Friday, February 24, 2012

Canggung Mendonan

Ki sudah pulang ke Malaysia namun rakan-rakannya yang menuntut di sini bersedia membantu. "di luar Malaysiamereka hanya tahu kita orang Malaysia, bukan Melayu atau Cina atau bangsa apa pun. Dunia luar anggap orang Malaysia ada satu bangsa aje walaupun saya Cina dan kamu Melayu" kata Ki.
Diana datang ke bilik kami untuk mengikut kami membawa An-Nur membuat imbasan MRI. Agaknya dia rindu masakan Malaysia, nasi goreng yang dimasak Sham banyak dilahapnya, siap basuh pinggan lagi.

sham dan diana di luar bangunan hospital. Diana dari Kuala Krau yang menuntut di Peking Universiti menemani kami membawa An-Nur ke hospital untuk membuat ujian MRI.

Keputusan MRI An-Nur jelas menunjukkan keadaan otaknya yang mengecut sementara 'lubang' bahagian dalam otak semakin membesar, otak kanan lebih serius.

Kami faham keadaan itu sukar untuk pulih sepenuhnya dan memakan masa yang sangat lama tapi selagi ada hayat perjuangan mesti diteruskan. Akupunktur membantu merangsang saraf An-Nur dan rutin ini dilakukan setiap hari.

Moga An-Nur mampu capai apa yang dia mampu.

Aku masih lagi mendonan yang canggung.

Sham seperti di Malaysia terus-terusan beramah mesra dan tidak silu cuba bertutur Mandarin walau kulihat muka mereka berkerut tak faham. Yang nyata mereka menerima dan Sham bisa menceriakan keadaan. Mujur juga doktor akupunktur An-Nur, Dr Hoo gadis Korea boleh berbahasa Inggeris selain fasih Mandarin. Mudah sikit.

Aku lebih hebat dari Sham. Apa saja soalan atau bualan mereka aku boleh jawab dengan mudah dalam Mandarin. Satu jawapan saja untuk seribu soalan: wo pu ce tau (ahak!). Aku mesti belajar cepat. Ini semua abang Pyanhabib punya salah, hari-hari sms aku sakat aku dengan petai dan pekasam.

Kami mencari masjid terdekat untuk solat Jumaat. Rupanya yang paling hampir pun jauh. 30 km juga di Jalan Madian daerah Haidian.

Balai Solat. Aku dan Ibrahim sedang berbual.

Sham membeli kuih-muih yang dijual di pintu masuk Masjid.

Khat di pintu masuk balai solat.

Aku pernah solat di Masjid India, Masjid Pakistan di Chow Kit, masjid Seri Petaling, di Masjid Nabawi Madinah juga Masjidilharam di Mekah tapi ini kali pertama aku ke masjid Cina. Terasa masuk tokong. Dari tepi jalan tak perasan ini masjid, warna merah dan tulisan khat ala cina. Harap Ibrahim Ali dan Hasan Ali tak angkat keris jika ke sini.

Jemaah lebih kurang 300 orang termasuk jemaah dari Timur Tengah. Balai solat untuk wanita juga ramai berbanding Jumaat di Malaysia. Aku tidak faham khutbah disampaikan khatib muda itu tapi aku ralit menghayati bait-bait bacaan Arabnya. Loghat Imam yang pekat pelat Cina membaca surah Al Baqarah (bukan NFC) dan Qul huwallahu Ahad masuk segar menyusup seluruh sarafku. Aku tak pasti di sini pakai rasm mana dan hukum tajwid apa. Yang aku pasti 'keikhlasan' yang hakiki akan sampai ke sisi Yang Maha Kuasa.

Bersama Ibrahim, pemuda Cina Muslim yang peramah dan boleh berbahasa Inggeris.

Aku suka Jumaat sebab esoknya Sabtu- setengah hari kerana kami sudah ada rutin baru hujung minggu di Beijing iaitu bermalam di rumah pasangan Ana dan Zack, kenalan baru kami. Ana pegawai di kedutaan dan kebetulan pada hari kami berangkat ke Beijing, mereka digerakkan Tuhan untuk 'tertonton' berita online RTM yang membuat liputan pemergian kami ( pehhh! Hehe) lalu mereka menghubungi kak Nashita untuk mengetahui tentang Hope 2Walk.

