Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Tuesday, July 31, 2012

Rafizi ditangkap

Apa Seni Islamik ini?

Agama adalakalanya bagai sebuah produk jualan yang dijaja oleh ramai penjaja di sebuah pasar. Masing-masing mendakwa produk merekalah terbaik, selamat dan dirahmati. Sebagai orang Islam yang bergiat di dalam kerja seni, saya selalu menghadapi masalah tentang definisi "Seni Islamik". Saya sering tertanya-tanya apakah bendanya Seni Islamik? Apa takrifan dan cakupannya dan bagaimanakah bentuknya? Pelakon Abby Abadi yang baharu menyertai PAS di dalam komentarnya di sebuah laman portal berita online mengeluarkan kenyataan bahawa seni Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil tampuk pemerintahan dari kerajaan Barisan Nasional.

Saya terpanggil untuk membuka lebih panjang persoalan menarik ini. Saya tidak mempedulikan kenyataan beliau yang mengatakan akan mula berkarya selepas Barisan Nasional tumbang kerana itu adalah hak peribadinya sedangkan ramai rakan seniman saya terus konsisten berkarya di dalam apa jua keadaan pun tidak kira zaman gelap, dan susah atau zaman terang dan senang. Saya inginkan agar sebuah konklusi dicari dalam mendefinisikan Seni Islamik ini. Perkara paling asas yang perlu difahami pada awalnya ialah apa sebenarnya seni dan apakah dia Islam. Itu kuncinya. Islam adalah cara hidup (ad-din) yang mana di dalam kehidupan mestilah ada pengisiannya. Islam menyarankan agar berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan (amar makruf nahi munkar). Itu asas perjuangan seorang muslim sementara ia masih hidup dan muslim itu percaya akan ada pembalasan di hari kemudian atas apa yang mereka kerjakan selama mereka hidup.

Barangkali pemahaman seni Islam kita terbawa-bawa kepada cara berpakaian ala Arab dengan lagu-lagu, persembahan nyanyian, tarian dan lakonan yang mestilah lebih banyak memuji dan menyebut kalimah-kalimah suci sahaja. Di Malaysia kita tahu semuanya dikawal oleh orang politik termasuklah kerja-kerja seni. Kerajaan Pakatan Rakyat hari ini kita dapat lihat terus juga mengamalkan definisi "seni Islamik" ala Barisan Nasional.

Seni Islamik akan jadi terbatas jika kita fahami ia adalah persembahan daripada kumpulan-kumpulan nasyid sahaja. Tidaklah saya menafikan sumbangann mereka tetapi kebanyakan kumpulan nasyid di Malaysia hanya lebih menekankan tentang berbuat ibadah rukun Islam sahaja seperti bersembahyang, berpuasa, bersedekah dan seumpamanya yang dilihat agak selamat dari diganggu pemerintah tetapi mereka tidak mengambil kesempatan mendidik khalayak menentang kezaliman dan kemungkaran. Kalau sentuh pun hanya sikit-sikit sahaja. Mereka lebih berminat "amar makruf" tetapi tidak "nahi munkar" dan hanya menyampaikan perkara-perkara ringan sahaja. Kerana itulah kumpulan nasyid lebih diminati oleh golongan kanak-kanak. Bagaimana pula pengisian untuk orang-orang dewasa yang sudah pandai berselawat, berzikir munajat? Sudah habiskah kalimah-kalimah suci yang perlu dipelajari? Apakah persembahan rakan-rakan seniman saya seperti Pyanhabib, Hishamuddin Rais, Amin Iskandar atau Nikji dan yang jarang melaungkan kalimah pujian khusus menyebut nama Tuhan bukan karya Islamik sedangkan mereka giat menentang kebobrokan pemerintah? Mendidik khalayak mencintai negara adalah tanggungjawab seniman. Dalam Islam ia dianggap sebahagian daripada iman (Hubbul watan minal iman). Tarian pedang dipersembahkan pada hari raya ketika zaman Rasulullah untuk membangkitkan semangat cintakan negara yang dituntut oleh Islam. Puisi-puisi penyair sufi terkenal seperti Jalaluddin Ar Rumi, Fariduddin Attar atau Rabiatul Adawiyah jarang mengungkapkan nama "Allah" kerana bagi pemahaman kerohanian mereka nama hanya sekadar nama yang diwujudkan melalui huruf dan suara tetapi rasa kasih dan cinta terhadap pencipta tidak mampu terlafazkan malah berpendapat bahawa huruf-huruf itu adakalanya tidak layak didirikan untuk membentuk nama Tuhan yang Maha Agung.

