Wednesday, June 9, 2010

Mereka yang gagal nampak zionis depan mata.

Malam tadi, sewaktu Hishamuddin Rais (tukar tiub) mendeklamasikan sajak 'Gaza'nya di program Palestin di Dewan Sivik,PJ aku terdengar seorang mamat berkopiah putih yang duduk di hadapanku bersungut kepada kawannya, "Ini cerita kat Malaysia!". Ketika itu Hisham masih sedang membaca dan belum habis lagi.
Aku pantas saja bertanya mamat itu, "kenapa?"
Dia jawab,"Ini cerita di Malaysia."
Dengan sedikit panas aku terus saja menjawab,"Zionis ada di Malaysia! Cuba dengar kes roboh dan rampas tanah di Gaza dan di Malaysia, sama tak?"
Dia tersenyum saja masih termangu tetapi apabila Hisham menamatkan sajaknya yang menyatakan Gaza ada di Plentong, Gaza ada di Berembang, Chubadak dan sebelum lawan zionis di Gaza kenali dulu zionis di Malaysia aku rasa semua orang faham. Mamat tadi kelihatan terpempan. Dia tak nampak Hisham sedang membandingkan apa bezanya zionis Israel dengan zionis Malaysia.
Inilah masalahnya kalau selalu melihat 'kulit'. Apabila YB Khlid Samad menceritakan perihal kerajaan BN melantik APCO sebagai penasihat, ada yang bersungut,"politik pulak dahh.."
Nampak tak kesempitan ini? Ramai yang gagal kaitkan zionis di Gaza dengan di Malaysia? Seorang kanak-kanak spontan saja menjerit, "Mc Donald!!" sewaktu slaid menunjukkan produk yang menyokong zionis. Lihat budak sekecil itu sudah 'dipegang' mindanya dengan brand itu. Maaf cakaplah kawan2 - aku sedikit menyampah kalau aku lihat ada sticker VIP McD di cermin kereta kawan2 aku. Aku akan memandang ke lain jika aku menumpang kereta kalian. Sebagai editor majalah kartun politik, aku banyak menerima kartun menghentam zionis tapi aku masih lagi menunggu dari kartunis yang sama melukis isu APCO, polis tembak orang awam dan lain-lain. Tadak!
Sewaktu demo anti zionis Jumaat lepas, ada sekumpulan demonstran NGO yang guna nama ala-ala Islam kurang senang dengan kehadiran majoriti demonstran dari parti politik PR.
"Tadi kami demo jalan tak jem pun. Mereka datang terus jem. Mereka ni gemar provoke kerajaan."Bagi mereka politik lain- Palestin ni lain.
Pencabulan hak asasi, rampasan, keganasan, manipulasi, penafian hak bersuara adalah zionis. Tak kira di mana dan tak kira siapa yang lakukan. ia adalah zionis. Zionis Melayu, Cina, India pun ada di Malaysia.
Lawan zionis depan mata dulu dan menangislah dengan kekejaman zionis di Putrajaya sebelum kamu berfikir untuk syahid di Gaza.

Tuesday, June 8, 2010

cerita abang Mus.


dengan abang Mus yang ditahan tentera zionis

3.05 pagi Rabu. Baru balik dari Stadium Selayang dengar ceramah Palestin. Sepatutnya diadakan di Taman Bolton tapi polis apco tak bagi permit macam judi halal. Puas berunding tapi gagal sebaliknya penganjur ada yang ditahan polis. Ini zionis di Malaysia.

Selain Mahfuz, Hj.Hadi, Anwar, Tan Seng Giew berceramah dan Ustaz Idris jadi pengerusi majlis, turut berucap ialah dua sukarelawan yang ditahan Zionis baru2 ini iaitu saudara Jamaluddin dan saudara Mustafa.

Aku kenal abang Mus sebelum2 ini dan pernah duduk minum semeja. ku suka dengan wajah redup tenang dan sentiasa tersenyumnya itu. Bicaranya lembut. Sempat bertanya khabar tadi dan abang Mus menceritakan betapa dia ditahan, diikat tangan dan duduk melutut dalam tempoh yang lama. Rasa macam nak tumbang. Seorang tentera zionis bertanya kepadanya "apa perasaan kamu?"

