Lihat pamphlet Agenda Ekonomi Malaysia pada PRU12 yang lalu? Seperti foto di bawah ini:-
Apa plannya masa ini?
Ini bukan soal peribadi, tapi apa motifnya guna foto itu?
Sehingga manifesto PR baru ini langsung melupakan OKU kerana menganggap ia tak menarik.
Aku dulu tak tahu dan tak rasa tentang OKu sehingga Tuhan bagi aku dua anak sebegitu. Adakah kalian juga menunggu diri jadi Oku atau diberi waris OKU baru nak bangkit?
Paling perit ialah mengakui kesilapan apatah lagi jika kita berasa besar.
Tuesday, February 26, 2013
Aktivis OKU rasa kesal, terhina dengan manifesto Pakatan
Aktivis OKU rasa kesal, terhina dengan manifesto Pakatan
|
Aktivis Orang Kelainan Upaya (OKU) melahirkan rasa kesal dan terhina kerana Pakatan Rakyat tidak memuatkan janji untuk menjaga kebajikan golongan tersebut.
Kekecewaan itu antaranya disuarakan pengerusi Mobiliti Massa OKU Bangkit, Mohd Rosli Ibrahim yang berkata, manifesto itu sepatutnya menyenaraikan rancangan pembangunan untuk kepentingan golongan tersebut.
"Sebenarnya saya kesal dengan apa yang ada dalam manifesto Pakatan Rakyat. Dalam manifesto, apa yang kita harapkan ialah satu klausa mengenai pembangunan OKU secara menyeluruh.
"Kita OKU Bangkit dah sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen. Kenapa dalam manifesto Pakatan Rakyat tak ada (sebut tentang OKU). Pelik.
"Saya rasa ahli politik ini tidak melihat isu OKU ini isu besar. Kenapa tiba-tiba abaikan? Kami rasa terhina. Sebenarnya mereka ini hanya berfikir tentang kepentingan politik dan masih dalam paradigma duit, sama seperti BN," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Rosli berkata, Pakatan sepatutnya berjanji untuk menyediakan hak pendidikan dan aksesbiliti awam terhadap golongan OKU.
OKU Bangkit juga menuntut agar Pakatan membentuk kementerian khas untuk menjaga kepentingan golongan itu, katanya yang memberi amaran bahawa golongan tersebut mungkin tidak akan memberi sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Mereka tidak lihat bahawa golongan OKU ini sebagi satu konsep pembangunan insan. Itu masalahnya. Saya nak cakap bahawa, Pakatan Rakyat akan kehilangan doa daripada golongan OKU pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Sementara itu, aktivis yang juga merupakan seorang kartunis popular, Mohd Affandi Ramli pula berkata, manifesto Pakatan sepatutnya memuatkan janji untuk menubuhkan pusat latihan percuma untuk golongan OKU.
Namun, Pakatan mungkin tidak berminat dengan perkara seperti itu, katanya yang kecewa dengan manifesto Pakatan Harapan Rakyat, yang diumumkan semalam.
Dua orang cahaya matanya mengidap cerebral palsy dan salah seorang daripadanya meninggal dunia sebelum sempat mendapat rawatan pemulihan awal di China.
"Kalau boleh adakan sekolah khas serta pusat latihan percuma. Ini kita pernah usulkan tetapi saya rasa mereka tak berminat. Sebenarnya ramai golongan OKU yang berpotensi ini telah dibunuh oleh pemerintah khususnya OKU yang terlantar yang meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan," katanya.
Beliau juga berkata, tuntutan daripada golongan berkenaan akan dibincangkan dalam satu dialong anjuran OKU Bangkit bersama Pakatan Rakyat di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada 3 Mac.
"Jemputan dah beri. Jadi kita tunggulah sahajalah siapa yang akan hadir nanti," katanya lagi.
Pengangkutan awam percuma
Sementara itu, jawatankuasa penyedia manifesto berkenaan Dr Dzulkefly Ahmad menolak dakwaan bahawa manifesto Pakatan menyisihkan kepentingan minoriti seperti OKU.