Baca seterusnya tulisan aku di
http://merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13299#.UBeWmq6yNPc.facebook

Monday, July 30, 2012

aku dan ramadhan

ini Ramadhan ke 40 untuk aku tetapi aku mula berpuasa ketika berumur 9 tahun. tiada upah gula-gula atau duit raya dari abah. ini kerana abah tidak pernah menekankan sangat ibadah ini kepada aku.apabila tak larat aku berbuka, abah dengan mak tak marah/ tetapi seperti Melayu yang lain, puasa adalah ibadah kegemaran. ketika bujang dan bekerja sebagai mekanik aku sangat kuat berpuasa kerana pada pemikiran aku ketika itu aku harus menunjukkan kepada kawan-kawan sekerjaku yang ke semuanya bukan Islam yang aku sangat kuat.
Ramadhan ketika sudah berkeluarga adalah sangat mengesankan jiwa sentimental aku. hari ini aku duduk bersama an-nur dan mengimbas Ramadhan yang telah dilalui. saat kami berempat beranak mengais dan mengutip rintik-rintik rezeki. saat aku yang kudrat tidak lasak ini kuperah demi anak isteriku. sham jual mi sup sementara aku memerah tebu dengan mesin yang diberi pinjam oleh seorang insan yang aku sendiri tidak kenal selama sebulan ia percuma. saat sham pergi menjual kuih raya di bukit dokong dan aku menjaga anak. ke hulu ke hilir aku bawa annisa dan annur di dalam kereta. aku takkan lupa pada suatu malam hujan lebat bersama annisa dan annur di dalam kereta proton tua bocor atap tiada air cond menjemput sham pulang dari berniaga. malam yang aku nyanyikan kuat-kuat lagu cinta kepada anak-anak ini.
saat kedua-dua anakku masuk wad dan hanya keluar tiga hari sebelum Raya. Bisnis kami dijaga oleh pembantu dari Indonesia dengan jujurnya...
Irwan Aku Skizo di twitter mengucapkan selamat kepadaku dan mendoakan kesabaranku apabila hanya raya tigaberanak sahaja tahun ini, Insyaallah! inilah perjalanan...
aku semakin mengerti...

Lawak isnin

Bermula 10.30 malam ini sehingga Ahad waktu yang sama di Radio Bangsar Utama- sandiwara radio HIKAYAT CERITA BOHONG (baca sinopsis di entry sebelumnya...
Minumlah air tuak (nira kelapa) waktu berbuka.

Friday, July 27, 2012

Isnin ini!

Di Radio Bangsar Utama

Sultan Bijan Al Malaon Masyaallah menganjurkan peraduan bercerita kisah bohong rakyat dengan hadiah untuk pemenangnya ialah mengambil puterinya Puteri Kelopak Pandan Mulut Lebar sebagai isteri.
Syarat pertandingan cerita mestilah bohong tetapi keberkesanannya mestilah sehingga Sultan sendiri mengesahkannya dengan berkata 'cerita kamu ini bohong!'. Jika gagal, peserta akan didenda bayar bil dan cukai dua kali ganda mahalnya selama lima tahun.
Siapakah yang berjaya? Dengarkan sandiwara radio ini hanya di Radio Bangsar Utama- Berani Langgar Laporan Jelas

Ulasan lagu tema hari kebangsaan ke 55- Janji Ditepati

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia


Ulasan aku:-

Ini adalah lagu tema Hari Kebangsaan paling hampeh di alam maya ini sejak sebelum Adam dicampakkan ke bumi ini lagi. Jika sebelum ini kita ada lagu 'Keranamu' yang jelas berunsur syirik kerana kita tidak tahu 'mu' yang dimaksudkan itu merujuk kepada siapa sama ada pemimpin atau negara. Takkan kepada benda tak bernyawa seperti negara? Atau kepada makhluk dan bukan Yang Maha Esa?
Lagu Janji Ditepati ini jelas bertujuan memperbodoh-bodohkan rakyat dan ia ditulis oleh seorang yang amat bangang dalam bab penulisan.
Lihat sahaja rangkap awal yang menyebut 'macam malam ikut siang dan macam bulan ikut matahari'.
Ini kias ibarat yang sangat daif lagi bebal kerana malam dan siang tidak mengikut di antara satu sama lain begitu juga bulan yang berada di orbitnya tidak mengikut matahari. Penulis ini bukan sahaja lemah ilmu penulisan tetapi bengap dalam ilmu sains dan astronomi. Tahi bintang lebih pandai dari dia.
Slogan 'Janji Ditepati' kerap diulang-ulang. Mengikut bahasa psikologi, untuk meyakinkan orang dengan pembohongan kita ia wajiblah diulang-ulang sebanyak mungkin supaya orang boleh percaya sekaligus meyakinkan diri kita sendiri agar terus selamba dengan penipuan. Teknik mengulang-ulang ini dipercayai dapat menutup rasa berdosa menipu.
Lagu ini ditutup dengan ratiban ala Rap yang menyebut tentang BR1M atau TR1M yang sebenarnya adalah BR1BE.
Kesimpulannya bagi aku, lagu ini wajar dikutuk secukup-cukupnya sehingga kita berasa yakin yang kita tidak terlibat menjadi bodoh dengan lagu yang maha bangang ini.

