Apa sesat? Siapa punya autoriti untuk melabelkan individu atau puak lain sesat? Sunnah wal jamaah dengan segala hujahnya menyatakan Syiah sesat dan Syiah dengan segala dalilnya mengecop Sunni sesat. Siapa pemegang sebenar panji kebenaran?
Mengapa tak ikut saranan Ayatollah Khomeini yang mengajak Sunni dan Syiah bersatu?
Dalam aliran dan agama apa pun ada pihak yang akan dilihat ekstrim dan taksub. Segelintir inilah yang dijustifikasikan sebagai sesat keseluruhannya. Apabila Amerika menuduh Islam agama keganasan kerana adanya Al Qaeda dan sebagainya, kita menafikan dengan hujah bukan semuanya muslim begitu tetapi apabila kita melihat segolongan manusia ekstrim dalam sesuatu aliran, kita tuduh aliran itu sesat. Kristian pun berbalah tentang kebenaran antara aliran mereka.
Aku di Malaysia diajar Sunni. Apakah Sunni sesat jika ada pengikutnya memenjarakan muslim lain tanpa dibicarakan? (baca: ISA)
Jika pengikut Sunni dibunuh di negara Syiah, di Malaysia pengikut Sunni membunuh pengikut Sunni juga (tragedi Memali)
Jika ada aliran tareqat yang mengajar ahlinya berzikir sehingga menari-nari dan terhangguk-hangguk kita kata mereka sesat. Kita tak pernah tenggelam fana dalam nikmat dzauk kita tuduh orang lain sesat. Kita berzikir 33 kali aje Subhanallah lepas tu tukar Alhamdulillah 33 kali dan seterusnya. Itu aja tak lebih tak kurang sedang Allah bagi bernafas tak berkira pun lebih kurang.
Yang sesat adalah fahaman individu atau sekelompok dalamaliran tertentu, jangan zalim melabel orang lain sesat walhal kita macamana?
Kalau kita Sunni sudahkah kita melepasi maqam selamat yang tidak sesat. Sunni tu apa? Tahu?
Apa yang digariskan oleh Sunni? Tiga cabang konsep Islam, Iman dan Ehsan telah diletakkan dalam ilmu Fiqh, Tauhid dan Usuluddin serta Tasawuf sudahkah kita kuasai kerana Sunni meletakkan hukum Fardhu Ain untuk menuntut ilmu ini. Yang kita faham fardhu ain ni kelas mengaji muqaddam haha... Maksudnya wajib dan berdosa tak dituntut.
Kemudian kita melangkah dengan konsep Islam, Iman, Tauhid dan Makrifah...sampai situ dah kita ini ?
Kalau orang tanya kita siapa Allah bolehkah kita huraikan dzat, sifat, asma' dan afaalNya?
Kalau cerita solat sudah boleh kita hurai Qasad, Taarud, Taayin nya?
Apa dia tahalli, takhalli dan tajalli?
Hahhh!
Siapa masih sesat sekarang?
Bagi aku ORANG YANG SESAT IALAH ORANG YANG GAGAL MELAWAN KEANGKUHAN DI DALAM DIRI
(foto: mamat baju kuning SESAT di tengah awam)
1 comment:
terbaikkk...apa yg tersirat di hati saya rupa-rupanya senada dengan admin..cuma saya tidak pandai untuk menyusun ayat menjadi satu penerangan yang padat.
Post a Comment