Bekas ahli akademik itu berkata manifesto Pakatan menyentuh soal pembelaan terhadap OKU melalui janji untuk menyediakan pengangkutan awam percuma kepada "golongan berbeza upaya".
Jelasnya, Pakatan sememangnya merancang untuk memuatkan "perkara besar dan menarik" terlebih dahulu dalam manifesto tersebut bagi "membolehkan rakyat terus dapat mengingati kandungannya".
Beliau turut menangkis dakwaan bahawa Pakatan mengetepikan isu pilihan raya kerajaan tempatan, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Akta Kebebasan Maklumat dan isu masyarakat India yang diperjuangkan selama ini.
"Kita sengaja mengambil pendekatan supaya kita mendapat respon timbal balik. Apabila ita ada maklum balas, kita akan responsif. Kita juga tidak mahu menolak dan berada dalam penafian.
"Kita letak perkara yang besar dan menarik terlebih dahulu. Yang tertinggal ia disusuli dengan penjelasan dalam sidang akhbar selepas ini.
"Kalau (manifesto) tebal, kita tahu yang membacanya tidak ramai. Kita buat ringkas, padat," katanya bagi mengulas beberapa isu penting yang sering diperjuangkan gabungan parti pembangkang itu.
Kekecewaan itu antaranya disuarakan pengerusi Mobiliti Massa OKU Bangkit, Mohd Rosli Ibrahim yang berkata, manifesto itu sepatutnya menyenaraikan rancangan pembangunan untuk kepentingan golongan tersebut.
"Sebenarnya saya kesal dengan apa yang ada dalam manifesto Pakatan Rakyat. Dalam manifesto, apa yang kita harapkan ialah satu klausa mengenai pembangunan OKU secara menyeluruh.
"Kita OKU Bangkit dah sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen. Kenapa dalam manifesto Pakatan Rakyat tak ada (sebut tentang OKU). Pelik.
"Saya rasa ahli politik ini tidak melihat isu OKU ini isu besar. Kenapa tiba-tiba abaikan? Kami rasa terhina. Sebenarnya mereka ini hanya berfikir tentang kepentingan politik dan masih dalam paradigma duit, sama seperti BN," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Rosli berkata, Pakatan sepatutnya berjanji untuk menyediakan hak pendidikan dan aksesbiliti awam terhadap golongan OKU.
OKU Bangkit juga menuntut agar Pakatan membentuk kementerian khas untuk menjaga kepentingan golongan itu, katanya yang memberi amaran bahawa golongan tersebut mungkin tidak akan memberi sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Mereka tidak lihat bahawa golongan OKU ini sebagi satu konsep pembangunan insan. Itu masalahnya. Saya nak cakap bahawa, Pakatan Rakyat akan kehilangan doa daripada golongan OKU pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Sementara itu, aktivis yang juga merupakan seorang kartunis popular, Mohd Affandi Ramli pula berkata, manifesto Pakatan sepatutnya memuatkan janji untuk menubuhkan pusat latihan percuma untuk golongan OKU.
Namun, Pakatan mungkin tidak berminat dengan perkara seperti itu, katanya yang kecewa dengan manifesto Pakatan Harapan Rakyat, yang diumumkan semalam.
Dua orang cahaya matanya mengidap cerebral palsy dan salah seorang daripadanya meninggal dunia sebelum sempat mendapat rawatan pemulihan awal di China.
Mohd Affandi hari ini turut menyiarkan satu di laman Facebook hari ini bagi menyatakan kekesalannya ke atas BN dan Pakatan.
Ilustrasi tersebut, yang diolah sebagai "surat terbuka" buat Pakatan, menunjukkan manifesto BN dan Pakatan saling melakukan kekerasan ke atas golongan OKU yang digambarkan sebagai individu berkerusi roda.
"Kalau kita lihat manifesto itu banyak sentuh tentang kebajikan rakyat, tetapi kenapa tak ada tentang keperluan untuk OKU. Golongan OKU sangat memerlukannya bukan sekadar penerimaan bantuan subsidi tetapi beri peluang yang sama rata. "Kalau boleh adakan sekolah khas serta pusat latihan percuma. Ini kita pernah usulkan tetapi saya rasa mereka tak berminat. Sebenarnya ramai golongan OKU yang berpotensi ini telah dibunuh oleh pemerintah khususnya OKU yang terlantar yang meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan," katanya.