Wednesday, July 25, 2012

Najib-PM yang paling saya hormati

Wekkkkkk!!!!
Saja tulis tajuk ni sebab aku percaya tajuk ini akan menjemput ramai mamat bodoh pecacai masuk baca dan menyumpah...
Selamat berbuka puasa. Ingat lamb chop ingat sepupu najib

Tuesday, July 24, 2012

5 Ramadhan

Selesema masih ada tapi kecil aje masalah ini. Aku pernah jadi mekanik dulu dan selamba aje tak tinggal puasa. Puasa adalah ibadah yang ramai boleh lakukan dengan ikhlas tanpa riya'.
Apabila mufti dan bekas mufti Perlis mengatakan atlet ke sukan Olimpik boleh tangguh berpuasa aku berasa lucu juga. Ya! Boleh disabitkan dengan fisabilillah atau pun musafirkan?
Cuma aku lebih suka kalau mufti itu menjawab " alangkah hebatnya jika kita terus berpuasa ketika bersukan sepertimana Rasulullah dan sahabat berpuasa di medan perang Badar."
Walhasil, amal ibadah ini akhirnya berbalik semula ke atas tubuh individu itu sendiri. Puasa, solat, zakat atau tidak adalah rahasia hubungan antara diri dan pencipta.
Menu puasa selalunya tidak aku hirau sangat, apa yang ada sahaja apatah lagi Sham si Halimatus Saadiahku itu sudah mula berniaga di Bazar Ramadhan sejak awal pagi hingga larut malam. Aku? Untuk menjaga kepanasan baran aku lebih baik aku jaga An-Nur daripada melayan karenah berbagai pelanggan.
Assolatukhairumminannaum!

Monday, July 23, 2012

3 ramadhan

Aku tak tidur sejak malam tadi dan berpuasa dalam keadaan mata lebam dan kepala melayang. An-Nur batuk-batuk sesak. Dikunjungi kawan-kawan yang membawa anak mereka untuk mendapatkan khidmat akupunktur dari Wooyoung.
Kami hanya berbuka lauk semalam- pucuk paku masak lemak, ayam goreng, ulam kacang panjang dan sambal belacan. Kurma wajib ada dan teh cina.
Lauk sambal tempoyak ikan bilis campur petai aku tinggal sedikit. Minah Korea ini sudah pandai makan petai.
Sham dengan ditemani budak-budak Rimbabara (Ruzan dan Mior) menyiapkan kerja pemasangan di kedai jubah dan kurta kami di tempat yang sama seperti tahun-tahun lalu di Bazar Ramadhan Siar kaki plaza Metro Kajang.
Beeha bbm Sham berharap dapat berbuka puasa sama-sama nanti.
Ya! Harap punya ruang untuk meluangkan masa berbuka atau bersahur dengan adik beradik kesayangan aku.

Dan mulai hari ini hingga Ahad jam 10.30 malam di RadioBangsarUtama sandiwara radio 'kuah dan sebat' dimainkan. Layanlah selepas tarawih

Saturday, July 21, 2012

1 dan 2 Ramadhan

1 Ramadhan
- sahur secawan susu. Tekak perit dan selesema. Agak berhati-hati sebab risau Annur yang juga batuk-batuk akan lebih teruk. Sham bawa Wooyoung (yang sampai dari Korea pada hari Khamis) pergi membeli makanan di pasar ramadhan. Rupa-rupanya orang kita ramai reti berbahasa Korea yang mudah. Ucapan 'Kami suka Korea' diucapkan penjaja-penjaja dalam bahasa Korea menyambut Wooyoung yang ghairah mengambil foto. Juadah hari ini kurma yang dihadiahkan Idris, sahabat kami yang menjaja di situ. Air tebu dan jagung yang sedap. Ikan bakar budak-budak RIMbabara yang meluangkan cuti semester sengan berniaga seperti tahun-tahun lalu.

