Beberapa hari lagi atau lebih tepat, 14 Februari yang ramai meraikan hari pak cik Valentine tu, kami memulakan episod baru- mengembara-seperti bermain Gin Rumme- membuat rumah, menyusun strategi-menunggu tuah dari tangan pemain lain menghantar apa yang kita hajati-mengurut daun-mencolek baki yang tersusun tanpa mengetahui apakah Sat, King atau Queen .
Kami akan ke Beijing untuk satu tempoh yang kalau ikut perancangannya -lama, namun rahsia takdir belum diketahui. Babaknya kami selak dengan penuh debaran.
Dalam usia hampir 40 tahun, aku tak menyangka sehingga ke sini perjalananku...sejuta ketawa seribu air mata, datang dan pergi...ada abang kakak adik yang membahagiakan, ada musuh yang menyumbang pahala...
Aku akan terus mencatatnya di sini, dari tembok besar...dari sebuah negara yang seratus peratus asing rupa, pertuturan dan seleraku. Tuhan suruh aku kutip apa aku di sini entahlah...kita tengoklah nanti
Terima kaseh kepada semua yang membawa kami sampai ke tahap ini. Aku sayang kamu. Kami sayang anda.
Bermula dengan satu langkah perbincangan dengan seorang bapa yang bernama Dr Syed Husin Ali yang sehingga hari ini terus berjuang untuk kami kemudian Zack Rahim si pengurus Safee Sali tempat berbincang. Kak Nashita sekeluarga dengan Umi Zumrah/Ustaz Badrulamin usah cakaplah, cubit paha kiri sakit paha kanan kata orang...muncul pula Kecik,Bonai,Wan Ji ,Jamaliah dengan dua amoi Shin Shin dan Ki penterjemah yang akan mengiringi kami nanti seminggu) dan Faizal Riduan.
Turunnya abang Hasan Suyut yang berpengalaman menghidupkan Hope 2 Walk, menyusun strategi yang sangat berkesan dibantu keluarga dan kawan-kawan mereka sehingga encik Zawahir dari Islamic Aid Malaysia menganjurkan program Bonanza Amal. Pehhhh!,,
Di Bangi, kakak yang dah lama kami kenal Kak Asiah dan abang Hamidi tak duduk diam menggunakan jaringannya. Muncul pula kawan-kawan baruWan Penang sekeluarga, Azman Mat Noh! jamie Chow kawan masa sekolah rendah yang berpusing mencari sebuah jumlah yang mengejutkan. Aku hadiahkan air mataku kepada jemaah Seni Suri Jawi dengan terajunya Wanji Zain, Wan Azli Wan Jusoh, Amerul Affendi, Pekin Ibrahim dan tak tertulis semuanya di sini yang meletakkan tugas membantu Annisa dan An-Nur sebagai jihad.
Itu dulu, kita sambung lagi dengan nama-nama wira yang lain.Siapa Wan Penag? Siapa Herizal Odyssey? Siapa Lawrence Jayaraj? siapa Faszt Alin? Fazalah Pit, bebudak RIM,team Surat Hope 2 Walk, Atok, jonos, art, oly,
Siapa lagi? Ada waktunya aku akan pergi satu satu watak-watak di atas....
Wa ai ne!
7 comments:
jaga diri bro kat sana
Bro kulup,
1.Selamat Berjuang..aku doakan keselamatan dan kesejahteraan anda sekeluarga disana.semoga segalanya dipermudahkan.
2.aku cadangkan bro buat kerja partime disana sambil menjaga dan menguruskan annisa..gunakan masa terluang menimba pengalaman dinegara orang dan dapat juga meringankan beban kewangan anda sekeluarga. Paling koman pun boleh tulis buku atau rencana..atau jilidkan kartun..
3.Jika disini bro boleh lakukannya..mengapa disana tdak..kita boleh..malaysia boleh..
Anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa
Anon tanpa nama
Selamat meneruskan perjuangan bro..jaga diri dan kesihatan di sana nanti.Kami di sini sentiasa mendoakan dan berharap yang baik untuk bro sekeluarga.Moga semuanya berjalan lancar.
Selamat berjuang saudaraku...
Semoga semuanya selamat dan sentiasa di lindungan Allah s.w.t...
Semoga episod kali ini, bersama ANNUR..membawa sejuta rahmat dan keajaiban.... Amin...
jada diri dan family bang. teruskan hidup.
Bro Rona,
Kamu lah hero dan heroinnya Sham. Puteri-puteri mu adalah sinar bagi kami. Kami ini hanya pelakon tambahan. kamu jugalah penulis skrip dan pengarahnya. Pergilah dengan tenang. Jelajahilah Tembok Besar Negeri Cina, Selusurilah the fragrance hill, amatilah the forbidden city. disana nanti banyak ilmu kehidupan yang bisa menyegarkan jiwa dan menyuburkan sanubari. Selamat segalanya bro.
well-said... ALLAH sahaja membalas budi depa semua...amin3!! alhamdulillah! WO MEN AI NI MEN TOO!!
Post a Comment