1 Ramadhan
- sahur secawan susu. Tekak perit dan selesema. Agak berhati-hati sebab risau Annur yang juga batuk-batuk akan lebih teruk. Sham bawa Wooyoung (yang sampai dari Korea pada hari Khamis) pergi membeli makanan di pasar ramadhan. Rupa-rupanya orang kita ramai reti berbahasa Korea yang mudah. Ucapan 'Kami suka Korea' diucapkan penjaja-penjaja dalam bahasa Korea menyambut Wooyoung yang ghairah mengambil foto. Juadah hari ini kurma yang dihadiahkan Idris, sahabat kami yang menjaja di situ. Air tebu dan jagung yang sedap. Ikan bakar budak-budak RIMbabara yang meluangkan cuti semester sengan berniaga seperti tahun-tahun lalu.
2 Ramadhan
Selesema reda tetapi tengkuk masih sakit. Sahur nasi goreng dan secawan susu segar. Aku memang suka sahur nasi goreng panas, tiap- tiap hari pun takpa.
Lalu aku teringat Kak Norsiah yang sepejabat dengan aku beberapa tahun dulu. Ya! 7-8 tahun lalu di bulan puasa aku terserempak dia di kompleks Metro Kajang. "beli kad raya untuk si manja tulah". Si manja yang dimaksudkan adalah anak lelaki remajanya yang OKU (tak ingat kenapa, mungkin autism atau slow-learner).
Kak Norsiah menulis kad raya menyamar jadi penyanyi top seperti Ct dan lain-lain dan diposkan yang ditujukan kepada anaknya itu. Anaknya akan gembira mendapat kad hari raya dari artis pujaannya.
Kelopak mata kak Norsiah bergenang menceritakan ini.
Ah! Apa yang tak dilakukan oleh seorang ibu atau bapa untuk membahagiakan anaknya...
Belum pasti apa juadah hari ini. Aku jenis yang takde hal punya...
Suratkhabar tetap jahat di bulan puasa...
(foto: dikunjungi zam dan mazni bersama anak mereka Sofia di hari pertama ramadhan. Paling kiri Wooyoung)
No comments:
Post a Comment