Tuesday, April 3, 2012

Ada kepala- guna!

Apabila si Buddhi Hekayat menulis status di facebook menyatakan tiada apa yang baru dalam tulisan buah fikiran Dr.Asri bagi mereka dan kawan-kawan di Institut Kajian Dasar, aku setuju. Resam orang kita ialah malas belajar, mengkaji apatah lagi menghayati. Segala halatuju hidup sendiri harus bergantung dengan pendapat orang lain. Jika orang yang dikagumi berkata A mereka akan mata A. Jika Ustaz Azhar Idrus main gitar sewaktu berceramah, mereka bersorak gembira dan kagum dengan ustaz yang multitalented tapi mencebik sewaktu kawan aku menyanyi dengan gitar di program ceramah. Apabila Tukar Tiub kata Yahudi tak semua jahat yang jahat itu zionis ramai tuduh dia sesat tapi apabila Haji Hadi kata yang kita lawan hanya zionis sebab Rasulullah dulu pun berurusniaga dengan Yahudi mereka akur. Hanya menunggu pendapat dari idola aje. Orang lain salah. Mudah sangat menilai orang lain hancur...kurang-kurang Tukar Tiub kena ISA pun tetap tegar sebab tidak tunduk dengan makhluk dan percaya dengan kebenaran yang dipegangnya. Kita? Dengar perkataan ISA pun menggugil batu ladung.
Jangan salah sangka atau jadi bodoh menuduh aku anti Dr Asri, Ustaz Azhar Idrus atau Haji Hadi tetapi aku anti orang yang malas belajar dan sombong, memandang rendah orang lain hanya kerana zahir orang lain nampak lekeh. Azazil dulu paling alim woi tapi kena tendang dari syurga sebab 'abawastakbar'- takbur!
Kesimpulannya ialah kita sendiri kena cari ilmu sebab menuntut ilmu itu fardhu kerana akhirnya kita sendirilah yang akan menentukan sama ada sesuatu perkara itu benar atau tidak walaupun disampaikan oleh sesiapa pun.
Iqra' itu bacalah! Apa maksud bacalah? Bukankah Rasulullah itu buta huruf tak reti baca tetapi mengapa ayat pertama menyuruh kita baca? Takkan Rasulullah tak amalkan ayat Qurat sedangkan menurut Aisyah akhlak Rasulullah itu adalah Al Quran?
Rasulullah menyeru kita 'Baca' hakikat. Hakikat diri kita. Kewujudan kita.hubungkait kita dengan Rabbul Izzah. Menggali rahasia. Kerana diri kita inilah lubuk ilmu.
Ops! Cukup dulu...untuk santai, sila baca cerpen 'Gua Tujuhkalitujuh' aku di ruangan cerpen website Jalantelawi.com mengisahkan seorang lelaki terjaga dari tidaksedarnya dan mendapati dirinya di dalam gua. Malangnya dia tidak kenal siapa dirinya lagi dan cuba mencari...
Tujuh kali tujuh bermaksud perjalanan insan menuju kesempurnaan harus merentasi tujuh martabat nafsu. Dari amarah ke lawamah menuju malhamah lalu ke mutmainah.kemudian mardhiah ke radhiah dan akhirnya ke kamaliah. Perjalanan ini memerlukan tujuh sifat maani iaitu kudrat,iradat, ilmu,hayat,sama,basar,kalam. So pergi baca yek?

Boleh juga baca artikel aku di merdekareview.com/bm yang bertajuk: wahai muhyiddin! Sistem pendidikan kita lahirkan zombi

Atau beli Suara Keadilan baru edisi 60 dengan cerpen satira aku "Kak Ijat Kampung Lembah".
Produktif tak aku?

Wa ai ni!

P/s jika ejaan aku silap, abaikan. Menaip guna iPad memang susah. Aku pun macam Melayu lain, pemalas nak betulkan kesalahan. Sekian adanya. Selamat naik harga minyak.

5 comments:

jiwasufi said...

illahi antamaksudi waredokho madhlubi.....

Anonymous said...

Muhd rasulullah tu BUTA HURUF? out of all ppl, kamu yg pandai mem'baca' kata nabi kita buta huruf? Muhd yg dilahirkan dlm golongan bangsawan, keturunan nabi ismail & nabi ibrahim, membesar dikalangan keluarga Sa'd yg tinggi bahasanya, datuknya pemimpin kaum Quraiys dan pemimpin kota mekah - tidak kenal alif ba ta dan wahid isnaini salasa? yg berkahwin dgn khadijah seterusnya menguruskan perniagaan dari umurnya 25thn hingga 40thn (15tahun!) langsung tak kenal huruf? Muhd yg terang dan bersih hati kerana sudah dicuci hatinya semasa kecil, adakah dungu kerana pada umurnya 40thn masih tak reti baca buku?

Nope, Rasulullah TIDAK buta huruf.. mungkin kamu yg buta huruf kot....

zman said...

Kalau ilmu tak cukup, jgn nak komen. Diam tu lebih baik supaya kita tak berterusan menunjukkan kebangangan kita!

kulupSakah said...

Itu sebabnya kena faham betul2 supaya tak jadi bodoh...kan aku cakap Rasululullah suruh baca takkan baginda tak ikut apa yg dia cakap? Asal kewujudan kita inipun dari huruf dan baginda yg ajar asal dari titik huruf ba...
Kamu marah aku sebab politik.
Tolong jangan bodoh sebab berpolitik

Anonymous said...

bro,

bagus pencerahan ini..

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa