Wednesday, January 2, 2013

Keadilan mana?

Hari ni ramai ibu bapa hantar anak ke sekolah. Setiap kanak-kanak punya hak untuk mendapatkan pendidikan. Tetapi kanak-kanak kelainan upaya terlantar bagaimana? Cuba anda yang punya anak OKu terlantar pergi mendaftar ke sekolah termasuklah sekolah pendidikan khas layak atau tidak? Pendidikan khas pun hanya mahu OKu yang sekurang-kurangnya boleh urus diri.
Anak-anak Cerebral Palsy di Malaysia biasanya mati dalam keadaan potensi mereka dibunuh. Apabila aku suarakan hal ini ramai yang suruh aku bersabar dan redha. Ini bukan soal sabar dan redha, mangkuk betullah....
Kalau anak korang yang normal tak dapat buku teks percuma tau marah?
Ini soal pendidikan. Di negara Barat sekolah harian untuk anak-anak terlantar sudah lama ada. Kenderaan sedia menjemput dan menghantar. Guru khas diberikan bersama pembantu. Setiap pelajar OkU ini berbeza keupayaan mereka. Sedangkan kanak-kanak normal pun ada kelas A, B, C dan seterusnya inikan pula anak OKU. Mereka berbeza.
Ramai suruh aku rujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pusat Dalam Komuniti.
Aku sudah 12 tahun punya anak OKU dan aku tahu keperluan anak-anak sebegini. PDK terdiri dari sukarelawan yang kebanyakannya juga adalah ibu bapa anak-anak ini. Kanak-kanak OKu di situ bercampur, ada Down Syndrome , ada hyperactive ada autism. Kategori ini tidak sama.
Ini menandakan masyarakat kita mempunyai taraf kesedaran terhadap OkU yang sangat rendah. Mereka fikir menghantar anak ke PDK atau sekolah pendidikan khas selesai masalah...
Ini salah!
Tahukah anda ada negara yang menyediakan sekolah khas untuk kanak-kanak kidal? Ini untuk memberi keselesaan kepada mereka supaya tak berlaga tangan dengan murid lain.

Dan pernah juga permasalahan ini diajukan kepada ahli politik Bn dan PR. Mereka menunjukkan muka tak minat.
Macamana aku nak percaya mereka?

Lucunya aku dikatakan bagus dan lantang apabila menyuarakan hak anak-anak mereka seperti isu yuran percuma, buku teks percuma, PTPTN, AUKu, PPSMI dan lain-lain. Bila aku suarakan hak anak-anak OKU mereka suruh sabar dan redha sebab anak aku dan anak OKu yang lain syurga
tempatnya.


Kepala hangguk!

4 comments:

puspawangi said...

Salam.. ramai anak2 CP dihantar k PDK (Pusat pemulihan Dalam Komuniti)pusat pemulihan kanak2 kurang upaya yg diuruskan oleh ibubapa yg jadi sukarelawan yg perlu berusaha keras untuk daptkan bangunan dan sumber kweangan dll..saya sudah hampir 14 tahun menguruskan pusat seperti ini (anak sulung saya lelaki CP)namanya PDK Sg Choh di Serendah, Hulu Selangor..ada peruntukan tertentu dari kerajaan sejak tahun 2008 tetapi di selangor hanya sebahagian saja dari peruntukan itu masuk ke tabugn PDK, yg lain lesap. Negeri lain pun ada PDK cuba cek dgn direktori JKM negeri..
Zuraidah Kadirun
Setiusaha PDK Sg Choh.

C++ said...

Bhai Fendi...

Diorang takder dapat anak khas nih.. cer kalu diorang dapat... mau pecah kapla diorang nak pikir....

Samer jer... BN ker PR ker... memang bab OKU nih diorang tak cakna... hampeh....

Anonymous said...

SMTI

Libang Libu said...

tuan kulup,

terma kepala anggok ini lama benar dah aku tak guna.
budak2 sekarang byk mencarut ikot org putih.
terma kepala anggok ini amat popular ketika aku berkhoje di kedei juei nasi ayam di serdang lewat awal 90-an dulu.