Tuesday, July 22, 2014
Friday, July 11, 2014
bila Ramadhan datang yang bermain di ingatan...
Kata orang sekeras mana pun manusia ketika mudanya tetap menjadi lembut atau sentimental apabila dimakan usia. Mula jadi lebih kendur berbanding waktu mudanya. Tak pasti namun bagi aku usia itu adalah ukuran waktu yang berjalan. Makin berusia bermakna makin banyak liku yang ditempuh, makin banyak bertemu dan makin banyak yang hilang berlalu. Ada yang berganti ada yang hilang terus dan lenyap. Suka atau duka dengan kehilangan itu akan ditanggung selagi nyawa dikandung badan. Kita akan tersenyum apabila imbauan manis menyinggah dan meleleh air mata juga jika kemanisan itu sudah bukan milik kita lagi. Begitu jugalah akan kesedihan.
Ramadhan selalunya Sham akan sepenuh masa di tapak bazar di Plaza Metro Kajang berniaga mencari nafkah. Aku menjaga An-Nur, menguruskan makan pakai dan persalinan, memandu ke pusat akupunktur atau fisioterapi dan macam-macam lagi. Berbuka puasa pun sendiri-sendiri.
Selalunya begitulah sejak dua-tiga tahun ini. Selepas berbuka aku akan ngelamun sebentar menghadap An-Nur di ruang tamu atau di laman. Mengenang apa yang telah dilalui dan apa pula yang mungkin dilalui. Ya, apa lagi kalau bukan kenangan-kenangan itu...
Pernah ketika dulu Sham menumpang berniaga kuih di R&R Bukit Dukung. Aku tiada bakat melariskan jualan maka tugas menjaga Annisa dan An-Nur aku rela pikul. Selepas siapkan tempat aku memandu membawa anak-anak ini. Kadang-kadang memenuhi tuntutan hidup berkeluarga dan bersanak-saudara menghadiri majlis atau kenduri berbuka puasa. Sesekali apabila hujan lebat, aku memandu sambil menyanyi untuk mereka. Pernah juga kami bertawakal seperti Siti Hajar meninggalkan Ismail di tengah gurun yang panas kerana mencari rezeki. Dua jam Annisa dan An-Nur tinggal di rumah sementara kami ke tapak niaga. Sebaik siapkan tempat aku bergegas ke rumah penuh debar. Syukur mereka tenang seolah-olah faham.
Pernah suatu petang akhir Syaaban aku 'ditangkap' dan nyaris bersahur di lokap kerana sebuah laporan polis terhadapku. Kerana aku tampil membawa dua anak syurga ini maka aku telah dibenarkan jamin mulut dan selamatlah kali itu. Peh!
Dua tahun lepas tiga hari menjelang Syawal An-Nur masuk wad. Pagi Raya pertama kami menyambutnya tiga beranak di wad. Tahun lepas pula An-Nur masuk wad malam Raya Kedua sehingga Kelima. Penat dan sayu untuk lalui itu semua sebenarnya.
Harap kali ini lancar dan baik.
Salam Ramadhan.

Terkini: mengarahkan drama-dOKUmentari 'Anur Nak Sekolah'
Subscribe to:
Posts (Atom)