Hari kedua kami di sini, mereka terpacul di muka pintu bilik membawa macam-macam barangan. Hujung minggu dapatlah kami berkumpul makan masakan Melayu.

Di Beijing ini- kami sekeluarga, Ana dan Zack, Diana dan kawan-kawan sudah jadi satu bangsa. Bangsa Malaysia.

Merentas jejak senandung mendonan
Yang impikan secangkir kopi panas dengan selimut
Aduh wangi suci murni menyegarkan
Tubuh yang letih
Membawakan nasib sedang tersurat

( secangkir kopi semanis puan)

Lagu: M.Nasir. Lirik: Loloq
Album: canggung mendonan
Sent from my iPad

11 comments:

Abi Alisya said...

Hihi. Alhamdulillah. Terima kasih bro!

akuzle ayu said...

membaca ini seakan 'disorong' secangkir kopi panas itu... "extra creamer plz"...ahahahha

Anonymous said...

AMAT TERHARU BILAMANA KITA DIRANTAU, BANGSA BUKAN PEMISAH, MALAH BANGSA MALAYSIA YG DIKENALI....BUKAN COGAN KATA 1 MALAON

Anonymous said...

bro! kalau kami ke Beijing boleh joint sama ke? (daghi oghang kuale Kangso).

Anonymous said...

steady la abang dan akak!

-geng_RIMbabara-

Sehaa ♥ said...

Salam Fendi....terima kasih atas sms tempoh hari..terasa shahdu membaca nukilan sdr dalam usaha untuk An-Nur..semoga Allah merealisasikan permintaan sdr dan Sham...kami sentiasa mendoakan yg terbaik untuk sdr sekeluarga...Biiznillah.....Hamid/Asiah

Anonymous said...

Bro,

1.Jika di china kita boleh bersatu tanpa mengira sempadan bangsa,agama dan fahaman politik..kenapa dimalaysia tidak..?

2.Persoalan ini pasti akan bersarang di minda lu bro...?.

3.mungkin disana ada perolehi sesuatu jawapannya..

4.Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan untuk terus berjuang..

Anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa

ronasina said...

abi alisya - jaketmu yang berjasa besar haha

akuzle ayu - but less sugar ok?

anon -haha

anon kuale kangsor - no problemo

RIMbabara-di sini takde RIM

anon ikhtiar - di Malaysia sejak kecil kita sebenarnya bersatu tapi politikus sial mengacau kepala otak kita dengan cerita2 karut. bayangkan malaysia tanpa ahli politik yang buat kecoh. aman kan?

james said...

I come from Ki's blog. Wish your daughter all the best

p/s: Your comment " " Harap Ibrahim Ali dan Hasan Ali tak angkat keris jika ke sini." really make me LOL. ^-^

Anonymous said...

Bro,,

1.setuju...

2.semak...

3.tapi kerana politik kita ada hari ini...Kejadian kita adalah perancangan Allah yang bijaksana..politik dari kitalahir sampai sekarang dan juga akan datang juga adalah perancangan Allah yang bijaksana..semuanya yang berlaku hanya Allah yang berkuasa.

4.tetapkan pendirian kita untuk berikhtiar selagi bernyawa untuk kesejahteraan diri kita,keluarga dan anak2x kita,bangsa kita, agama kita, negara kita...destinasi kita dan keluarga kita adalah..memperolehi syurga dunia dan akhirat..amin...

5.Kesungguhan dan ikhtiarmu di china adalah sebahagian dari perjuangan menuju destinasi itu..dunia dan akhirat..cekalkan hati..lipatgandakan doa.jika di Malaysia 5 kali doa..di china perlu lebih dari itu..kerana doamu dan isterimu amat mujarab ketika dirimu sebagaihamba yang amat memerlukan pertolongan yang maha esa utk beroleh kejayaan dalam berikhtiar...boleh juga bernazar..cukup hanya dirimu dan Allah sahaja yang mengetahui niat serta hajatmu itu..kami cuma mengirim doa..semoga dipermudahkan segalanya.

Anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa

Irwan said...

Bro, amalkan ayat ini di China:

"Chau fan, puyau Churo"

-nasi goreng, takmau babi"

Gua hidup selama 3 bulan di Shenzen dan GuangZhou SENDIRIAN dgn ayat ini. power betul tarekat ni...
hahaha