Dia turun ke jalan bersama adiknya untuk 'menyuarakan' haknya. Ramai menumpang semangatnya. Ke hulu ke hilir dia perjuangkan haknya. Dia tidak mengaku berjuang untuk orang lain. Disembur, ditembak, dia tenang. Dia tetap jua begitu walau ada suara-suara perkecil dan bibir mencebik.
Dia menolak untuk ke China, barangkali memberi ruang untuk adiknya kerana untuk mencapai sasaran kutipan masih terlalu jauh. Dia padamkan lilinnya di sini untuk menerangi lilin di kehidupan abadi. Untuk menerangi taman-taman wangi- mempersiapkannya untuk kami menyusul nanti.
Dia pulang menyatu dengan seribu rahsia. Ramai yang hadir di majlis kepulangannya. Ada tali terputus tiba-tiba bertaut kembali. Terlalu ramai yang hadir sehingga ada yang tidak dikenali. Aku sendiri tak pasti jika aku kembali nanti, adakah beritaku disiarkan di kaca tv. Tapi begitulah dia. Dia memang pejuang.
Sehari selepas kepulangannya kami ke makamnya, dan terlihat ada bunga ditaburkan oleh seseorang yang tidak kami kenali. Bau semerbak wangi. Malam kepulangannya, rumah kami berbau kasturi- Apa lagi?
Sebab itu sejak saat dia kembali, 4 hari sebelum aku menyambut hari kelahiranku yang ke 38-aku menatap wajahnya, memandi, mengurus sehingga melihat dia ke liang lahad - sempadan kasih antara kami terkubur di situ- hingga saat menulis ini- belum setitis pun air mata aku gugur untuk pejuang ini.
Oh Annisa!
31 comments:
Alfatihah dan takziah utk ahli keluarga arwah..
al fatihah
kau memang pejuang superb
al fatihah.
Takziah, dan al-fatihah :')
kamu semua keluarga pejuang lup. al fatihah untuk yang sudah pergi dan yang masih ada.
Tahniah kerana selalu tabah. Ahh..aku juga cemburu dengan ketabahan mu.
Masakan tidak.
Aku yang dikejauhan ini, dan sekadar mengenali Annisa melalui laman sesawang saja sudah beberapa kali bercucuran air mata...
Al-Fatihah. dan salam Takziah buat Brader Ronasina dan keluarga. semoga kuat sentiasa. 'kita pula pnyambung prjuangan dia' Allahu'akbar'
Respect u bro. - gopi
Annisa pasti sedang berbahagia di sana sambil menunngu Kak Sham, En Fendi dan An-Nur di syurga kelak..Insya Allah..Ameen
Kulup,
Mike juga seorang pejuang kulup..seorang yg tabah dng ujian dari Allah...kalau teman sendiri pun belum tentu boleh..Apapun mike kena redho...itu saham mike yg amat besor menanti mike DISANA nanti...Arwah akan menunggu ayah dan ibunya DISANA..Bertuah mike kulup..
Alfatihah utk arwah Annisa..dari jakchemor..
Alfatihah & Salam Takziah, kau lebih tabah dari apa yang aku sangkakan - Azly
Alfatihah & Salam Takziah, kau lebih tabah dari apa yang aku sangkakan - Azly
Bro,
1.salam takziah...aku simpati,tapi aku tetap berbangga dgn perjuangan dan pengorbanan mu..
2.aku pasti mengenangmu..annisa..bila menatap annur..
3.teruskan perjuangan utk annur bro,,,mungkin ada hikmahnya..
Anon tanpa nama- ikhtiar selagi bernyawa
Bhai Fendi...
Gua speechless.... Al Fatihah buat Annisa dan kita semua jugak...
tuhan lebih sayangkan dia..semoga kita dapat bersama dia di syurga nanti..
hidup mesti terus bang!!!!
Al fatihah dan takziah...
Pejuang itu sedang menanti di syurga..
salam takziah dari saya...alfatihah buat arwah bidadari syurga...
Alfatihah buat Anissa. Salam takziah buat keluarga Anissa. semoga tabah menempuh dugaan Allah yang akan meningkatkan keimanan kita semua. Teruskan perjuangan demi An-Nur..
Kalau kek nismilan,ado kodai bundle namo eh Kodai Sopan..tagline dio "SOPAN GAYO POJUANG!!"
So,buek abg RONA,ekau pun sorang pojuang yg sopan..sey suko tgk abg bojuang dlm kesopanan!!
salute to Bro Kulup!!
-encik belo-
...bergembiralah, bro. koman-koman dah ada orang yg akan bawakan air untuk korang kat mahsyar nantik...
...
berbahagialah...moga tenang dan sabar.bagi nya syurga, bagi bro syurga bila redha dgn kehendakNYa
salam beb. takziah, semuga tabah, dan sesungguhnya itu yang terbaik untuknya. insyaAllah.
aku pernah melalui detik ini...kehilangan adalah lumrah bro...tapi keperitan menjadikan aku tidak setabah lu bro...aku pernah menangis
baru ini dapat melawat blog,al-fatihah dr keluargaku utk annisa dan takziah utk keluargamu.Walupun belum setitik air matamu menitis,tapi air mata kami sekeluarga terlalu deras mengalir...apa lagi yg dapat kami lakukan,hanya doa untuk yg pergi dan doa untuk yg ditinggalkan...Amin.
al-fatihah dan takziah..
aq tetap bersedih...walaupun dia bukan anakku...terasa kehilangannya apabila bertandang ke KULUP SAKAH...hanya memandang dr jauh!!
Takziah. Relakan pemergiannya. Sesungguhnya dia adalah syahid dan dia bakal mendoakan kita di pintu syurga.
It's going to be end of mine day, except
before ending I am reading this fantastic post to improve my knowledge.
Also visit my blog ... Su Kaçağı
Post a Comment