Bagi saya, Lee Inas antara kartunis yang menampilkan komedi berisi dan bijak. Lee Inas menyampaikan persoalan harian di sekeliling yang serius dalam bentuk humor. Sinis, kreatif dan kritis.
Himpunan karya Lee Inas yang bertajuk The Best Of Lee Inas terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd 1995 dapat menjadi rujukan hala tuju dan objektif seorang karyawan bernama Lee Inas dalam sejarah perkartunan tanahair.
Kematangan 'stroke' Lee Inas sangat mengkagumkan dan dapat dilihat perubahan mendadak yang sungguh cemerlang. Halus kasar garisan yang dimainkan oleh Lee Inas sama ada dengan pen atau berus sangat mengasyikkan. Saya melayan karya beliau bukan sekadar membaca dan menikmati humor sahaja malah seolah sedang mengikuti tutorial penggunaan berus dan dakwat.
Lee Inas kerap menghasilkan karya 'dokumentari kartun' dan selalunya perihal isu semasa, kehidupan yang berkait rapat dengan resam masyarakat Melayu, masyarakat majmuk di Malaysia dan sebagainya. Contohnya tentang Gong Xi Fa Chai, Lee Inas walaupun bukan orang Cina berjaya menghasilkan kartun perayaan tersebut dari kacamata atau sudut pandang sebagai seorang rakyat Malaysia. Di sinilah perlunya seseorang kartunis itu melakukan proses penyelidikan sama ada melalui pembacaan ataupun pergaulan. Deria kesenimanan melalui proses tersebut mampu melahirkan karya yang berjiwa.
Lee Inas juga menjadi 'cina' melalui kartun bertajuk 'En. Ah Kow, Ah Fatt dan Hari Raya' apabila merakamkan diari Ah Kow dan anaknya Ah Fatt meluangkan sehari berhari raya di rumah kawan kawan muslim. Suasana kemeriahan hari raya digambarkan dan bagaimana dua beranak tersebut bersungguh sungguh menyerikan hari raya walaupun menghadapi cabaran dan rintangan seperti kereta rosak di pertengahan jalan.
Dalam karya 'Kasim dan Selamah' Lee Inas mencuit sinis asam-garam hidup berumahtangga berlatarbelakangkan budaya dan resam Melayu. Tentang hubungan dengan mertua, pergolakan yang timbul dan sering menjadi bahan bergaduh dalam rumahtangga, cemburu buta, menjaga tepi kain orang, dengan isu yang 'taboo' di kalangan masyarakat Melayu seperti contoh Kasim yang cuba menyelamatkan seorang perempuan yang sarat mengandung hampir melahirkan, membawa ke hospital menaiki motosikal dan dilihat oleh orang kampung lalu terjadilah pergaduhan dengan Selamah yang cemburu dan salah sangka. Persoalan ini sekali lihat nampak seperti hanya sebuah cerita kelakar kosong tetapi inilah antara permasalahan masyarakat kita yang gopoh dan terburu-buru, cuba diangkat Lee Inas dalam karya beliau pada pertengahan 80an dan 90an.
Kartun lerang seperti Madu Tiga menceritakan sang suami yang hanya bercakap dengan isteri-isterinya dari luar rumah. Tidak perlu menunjukkan watak isteri-isterinya cukuplah hanya sang suami mencuba berbagai taktik untuk memujuk isteri-isterinya. Juga 9 To 5, komedi situasi dalam pejabat dengan watak seorang bos dan ragam staf yang masing masing mempunyai masalah atau konflik sendiri.
Jarang Lee Inas buat drama bersiri tetapi drama empat muka 'Din' yang beliau hasilkan sehingga bahagian kelapan sangat baik. Tentang dilema kutu kampung yang berpelajaran tetapi tidak tahu mahu buat apa untuk kariernya. Budaya makan gaji memang pegangan orang Melayu tipikal dari dulu sehingga hari ini yang dirasakan lebih selamat, terjamin dan mempunyai masa depan yang cerah berbanding bekerja sendiri. Semakin banyak gaji semakin tinggi saham pada pandangan mata orang kampung dan layak dibuat menantu. Plot yang perlahan dengan unsur dramatik mengingatkan kita kepada komik Mat Som, ataupun Not oleh Lat. Ternyata Lee Inas juga bijak memainkan emosi pembaca dengan gaya garapan jalan penceritaan beliau yang tersendiri. Din, penganggur yang menaruh hati kepada Latipah ternyata tewas dengan Cikgu Karim yang dilihat lebih stabil. Profesion guru sudah tentulah meyakinkan anak gadis kampung. Watak-watak lain seperti bidan baru yang muda sangat gemar diusik kawan-kawan Din, juga si emak yang kuat membebel memang wujud. Din melihat Kuala Lumpur menjanjikan harapan yang tinggi lalu dia berhijrah ke sana menumpang rumah kawan sekampung. Memang ini budaya dulu, merantau ke kota. Bukan semua orang mampu mengharungi cabaran dan menyesuaikan diri. Din akhirnya pulang ke kampung mengerjakan tanah sendiri. Kesedaran membangunkan tanah sendiri dengan bercucuk tanam atau berladang, sesuatu yang sangat mendatangkan pulangan lumayan tetapi telah dilupakan oleh kita.
Lee Inas adalah kartunis yang peka, sensitif dengan sekeliling dan memahami adat budaya. Tidak keterlaluan untuk mengiktiraf beliau juga adalah antara kartunis yang mengangkat dunia kartun berkonsepkan ke-Malaysiaan dengan gaya tersendiri yang bijak dan menghiburkan.
(Foto-foto adalah dari koleksi The Best Of Lee Inas terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd dan majalah Gila-Gila terbitan syarikat yang sama)
Saturday, September 26, 2015
Wajah ke-Malaysiaan kartun Lee Inas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
ALHAMDULILLAH..!!
saya bersyukur kpd Allah SWT.
atas keberhasilan PENARIKAN UANG
GHAIB.setelah melalui proses panjang &
sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
dngan catatan:
1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
2.tidak untuk memperkaya diri
3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
--------------------------------------------------
bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
( 085-210-001-377 )
atau Atau klik disini
Post a Comment