beberapa bulan lalu, pementasan teater P.Ramlee the musical mendapat sambutan yang cukup luarbiasa meskipu ia pernah dipentaskan sebelum ini. Walaupun kali ini tanpa cameo Siti Nurhaliza tetapi kehadiran Musly Ramlee membawa watak P.amlee cukup mempesonakan. Menenggelamkan Sean Ghazi yang memegang watak yang sama sebelum ini penampilan sulung Musly mengkagumkan khalayak. Selain dari nama agung P.Ramlee yang membuatkan ramai ingin tahu kisah hidup seniman rakyat ini, Muslee bertanggungjawab menarik khalayak membanjiri Istana Budaya hingga ke Singapura. Tidak keterlaluan dikatakan beliau antara punca kejayaan ini. Imitasi beliau melalui ucapan,gerak tubuh dan aksi membuatkan P.Ramlee seolah-olah hidup kembali hingga rakan-rakan seangkatan seniman itu mengalirkan air mata mengenang zaman bersama P. Ramlee..Teruskan Muslee!! anda tidak perlu membawa watak sendiri..dengan meniru gaya seniman pujaanmu itu cukup untuk anda menjadi kesayangan rakyat Malaysia. Bahkan jika anda muncul dahulu membawa watak anda sendiri mungkin anda hanya dianggap seperti artis biasa yang nilainya begitu-begitu saja...
Anwar Ibrahim juga macam P.Ramlee. Biarpun berlainan bidang,ketokohan Anwar tak perlu dipertikaikan.Pernah dianggap gandingan yang paling sakti ketika bersama Mahathir dahulu malah kadang-kadang populariti Mahathir berjaya dibenamnya.. Ketika Anwar dipecat dan dipenjara dengan fitnah kejam, rakyat semakin sayang kepada beliau. simpati semakin tinggi dan keberaniannya disanjung...tetapi tanpa melihat kelibatnya lagi di kaca tv dan media cetak membuatkan rakyat ingin tahu perkembangan beliau dan merindui watak beliau... disinilah munculnya Ezam!
ke sana ke mari rakyat membontoti Ezam hanya untuk mendengar kisah Anwar dan yang paling penting...mereka seronok melihat Anwar berkata-kata kepada mereka...tetapi melalui topeng yang bernama Ezam. Ezam persis Anwar, ucapannya, bahasanya, lenggok dan intonasinya...jikalau Ezam berucap di dalam jamban pasti orang menyangka itu Anwar!
......6 tahun sesudah itu Anwar bebas!! Rakyat mencari Anwar semula...populariti Ezam menurun..Rakyat mencari Anwar yang Original kerana original selalunya lebih berkualiti! "Anwar tiruan" semakin tersisih seperti P.Ramlee yang pernah disisihkan anak2 muda yang gilakan pop yeh-yeh pada masa itu..L.Ramlee dan A.Ramlee lebih diminati..Ezam bukan Muslee..Dia mesti mencari watak baru agar tidak dilupakan rakyat..dia mesti membawa watak baru... dia rasakan sorakan,pujian,tepukan yang diterimanya selama ini adalah miliknya bukan Anwar- watak lakonannya! Dia mahu jadi hero baru- Ezam the Original! mudah2an selepas ini akan ada "Ezam the klon"..itu harapannya..
tapi dia jadi lain...watak baru Ezam telah menggambarkan dirinya yang betul-betul (bukan cobaaaann!)..anehnya watak barunya itu berada di jalan songsang..dia seolah-olah bersuling..mungkin kerana mahu lari dari watak sebelum ini yang stereotype...
tapi dia gagal membawakan watak barunya..lakonannya over-acting!memualkan malah membusukkan! lebih menggagalkan lagi apabila kawan-kawan dari syarikat produksi filem barunya masih tidak percayakan bakatnya..(sebenarnya itu bukan syarikat barunya malah lubuk lamanya-bukan Cathay Keris Production tetapi syarikat lakonan yang juga berlogokan keris!)
Penerbit dan pengarah syarikat barunya masih merasakan lakonannya dipengaruhi Anwar..bau Anwar masih kuat di badannya. Penerbit dan pengarah syarikat keris masih menggigil melihat kaca matanya macam kaca mata Anwar..
Hai Ezam! nasihat teman kalau nak belajar bina populariti sendiri belajarlah dari AR Badol yang berjaya membina legendanya sendiri tanpa menumpang nama bapanya Tompel ataupun menuntutlah dengan Adlin Aman Ramlee yang disegani ramai tanpa sedikitpun menumpang tuah kekanda sulungnya si Badol! Kalau tidak kalian akan tenggelam seperti klon-klon Jamal Abdillah dan Siti Nurhaliza yang pernah menyemakkan industri hiburan dahulu!!
No comments:
Post a Comment