2 Ramadhan
Selesema reda tetapi tengkuk masih sakit. Sahur nasi goreng dan secawan susu segar. Aku memang suka sahur nasi goreng panas, tiap- tiap hari pun takpa.
Lalu aku teringat Kak Norsiah yang sepejabat dengan aku beberapa tahun dulu. Ya! 7-8 tahun lalu di bulan puasa aku terserempak dia di kompleks Metro Kajang. "beli kad raya untuk si manja tulah". Si manja yang dimaksudkan adalah anak lelaki remajanya yang OKU (tak ingat kenapa, mungkin autism atau slow-learner).
Kak Norsiah menulis kad raya menyamar jadi penyanyi top seperti Ct dan lain-lain dan diposkan yang ditujukan kepada anaknya itu. Anaknya akan gembira mendapat kad hari raya dari artis pujaannya.
Kelopak mata kak Norsiah bergenang menceritakan ini.
Ah! Apa yang tak dilakukan oleh seorang ibu atau bapa untuk membahagiakan anaknya...
Belum pasti apa juadah hari ini. Aku jenis yang takde hal punya...
Suratkhabar tetap jahat di bulan puasa...
(foto: dikunjungi zam dan mazni bersama anak mereka Sofia di hari pertama ramadhan. Paling kiri Wooyoung)

Friday, July 20, 2012

Isnin ini

Selepas Bik mama bomoh puaka, terimalah....

Thursday, July 19, 2012

Gerakan Rakyat Merdeka - Nikjidan

Nikjidan lambang seorang yang gigih dan keras melawan takdir untuk 'mencipta takdir baru'. Dilahirkan dengan jari-jemari yang melekat tidak membuatkan dia menangisi nasibnya itu tetapi berusaha keras 'memisahkan' jari yang melekat itu sehingga dia bisa mengocok tengkuk gitar untuk menghasilkan lagu dan melodi. Suaranya jantan, jelas melaungkan bait-bait protes, luahan yang membungkam di hati tentang apa yang disaksikannya di depan mata senimannya.
Berusia lewat 30an dan membesar dengan jerit perjuangan muzik rock sedikit sebanyak semangat itu terjelma dalam lagu-lagunya.
Berbanding album terdahulu, ini album pertama Nik selepas bergelar suami. Semangatnya lebih bertujuan, matang dan arah mata anginnya lebih tersusun kemas. Juli isterinya juga ada menyumbangkan suara latar dan terdengar jelas keharmonian itu punya 'kimia' yang memberi nafas pada lagu 'Bukan tak pernah salah'.
Ada distorsi gitar dan ketukan drum kali ini oleh pemuzik dari kumpulan Keladak. Man Biola menggesek biolanya selain lukisannya menjadi cover album dan layoutnya.
Lagu Demokrasi Basi yang dinyanyikan live di apartment yang sama-sama kami sewa di JB tahun lepas masih tersimpan di telefon bimbit aku. Nik baru seminggu bernikah waktu itu dan Annisa masih hidup. Aku tak mampu memainkan video penuh syahdu itu. Kami mengembara ke Selatan mencari dana Hope2Walk dan Nik bersama Ju mengamen (busking) tanpa bayaran sesen pun. Dari mereka sahaja lebih RM2 ribu dipungut.
Nik turun berdemo membawa gitar dan harmonika. Menyanyi lagu perit rakyat. Lirik lagunya lepas bebas, itulah identiti seniman jalanan. Dengarkan Iwan Fals begitu juga. Tapi Nik adalah Nik. Album 'Gerakan Rakyat Merdeka' ini wajib dibeli dan dimiliki. Artis arus perdana pun tak berani hasilkan album penuh di zaman gawat ini (hanya hasilkan single sahaj) tetapi dengan RM20 anda berpeluang mendengar tujuh buah lagu (lihat foto).
Kalau dah indie buat apa buat lagu tak melawan? Ini era counter culture, ini era anak muda lawan pemerintah zalim tak kira kerajaan mana sekali pun.
Mahu tempah? Email saja kat aku ronasina@gmail.com
"tak ada lirik ke kat sampul?" tanya aku.
"buat apa lirik kalau sebutan sebijik-sebijik jelas dan terang?" jawab Nik.
Aku tak pasti mengapa aku bertanya soalan bangang itu.

