Abang dan Kak Sham,
Apa khabar? Terutamanya, Anna ingin mengucapkan tahniah tentang buku abang ini yang keluar
baru-baru ini!! :D Tapi saya juga ada nampak berita politik yang
mengecewakan kita dan buat kita orang geram... Ya, dari post abang di Facebook baru-baru ini, saya tahu agaknya mengenai pemain-pemain politik di negeri kita ni yang mengeksploitasi dan menyalahgunakan wang rakyat untuk keuntungan mereka sendiri. Pemain-pemain politik tersebut berbuat begitu dengan kesedaran (conciously), maksud saya, ada orang yang melakukan kesilapan disebabkan oleh mereka tidak berpengetahuan, tiada berpendidikan..... tetapi pemain-pemain politik ini adalah orang yang banyak berpendidikan, itulah masalah moral, masalah peribadi mereka ni...
Bulan ni Singapura telah membebaskan seorang anak Malaysia (dari Sabah) yang membawa dadah dari hukuman mati (http://www.thestar.com.my/ News/Nation/2013/11/14/Yong- Vui-Kong-spared-death- sentence-Singapore.aspx)
..., dari segi hak asasi manusia dan dari perspektif saya sebagai bekas
social worker, saya setuju dengan keputusan tersebut. Masa Yong
mengedarkan dadah, dia tidak berpengetahuan betapa bahaya dadah dan
kesan-kesan kegunaanya kepada masyarakat, dia berbuat begitu kerana dia
dari keluarga yang sangat miskin, dia sahaja ingat nak dapatkan duit dan
menyumbang kepada mak dia yang sahit di Sabah .... Cerita dia menyentuh
hati saya ... Semenjak dia masuk penjara pada 2008, dia mula belajar
agama Buddha dan akhirnya dia sudi menerima keputusan jatuhan mati,
kerana dia tau itulah dosa dia dan bersedia untuk dermakan organ-organ
badannya untuk kegunanaan medikal demi kebaikan orang lain .. Ada orang
berpendapat kita tidak boleh sahaja-sahaja melepaskan pesalah kerana
simpati, perlaksanaan undang-undang perlulah keras untuk menakutkan
orang buat jahat lagi, tapi dalam kes ini, dengan agama yang mengubahkan
dia, saya lebih sudi berpendapat bahawa kita masyarakat perlulah lebih
ada sifat penyayang dan memberi peluang yang kedua untuk menerima
mereka.
Singapura ialah negeri yang banyak menggunakan
undang-undang untuk menjamin struktur negeri, tapi kini dengan usaha
pejuang hak asasi manusia, mereka sudi mengubahkan undang mereka sedikit
and akhirnya pembawa dadah ini dapat dibebaskan, dengan pertimbangan on
case by case basis. Pembawa dadah adalah macam ikan-ikan kecil yang
kerja untuk ikan besar di belakang ...
Dulu saya tak suka singapura (sikit benci juga :P), sebab
saya rasa negeri ini terlampau menggunakan undang-undang untuk
memastikan orang tak buat jahat ... saya rasa agama, sifat asal manusia
yang baik (the original good site, purity of human nature), falsafah
baru boleh mendidik orang jadi baik, berakhlak mulia. Tapi kini, masa
saya di Singapura, saya lihat negeri singapura ini ada harapan, mereka
ada ubah ... sudi ubah .... tapi di negeri kita Malaysia, kenapa
perubahan ini sudah sangat? Walaupun cakap begitu, saya akan terus
sokong abang dan kakak dan semua orang yang berjuang demi negeri kita
...
Terdapat politik di mana-mana sahaja ... Pada
masa bulan lepas -Oktober saya di Malaysia, saya telah dapat merasai
keperitaan rakyat Malaysia. Sebenarnya saya telah meninggalkan rumah kebajikan OKU yang saya beritau saya kerja di Lembah Klang tempoh hari...
Saya saksi bagaimana Excedutive Director rumah tu
menyalahgunakan simpati orang-orang awam terhadap golongan OKU untuk
mendapatkan lebih banyak wang untuk dia sendiri ... sebenarnya latar
belakang mereka adalah Kristian, biasanya pertubuhan Kristian ini lebih
mudah dapat sokongan wang dari penganut mereka ......... Director ini banyak mengunakan duit untuk kegunaan dia sendiri,
ahli keluarganya akan dapat layanan yang lebih istimewa tetapi
penduduk-penduduk OKU lain di sana tidak dapat duit sokongan yang cukup.
Masa saya kerja dengan mereka, saya memang tak gembira, selepas
mengetahui cerita benar ini, saya dapati niat dulu saya yang ingin
menyumbang, membantu mereka telah jadi tak suci .... Tetapi sifat saya
bukan macam pejuang, saya jadi pejuang selalu akan menimbulkan rasa
tidak puas hati, rasa geram, ini menyeksakan diri ... dan saya tidak
sanggup lawan dengan mereka, saya tak nak lawan juga. Jadi, saya telah
pilih meninggalkan tempat tu dan cuma pergi melawat ahli-ahli
mereka yang duduk di sana,macam sukarelawan... tak berapa nak bercakap
dengan direktor itu. Saya berpilih tidak lihat muka munafiknya ........
Haha, mula-mulanya dia cakap nak bagi sedikit gaji untuk saya yang
kerja dengan mereka, akhirnya langsung tak ada ... aku ni miskin, haha
.... Tapi nasib baiknya, saya sekarang datang Singapura untuk urusan
bank, baru tau rupa-rupanya saya masih ada duit, abang aku dulu pinjam
wang dari saya, sekarang dia pulang .....
