Friday, December 16, 2011

hop2walk terkini!


SAFEE SALI DUTA PROJEK KEMPEN HOPE 2 WALK
Saya menyeru teman-teman semua, bantulah Annisa dan An-Nur untuk mereka merasai betapa indahnya dunia kanak-kanak dan terus jalani kehidupan seperti anak-anak yg lain. Mereka anak kita dan mereka perlukan bantuan kita kerana hidup ini untuk semua manusia termasuk Annisa dan An-Nur. Sebagai ahli sukan professional dan juga seorang bapa kepada dua orang anak gadis, saya rasa tersentuh dengan keadaan dua beradik ini dan amat berharap mereka dapat lalui zaman kanak-kanak mereka seperti anak-anak saya dan anak-anak yang lain di seluruh dunia. Kita bersykur dgn keadaan kita tetapi jangan lupa membantu mereka yg memerlukan. Hanya Tuhan yang akan membalas jasa kalian dan semoga anak-anak ini terus sihat dan sejahtera. Amin. Safee Sali, Kapten Pelita Jaya FC dan Pasukan Kebangsaan Msia.

Jumaat 16Dis rancangan NASI LEMAK KOPI O di TV9


An-Nur diapit dua penyampai radio HotFM - Faizal Ismail dan Usop Wilcha.

Insyaallah akan terus merayau mencari dana untuk anak-anak.
ini perjuangan!

12 comments:

Anonymous said...

Walaupun sya berlainan fahaman politik dan tidak sekata dlm setiap perjuangan anda tapi hati naluri ini tetap menyokong setiap langkah demi langkah utk si anak ini berkembang sempurna saperti orang lain walaupun dlm serba kekurangan.
Mari lah sama2 kita mencari titik tolak bagaimana utk menyempurnakan perjuangan yg belum selesai demi anak yg cukup mulia ini.Sama2 lah berdoa kepadaNya agar harapan ini menjadi satu kenyataan.
Salam sayang utk anak ini bro.. semoga tabah.

C++ said...

Bhai Fendi...

Moga Allah merahmati semua yang terlibat dengan Hope2Walk nih.....

Ameen...

huds said...

alfatihah..moga tuan n puan semakin tabah...

Irfa said...

salam
baru ketemu blog ni..pertama kali jejak dari blog kakciknur seroja

alfatihah

Anonymous said...

Salam Takziah utk bro .. baru mndapat berita tentang pemergian ank kesyngan..
Alfatihah ..

Anonymous said...

Takziah.

.dida mumin♥ said...

Takziah...semoga terus tabah!

pB said...

Al fatihah

Anonymous said...

Takziah bro..semoga tabah diatas ketentuanNya

Hashim said...

AlFatihah untuk nur Anissa

Tahniah Bro...lu dah berikan yg terbaik untuk Nur Anissa...Semoga Allah swt merahmati segalanya.

pemburu upahan said...

Tahziah kepada semua keluarga bro Ronasina sekeluarga diatas pemergian NurAnnisa saya antara peminat setia blog kulupsakah sedih atas pemergian anak kesayangan ... doa diiringkan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang2 beriman ...

Nerzhul said...

takziah brader.