Thursday, May 31, 2012

Beijing-Temasik-KL

Dari Great Wall ke Tiananment Square ke Forbidden City kembara ke Singapura mencari Jalan Ampas lalu di KL makan sireh.
Demi An-Nur.....

Wednesday, May 23, 2012

Senyum Lembu

Ehem....

Malam ini di Radio Bangsar Utama

9 pm ini di Radio Bangsar Utama bersama aku.
Apa ceritanya?
Pergi ke blog Tukartiub.blogspot.com untuk lanjutan.
Dengarkan!

Tuesday, May 22, 2012

Menuju ke Putrajaya hanya mimpi kosong?  

Sudah tiga minggu perhimpunan BERSIH 3.0 berlalu, sebuah perhimpunan yang menuntut agar Pilihanraya Umum dijalankan dengan bersih dan telus.  Ketakutan pemerintah dengan kebangkitan hampir 300 ribu rakyat memenuhi jalan-jalan dan lorong di ibu kota daripada diketahui umum khususnya pengundi atas pagar segera ditangkis dengan mengalih isu kepada keganasan demonstran yang mencetuskan ketegangan awam.  Media dan segala jentera digunakan bagi menggambarkan betapa jahatnya perhimpunan ini yang kemudiannya dikaitkan pula semua ini adalah agenda rakus Pakatan Rakyat. Tidak cukup itu, cubaan memperkakaskan Majlis Fatwa pula dilakukan dengan menjatuhkan hukum haram menyertai perhimpunan sebegini.  Heboh-heboh perdebatan di antara pemerintah yang menuduh Pakatan Rakyat cuba menggulingkan kerajaan dengan cara rusuhan dan Pakatan Rakyat pula membalas hujah tersebut berlarutan lamanya.  Paling celaka apabila Anwar Ibrahim dan Azmin Ali tiba-tiba menjadi panas namanya kerana kononnya merekalah penganjur segala bentuk keganasan pada hari itu.  Jawatankuasa penganjur seperti Ambiga pula terus diburukkan imejnya sehingga hari ini dan terus diganggu keselesaan hidup sehingga sampai ke halaman rumahnya. Saya bukan hendak mengulas tentang kisah semua ini akan tetapi saya berasa gusar apabila semua heboh-heboh ini telah menyebabkan matlamat perjuangan lapan tuntutan BERSIH 3.0 ditunaikan telah tersasar.  Pakatan Rakyat telah membuang masa yang sangat berharga dek kerana sibuk melayan kerenah badut-badut upahan yang membuat cerita lucah, menonggeng dan menfitnah.  Sepatutnya perjuangan menuntut lapan perkara yang digariskan di dalam BERSIH 3.0 ini diteruskan dengan konsisten.  Ditambah pula lagi baru-baru ini tersebar berita yang Pilihanraya Umum akan diadakan pada bulan Jun. Maka dengarnya parti-parti Pakatan Rakyat sudah mula bermesyuarat untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya tersebut.  Inilah persoalan yang bermain di minda rakyat.  Bagaimana dengan perjuangan BERSIH 3.0?  Mengapa tiba-tiba hendak menyertai PRU sedangkan kerajaan Barisan Nasional dilihat tidak berminat untuk menunaikan lapan tuntutan tersebut?  Apakah Pakatan Rakyat mahu ditipu lagi dan apakah rakyat mahu juga mengundi dalam keadaan sudah terjamin kalah akibat penipuan yang dirancang rapi seperti apa yang telah berlaku pada pilihanraya sebelum ini?  Seriuskah sebenarnya Pakatan Rakyat hendak menakluki Putrajaya sedangkan perjuangan untuk memastikan pilihanraya adil dan telus pun hangat-hangat tahi ayam?  Itu belum lagi perjuangan yang lain seperti Mansuhkan ISA, perjuangan menentang PPSMI yang sepatutnya dimansuhkan tahun ini tetapi kerana protes yang lesu maka kerajaan masih boleh terus bernafas lega dan menyorokkan masalah ini di bawah karpet. Baca seterusnya di.... http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13082

Sunday, May 20, 2012

Temasik

Di bumi serangan todak ini nafsu berahiku lebih menuah nuah ghairahnya untuk ke Jalan Ampas berbanding Universal Studio

