Pagi tadi Wooyoung pulang ke Korea setelah hampir enam bulan berkhidmat untuk An-Nur. Banyak juga aktiviti dia selain merawat An-Nur.
Link-linkini adalahpersembahan Wooyoung.
http://m.youtube.com/watch?v=kfHs--8FdGo
http://m.youtube.com/watch?v=UoPBGSN5Tg4
http://m.youtube.com/watch?v=0VqEBVgbi_I
Terima kasih dari kami!
Sunday, December 30, 2012
Ucapan pelancaran buku Negaraku oleh Hishamuddin Rais
https://fbcdn-video-a.akamaihd.net/cfs-ak-snc6/v/732536/859/4683875907955_44964.mp4?oh=0a64fd92df72c7cd9301bbf734b8eb38&oe=50E13BD3&__gda__=1356937481_8492c59feed6482d4cd031003cdc7dfd
Thursday, December 27, 2012
lagi pemanas menuju #KL112
http://mediaperak.net/2012/12/21/pelancaran-buku-koleksi-kartun-satira-rakyat/
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/21/pelancaran-buku-koleksi-kartun-satira-rakyat/
berkhemah sambil membaca Negaraku
Industri kartun dan komik tanahair bergenre satira politik bertambah meriah apabila muncul sebuah lagi buku kartun bertajuk ’Negaraku’ karya
kartunis Ronasina. Dengan bertemakan ‘koleksi kartun satira rakyat’,
buku hasil karya bekas editor majalah Gedung Kartun terbitan Sepakat
Efektif Sdn Bhd (telah diharamkan) ini mampu mencuit hati dengan lukisan
dan tulisan yang sinis, pedas dan berani. Isu yang digarap adalah isu
nasional seperti kemiskinan, rasuah, penyelewengan kuasa, tangkapan
tanpa bicara, pembunuhan kejam terhadap mangsa tahanan serta kerenah
lucu ahli politik tanahair khususnya dari pihak parti pemerintah.
“Sebagai kartunis, saya menyampaikan keluh-kesah suara rakyat
terhadap kebejatan sosial serta kezaliman pemerintah melalui lakaran
kartun. Seniman dan karyawan punya peranan masing-masing untuk
menyedarkan rakyat terhadap apa yang berlaku sekarang. Buku Negaraku ini
adalah antara koleksi kartun dan tulisan humor saya untuk memberi
peluang rakyat menilai seterusnya berfikir dengan waras akan
kebenarannya.” ujar Ronasina yang juga pernah melukis dan menulis di
akhbar portal online Merdekareview.com.
Kulit muka hadapan dan belakang buku ini dihiasi dengan lukisan
kartun perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka dengan dihadiri oleh rakyat
Malaysia berbagai lapisan bangsa. Setebal 96 muka surat, buku ini juga
turut memuatkan cerpen sempena Bersih 2.0 dahulu bertajuk ‘Hikayat
Penyakit Kuning’ dan ‘Kak Ijat Kampung Lembah’ yang menceritakan seorang
wanita berasa sedih apabila penduduk kampung sering mentertawakan
dirinya yang mempunyai hobi pelik bermain dengan lembu-lembu
ternakannya.
Menurut kartunis Ronasina lagi, “Sedikit perbezaan berbanding buku
kartun politik pengkarya lain, saya turut juga melukis drama empat muka
surat bertajuk ‘Suatu Hari di Lebuhraya’ mengisahkan tiga lelaki upahan
sedang menunggu ketibaan bas Jelajah Merdeka Rakyat untuk dibalingkan
batu, cat merah dan kayu. Walaupun ia sebuah cerita rekaan tetapi isu
yang diselitkan amat kita ketahui dan tidak dapat disangkal
kebenarannya. Selain itu, drama lima muka surat Bomoh Puaka juga adalah
kisah sinis tentang pemimpin yang gemar berurusan dengan bomoh demi
mengekalkan kuasa.”
