Biasa juga aku lepak minum kopi dengan kawan-kawan aku yang hari ini sudah jadi YB. Kadang-kadang sedang melepak datang orang buta menjual tisu atau pengemis. Kadang-kadang kita bagi duit. Kadang-kadang kawan-kawan kami ini berpaling. Aku memerhati dengan tajam hal ini.
Terfikir di kepala aku adakah kawan aku yang hari ini sudah YB tidak berasa apa-apa akan isu ini. Apakah dia ketika itu di luar tugasnya? Apakah isu pengemis, OKU ini tidak menyentuh hatinya yang telah diangkat rakyat untuk membela nasib mereka di dewan bertuah?
Aku sangat-sangat tersentuh ketika mereka berpaling endah tak endah terhadap rakyat ini. Aku mula ragu dengan kejujuran mereka apakah mereka menganggap itu karier sahaja atau benar-benar mahu berjuang?
Aku terpaksa menyoal kembali diriku: apakah orang sebegini akan aku angkat memimpin masyarakat?
3 comments:
1 kali kita berpaling dari mereka, byk2 kali ALLAH berpaling dari kita. Nauzubillah!!
OKU adalah kata nama yang seringkali diberi kepada mereka yang kurang kesempurnaanya oleh mereka yang sempurna.akan tetapi adakah mereka yang sempurna itu tidak ada OKU pada mereka?.berbual dengan mereka yang dianggap OKU,didapati mereka adalah insan yang ada keinginan berdaya saing,malahan mereka yang mengatakan mereka itu OKU adalah dari golongan orang yang punyai hak kekal GOLF[golongan orang lemah fikiran].
bape
golden goose shoes cheap
fear of god outlet
kyrie irving
hermes outlet
air jordan 1
bape
hermes outlet
golden goose shoes sale
palm angels outlet
Post a Comment