidak akan nampak perbezaan yang ketara. mereka tak tahu nak buat keputusan.

orang yang neutral adalah lebih hancur dari yang bahalol. bahalol ada akal tapi gagal berfikir. cibai langsung tiada akal.
*gambar sepol cuba tengok kesan liwat di jubornya seperti keterangannya tadi.

Sunday, May 9, 2010

kau bukan aku bukan kau


kau hadir kerana adanya cahaya
kau adalah jelmaanku
tarimu adalah kerana gerakku
kau bukanlah saduranku
ingat!
jangan mengaku kau itu aku
kerana tanpa cahaya
kau takkan ada
sebab memang kau
bukan aku..
selamanya kau tak akan jadi aku


foto: bayang-bayang aku

Saturday, May 8, 2010

kenapa tuhan jadikan kau seorang manusia?

hari ni aku sedikit sedih. bukan kerana annisa masuk wad.itu dah biasa. mangli dah. di wad pediatrik aku telah berkenalan dengan Fir, kanak-kanak 11 tahun kacukan cina-filipina yang didera pakwe ibunya, seorang lelaki arab. bapanya , orang filipina jarang menemuinya, "sibuk" kata Fir yang comel dan petah ini. lelaki arab ini membedal fir dengan besi barbeque. tangan, belakang badannya, paha dan buntutnya lebam merah. dia berjalan agak perlahan menahan sakit. baik sungguh cikgu sekolahnya yang membawanya ke hospital dan memberinya makanan, pakaian dan keperluan.
di meja jururawat ada baby's court yang terbaring di dalamnya bayi lelaki 2 bulan. Mak ayahnya tah ke mana. anak comel ini juga didera. Pipinya merah dicubit. Sekarang di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dosa apa anak kecil ini lakukan terhadap manusia sehingga dia dicubit seluruh tubuhnya? apakah nasib dia?
apakah aku akan mengambil bayi ini?..........
pak arab tu katanya dah ditangkap. baguslah. bagaimana fir selepas ini?

Thursday, May 6, 2010

Awe si kepala bana halalkan judi.

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia
Mei 6, 10 5:56pm
Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama

Hahhhh!!! Pundek apa ni??? Bangsattt!!
Woi anonymous, hg kasturi, pas bangang?
apa lagi alasan babi bahalolisme kauu???? Jangan kerana nak jilat bontot benda camni pon kau nak tutup mata..
katak-katak bangang yang melompat tu keluar PR konon demi prinsip Islam. Mana SEnatak Mat Ezam? Mana Zul nodin? Zahrain caddy?
Islam mana yang ko pertahankan? mana harussana?
mana bahalol2 yang demo pertahankan nama Allah?
Judi tu Allah suka ke? Allah suruh pertahankan?
Bodohhhh!!
Bangang!!
Bangsatt!!
Nak cerca kat masjid tak boleh pulak nanti aku kena marah, hah! cerca kat sini jelah..

cerca cerca cerca cerca cerca!!


bezakan yang di bawah ni:-

Brunei lebih takut laknat Allah 24 03 2010

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan. “Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini. “Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak. “Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. – AP

sumber: my metro(24/3/2010)

Wednesday, May 5, 2010

dilarang baca surah ini dalam masjid!

Surah Al Lahab disarankan agar diharamkan membacanya di dalam masjid kerana tak baik mencerca peribadi seseorang.
Boleh gitu?

terjemahannya:-
1- Binasalah kedua tangan Abu lahab dan sesungguhnya dia akan binasa
2- Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan
3- Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak
4- (Begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar
5- Yang dilehernya ada tali dari sabut

huh! Kenapa tali dari sabut?

Tuesday, May 4, 2010

lawak jangan berpolitik kat semejid..


hah! best kan kalu khutbah camni?
kartun ni akan masuk dalam majalah akan datang..

kah kah..lawak pagi selasa..

kajian menunjukkan pengikut dan penyokong BN mempunyai risiko kosong peratus terkena barah otak sebab:-
Otak pun takde camana nak kena barah..
wrakh kah kah!