Beliau juga berkata, tuntutan daripada golongan berkenaan akan dibincangkan dalam satu dialong anjuran OKU Bangkit bersama Pakatan Rakyat di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada 3 Mac.
"Jemputan dah beri. Jadi kita tunggulah sahajalah siapa yang akan hadir nanti," katanya lagi.
Pengangkutan awam percuma
Sementara itu, jawatankuasa penyedia manifesto berkenaan Dr Dzulkefly Ahmad menolak dakwaan bahawa manifesto Pakatan menyisihkan kepentingan minoriti seperti OKU.
Bekas ahli akademik itu berkata manifesto Pakatan menyentuh soal pembelaan terhadap OKU melalui janji untuk menyediakan pengangkutan awam percuma kepada "golongan berbeza upaya".
Jelasnya, Pakatan sememangnya merancang untuk memuatkan "perkara besar dan menarik" terlebih dahulu dalam manifesto tersebut bagi "membolehkan rakyat terus dapat mengingati kandungannya".
Beliau turut menangkis dakwaan bahawa Pakatan mengetepikan isu pilihan raya kerajaan tempatan, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Akta Kebebasan Maklumat dan isu masyarakat India yang diperjuangkan selama ini.
"Kita sengaja mengambil pendekatan supaya kita mendapat respon timbal balik. Apabila ita ada maklum balas, kita akan responsif. Kita juga tidak mahu menolak dan berada dalam penafian.
"Kita letak perkara yang besar dan menarik terlebih dahulu. Yang tertinggal ia disusuli dengan penjelasan dalam sidang akhbar selepas ini.
"Kalau (manifesto) tebal, kita tahu yang membacanya tidak ramai. Kita buat ringkas, padat," katanya bagi mengulas beberapa isu penting yang sering diperjuangkan gabungan parti pembangkang itu.
Monday, February 25, 2013
maniFRUSTO PR
Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan lebih satu juta warga Orang Kurang Upaya di Malaysia, sama seperti Barisan Nasional.
"Buatlah memorandum, senaraikan apa yang diperlukan bro! jangan putus asa!" kata seorang kawan.
Eheh! Tiada manifesto untuk OKU pada PRU 13 adalah dalil tiada perancangan/dasar terhadap OKU selama lima tahun memerintah negeri. Ini jelas.
Apa? Kena buat surat dan memorandum?
Tanyalah Faizal Che Yusof (berbaju merah dan Rosli Ibrahim baju putih - orang kuat OKU Bangkit) tentang sambutan dingin kebanyakan pimpinan PR bila perkara tentang OKU diajukan. Aku sendiri biasa lihat riak wajah kawan-kawan YB aku yang kurang berminat. Belum jadi menteri pun susah nak diajak berbincang, nanti dah memerintah berapa lapis kami nak lepas untuk jumpa dan bincang tentang dasar?
OKU bukan warga penerima bantuan wang, simpati dan subsidi. Mereka perlukan pendidikan, peluang pekerjaan, penerimaan sama rata berdasarkan kemampuan mereka.
Penyokong PR apabila aku ajukan begini tiba-tiba mereka jadi penyokong Umno yang mengamalkan 'syndrome of denial', melepaskan semula agenda ini kepada orang OKU dan enggan memainkan peranan sebagai kuasa pendesak. Menyuruh berdoa dan berlapang dada dengan 'keadilan' yang akan dibawa PR.
siapa-siapa sahaja berpotensi jadi OKU hari ini. Diri sendiri, anak, cucu atau kaum keluarga. Demam panas, lemas, jangkitan kuman adalah faktor penyebab terbesar.
OKU bukan isu tempelan. Dunia maju mengiktirafnya. Alasan terlepas pandang adalah geli. Apakah pelakar manifesto hanya seorang?
Perlukan aku apologetik? Nanti PR menang barulah suarakan...kalau tak buat kita lawan!
letihlah hidup asyik lawan....
