Wednesday, June 20, 2018

Mahathir kuasai tujuh petala

Pak Engku Semenyih, memang sentiasa ternanti-nanti kedatangan aku dan Sham terutamanya hari raya. Pak cik kami ini cukup terkenal dengan kelantangannya mengkritik kerajaan dan istana sejak 80an lagi. Kerap dia fax, telefon artikel, catatan ke syarikat akhbar mengkritik isu semasa tetapi tidak dilayan malah diblok.

Dia suka cerita dengan aku sebab dia kata aku ini penulis. Mesti menulis! Dan mencatat.

"Tau kenapa Mahathir nak jadi PM ke7?" Tanya dia. "Tahu tak? Dia tak mahu jadi PM ke 8 ke 9 ke 6 ke. Tapi 7 penting. Pasal apo
?"

"Manalah tau..." Jawab kami. Letih kalau banyak menyampuk. Dengar je cukup.

"Hanya nak diingati sebab angka 7 membawa makna kuat. Tujuh petala langit, tujuh petala bumi."

Huh! Itu je...

"Dulu kan dia PM ke 4? Dia dah kuasai empat penjuru alam!"

Sampai ke situ Pak Engku.

Itu belum lagi dia membongkar sejarah lain.

"Dulu kebanyakan nama tempat dalam negara kita didaftarkan mengikut lidah orang asing. Mana ada sungai langsing? Ada ke sungai kurus? Slim? Ada?"

"Takde..."

"Yang ada sungai berselut. Selut, lumpur. Slime! Slime River. Sungai berselut. Bukannya sungai langsing. Slim River!"

Kami ketawa...

"Itu belum lagi Seremban, Klang. Serban jadi Seremban, Kerang jadi Klang. Perhentian disebut dan didaftar sebagai Pontian!"

Huh!

foto: Depan rumah Pak Engku.



Monday, June 4, 2018

Tumbang kerajaan kerja siapa? - Pok Der

"Macamana PRU hari tu?" Senyum je Pok Der tanya aku.

Dah lama tak berdepan dengan Pok Der. Tapi ada jugaklah bermesej, bertelefon tanya khabar. Pok Der reti guna sms. Tu yang jumpa kali ni aku ajar tentang guna whassup. Lepas tu dia tanya aku pasal PRU.

"Siapa tak seronok BN kalah, Pok Der?" Jawab aku. "Dah nak pelingkup hidup kita dengan barang naik, minyak mahal, tol segala. Orang KL tahulah betapa siksanya dengan kos-kos ni."

"Jadi rakyat marah dan pakat tukar belaka kerajaan kali ni ya?" tanya Pok Der.

Ah! tu takde lain kejap lagi adalah dia nak pekenakan aku. Takpelah. Kita jangan berlagak sangat asyik kita je selalu betul. Sesekali kena akur orang lain pun ada pandangan.

"Ya, Pok Der. Orang dah marah. Penyokong BN sendiri pun sebab marah dengan Najib, walaupun bukan nak buang sangat Umno atau BN, tetap kali ni pangkah mata." Kata aku. "Gerakan revolusi kita di Malaysia ni revolusi aman. Revolusi kertas undi. Dalam dok senyap je, takde tanda-tanda besar kerajaan akan jatuh tau-tau tergolek. Malam sebelum mengundi takde orang mengamuk, takde orang berarak. Rileks je minum teh kat warung. Ini sejarah dunia ketiga. Perubahan kerajaan senyap, aman dan tenang."

"Siapa punya kuasa tu?" tanya Pok Der.

"Kali ini kuasa rakyat betul-betul dilaksanakan. Pukul habis!" Jawab aku berkobar-kobar.

"Betullah tu. Tuhan dah kata kalau kaum itu tak ubah nasib, tak berubahlah nasib. Kena berubah. Berani. Cuma jangan lupa... takkan bergerak sesuatu zarah tanpa kudratNya." Kata Pok Der.

"Itu semua orang faham, Pok Der. Yang tak fahamnya mengapa begitu licin lancar sampai orang Umno tercengang, mati kutu tak tahu nak buat apa. Akhirnya slooooowwww je bertukar."

Pok Der menggelengkan kepala, ketawa sikit. "Dah sampai masanya Allah tarik, siapa boleh halang? Kita rasa lama. Enam puluh satu tahun, kejap je Ron. Kenapa tumbang?Kerana ada orang susah berdoa siang malam. Doa orang susah jangan buat main. Kerana adanya pemimpin pembohong sombong tak dengar rakyat. Kalau sombong, melingkuplah Tuhan dah kata. Jadi, apabila sampai masa nak jadi, fuh... sekali tiup je, jadi.Yang konon kata gagah, tiba-tiba bengong. Yang kata hebat, tetiba habat! Mana perginya hebat, kuat tu? Ini janji Tuhan. Pemimpin baik ke, adil ke, jahat lagi zalim bila sampai masanya akan jatuh. Itu hukumnya. Tapi jatuh bagaimana tu, itu kira cerita lain. Hikayat masing-masing. Zaman berzaman begitulah berpusing berulangkali."

"Tapi itu satu perkara, Pok Der. Tumbang BN satu perkara. Naik PH satu perkara lain pulak. Belum tentu baik. Silap-silap lagi teruk. tapi kita mintak baik-baik ajelah..." Kata aku. 

Kali ini tak perlulah aku nak berhujah teori itu ini, faktor demokrasi, demografi, ekonomi semua simpan bawah tikarlah. Ini sisi lain. Sisi kekuasaan Illahi, takdir punya cerita. Karma? Entah... Wallahua'lam.

"Ya. Kita mesti sedar, apa sahaja yang dikurniakan hari ini, suka atau tidak, adalah yang terbaik untuk kita kali ini yang Tuhan takdirkan. Kena terima, redha. Tapi bukanlah jadi pak angguk je. Kena buat kerja juga. Jalan tanggungjawab. Tapi kenyataan hari ini kita terima. Yang lama dah jatuh. Silap-silap boleh naik semula. Tak pelik!"

"Bagaimana kalau yang baru naik kali ini akan jadi lebih teruk? Kita kena lawan lagi!" Sakat aku.

Pok Der jawab, "Ah! Engkau tu bukan aku tak kenal. Dah la tu! Nah. Ni kopi Tenom."

Sambil menghirup kopi, Pok Der cakap, "Baca Surah Ali Imran ayat 26, Katakanlah:" Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Entah kenapa lain macam sedapnya kopi Tenom itu aku rasa.