Wednesday, January 7, 2015

Yang! Saya Melayu-Islam. So?

Politik perkauman bangang yang dimainkan oleh Umno dan NGO sekutunya memberikan kesan buruk terhadap bangsa Melayu itu sendiri dan juga Islam. Ia menjadikan orang bukan Melayu dan bukan Islam bukan setakat membenci mereka malah terus mengheret bangsa dan agama. Ini diparahkan lagi apabila Melayu-Islam yang anti Umno dan pro Pakatan Rakyat.
Akhirnya orang Melayu-Islam seperti aku berasa tidak selesa apabila bercakap soal bangsa dan agama. Apabila sesekali aku bercerita tentang Melayu, rakan aku yang pro Pakatan Rakyat akan berkata, "Ah! Tak relevanlah cerita pasal Melayu.". Lama kelamaan hendak sebut Melayu pun takut. Dikatakan pro Umno. Itu belum bercakap dengan kawan bukan Melayu lagi. Macamlah mereka tidak langsung bercakap soal bangsa mereka. Maaf jika jubur anda panas. Ini realiti kekalutan hari ini. Gara gara politik sial politikus Umno/Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, kita semakin resah berprasangka dalam kononnya hendak melangkah maju menuju 2020.

Juga apabila bercakap soal Islam apatah lagi isu hudud, pasti mata teman teman bukan Islam akan tajam menjeling jika aku isytihar aku sokong hudud. Mata teman teman Melayu-Islam tak kira Pakatan Rakyat atau Umno yang tidak setuju hudud pun buntang agaknya. Aku setuju hudud dilaksanakan kerana aku muslim yang percaya hukum yang dianjurkan di dalam kitab suci Al Quran adalah terbaik. Rukun Iman juga membariskan percaya kepada kitab adalah syarat iman. Sebagai muslim wajib ada walaupun sebesar hama impian hukum anjuran Al Quran ditegakkan di bumi ciptaan Allah ini. Tetapi politik gopoh politikus dalam PAS (Pembalakan Islam SeMalaysia) yang tidak habis habis memainkan isu hudud menyebabkan kek menjadi rosak. Akhirnya aku melihat komen komen rakan Melayu-Islam luar PAS dan juga rakan bukan Islam bukan setakat menghentam PAS tetapi kenyataan mereka telah menghina agama Islam sendiri sama ada disengajakan atau tidak. Ada kawan bukan Islam berkata dia menentang hudud kerana menentang kezaliman terhadap semua manusia walaupun berbuat kesalahan. Opah kamu! Kamu tak tahu apa apa dan kamu merepek! Belum lagi dengar komen Melayu-Islam yang anti PAS. Tak setuju dengan PAS tetapi yang dilekehkan adalah hudud. Kerana politik perasan alim politikus.
Agama untuk kesejahteraan bukan buka mata waktu pagi sehingga nak tidur malam hari kerjanya Allah nak mencari dosa dan menghukum kita aje. Sebelum laksana hudud yang dianjurkan oleh Al Quran tanya dulu apa lagi yang lebih banyak dituntut untuk dilaksanakan di dalam kitab suci Al Quran? Sudahkah dipenuhi? Kemiskinan sudahkah dikurangkan? Sudahkah terbela nasib rakyat yang lemah? Cukupkah peluang pekerjaan untuk rakyat? Adakah rakyat semuanya berumah? Yang nyata rumah kamu makin besar, kenderaan makin mahal yang kamu pandu.
Apa pandangan kamu tentang Orang Kelainan Upaya (OKU)? Apa yang dituntut oleh Islam untuk membela mereka? Apakah hudud lebih didahulukan? Dan warga lemah ini jika mencuri akan dihukum? Dan apakah juga bila berbicara tentang Melayu kita ini racist dan penindas?
Bagaimana jika kami bukan Umno dan bukan PAS. Apakah kami bukan Melayu dan bukan Islam? Tapi bila aku berhujah seperti di atas kepada teman teman PAS dikatakannya aku kufur dan berdalih dalih.
Memang sial politikus ini. Habis semua dirosakkan!

6 comments:

Unknown said...

Salam saudara Ronasina,
Menjadi penyokong sesuatu fikrah perjuangan dari mana2 parti politik adalah suatu cara menzahirkan perjuangan dan perjalanan seorang penyokong menjadi suatu lumrah yg mana sokongan menjadi tanpa berbelah bagi, sokongan membuta tuli, sokong walau ketua bersalah dan akhirnya sokongan membawa rebah. Namun jika menjadi pendokong perjuangan, tidak perlukan menjadi seseorang yg akrab kpd saf2 bawahan, saf pertengahan apalagi saf tertinggi sesebuah partai itu. Yang mendokong akan mencuit yang di dokong apakala ketua membuat salah, ketua tersalah, ketua di persalah semata mata mendokongi fikrah perjuangan dan bukannya sosok yg di kagumi. Justru, apabila menjadi pendokong, harus lah menerima hakikat bahwa penyokong2 kebanyakan akan memyokong hingga membawa rebah manakala pendokong akan mendokong perjuangan walau sosok pemimpin itu rebah, direbahkan mahupun ter"rebah"! semenjak mendokong perjuangan, saya sering berlaga angin dengan saf bawahan dan sesiapa shj yg terkelihatan tergelincir dari fikrah perjuangan Islamiah..pun begitu..saya tidak mendambakan pujian maupun perhatian dari saf2 ini..kerana..cuba tuan lihat dalam saf2 semasa SOLAT..adakah mereka2 yg bergelar penyokong maupun pendokong memelihara SAF2 SOLAT demi menjaga saf agar SOLAT BERJEMAAH itu di berkati? cuba saudara amati di setiap waktu solat di masjid atau surau berbeza saban waktu apakah mereka ini benar2 menjaga SAF@ SOLAT ini? Maka jawapan sy pd isu yg tuan ketengahkan ada dalam permasalahan SAF SOLAT ini.
-krankenman-

Anonymous said...