OKU sudah lama berlawan dengan nasib, mengharung maung dan deras arus kota untuk hidup. Menjual tisu dikatakan pengemis, diperalatkan sindiket.... itu aja tuduhan yang dilemparkan tanpa mencari penyelesaian.
Aku terkenangkan Rosli - bagaimana dia membesarkan anak-anaknya? Dan kawan-kawannya yang sama dengannya.
Aku terkenangkan An-Nur, betapa bapaknya semakin miskin hari ini. Keh keh!
Manifesto ini adalah Manifrusto!
Sunday, February 24, 2013
Friday, February 22, 2013
Thursday, February 21, 2013
are u ready for POSTO!#1 ?
Sabtu esok di pasaran!
+ kos pos rm4.50
bank in ke akaun Maybank Raja Rohaisham 162021363678
dan sertakan bukti pembayaran di kutubkhanah112@gmail.com
jangan lupa beri alamat penghantaran.
Wednesday, February 20, 2013
Kita, OKU dan kawan-kawan YBku...
Biasa juga aku lepak minum kopi dengan kawan-kawan aku yang hari ini sudah jadi YB. Kadang-kadang sedang melepak datang orang buta menjual tisu atau pengemis. Kadang-kadang kita bagi duit. Kadang-kadang kawan-kawan kami ini berpaling. Aku memerhati dengan tajam hal ini.
Terfikir di kepala aku adakah kawan aku yang hari ini sudah YB tidak berasa apa-apa akan isu ini. Apakah dia ketika itu di luar tugasnya? Apakah isu pengemis, OKU ini tidak menyentuh hatinya yang telah diangkat rakyat untuk membela nasib mereka di dewan bertuah?
Aku sangat-sangat tersentuh ketika mereka berpaling endah tak endah terhadap rakyat ini. Aku mula ragu dengan kejujuran mereka apakah mereka menganggap itu karier sahaja atau benar-benar mahu berjuang?
Aku terpaksa menyoal kembali diriku: apakah orang sebegini akan aku angkat memimpin masyarakat?

Tuesday, February 19, 2013
senarai blogger upahan PR?
Sah! Aku tak tersenarai maka tuduhan aku pecacai upahan PR adalah tidak berasas sama dua kali.
Ahawwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!!
Yang tersenarai sila jawab.
* sumber dari fb blogger I.S.A Ikutsukaaku.
Mana dia dapat entahhhh.....hahaha!
Ahawwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!!
Yang tersenarai sila jawab.
* sumber dari fb blogger I.S.A Ikutsukaaku.
Mana dia dapat entahhhh.....hahaha!
Monday, February 18, 2013
GURINDAM ALAMAT NAK PRU
GURINDAM ALAMAT NAK PRU
Utusan meloya makin melampau
Tarikh pru belum lagi tampak
Budak-budak dua kali dapat baucer
Orang baru gila nak bertanding
Orang tua dapat BR1M berkalih parti
Anjing jantan mula membarua
Berbunyi katak berfatwa
Muncullah pengganas di rimba
Melenguh lembu di kondo
Sambut menguak madey di kandang
Berkokok mendung SPR
Daftar pengundi menyingsing naik
Kicak kicau motivator
Ditunjuk saham melambung tinggi
Berkuku mama di hujung bendul
Terdenyut gugup kot-kot kalah kali ini
Puting sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat nak pru.
Saturday, February 16, 2013
OKU Bangkit - Perjuangan melangkaui politik kepartaian
Ramai yang gagal hayati perjuangan OKU Bangkit di dalam menuntut hak-hak OKU. Alih-alihnya golongan OKU atau ibu bapa kepada anak OKU disuruh redha, sabar dan yakin dengan balasan syurga. Ini semua dah tahu. Di dalam Al Quran pun ada menyebut peranan orang perseorangan mahu pun pemimpin di dalam melindungi hak-hak OKU. Sirah Rasulullah saw dengan OKU pun ada.
1) Rasulullah pernah dimurkai Allah kerana melebihkan layanan terhadap orang kenamaan berbanding dengan seorang buta.