Tuesday, July 17, 2012

Surat dari pelajar

Selasa 17/7/2012 puak parti pencacai nampaknye terdesak dan sanggup menipu student. kisanya bermula begini. kawan2 uitm segamat diberitahu ade perlawanan netball di muor ptg ini. maka dgn semangatnye mereka satu bas dr uitm menuju ke muar ditambah pulak akn diberi elaun. sesudah smpai,alih2 yg ada sambutan jalur gemilang dan student2 ini disuruh pulak duduk di kerusi yg disediakan dari ptg td smpai la ke saat teks ini ditulis,dgr ceramah yg pasti ade elemen2 b.n itu dan ini propaaganda b.n,satu malaysia dan ntah hape2 lg yg dicanang,nyanyi lagu hrm jadah dan sebagainya. netball entah kemana dan elaun yg diberi cume rm5 utk student u sedangkan kroni2 pak menteri dpt setengah juta utk berniaga atas angin.yg hangin lg kerana merendahkan mrtabat mahasiswa dgn menipu program, yg kesian kerana mahasiswa ini ditipu hidup2 untuk memenuhkan kerusi kosong yg ade.gua mewakili kawan2 yg mengadu dkt wa ini merasa kami ini cuba dikambing biri biri dgn cubaan membasuh otak seperti ini oleh parti pencacai ini.perkara seperti ini dilihat sudah bnyak berlaku.


Diharap tuan dpt membuat kupasan artikel di merdekarview atau di mana2 kolum tentang cubaan membasuh otak/kambing biri2/lembu cucuk idung/suntik ideologi. ini dikhuatiri akan menyebabkan mahasiswa ini terus percaya bulat2 berita sajian milik pencacai seperti utusan meloya dan berita hairan tanpa usul periksa dan filter2 nya.lalu mahasiswa yg bijak pandai ini akan dibodohkan oleh berita yang tiada nilai faktanye. yg brani kerana benar ,student pengurusan maklumat uitm segamat,

http://tukartiub.blogspot.com/2012/07/orang-kaya-sudah-lari-dengan-duit-bila.html




TEKS BERIKUT DIEMBARGO SEHINGGA 5:30 PTG 17HB JULAI 2012







UCAPAN PENANGGUHAN SENATOR DR SYED HUSIN ALI
DEWAN NEGARA 17 JULAI 2012
ALIRAN KELUAR KEWANGAN HARAM

tukar tiub siarkan pada jam 15:31

Izinkan saa membangkitkan dalam ucapan penangunguhan ini soal aliran kewangan haram, walaupun soal ini pernah ditimbulkan dalam Dewan Rakyat dan juga di luar Dewan. Sebabnya ialah jawapan yang telah diberikan kepada soalan ini masih belum memuaskan.

Pada umumnya aliran keluar wang haram melibatkan modal yang diperolehi dan dipindahkan atau digunakan secara haram dan tanpa rekod. Modal atau wang itu biasanya diperolehi melalui aktiviti-aktiviti haram seperti korupsi, penyembunyian kekayaan dari cukai, untung dari perdagangan tidak halal dan kegiatan jenayah.

Mengikut laporan global Financial Integrity dengan tajuk Financial Flows from Developing Countries: 2000-2009, Malaysia terletak pada kedudukan kelima mengikut jumlah wang haram yang mengalir keluar, iaitu di belakang China, Russia, Mexico dan Saudi. Dalam tempoh tahun 2000 hingga 2008 jumlah wang haram yang keluar dari Malaysia adalah sebanyak $291 billion, manakala sehingga 2009 jumlahnya ialah $337 atau lebih RM1 trilion (iaitu RM1000 bilion). Jikalau pihak Kerajaan tidak bersetuju dengan angka-angka ini, saya harap Menteri Kewangan membuat bantahan secara rasmi dan terbuka.

Di Malaysia pengaliran wang haram ini melonjak lebih tiga kali ganda dari $22.2 billion (RM67.7 billion) pada tahun 2000 kepada $68.2 billion (RM208 bilion) pada tahun 2008. Ini merupakan kadar lonjakan paling besar dibandingkan dengan negara-negara lain. Pada tahun 2009 jumlahnya kurang sedikit, iaitu kira-kira $47 bilion (RM145 bilion). Mengikut laporan tadi, kadar lonjakan yang besar ini berlaku mungkin berkaitan dengan isu-isu tatakelola pentadbiran (governance) yang menjejaskan sektor-sektor awam dan swasta.