- temasik 18 Mei 2012

Friday, May 18, 2012

Kota Singa

Di bumi serangan todak ini nafsu berahiku menuah-nuah ghairahnya untuk ke Jalan Ampas berbanding ke Universal Studio -Temasik 18 Mei 2012 (foto akan disertakan kemudian)

Monday, May 14, 2012

Belut pulang ke lumpur

Dah seminggu aku di Malaysia, mengulangi kembali rutin hidup biasa di sini. Bercuti selepas tiga bulan pertama Annur menghadiri program. Musim panas akan tiba di Beijing. Tak sanggup rasanya mengharungi panas itu. Di Malaysia, aku kembali jadi pemalas. Memerap di rumah sepanjang hari, keluar malam. Belum jumpa lagi kawan-kawan rapat. Entah kenapa mata ngantuk je... Tiga bulan musim sejuk, musim bunga tak pula aku kena resdung atau migrain tapi tak sampai seminggu di sini dah menyerang semula. Bnyak sangat hantu puaka penunggu kat Malaysia kot..haha! Aku diserang penyakit malas sekarang... Malas menulis Malas berjalan Malas hidup... Malas mati,, Dan berat aku sudah naik sehingga jadi 76 kg...syabas!

Sunday, May 6, 2012

Pyanhabib - Suara suara suara!

Aku sudah kenal dia sejak sekolah rendah lagi. Biasa terlihat kolumnya di Mastika tahun-tahun 80an, mendengar cerita dia bacasajak di bawah tiang lampu di Masjid India dan Pasar Budaya. Sesekali ternampak dia di dalam tv, kalau tak silap aku drama berepisod Bujang Lapok yang dilakonkan oleh trio Kopratasa- Sani Sudin, Usop dan Siso. Aku ada dengar dia buat buku secara indie dan jual sendiri waktu itu. Aku hanya dengar saja dari kampung.

Kami di sekolah teruja dengan Osman Tikus- watak yang dibawanya dalam filem Kembara Seniman Jalanan (KSJ) berganding dengan M.Nasir (Datuk) dan bagaikan sumpahan, watak ini terus dikaitkan dengan dia sehingga hari ini. Nampak juga dia dalam Rozana Cinta 87, menjadi second-hero filem arahan Aziz Sattar "Tak Kisahlah beb" bersama Faizal Hussein. Aku sendiri sampai boleh meniru gaya suara beliau bacasajak. Aku yang masih belum baligh terpinga-pinga sewaktu menonton Festival Filem Malaysia (lupa tahun bila) bilamana dia menolak award Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenanginya sehingga penyampai award itu Jins Shamsuddin (Datuk) tersengih bingung. Kata dia, namanya dicalonkan untuk Kembara Seniman Jalanan tetapi menang atas tiket filem Tsu Feh Sofia arahan Rahim Razali (Datuk) yang tidak dicalonkan pun. Ah! Masa ini pun politik dah ada, sebab filem KSJ panas dengan sindiran.

Mohd Supyan bin Abdul Rahman ( aku harap ejaannya betul) sudah lama menulis sajak keras. Antaranya tentang skandal BMF dan lesapnya duit berbillion seperti yang dicontengkan Osman Tikus di dinding dalam filem (KSJ) tetapi waktu itu tidaklah dilabel pro pembangkang atau berhaluan kiri atau penyokong reformasi. Ya! Seniman harus tidak dilihat membodek mana-mana pihak. Karyanya berdiri ikut suka dia. Adakalanya bahasa tulisannya agak gila-gila, adakalanya serius, pendek-pendek tapi boleh dihuraikan panjang tiap-tiap satu perkataan yang digunakan.

Aku datang KL hujung 1990 dan agak terpesona dengan kumpulan Anak Alam dan nama-nama ahlinya cukup mengujakan. Johan Jaafar (Datuk), Nordin Kadri (Sintok) dan ramai lagi. Aku tonton filem Mat Som yang dia ada di dalamnya. Terpaksa aku balik jalan kaki dari panggung Coliseum jalan TAR ke seksyen 3 Wangsa Maju sebab tiada duit tambang. Sesekali aku tengok dia di pentas CM. Ada sekali lagi aku jalan kaki tengah malam dari dewan MCA Ampang ke Bandar Tun Razak untuk menonton konsert Gong Impian M.Nasir yang mana dia bacasajak sebagai pembuka persembahan. Tahun 1992 masa itu aku semester satu di kolej.