Kartunis Ronasina, 39 tahun yang juga aktif dengan persembahan
pentas seperti membaca sajak dan mengacara majlis ini turut juga mencuit
pembaca dengan lakaran yang diambil dari babak filem-filem P.Ramlee
dan diubah mengikut senario politik semasa seperti adegan di dalam
filem Ali Baba Bujang Lapok di mana ketua penyamun berbasikal menuju gua
yang penuh harta karun diikuti penyamun-penyamun yang lain. Wajah ketua
penyamun dan penyamun-penyamun itu diubah kepada wajah karikatur
pemimpin negara sedang mengendong harta rompakan. Selain itu ada juga
lakaran trio Seniman Bujang Lapok berbasikal sambil menyanyi dengan
wajah yang diubah kepada ahli politik tanahair, babak di dalam filem
Pendekar Bujang Lapok dan lain-lain lagi. Ada juga lukisan aktres
Marilyn Monroe, potret Monalisa, patung Statue Of Liberty dan lain-lain yang berimejkan suasana politik Malaysia. Pendek kata, buku koleksi kartunNegaraku ini mempunyai keistimewaannya tersendiri yang sesuai dimiliki oleh rakyat Malaysia yang cintakan ilmu dan berfikiran positif.
Buku terbitan Anak Kunci Production yang berharga RM25.00 ini boleh dipesan melaluiemail raja_uda@yahoo.com, ronasina@gmail.com,atau fanpage http://www.facebook.com/kartunisronasina?fref=ts
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/21/pelancaran-buku-koleksi-kartun-satira-rakyat/
Wednesday, December 26, 2012
SENI MELAWAN
dari roketkini.com
“Negaraku”, simbiosis seni melawan kartunis Ronasina Oleh Hafiz Zainuddin
24 December 2012
DIA tidak mahu mengakhiri hidupnya dengan menjadi seorang guru kejuruteraan automotif di sebuah sekolah vokasional lantas mengambil keputusan lari meninggalkan kerjaya itu dan bermutasi menjadi pelukis kartun.
Mungkin, semangat zaman sekolahnya yang dilingkari majalah Senyum Pelajar, Gila-Gila, Gado-Gado, Jenaka dan Gelagat telah mempengaruhinya sehingga buat pertama kali mendapat platform bergiat secara bebas di akhbar Berita Keadilan yang kini sudah pun berkubur. Bagaimanapun, talian hayatnya terus bersambung di portal Merdekareview yang juga sudah menghentikan operasinya dan kini dengan akhbar Suara Keadilan.
“Negaraku-Koleksi kartun satira rakyat” adalah hasil karya kartunis Ronasina atau lebih manja dipanggil Abang Fendi. Karya setebal 96 muka surat itu tidak sama dengan siri kartun dalam majalah humor nasional lain yang membuatkan anda hanya letih ketawa berdekah-dekah.
Akan tetapi, koleksi Ronasina dalam “Negaraku” adalah sebuah simbiosis “seni untuk melawan”, sambil ketawa dan sambil menambah ilmu.
Digarap dengan elemen hasutan untuk membenci kerajaan yang korup dan zalim, “Negaraku” mengetengahkan masalah semasa rakyat seperti kemiskinan, penindasan, salah guna kuasa, pembunuhan dan penahanan tanpa bicara selain telatah ahli politik di Malaysia.
“Sebagai kartunis, saya menyampaikan keluh kesah suara rakyat terhadap kebejatan sosial serta kezaliman pemerintah melalui lakaran kartun. Kalau ahli politik dengan tugas mereka, kartunis pula punya tugas mereka.“ kata Ronasina.
Menurut Hishamuddin Rais pula, kerjaya sebagai kartunis satira merupakan bidang kerja yang berbahaya. Samada kartunis di Barat sehingga ke Timur Tengah, karyawan kartun punya sejarah hitam samada dibunuh atau mendapat kecaman hebat.
“Pada 1978, seorang kartunis Palestin, Ali, ditembak mati akibat kritikan tajam dan sinis terhadap pentadbiran Yasser Arafat dan Shah Iran,” katanya ketika melancarkan Negaraku di KLSCAH.
Sesuatu yang menarik pada “Negaraku” ialah konsep lakaran dengan gabungan konteks di mana generasi 100 tahun daripada sekarang boleh mengetahui isu dalam kartun yang dilakar.
Misalnya pada muka surat 55 bertajuk PDRM, Ronasina meletakkan nota bahawa kartun itu berkaitan dengan jumlah kematian rakyat Malaysia dalam tahanan polis yang diilhamkan setelah kematian Kugan dibongkar.