Monday, May 3, 2010

bahalolisme

bahalolisme bermaksud mandulnya keupayaan berfikir, mati rasa, dungu sebab banyak makan tahi tuan.
bahalolisme bermaksud telinga jadi tuli mata jadi buta pada kebenaran, tidak mampu membezakan yang mana baik atau buruk. Apa saja yang dibuat tuannya akan dianggap betul.
Contohnya: Jika seseorang dituduh liwat oleh seseorang yang mana kita tidak tahu sama ada ia benar atau suatu fitnah - tempat terbaik untuk menentukan kebenaran ialah di mahkamah syariah tempat di mana Allah menjanjikan keadilan di dalamnya kerana Allah maha Mengetahui yang manusia ini pelesit cukup pandai menipu dan berselindung. Jadi di sana akan terbukti siapa yang bersalah. Undang2 ityu cukup sempurna untuk memerangkap sang dajal.
Puak bahalol akan tidak berani ke sana sebaliknya terus-terusan menegakkan benang basah. Menuduh orang itu orang ini dan bersilat mencari teori bangang.

Contoh kedua:- Jika ada tuduhan rasuah terhadap pemimpin kerajaan kita mengalu2kan siasatan dilakukan sama ada rasuah kek, lembu atau duit berjuta-juta. Jika didapati bersalah mereka akan dihukum. Puak bahalol akan mempertahankan tuannya sebab dia lembu. Orang lain dikatakan rasuah tapi tuannya dikatakan politik wang atau rasuah teknikal.

Contoh 3:-
Menuduh orang lain bersubahat dengan Yahudi tapi bila dibongkar tuannya bekerjasama dengan zionis, telurnya masuk ke dalam, mengecut dan hatinya berkata, "Ah! Apa salahnya, kami memang zionis".

Itulah fahaman bahalolisme. Pengikutnya tidak berupaya berfikir sebaliknya memparasitkan diri di tempat orang lain menyibuk menayang juburnya yang disangka cantik wal hal penuh kurap dan nanah.

selalunya mereka bacul. Hai bacul! Entry ini memang khas untuk sang bacul.

Saturday, May 1, 2010

1 Mei - Gasak Sampai Togel!!

"Kenapa jalan jem bang?"
"Entahlah, menyusahkan kita betul..dahlah nak cepat ni?"
"Isy! Apasal helikopter berpusing-pusing kat atas tu? Ada keganasan ke? Saya takutlahh..."

"Eh bang, tengok banyaknya trak merah, sah ada rusuhan..isy! Takutlah..."
"Rileks....'

"Banyaknya trak...wuih! FRU tu siap makan mihun pulak.."
"Ini bukan darurat, ini makan kenduri.."
"Apahal ramai-ramai ni tambi?"
"Itu gomen mahu kasi cas cukai pada kita. Kalu kita beli apa saja barang, dalam itu semua kena cas..ini macam kita jadii susahlah , barang pun mesti naik harga punya.."
"Kaya punya orang takpelah, serupa itu anonymous ka, hang kastuihhh ka, itu orang sangat suka bayar cukai, dia rasa susah kalau itu Selangor kasi air free sebab dia sangat suka bayar bil, kita orang susah mana ada duit serupa dia?"

"Dia duit pun tadak juga tapi dia bodoh!"
'Itu pasal kita mesti lawan ane!"
"Itu macam ka? Yalah..semua orang miskin juga sini ada datang tak kira apa bangsa..."
"kaya punya orang tadak kisah.."
"bodo punya orang pun tarak kisah!"
"Ini perempuan gambar bawah betul punya marah.."
"Ini lelaki gambar bawah betul punya hangin.."
"Dia sudah lukis sana banner kasi protes itu GST!"
"tengok apa dia sudah lukis!!! Hahaha!"