Lama kemudiannya tak nampak dia. Sekali aja tertonton dia di Anjung Seni di RTM bacasajak bagai orang beratib dan tubuhnya nampak berisi dari zaman kutu. Lepas tu tak dengar cerita sehinggalah era blog memblog baru aku jumpa dan tumpang komen situ. Kemudian nampak dia di demo Petrol naik kat Stadium Kelana Jaya dan malam perasmian PAKSI ( apa cerita Paksi sekarang ha?)

Sewaktu menonton teater Bilik Sulit arahan Hishamuddin Rais di Bar Council aku beranikan diri menegur dia dan dia kenal aku sebab perasan aku selalu komen dia. Terus tukar nombor telefon dan berhubungan sms. Sesekali kami berkongsi pentas buat persembahan. Aku ikut dia balik kampung waktu PRK Bukit Gantang jumpa mak abang Pyan yang menceritakan abang Pyan hilang pendengaran sejak sebelas tahun. Ada generasi sekarang yang tidak tahu dan menulis dia mengalami masalah pertuturan.

Pyanhabib kasar gurauannya. Silap-silap boleh kecil hati. Tapi boleh juga bergurau kasar dengan dia. Silap-silap dia kecil hati sampai setahun tak layan. Hahaha!

Pyanhabib bekerjasama dengan Seni Suri Jawi buat persembahan percuma untuk kutip dana anak aku Hope2Walk. Aku hutang yang ini. Pernah waktu arwah Annisa dan An-Nur masuk wad, dia dengan Kak Erin isterinya datang melawat tengah malam. Waktu pulang, dia telah mencuri nombor akaun Sham dan dihubunginya Isham Rais untuk siarkan di blog Tukar Tiub. Isham Rais tulis sajak ringkas pasal aku dan tak sampai 24 jam akaun Sham penuh RM3000 dan wang itu kami beli mesin sedut kahak. Aku hutang lagi!

Hari ini pelancaran buku Balada karya beliau. Aku masih di Beijing. Ini kejayaan peribadi, sekurang-kurangnya sajak tulisan beliau tak bersepah seperti yang disungut Kak Erin. Pyanhabib- kalau tidak suka minum teh tarik, bawak beg kopam, pakai kasut sempoi, bersila atas aspal, naik LRT- mungkin sudah dapat Datuk macam rakan seangkatannya yang aku letakkan Datuk di dalam kurungan di atas tadi.

Beli dan bacalah BALADA...

Salut untuk abang Long!


P/s: kejap aku guna 'dia' kejap 'beliau'...aku tulis dari sudut kawan dan satu sudut lagi mentor.