Kebetulan, lonjakan besar yang berlaku ini ialah dalam tempoh dua tahun berikutan pilihanraya umum pada bulan Mac 2008, manakala UMNO-BN telah kehilangan majority dua-pertiga dalam Parlimen. Adakah perkara ini berlaku akibat takutnya sesetengah golongan kaya dengan keputusan pilihanraya itu? Saya harap jumlah aliran keluar bagi tahun-tahun tersebut tidak terus melonjak oleh kerana ada ketakutan sesetengah pemimpin besar politik dan ekonomi yang takut akan prospek buruk UMNO-BN dalam pilihanraya akan datang.

Jelas bahawa jumlah sebanyak lebih daripada RM1000 bilion wang haram yang mengalir keluar dalam tempoh tahun 2000 hingga 2009 itu bukan sahaja besar bahkan serius. Ia berjumlah lebih daripada lima kali ganda Anggaran Belanjawan 2012 yang lebih kurang RM182 bilion itu. Fikirkan betapa berfaedahnya jika wang atau modal sebanyak ini boleh digunakan sebagai pelaburan dalam negara.

Dari segi hutang pula, jumlah wang haram ini adalah lebih daripada dua kali ganda jumlah hutang negara, yang pada 2012 adalah sebanyak RM456 bilion. Ertinya dengan cukai yang boleh dikutip daripada wang haram yang mengalir keluar sepanjang satu dekad antara tahun 2000 sehingga 2009, kita sebenarnya boleh melunaskan sebahagian besar daripada hutang negara tersebut.

Seperti yang disebut tadi, dari segi ekonomi, dan bahkan juga politik, soal aliran keluar kewangan haram ini adalah besar dan serius. Kita perlu mempunyai maklumat yang terperinci mengenainya. Seterusnya, perlu ada dasar yang tegas serta berkesan untuk membendungnya. Memang tidak mungkin kita menghapuskanya sama sekali. Akan tetapi sekurang-kurangnya kita harus mengambil langkah-langkah yang rapi untuk mengawalnya. Jikalau perkara tersebut boleh dikawal, kita mungkin tidak perlu berhutang ataupun terlalu mengharapkan pelaburan asing untuk pembangunan negara dan kemajuan rakyat.

Sehubungan ini saya ingin mengemukakan beberapa soalanyang sya harap akan dijawab oleh Menteri Kewangan dengan memuaskan.

1. Berapakah jumlah pengaliran keluar wang haram bagi tahun 2010, 2011 dan 2012?

2. Setakat yang diketahui, apakah golongan atau golongan-golongan yang paling banyak sekali mengalirkan keluar kewangan haram dari negara ini?

3. Setakat yang diketahui juga, ke negara atau negara-negara manakah wang haram itu paling banyak mengalir?

4. Apakah dasar kerajaan terhadap aliran keluar wang haram ini dan seterusnya apakah tindakan atau tindakan-tindakan yang telah dan boleh diambil untuk mengawal atau mengurangkannya?

5. Adakah wujud undang-undang untuk menghukum mereka yang didapati bersalah kerana terlibat dengan pengaliran keluar wang haram itu? Apa hukumanya?

Terima kasih.
Dr Syed Husin Ali


JANGAN LUPA MALAM INI





JAM 10:30 SANDIAWARA RADIO
bik mama bomoh puaka
sila layari radio punk rock
sila layari radio counter culture
sila layari radio menghasut
sila layari radi bangsar utama




Monday, July 16, 2012

Lagi lawak

Jika air di Selangor dicatu kita berak beramai-ramai di Putrajaya!

Senyum Selasa

Sunday, July 15, 2012

Rock, pengaruh artis dan ketakutan pemerintah

Oleh Ronasina

Di mana-mana dalam dunia ini tidak dapat dinafikan, golongan artis atau selebriti dunia hiburan sangat berpengaruh dan sering menjadi ikutan orang ramai khususnya anak-anak muda. Berbagai jolokan untuk mereka seperti "role model", "trendsetter" atau ikon yang bisa memberi impak kepada dunia. Kerenah atau aksi mereka menjadi ikutan. Jika mereka menceburi politik mudah sahaja mereka menang bertanding. Bayangkan Ronald Reagan, seorang pelakon cerita-cerita koboi boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat. Begitu juga penggusti Jesse Ventura ataupun si "Terminator" Arnold Scwarzenegger boleh menjadi gabenor. Di Filipina artis bernama Joseph Estrada juga pernah menjadi orang nombor satu.