Tak tau mengapa, biasa saya di Malaysia, memang susah
untuk mengekalkan saving wang .... Biasa saya di Singapura atau negeri
maju lain, mereka hargai saya sebagai seorang profesional dalam secktor
social work (helping professional), dan dapat gaji yang sepatutnya, tapi
di Malaysia .. nasib tak berapa baik, haha.
Minggu depan saya akan balik kampung ke Malaysia,
sekarang rasa nak rehat sikit, sampai suami saya datang dari Jepun
dan melancong dengan basikal di Malaysia ... Ahhhhh .. kos di malaysia
telah meningkat banyak ni :( :( Kak Sham ada tanya berapa agaknya
mengenai wang yang perlukan untuk seluruh pengembaraan saya di Eropah,
saya lupa beritau satu perkara, masa di Bulgaria, aku kena rampas 1000
euro dan 200 pounds ....... Walaupun kami boleh sentiasa jimat dalam
pengangkutan, makanan dll, tapi kena buat kesediaan psikologi terhadap
kemungkinan untuk dirampas .... haha ... Masyarakat Eropah itu lebih
individualistic, bila seorang jadi miskin, susah dapat sokongan dan
akhirnya timbulkan banyak masalah masyarakat... Tengok, https://www.facebook.com/ photo.php?fbid= 10151168140336188&set=a. 77506411187.82962.684696187& type=1&theater
----> gambar ini mencatatkan pencuri yang rosakkan penutup pintu
compartment tren itu dan rampas duit saya ......... Tapi disebabkan oleh
perkara ini, duit aku macam habis, tak cukup untuk saya pergi ke
England untuk kerja di sana ... dan saya terus berlancong dengan lelaki
Jepun itu ... akhirnya, hubungan semakin rapat, matang sampai dia lihat
saya sebagai life partner, cakap nak khawin pula ... -_-lll Ah .. banyak
cerita ni.
Baru-baru ini, kawan Egypt saya yang saya kenal di
Beijing datang ke Malaysia ... mula-mulanya saya sangat gembira nak bawa
dia jalan-jalan and explore Malaysia yang mengamalkan unsur agama
Islam, tapi masa dia nampak orang India, dia macam rasa kejut dan
memandang rendah, dia tanya, "kenapa negeri kamu ini ada orang india
punya ...?" ....... aduh, barulah saya tau orang malaysia lebih ada
tolerasi terhadap budaya lain .... Sebenarnya orang Malaysia lebih dapat
tolerate terhadap budaya orang lain, boleh hidup di mana-mana sahaja
tanpa kacau yang teruk kepada negeri orang, walaupun ada segolongan
kecil orang di Malaysia lebih bermikiran ketinggalan zaman sikit. Masa
saya bawa dia naik KTM ke Serdang, dia bertutur dengan saya dalam bahasa
cina, macam ada orang melayu di tepinya tunjuk rasa pelik..? dari
matanya yang tengok kawan Egypt saya yang paikai tudung, saya rasa itu
...
Walau bagaimanapun, Anna nak cakap, Anna
akan sentiasa sokong apa yang abang dan kak sham buat ... dan berdoa
demi Anur ...Walaupun saya akan pergi duduk di Jepun, tapi keluarga saya
masih di Malaysia dan saya pun akan risau terhadap masa depan Malaysia,
risau tentang keluarga saya ......... ah alamak, kini otak saya telah
beban dengan banyak sistem bahasa, bahasa melayu, bahasa jepun, cina,
english ... banyak, sudah keliru, jadi maafkan saya kalau pertuturan
bahasa melayu saya jadi teruk, harap abang dan kakak tau apa yang aku
cakap :)
abang, ada satu fenomena saya dapati di Singapura juga,
dulukan (agaknya dari 2007-2012? kena cari maklumat benar), kerajaan
Singapura yang terdiri daripada orang Cina yang menguasai politik nak
jadikan ratio kaum lebih "priviledged" kepada orang cina, maksudnya,
mereka nak populasi cina lebih banyak daripada orang melayu dan india,
sebab orang cina yang menguasai politik, jadi mereka mula laksanakan
polisi yang menyenangkan orang cina dari China datang ke Singapura dan
senang jadi permanent resident, rakyat Singapura ....... tambahan pula,
kerajaan singapura nampak negeri China sekarang kuat ekonominya ....
Tetapi...sebenarnya perangai, pemikiran dll orang cina dari China
ini tidak sama dengan orang cina asal di singapura, kebanyakan mereka
datang sini timbul banyak masalah masyarakat, jadi rakyat singapura
benci sangat terhadap keputusan kerajaan singapura yang ambil banyak
orang dari China ... Jadi, baru-baru ini pertama kali parti bantahan
kalah sikit semenjak menguasai singapura pada masa kemerdekaan...
Sekarang ramai orang singapura rasa negeri mereka buat mereka
susah nak nafas, lebih ramai pendatang asing ...mereka kesal atas
polisi kerajaan terlebih dahulu ini yang asyik buat senang untuk orang
dari China jadi rakyat mereka ...
All the best!!!! Jaga diri sentiasa ... :) say Hi to Anur, sayang dari kakak :) :) ^_^ ^_^
ah di sini - nak hadiahkan satu Music Video kepada abang -http://www.youtube.com/watch? v=a01QQZyl-_I
No comments:
Post a Comment