Dia jawab," sebelum ini saya masih menyimpan sedikit perasaan sangka baik terhadap kaum kamu tapi sejak hari ini saya buang semua itu. Kamu adalah puak yang sangat jahat."

dan kemudian...dia tanya aku..

" Jom ikut ke sana lagi sebelum Ramadhan ni? Nak tak? Kita ikut jalan darat."

"Boleh juga." kata aku.

"Tapi macam biasalah, kena sain surat - jika mati siapa yang hendak dihubungi-". tambah abang Mus.


....................................... err.......... pergikah aku?..........

Monday, June 7, 2010

lelaki yang sedang kencing tepi jalan..

Aku menegur seorang lelaki lebih separuh abad sedang selamba memancutkan cecair hancingnya di dinding bangunan kedai tanpa mempedulikan orang lalu lalang.

"Pak cik tak malukah orang nampak pak cik kencing di sini?" tanya aku.

Dia jawab, "Ada orangkah? Aku hanya nampak binatang berkata-kata lalu-lalang saja di sini tanpa arah tujuan."

Aku bagai turut terasa nak buka zip seluarku.

Sunday, June 6, 2010

wahan?

di gerai yusida, brickfields. jumaat 5 ptg. aku dan sham pekena teh. sekumpulan orang buta berbual.

orang buta satu berkata pada kawan-kawannya," buat apa pi demo bantah isrel? tak guna! Quran dah kata puak ni memang degil sampai kiamat. takde maknanya kalau buat demo pun!"

kami maleh nak menyampuk. takpelah. kalau yang bercakap tu orang buta perut, aku akan menyampuk. ada juga segelintir kawan2ku mengambil pendekatan sama.

"kita lemah, tak boleh buat apa! sekali depa boikot kita, habih lumpuh ekonomi kita."

"patutnya arab bersatu. arab asyik bergaduh sama sendiri je. kita kecik, tak boleh."

"nak boikot barangan depa pun tak boleh. dalam mekdonal, stabak pun ada orang islam bekerja. kalu tutup menganggurlah orang kita."

aku: sham, cuba tanya lebai google apa jenis penyakit yang rasulullah saw kata 'cinta dunia takut mati' yang melanda umat islam akhir zaman.

tot tot tot.....

sham : penyakit 'wahan'.

inilah hidup..

Khaibr Ya yahud!
Jumaat lalu sempat aku dan Sham berdemo anti zionis berarak dari Kg.Baru ke Kedutaan AS. Bersama YB Yusmadi MP Balik Pulau dan adik2 Srikandi Keadilan termasuklah ketuanya, Aisyah dan Farah anak YB Zuraidah.

hidup banyak tanggungjawab. mati senang, hanya jawab soalan tentang apa yang telah dilakukan. kalau ditanya siapa tuhan kamu, yang jawab bukan mulut tetapi 'apa' yang kita percaya akan menjawabnya.
Minggu lepas aku sangat sibuk. Mengalahkan Barack Obama. Tak sempat nak apdet blog. Bertungkus lumus menyiapkan buku Isuu Dalam Kartun Vol 3 yang kini ada di pasaran. Berbincang, berfikir dan bertukar2 pendapat dengan kartunis/karyawan seperti gambar di bawah.


kartunis Jonos, Oly, Zunar dan Enot

Balik rumah berehat sekejap, An-Nur buat hal. Menyakat kesabaran. Dia tersedak sewaktu makan dan sesak nafas. An-Nur dan Annisa sebelum ini sering keluar-masuk wad lebih kurang hampir sebulan. Selama itulah aku dan Sham berkampung.
Aku dan Sham membawa An-Nur ke Unit Kecemasan. Diberi oksigen dan diX-Ray paru-parunya. X-Ray yang ketiga untuk bulan Mei sahaja. Huh! Mujur X-Ray menunjukkan tiada makanan masuk ke dalam paru2. Boleh keluar....jam dah 12.30 malam. Tak sedar kami belum makan malam lagi. Singgah pekan Kajang makan dulu. An-Nur sudah tersenyum. Selepas makan sewaktu nak balik rumah, dia sesak lagi. Aku pusing semula ke hospital. Diberi nebuliser...sihat semula dan boleh balik..
Sampai rumah aku rasa badan aku lembik..haha!