Inilah ketakutan yang sering menghantui ahli politik. Bintang Hollywood seperti Mel Gibson, Al Pacino atau Robert DeNiro mudah sahaja membelasah pentadbiran Rumah Putih jika dasar yang dijalankan tidak dipersetujui dan peminat mereka menyambut dan menyokong pandangan idola pujaan mereka. Selebriti seperti Michael Douglas, Angelina Jolie dan Edward Norton dipilih menjadi duta pelbagai kempen seperti kempen keamanan, alam sekitar atau sayangi haiwan. Pengaruh mereka diperlukan untuk menarik orang ramai.lDi Malaysia fenomena artis menyokong parti pembangkang semakin hebat sekarang ini tetapi tidak dapat dinafikan kebanyakan artis yang berhijrah ini sudah kurang popular dan telah melepasi usia. Yang baharu-baharu masih mahu cari makan, tidak boleh lawan. Bayangkan apa akan berlaku jika artis yang sedang meletup, berpengaruh dan menjadi ikon hari ini tiba-tiba melaungkan slogan "Reformasi"? Saya teringat ketika muzik rock menjadi anutan anak muda Malaysia pertengahan 1980-an dahulu. Mereka lantang memperjuangkan lanun cetak rompak yang begitu berleluasa sekali. Barangkali pihak yang terbabit dengan sindiket cetak rompak (mungkin orang yang berpengaruh terlibat dengan kegiatan ini seperti yang digambarkan di dalam filem Kembara Seniman Jalanan) berasa tergugat maka muzik rock telah diharamkan. Alasan kambinghitamnya ialah rock membawa budaya negatif seperti dadah, seks bebas dan alkohol. Peraturan diketatkan seperti berambut panjang tidak dibenarkan muncul di dalam program televisyen. Apa kena mengena rambut dengan muzik? Tetapi itulah sang kuasawan. Taringnya tajam menggigit mangsa yang lemah. Peraturan ini bagaimanapun gagal memadamkan api muzik rock dan pengaruhnya. Album kumpulan rock terus laku dan mereka menyampaikan mesej perjuangan yang keras melawan kerenah birokrasi ini. Lagu "Keadilan" nyanyian kumpulan Lefthanded yang liriknya ditulis S.Amin Shahab lantang memprotes:-
" Bukankah kita ini punya akal dan hati
bisa ambil juga beri pendapat sendiri
Jangan ikut sesuka hati kelak engkau susah sendiri"

Begitu juga lagu Belenggu Irama nyanyian kumpulan Wings yang liriknya ditulis oleh Bob Lokman (hari ini ahli PAS) menyuarakan tidak puas hati dengan bait-bait seperti:-
"Perintahmu adalah belenggu
Menggenggamku dengan kuasamu
Membuat aku menjadi layu
Dalam suasana yang masih baru"

Peristiwa yang tidak boleh dilupakan malah boleh dikatakan sebuah malapetaka buat insan seni apabila Kementerian Penerangan dengan menterinya ketika itu menyiarkan secara langsung acara memotong rambut dua rockers terkenal- Amy Search dan Awie Wings. Inilah ibu segala penghinaan oleh kuasawan yang mahu memberi peringatan agar artis-artis jangan lawan mereka. Sebenarnya ia bermula apabila seorang pengarah filem komedi mempersoalkan lambakan drama dari Hong Kong memenuhi slot di RTM dan juga sebuah syarikat produksi milik kroni menguasai stesen televisyen milik kerajaan. Selepas membangkitkan isu itu pengarah filem komedi ini tidak membuat susulan tetapi disambung perjuangannya oleh pengarah filem berani Nasir Jani. Dalam sebuah rancangan "talk show" di TV3 Nasir Jani yang disiarkan secara langsung ketika itu, beliau telah mencarut dan mengangkat jari hantu sehingga menggemparkan Malaysia dan membawa kesan pemberhentian serta-merta program tersebut. Nasir Jani terus dikenakan tekanan seperti disabitkan dengan masalah dadah, ajaran sesat dan sakit mental. Suatu ketika Nasir Jani hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja T bertulis kata-kata kesat kepada Mahathir-Perdana Menteri ketika itu. Nasir Jani juga pernah membaling batu pejabat FINAS kerana memprotes. Imej seniman tersebut cuba dikotorkan untuk menyorok kerja keji mereka. Taktik inilah yang selalu digunakan seterusnya beberapa tahun kemudian seperti Kumpulan Militan Malaysia yang dikatakan mahu berperang dengan pembesar negara dan juga kumpulan Black Metal mengamalkan ilmu hitam yang menyesatkan akidah. Sebelum itu, jangan lupa pula imej buruk dilemparkan terhadap PAS di dalam peristiwa Memali termasuk juga penyelewengan ajaran di dalam gerakan Al Arqam. Melalui media genggaman pemerintah, semuanya boleh dilakukan untuk menghalalkan kebusukan mereka.