Bagi aku, aku ingin persoalkan kepada Pemerintah dan kepada Manusia yang berakal sahaja.

1- Adakah Perlembagaan dan Undang2 British itu lebih adil daripada Hudud untuk Umat Islam di Malaysia? Kalo adil kenape perlu mempersoalkan, so laksanakan Hudud (Aku sokong Hudud 110%).

2-Tak kira la PKR ke UMNO BN ke, harus laksanakan DAP,MIC ,MCA them non-Muslim, perlu kah kau tunduk kepada mereka sedangkan mereka hanya bangsa penumpang di Malaysia, dimana MELAYU Majoriti dan SAH KEISLAMANNYA.

3-Adakah kerajaan terlalu tunduk, sujud, dan sembah Negara luar sehinggakan takut untuk melaksankan? - lain la kalo Menteri hanya ISLAM dalam IC.

Entry ini aku sokong walaupun entry yang lepas aku org pertama yg mengutuk dan mempersoalkan.

Anonymous said...

releks aa bro...

hukum hudud pun tak sehati-sejiwa nak melaksanakannya...

masing-masing dengan pendapat masing-masing macam la hukum hudud tak dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran hingga perlu ditafsir ditakwil segala bagai...

jangan nak sembang la pasal hal-hal lain yang tak dinyata dengan jelas sejelas-jelasnya di alam al-Quran...

bagi saya formulanya mudah saja...

laksanakan dulu yang dah jelas...

baru buleh sama-sama dicari kebijaksanaan dalam hal-hal yang lain...

wallaahu a'lam bissawaab.

Anonymous said...

Sekadar renungan antara kes yang paling ketapkali berlaku. Kalau mencuri hukum potong tangan. Apakah jenis potongan tangan yang sesuai untuk kes2 bawah?
a. Kalau bebudak seringkali mencuri kerana ibu tunggal sakit dan memang dah kelaparan.
b. Kalau pegawai mencuri berjuta tanpa berbuat apa2. Setiausaha dia yang membawa duit itu untuk dibankkan tapi ditangkap. Pegawai dengan sokongan geng dia juga menuduh setiausaha yang mencuri.
c. Kanak2 yang ditangkap mencuri dari pelancong, yang diajar sejak kecil untuk mencuri oleh penjahat yang sampai sekarang tidak diketahui siapa.
d. Dua orang: seorang mencuri sepuluh ringgit berbanding lain mencuri berjuta ringgit. Sama kah?
e. Seorang dituduh mencuri oleh 10 orang yang sepakat menfitnah dia padahal dia langsung tidak mencuri. Tuduhan dan cerita kesemua 10 orang adalah konsisten.
f. Mencuri masa. Kontrak adalah kerja 40jam seminggu untuk gaji dia rm4 ribu. Sentiasa guna mesin cetak pejabat untuk buku nota anak dia. Tapi dia datang lewat, pergi minum pagi dan petang, main fb belakang skrin dan kalau ada urusan peribadi keluar awal tanpa memohon cuti. Masa kerja pun mengelamun.

Anonymous said...

apa kono ler mu ni.. bodo bertengkek2..

Anonymous said...

Assalamu Alaikum wr-wb, perkenalkan nama saya ibu Rosnida zainab asal Kalimantan Timur, saya ingin mempublikasikan KISAH KESUKSESAN saya menjadi seorang PNS. saya ingin berbagi kesuksesan keseluruh pegawai honorer di instansi pemerintahan manapun, saya mengabdikan diri sebagai guru disebuah desa terpencil di daerah surakarta, dan disini daerah tempat mengajar hanya dialiri listrik tenaga surya, saya melakukan ini demi kepentingan anak murid saya yang ingin menggapai cita-cita, Sudah 9 tahun saya jadi tenaga honor belum diangkat jadi PNS Bahkan saya sudah 4 kali mengikuti ujian, dan membayar 70 jt namun hailnya nol uang pun tidak kembali bahkan saya sempat putus asah, pada suatu hari sekolah tempat saya mengajar mendapat tamu istimewa dari salah seorang pejabat tinggi dari kantor BKN pusat Jl. Letjen Sutoyo No. 12 Jakarta Timur karena saya sendiri mendapat penghargaan pengawai honorer teladan, disinilah awal perkenalan saya dengan beliau, dan secara kebetulan beliau menitipkan nomor hp pribadinya 0853-1144-2258 atas nama Drs Muh Tauhib SH.MSI beliaulah yang selama ini membantu perjalan karir saya menjadi PEGAWAI NEGERI SIPIL.alhamdulillah berkat bantuan bapak Drs Muh Tauhib SH.MSI SK saya dan 2 teman saya tahun ini sudah keluar, bagi anda yang ingin seperti saya silahkan hubungi bapak Drs Muh Tauhib SH.MSI, siapa tau beliau bisa membantu anda