Pyanhabib

Saturday, May 5, 2012

...dan musim bunga pun berlalu

Musim panas sudah tiba menggugurkan kelopak-kelopak bunga. Aku boleh menyesuaikan diri sedikit dengan cuaca yang menurut faham tubuhku seakan di Malaysia. Ya! Aku sudah mula diserang rindu. Kebanyakan restoran di sini minumannya terhad. Hanya teh cina, air botol dan arak sahaja. Aku ketagih kopi, teh halia, nasi lemak atau roti canai. Dari kampung Da Niu Fang yang terletak di YongFeng Lu (lu: Jalan) daerah Haidian aku mengenali daerah lainnya seperti Chaoyang tempat tinggal Anna dan Zack, menyusuri Dongsi Shitiao tempat An Nur dihantar ke hospital tentera. Kami selalu makan di restoran Sulaiman yang mana anaknya Sofia boleh juga berbahasa Inggeris. Mereka kata mereka akan ke Malaysia tahun hadapan dan kami meninggalkan nombor telefon jika sekiranya mereka jadi datang. Menurut Sofia restoran selang tiga bangunan dri mereka bukanlah restoran Islam sebenarnya walaupun di pintu masuk terpampang kalimah Syahadah dan di dalamnya ada hiasan gambar Mekah seperti kedai-kedai muslim yang lain. Kami pernah juga makan disitu. Lalu aku teringat di Malaysia pun sama. Peniaga-peniaga menggunakan hiasan Islam untuk menarik pelanggan muslim. Aku rasa KIMMA perlu berjuang untuk ini dahulu sebelum sibuk menyamar memperjuangkan Melayu. Selera cina jauh berbeza dengan selera aku. Makanan mereka 'tasteless' -istilah spontan keluar dari mulut aku yang diakui orang kita di sini. Namun begitu ada juga masakan mereka yang bagus dan boleh diolah mengikut citarasa Malaysia. Dasar tertutup mereka aku rasa yang menyebabkan jadinya begini. Mereka tidak mengalu-alukan budaya makan dari luar sangat, tetapi begitupun KfC dan McD tetap juga berjaya menapak. Ahh! Yang enak tentulah kambing dan daging lembu mereka yang sangat lembut juga cendawan dan sayur-sayuran yang rangup. Kata kawan-kawan di sini, ada restoran milik orang kita yang menjual menu Malaysia tetapi aku hairan mengapa restoran itu namanya 'Boston'. Sempat juga Zaidi mengirimkan mee goreng mamak dan roti canai Boston untuk kami yang menunggu Annur di wad tapi rasanya....biasa sahaja. Kalau nak rasa kari sebenar yang tahapnya cukup fuyooohhh ialah restoran punjabi berhampiran kompleks beli belah Solana di Chaoyang. Agak mahal tapi.........dia punnnyaaaa karrri yennamaa! Rata-rata orang Beijing yang aku sempat jumpa baik-baik dan mudah bergaul. Masalah utama cuma bahasa sahaja. Mereka sedaya upaya cuba membantu. Ah! Kalau berurusniaga memanglah akan kena tipu, ada harga untuk orang tempatan dan harga untuk orang luar mestilah lebih mahal. Jika kau ke Rantau Panjang atau bersarapan di Teluk Chempedak pun kena sembelih juga kalau kau bukan orang situ. Itu yang aku alami.Pergi Petaling Street pun kena titik juga kan? Pergi Mekah kalau tak panjat Gua Hira' memang rugi (macam aku dulu sebab kaki aku sakit masa tu) dan sampai Madinah kalau tak ke bukit Uhud memang tak sah. Begitulah ke Beijing jika tak ke Great Wall dan Tiananment Square takkan lengkap. Masuklah ke dalam Forbidden City dan nikmatilah keindahan taman bunganya. Kenangilah sejarah Revolusi Kebudayaan cetusan Mao ZeDong. Hiruplah udara di Badaling Great Wall. Lihatlah tembok ini masih kukuh sedang kerajaannya sudah lama runtuh. Musuh gagal menembusi tembok ini lalu merasuah sang panglima untuk belot. Betapa 'tembok k' kejujuran manusia mudah runtuh lalu lenyaplah sebuah keagungan. Aku tak sempat ke Summer Palace-taman Maharaja masa dulu walaupun bas laluan ke Erkang Hospital lalu situ dengan tambang 20 sen saja tetapi aku sempat dibawa adik-adik pelajar Peking University meronda dalam pusat pengajian tersebut yang sudah bertapak hampir 115 tahun. Sunner Palace dengan Peking University pun sebelah-sebelah aja. Jelas taman rekreasi dengan bangunan bersejarah dan antik di dalamnya terus dipertahankan. Lanskapnya semulajadi tidak dibuat-buat. Tidak pula ada tangan-tangan kapitalis cemburu untuk merogol keaslian ini atas nama kemajuan. Di lereng banjaran Great Wall tidak pula rakus berdiri kondominium atau apartment. Harap ia terus begitu... Cuma jika di Tiananment janganlah naik beca, mahal nak mampus! Tak jauh di situ ada pekan ala Petaling Street campur Bintang Walk. Ikutlah taktik Sham yang handal menawar barangan. Dari harga yang tak masuk akal boleh jadi murah tak masuk akal juga... Pernah sedang aku berjalan di sebatang jalan waktu malam datang seorang lelaki.... (entry ini bukanlah ada sambungannya cuma ia simbolik cerita aku tak habis lagi dan akan aku ceritakan lagi bersama foto-fotonya. Susah pakai iPad tak boleh upload gambar... Babai sayang! Aku rindukan kamu semua...seperti aku rindukan Cik P binti Jerry ( Petai dan Jering)