2) Rasulullah juga selalu menyuapkan makanan kepada seorang Yahudi buta tanpa memperkenalkan dirinya. Yahudi buta ini selalu menfitnah Rasulullah kononnya pendusta atau ahli sihir tanpa mengetahui Rasulullah hari-hari menyuapnya. Apabila Rasulullah wafat, lama tidak ada sesiapa pun yang menyuapnya. Sehinggalah Abu Bakr yang meneruskan amalan itu. Yahudi buta itu marah dan berasa ini bukan orang yang selalu memberinya makan kerana orang lama membuat makanan menjadi senang untuk dikunyah dengan menghaluskannya terlebih dahulu. Akhirnya Abu Bakr memberitahu orang dahulunya adalah Rasulullah saw.
ini kisah pemimpin menyantuni OKU. Apakah sirah ini hanya untuk penyedap ceramah aje?
Perjuangan menuntut hak OKU melangkaui politik kepartian. Malah ramai pula yang melatah apabila pemimpin dan parti dokongan mereka dikritik.
Perjuangan menuntut hak OKU bukan hendak minta elaun dinaikkan, lampin atau kerusi roda, tongkat dan peralatan lain percuma tetapi mengajak rakyat semua sedar dan memandang sama rata akan OKU.
Peluang pekerjaan, pendidikan, keperluan lain seperti memenuhi tuntutan hidup yakni berumahtangga, berkeluarga, berbakti memajukan negara adalah perjuangan menuntuk hak.
Contohilah negara Barat yang setengahnya ibarat syurga kepada OKU. Janganlah menutup kelemahan diri yang mengabaikan hal ini sebelumnya dengan mengemukakan hujah atau alasan yang memualkan.
Sebab itu apabila OKU Bangkit menganjurkan dialog, forum dan bengkel - tidak ada sambutan masyarakat dan ahli parti politik. Berbeza pula dengan isu-isu yang punya kepentingan politik seperti isu Keganasan Polis, isu Listen! Listen! Listen! atau forum membincangkan Psy.

forum OKU di Universiti Bangsar Utama semalam, selain krew radio dan kawan panelis, TAKDE orang parti dan masyarakat hadir.
Artikel tentang Agenda OKU Bangkit ada di majalah Posto! yang akan terbit minggu hadapan bersama penulisnya Rosli Ibrahim - Pengerusi Mobilisasi OKU Bangkit (yang cacat penglihatan)
Friday, February 15, 2013
Posto! Posto!
Pesanan pra cetak!
Order sekarang! Harga RM10 + RM4.50 pos ekspres = RM14.50
Pesan di khutubkhanah112@gmail.com
Sertakan slip pembayaran setelah membayar di Maybank 162021363678 (Raja Rohaisham)
Yang menarik:-
POLITIK
Revolusi Ekoposial - Mat Samankati
Apa Cina Mau? - Lim Hong Siang
Meroboh Hegemoni - Najwan Halimi
Dari Gangga Negara ke Stadium Merdeka - Hafiz Zainuddin
Membunuh Umnoisme dengan teori Machiavelli - Ronasina
ISU
Bahasa Melayu tak pernah selesai - Hasni Abas
Kebebasan Media - Afiq M Noor
Konsep Negara Adil - Wan Ji
Undi Sampah - Faizal Riduan
OKU Bangkit - Rosli Ibrahim
BUDAYA
Rebut Budaya Malaysia/Indonesia - Wak Dogol
Falsafah Nasi Lemak - Kak Sham
Budaya Bebal - Jean Francoise
Imigran, Rumah Merah dan Brickfields- Hishamuddin Rais
Kolumnis
Adam Adli - Nashita M Noor - Puspawati Rosman - Athina Marzuki
Koresponden
Mohd Faizal (Montreal, Kanada)
Indra Pramata (Jakarta, Indonesia)
Ulasan Filem Lincoln - Wahyudi Yunus
RadioBangsarUtama disebalik tabir - Wak Dogol
Lain-lain:- Cerpen, Komik, Puisi

Thursday, February 14, 2013
Politik gaya kita
Kita selalu kutuk BN kerana merahsiakan tarikh PRu tapi pakatan Rakyat juga terikut-ikut rentak yang dah lama dibentuk umno ini.