monitor menunjukkan tahap oksigen An-Nur baik


Semalam sempat balik kampung jumpa mak dan apak. Dah lama benar tak jenguk mereka. Anak tak stabil jadi hanya aku dan Sham saja yang balik. Sempat beramah dengan kawan2 baik sekampung yang kami kenal sejak belum masuk sekolah lagi. Sama-sama berlari ke hulu hilir kampung, lompat dalam lopak dan jatuh dalam longkang. Setiap kali balik kampung aku takkan lepas peluang jumpa mereka yang 'cool' di kampung tapi pengetahuan cukup advance.
Malam Jumaat sebelum tu aku ke rumah Anwar menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat sambil mendengar ulasan Anwar tentang perbicaraannya di mahkamah siangnya. Memang melucukan mendengar kelam-kabut pihak pendakwa yang sering kali kantoi...tak kasik tengok unit kondo yang lain yang Anwar buat perjumpaan bersama teman2 lain. kalau kau di pihak yang benar, jadah hapa tak kasik tengok unit tu ye tak? haha! Takut hapa? Kalau benar mesti berani kan?..betul2 lawak tahap kerbau.. (aku tak boleh guna 'babi' dah..bini aku suruh kurangkan). Yang membelakangi kamera ialah Mohd Sayuti Omar.


Sebelum pulang ke rumah semula, sempat apak berpesan "berpegang teguh pada yang satu, bertauhid denganNya, tiada "tuhan" lain selainNya. Kata apak lagi " Kata Nabi :Nama aku Ahmad tanpa huruf Miim. Alif, Ha, Dal. Ahad. Satu. Esa!"

Yang tu aku faham!

Friday, June 4, 2010

deja vu, teka-teki mimpi, fantasi dan roh.

Eh! Aku rasa situasi ni macam pernah dalam mimpi aku lah! Ye..ye..kau pakai baju oren, dia minum teh dan aku sedang korek idung..

contoh di atas sekadar contoh, mungkin korang pun alami juga 'deja vu' itu. persoalannya bagaimana terjadi?
mimpi misalnya..ke London kita, ke Zoo Negara atau makan semeja dengan Julia Robert atau pekena cendol dengan Extra-Terrestrial (E.T)..macamana ni?

"Ah! Kalau kita ke London maknanya malam tu roh kita pergi ke sana. Bukankah masa tidur roh kita keluar dari badan?" kata Hj. Lamin. "Kalau jumpa Siti Nurhaliza maknanya roh kau jumpa roh dia malam tu, pi sembang2."

"Tapi malam tu Siti Nurhaliza mimpi lain Hj oii, dia mimpi mandi laut kat Hawaii dengan Datuk K, maknanya roh dia ke Hawaii- tak jumpalah roh saya yang mimpi main konda-kondi dengan dia kat Segambut."kata kau. Hj. Lamin diam. dia pun main dengar cakap-cakap ustat kitab kuning.

betulke roh keluar? balik semula bila habis mimpi? yang mimpi sambil berjalan macamana?
hahaha!
"it's all up here, man!"..di otak..di akal..
masa tidur, roh berehat dan mengembara ke alam misteri..di mana? di alam saghir..alam insan..di dalam kamu jugaklah..di alam fikir..
otak kita berlapis2 tu..puncaknya di ubun2..di langit ke tujuh alam insan..atas sidratul muntaha..di baitul izzah..di akal..ia berlegar2 di situ..
ikut apa yang kamu fikirkan..atau tak kamu fikirkan..
itulah misteri tuhan..

untuk mereka yang tak dapat sesuatu di alam nyata, tuhan yang adil sediakan satu alam untuk kau capai apa saja..alam impian..angan-angan..
kau boleh bayangkan apa saja dan inginkan apa saja di situ, percuma..
kalau kau miskin kau boleh berangan jadi kaya..
di situ..
di alam fantasi yang tuhan sediakan.
istimewa tak kita?

Tuesday, June 1, 2010

terbaik dari ladang!