Baca seterusnya di http://merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13244

Senyum Ahad

Thursday, July 12, 2012

Akan datang!

Isnin 16 Julai hingga 22 Julai setiap 10.30 malam (disiarkan tiap-tiap malam selama seminggu) hanya di
RABU (Radio Bangsar Utama-Berani Langgar Laporan Jelas)
radiobangsarutama.blogspot.com

Sebuah Radio Teater...

Bahalolisme

Bahlul adalah seorang lelaki berilmu yang dikatakan popular ketika pemerintahan Khalifah Harun Al Rasyid tetapi berpura-pura bodoh dengan aksi lucunya untuk menyindir pemerintah. Di sini, Bahalol biasanya dikaitkan dengan aksi kebodohan oleh si pelakunya. Apabila perbuatan membodoh-bodohkan diri dan orang ramai menjadi budaya sehingga menjurus ke arah sebuah ideologi maka jadilah ia apa yang dipanggil "Bahalolisme".

Inilah yang berlaku di Malaysia. Ideologi atau lebih tepat lagi proses indoktrinasi memupuk rakyat menjadi bodoh dengan teori-teori pembodohan yang bodoh lagi membodohkan. Kekalutan sang pemerintah tidak dapat dibendung lagi apabila satu demi satu jenayah penyelewengan dibogelkan melalui alam tanpa sempadan. Cengkaman kuasa yang semakin tiris dan longgar membuatkan sang pemerintah melatah merapu tidak ketahuan laku lalu terciptalah berbagai idea-idea bodoh yang pada mulanya bertujuan untuk menutup salah laku mereka tetapi akhirnya menjadi bahan ketawa rakyat. Hari ini jika ada pun sesuatu yang benar keluar dari mulut pemerintah, rakyat akan menyambutnya dengan hilai tawa dahulu sebelum menimbang ia untuk diterima atau pun tidak.

Tulisan ini tidak membawa sesuatu yang baharu tetapi sekadar cuba menyorot kembali bagaimana bermulanya cubaan penanaman ideologi Bahalolisme ke atas rakyat Malaysia oleh pemerintah yang kalut dan semput.

Segalanya bermula apabila Perdana Menteri Doktor Mahathir memecat timbalannya Anwar Ibrahim yang semakin menggugat. Pelbagai alasan digunakan untuk membuat rakyat percaya tetapi gagal. Timbullah cerita skandal seks dengan isteri orang, dengan pelacur, rasuah tanpa duit dan semestinya fitnah liwat sehingga tilam dipanggil menjadi saksi di mahkamah, pertuduhan pula diubah-ubah tarikhnya atas alasan kesilapan menaip, insiden saksi lintang-pukang. Kebangkitan rakyat menyokong parti alternatif membuatkan pasukan pemerintah menjadi paranoid. Rafidah Aziz ketakutan melihat logo Petronas seperti logo PAS lalu logo itu ditukar. Untuk menambah lagi rempah kegelisahan, rakyat dimainkan sandiwara curi senjata yang dipunggah masuk ke dalam kenderaan Pajero di sebuah kem tentera.

Baca seterusnya di http://merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13236

Wednesday, July 11, 2012

Lawak khamis

Dari rifle di Sauk
Ke keris tanpa sarung
Lalu capai C4
Masuk dalam Scorpene
Sebelum bersumpah pakai baju kalis peluru
Sapu KY Jelly
Ambil parang di bonet kereta
Beli garam dan air mineral
Kini ada pedang samurai

Monday, July 2, 2012

AMARAN KERAS!!!

Telah dapat maklumat ada yang menggunakan nama, foto dan info kami dan Hope2Walk untuk kutip derma di tempat awam. Ada nampak di pasar pagi Giant Shah Alam, di CIMb Klang.
Jika anda ternampak, ambil gambar atau lapor terus ke pihak polis kerana kami sudah empat bulan menghentikan kerja kutipan dan kami tidak pernah mengutip derma di tempat awam.