Bagaimana hendak memulakan kerja di sesuatu kawasan jika masih tidak tahu siapa yang akan bertanding di situ? Tau-tau masa penamaan calon baru tau, baru nak edar risalah dan berkempen di rumah- rumah atau sebagainya. Ada pulak tu tah sapa- sapa bukan penduduk tempatan kenal pun, macamana nak yakinkan pengundi?
Sebab itulah dalam hal ini DAP sangat smart. Calonnya semua menang.
Ini kerana politik hari ini, jika mahu jadi calon bukanlah semesti mesra dengan kawasan tapi mesra dengan pimpinan parti.
Foto di bawah adalah calon Republik Putrajaya.

Monday, February 11, 2013
Oppa NO style!
Video 'are you ready for BN?' bukan sekadar video gelak ketawa tetapi ia adalah jarum penunjuk sokongan rakyat terhadap BN.
Mengundang Psy itu sendiri adalah dalil aqli menunjukkan BN perlukan sesuatu untuk menarik khalayak. Rm 2 juta yang kononnya ditaja (aneh juga penaja mahu merahsiakan identiti sedangkan dari segi bisnis ia sangat baik) dilaburkan untuk projek ini.
Realiti depan mata Najib, rakyat yang datang sendiri dan bukannya diupah seperti program-program lalu memberikan jawapan berterus-terang mengatakan "No!" terhadap BN.
Najib,
sedarlah......
No!

Saturday, February 9, 2013
Negaraku di Jakarta
Resensi - ulasan buku Negaraku di majalah online Indonesia:- Detik.com
http://edisi.harian.detik.com/?xml=Sabtu&iid=73808#folio=12
http://edisi.harian.detik.com/?xml=Sabtu&iid=73808#folio=12
Thursday, February 7, 2013
satu sisi dari diriku telah mati
Setiap kali melintasi tarikh 8 Februari pastilah ingatan aku
takkan boleh lari dari memikirkan lahirnya Annisa 12 tahun lalu. Hari ini, pada
tahun ini sudah kedua kali dia tiada. Aku sudah redha malah sebaik sahaja doktor
umumkan Annisa sudah tiada, aku sudah redha waktu itu.
Apakah yang lebih menyedihkan bagi setiap ibu dan ayah
selain kehilangan anakandanya? Siapakah bisa menahan air mata gugur untuk
peristiwa yang merentap tangkai hati seperti itu?
Jika kau ada di wad kecemasan saat doktor umumkan kematiannya,
saat memandi dan mengafankannya, saat menyembahyangkan jenazahnya di masjid,
saat mengebumikannya, saat pulang ke rumah, jika kau ada sepertimana
kawan-kawan, saudara dan keluargaku ada – pasti kau nampak aku sangat redha,
boleh tersenyum, bergurau dan berlucu. Tanpa setitis pun air mata aku gugur
sedangkan orang lain ada yang bercucuran. Kawan-kawanku ada yang terus berkata
kepadaku dan ada juga menulis di laman sosial menyatakan betapa kerasnya aku.
Tahukah betapa sakitnya kepala aku diserang migrain berjaga
semalaman sebelum itu, kuambil dua biji pil penahan sakit ketika Annisa sedang
dimandikan. Selepas pengebumian sakit makin menggigit ubun-ubun memaksa aku
makan dua biji lagi dan terus tidur. Mungkin kerana aku menahan ombak di dada
maka sakit itu kuat mencucuk. Aku tidur. Bagaimana rasanya jika bangun tidur
mendapati anak kau sudah tiada, dan isteri kau menangis. Tetapi aku belum lagi
menangis. Rumah aku tidak putus-putus dikunjungi teman-teman. Ada di antaranya
kami tidak kenal. Ini sedikit sebanyak menampal ruang-ruang kosong yang pilu.
Hari-hari yang dilalui selenga, tak bermaya dan bingung. Sepuluh tahun rutin
kau tiba-tiba berubah sekelip mata. Apabila kau hendak menyuapkan makanan kau
dapati anak kau sudah tiada. Apabila hendak memandikan anak kau, kau sedar dia
sudah tiada.