Sendawara mahkamah hangatkan Isu Dalam Kartun vol 3

Sambutan hangat masyarakat terhadap karya kreatif kartun dan penulisan humor alternatif mengkritik penyelewengan dan salah guna kuasa pemerintah mendorong Zunar, kartunis politik tanahair menerbitkan buku terbaru Isu Dalam Kartun vol 3. Di bawah syarikatnya Sepakat Efektif Sdn Bhd, Zunar bersama barisan kartunis dan penulis tanahair menggegarkan lagi dunia
politik tanahair dengan isu-isu terkini yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia di semua peringkat.
Istimewanya, jumlah karyawan yang menyumbang semakin bertambah.
Selain daripada karyawan yang biasa menyumbang, ada kartunis muda yang masih baru turut berkarya dan juga kartunis veteran terkenal seperti Rossem.

Keluaran kali ini memfokuskan isu utama tentang kepincangan ‘sandiwara’ perbicaraan mahkamah kes liwat Anwar Ibrahim. Dari muka surat 3 hingga 15, “Sendawara Mahkamah” garapan Zunar dan ilustrasi oleh Enot, Jonos dan Art membongkar konspirasi ini sejak
mula ia dirancangkan bagaimana laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari berbeza dengan pendakwaan di mahkamah.
Laporan polis Saiful menyatakan ia diliwat tanpa kerelaan sedangkan Anwar didakwa di bawah seksyen ‘diliwat dengan rela’.
Berbagai peristiwa lucu di dalam mahkamah dibongkar dalam bentuk kartun untuk mendedahkan kepada rakyat yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku.
Dimuatkan kisah bagaimana hakim tidak membenarkan pihak peguam Anwar mendapatkan senarai saksi, Saiful menyatakan dia tidak dapat melihat punggungnya sendiri dan
bermacam-macam lagi perkara ‘lucu’ tetapi benar.

Isu Apco turut menjadi topik kritikan. Ada lukisan kartunis Art yang menggambarkan tentera zionis sedang membelasah rakyat Palestin dan pada masa yang sama pemimpin Malaysia menuangkan wang ke dalam beg tentera tersebut. Kartunis Jonos mengkritik kerajaan
Malaysia yang meniru konsep 1 Israel dalam 1Malaysianya.

Isu Dalam Kartun Vol 3 juga mengetengahkan isu keganasan polis yang kerap bertindak keras dan mengancam keselamatan rakyat. Tragedi adik Aminul Rasyid ditembak polis dipuisikan Abdullah Jones dan ditegur oleh seniman Pyanhabib dalam kolum “racau”nya.

Begitu juga kartunis Enot dengan cerita “Sarjan Kamis dan mertua”, kartunis Haili pula mencuit dalam kartunnya bagaimana seorang ibu berpesan kepada anaknya berhati-hati ketika memandu, jangan lupa pakai talipinggang keledar dan “jaket kalis peluru”.

Penipuan dalam pilihanraya adalah isu yang tidak pernah mati. Keluaran kali ini juga membongkar beberapa strategi tipu yang dilakukan kerajaan dengan menggunakan SPR sebagai kuda tunggangan melakukan penipuan untuk memenangkan tuan mereka. Jenis-jenis
pengundi hantu dan bagaimana mereka bekerja telah dibongkar dalam bentuk kartun.
Di dalam isu ini juga turut dimuatkan perbandingan di antara negara luar dan negara kita dalam konteks mengendalikan pilihanraya secara adil. Ketika badan penganjur pilihanraya
negara lain cuba memberikan erti demokrasi yang telus, SPR di Malaysia bersungguh-sungguh menjadi pecacai bagi memastikan kerajaan BN terus berkuasa.

Selain itu, isu-isu seperti katak menjadi senatak (senator katak), isu larangan berpolitik dalam masjid, isu rakyat tolak ‘rasuah gula-gula’ Najib dalam pilihanraya kecil Sibu turut disentuh
dengan pedas dan kritis.

Selain kartunis Zunar sebagai kartunis dan ketua editor, Isu Dalam Kartun vol 3 juga menampilkan kartunis seperti Ronasina (editor/ kartunis), Jonos, Enot, Haili, Art, Oly, Nur, Abdullah Jones, Ubilepih, Madsein, Warih dan lain-lain serta penulis kritis
seperti Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Pusparos, Benludin dan Fared
Ayam.