Selain lakaran kartun, ia juga memuatkan tiga cerpen beliau yang berjudul “Hikayat Penyakit Kuning”, “Bengong vs Bangang” dan “Kak Ijat Kampung Lembah” yang merumuskan senario politik semasa negara.
Disebabkan Ronasina bersilat dalam bahasa yang ditakuti pemerintah; melalui lakaran manusia berkaki katak, bersongkok tinggi, buncit, di samping lakaran eksklusif seorang wanita gemuk yang seksi dan menakutkan, kita tertanya-tanya adakah mungkin “Negaraku” akan senasib dengan Gedung kartun dan Perak Darul Kartun hasil suntingan Ronasina yang diterbitkan kartunis Zunar yang selamat diharamkan kerajaan?
Dan, kita tidak perlu berasa hairan apabila Ronasina sendiri mengatakan bahawa pengharaman buku kartun sebelum ini merupakan dalil ‘aqli’ yang membuktikan pemerintah takut dengan buku kartun.
Mudah-mudahan, “Negaraku” mampu menjadi satu daripada catalyst for change demi negara dan masyarakat yang lebih adil dan telus atau setidak-tidaknya mampu menjadikan kerajaan BN sedar bahawa apa yang mereka lakukan kini adalah lebih kartun daripada kartun sendiri.
Buku “Negaraku” terbitan Anak Kunci Production ini cuma berharga RM25. Bagi sesiapa yang berani untuk ketawa sambil melawan bolehlah terus memesan melalui emel kepada raja_uda@yahoo.com atau ronasina@gmail.com atau terus lawati blog http://kulupsakah.blogspot.com –Roketkini.com

aku 39 tahun
yelah....26 Disember datang lagi. Bertambah lagi umur aku. Kami raikannya di Seoul Garden, Malaysia Fest, Danau Kota bersama Wooyoung, Najwan, Beeha dan FaizalRiduan.
Pukul 1 pagi kami menikmati surut laut dan bulan terang di Port Dickson.
Empat pasang kaki ini bergerak dengan cinta...
buku Negaraku aku sedang hangat sekarang dan 80% tulisan terbaru untuk sebuah buku kisah suka duka aku sebagai bapa kepada dua anak istimewa siap. harap keluar hujung Januari 2013.
Sunday, December 23, 2012
Friday, December 21, 2012
setahun nan lalu...
Semangat tetap bersama. dalam redha harus ku akui sebahagian hatiki sudah hancur luluh dibawa pergi.
22 Disember 2012 genap setahun pemergian Annisa dan tarikh ini adalah hari pelancaran dan kelahiran buku Negaraku aku.
Ia sebuah semangat untuk aku, kami dan kamu!
Thursday, December 20, 2012
Wednesday, December 19, 2012
Negaraku
Khamis 20 Disember 9.10 malam aku ditemuramah pasal buku Negaraku di radiobangsarutama. Yang belum tahu sila google dan tengok camana nak dengar
Tuesday, December 18, 2012
Sunday, December 16, 2012
Thursday, December 13, 2012
Kita yang berperanan
mengapa kita lahir ada sebabnya. mengapa kita lahir pada tarikh itu ada sebabnya. mengapa kita lahir pada zaman itu ada sebabnya. mengapa kita diberi nama sebegitu ada sebabnya. mengapa kita lahir dengan diberikan kepandaian itu ada sebabnya.
ada tanggungjawab yang harus dijalankan.
ada tugas yang perlu dilaksanakan.
iaitu mengenal pencipta dan membawa kesucian pulang kepada yang maha suci,
melukis jika pandai, menulis jika tahu, menyanyi, berceramah, berkarya, buat apa sahaja untuk menegakkan kebenaran milik Yang maha Suci.
Yang dikurniakan kepada kita adalah untuk menjalankan tugas sebagai khalifah.
bagaimana hendak bertemu dengannya dalam keadaan kita menyembah yang lain tetapi menggunakan segala kurniaannya.
tidak yakin kita apabila membawa tugasnya akan tidak dibela Dia?
tidak diberikah rezekiNya ketika kita melaksanakan tugas menentang kezaliman dan mengangkat sebuah keadilan?

Wednesday, December 12, 2012
Monday, December 10, 2012
Friday, December 7, 2012
Wednesday, December 5, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)