Kawan, kalau kau rasa aku kuat, sebenarnya aku patut mengaku
aku tidak. Tidak menangis waktu itu bukanlah petanda yang aku kuat. Sebaliknya
ia mengalir ke arah lain. Ia merubah aku jadi lain pula. Menjadi apa..entah aku
pun tak tahu.
Pernah di musim dingin di Beijing, aku dan Sham berpelukan
melepaskan esakan rindu. Di Tiananment Square juga telah aku tinggalkan sendu
dan air mata.
Seminggu, dua minggu, bulan dan hari-hari seterusnya
sehingga hari ini aku semakin seperti kekabu. Apabila sesekali melintas ingatan
ini….. aku tewas untuk bertahan.Ini satu
sisi dari hidup aku. Sisi paling syahdu. Jika kau lihat aku ketawa, marah atau
senyum – kau kena tahu ada satu sudut di dalam hati aku yang paling dalam telah
hancur luluh. Telah mati.
Saban hari aku melintasi perkuburan tempat Annisa disemadikan
dan adakalanya tanpa rasa apa-apa. Ini kerana aku yakin ia sudah bukan di situ.
Ia sudah kembali menjadi cahaya.
Cuma tanah itu adalah taman tempat bersemadinya cinta.
Adakalanya, adakalanya….aku basahkan pandan yang mengharum di antara dua nesan
itu dengan air mata.
Aku sebenarnya redha, aku sangat-sangat pasti. Jangan ada
yang pertikaikan keredhaanku…Cuma, cumanya aku rindu.
Monday, February 4, 2013
mari tibai hantu
cukuplah. kami dah penat.penat ditipu
Sabah dah terbongkar kes ic palsu
mahathir dah ngaku
pru lunas 2001 adalah kejayaan besar menangkap hantu
akibatnya saifuddin nasution pkr menang sebab hantu tak boleh masuk
lepas tu anak muda parti dan aktivis di ISAkan
soalsiasat mereka berkisarkan dari mana dapat info kehadiran hantu
bukan seperti tuduhan mereka ada pelancar roket
aku ingat lagi 2007 pru ijok
tika waktu ngundi hampir tamat sorang lelaki gempal bersongkok masuk ke pusat undi
aku lupa di batang berjuntai ke estet, tapi di sekolah
anak2 muda bertanya kau siapa nak masuk
dia terkial2 dan bagi jawapan merapu
kononnya ngo pemantau
sebelum tu di sebuah pusat aku terlihat 3 pemuda pakistan dengan kurta
keluar dari pusat undi
kami terpaku aje
kami menjerit-jerit buat bising memprotes apabila dia masuk
polis tutup pagar halang kami
kami terus menjerit2 sehingga penyokong bn di luar terdiam melihat peristiwa jelas tipu di depan mata
mereka pun tak tahu nak bela macamana
sekurang2nya jeritan-jeritan kami memaksa polis yang pada mulanya membiar sahaja
telah bawa lelaki itu ke dalam patrol car
seorang anak muda kumpulan kami juga masuk dalam kereta menuju balai
jadi saksi
petangnya aku jumpa anak muda ini
dia kata dia blah sebab 4 jam tunggu tiada apa-apa
itulah kegiatan hantu
kami dah penat
cukup masa ditipu
ini kalilah
nampak pendatang mengundi
kita tibai!

Friday, February 1, 2013
Yeah! Akan muncul!
Kepada akak Maw yang ingin menaja tu hubungi saya di ronasina@gmail.com
Sebuah majalah budaya kontemporari dengan penulis-penulis hebat Malaysia, juga dari Jakarta dan Montreal.
Sabar!
Ada Ronasina, Isham Rais, Adam Adli, Mat Saman Kati, Faizal Riduan, Hasni Abas, Najwan Halimi, Wak Dogol, Athina Marzuki, Nashita dan Bad, Afiq M Noor, Puspawati Rosman, Wahyudi, Rosly Ibrahim, Ustaz Wan Ji, HaFiz Roket, Lim Hong Siang....
Ada komik oleh OOTS....
Dan lagi dan lagi....

Subscribe to:
Posts (Atom)