Foto Titi (kiri) dan Ragil bersama Sham
Titi dan Ragil, dua sahabat yang bertarung meredah arus hidup yang deras di Jakarta. Kisah hidup mereka cukup mengharukan. Tetapi pengalaman itulah guru untuk terus hidup.
Titi dan Ragil, dua cewek di antara jutaan warga Jakarta yang sibuk, pantas dan sesak. Seusia muda lagi mereka sudah keluar dari rumah, mencari rezeki dengan menyanyi dan bermain muzik di jalanan. Kebun bunga adalah tempat tidur mereka. Tandas awam bilik air tempat membersihkan diri.
Mereka berkawan sejak 1997, mengharungi debu kota untuk mengamen.
"Pernah tiga hari nggak makan nasi." Kata Titi yang boleh anda tonton serba sedikit kisahnya di You Tube dengan mencari filem Jalanan- kisah benar tiga pengamen. Ragil juga sebenarnya terlibat di dalam Jalanan tetapi menarik diri atas sesuatu sebab meskipun sudah 75% siap 'shoot'.
"Saya membiayai SMP dengan mengamen." Kata Ragil. "Malah sehari sebelum melahirkan anak pertama pun saya masih mengamen."
Bernyanyi dari satu tempat ke satu tempat. Dalam bas. Di taman, luar gedung membeli belah. Adakalanya bas menutup pintu tidak membenarkan naik. Kami ugut lempar batu ke cermin.
"Inilah perjuangan kak. Menyara keluarga tanpa kebergantungan." Ujar mereka lagi.
Bayangkan jika kita punya anak perempuan atau adik atau kakak begini. Keluar bergelandangan, hidup di jalanan yang terdedah dengan laki laki jahat. Atau terbayangkah kita ibu kita sendiri menyara kita dengan cara begitu. Telinga kita juga akan menadah umpat keji manusia yang selalu berasa dirinya lebih mulia dari orang lain.
Titi dan Ragil bukan kelompok yang bicara besar dengan puisi berdegar di depan papan kekunci komputer. Titi dan Ragil tidak berpuisi tentang kelaparan di bilik yang lengkap. Ikhtiar hidup dan kelaparan adalah diri mereka sendiri. Perjuangan mencari rezeki adalah pekerjaan mereka. Lagu yang dinyanyikan adalah lagu kehidupan, muzik yang dialunkan adalah suara keberanian dan nada suara yang dilontar adalah kekentalan.
Keakraban dengan mereka di Jakarta ini sungguh terasa. Mungkin perjalanan itu menjadi guru mendidik mereka menjadi lebih menghargai sebuah persaudaraan. Berkali kali mereka ucapkan kekaguman kepada kami tapi sebenarnya kami terlalu kecil dan penakut. Merekalah yang hebat. Dan hari ini dengan status ibu, mereka masih terus berjuang kerana dalam berhadapan dengan runcing tantangan, selalunya kita akan memilih untuk terus hidup. Dan kita jatuh cinta dengan kehidupan yang kita lalui itu dengan menghargai warna warni penghiasnya. Maka itu kita pun Raikan Hidup!
Friday, February 20, 2015
Saturday, February 14, 2015
Anwar: Gagal di luar, menang di dalam.
Anwar: Gagal di luar, menang di dalam
Oleh Ronasina
Ini bukan lagi 1998. Tiada lautan manusia beri respon spontan memprotes di jalanraya apabila Timbalan Perdana Menteri dipecat dengan tuduhan rasuah serta salahlaku moral. Yang turun dengan gema laungan slogan Re-For-Ma-Si dulu adalah rakyat. Parti Islam SeMalaysia (PAS) walaupun memerintah Kelantan waktu itu masih belum mampu menarik minat rakyat seluruh Malaysia. Parti Tindakan Demokratik (DAP) hanya mahu menjadi pembangkang yang baik dan belum terbayang akan mampu mentadbir Pulau Pinang.
Masuknya Anwar Ibrahim ke jeriji besi Sungai Buloh selama lima tahun bermula10 Februari 2015 lalu atas hukuman kononnya didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan kali ini dalam keadaan partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama PAS dan DAP berjaya menakluki tiga negeri di dalam Malaysia. Masuknya Anwar Ibrahim kali ini dalam keadaan pendukung di sampingnya sudah bergelar Yang Berhormat dan dalam keadaan mereka sudah duduk di kerusi-kerusi empuk memegang jawatan penting tidak kira dalam kerajaan negeri, kerajaan tempatan, menjadi pegawai khas ataupun ahli lembaga pengarah syarikat kerajaan negeri.
Tidak ramai bergelar Yang Berhormat pada 1998. Mereka hanya terdiri dari ahli parti dari komponen Barisan Nasional, dari parti pembangkang, aktivis NGO dan individu yang bersimpati. Dari situlah gerakan bermula. Menggunakan nota, telefon dan sistem pesanan ringkas segala maklumat program disampaikan. Aktivis tanpa gaji merancang keliling negara menghasut. Kemudian perakam tanpa gaji menyalin dalam bentuk kaset, pita video dan video cakera padat. Yang menulis buat risalah, samidzat, majalah dan akhbar. Seniman berpuisi, berteater. Ini semua dibuat dengan semangat melawan kezaliman, tanpa disuruh sesiapa. Dalam gerakan reformasi apa saja kaedah, apa juga media digunakan untuk memberi penerangan kepada rakyat hatta di dalam teksi, majlis-majlis kenduri sehinggalah contengan di dalam tandas. Semua meraikan pelbagai kaedah tidak seperti hari ini banyak sangat tak bolehnya konon alasan tidak selari dengan garis parti, kaedah ini tidak bijaklah serta bermacam-macam teori pandai- memandai untuk menghalalkan kebaculan sendiri. Memang protes jalanraya bukanlah satu kaedah sahaja dan belum tentu berjaya tetapi apa usaha lain yang mampu dianjurkan dari pakar teori bijak pandai ini? Protes jalanrayalah yang banyak mengubah lanskap politik hari ini jika diteliti kronologinya. Pada era reformasi 1998 grafiti mengutuk pemimpin negara banyak kelihatan di dinding bangunan sekitar kota Kuala Lumpur. Laman web Mahazalim, Mahafiraun menjadi pelepas dahaga. Akhbar Harakah dicari. Sehinggalah Mahathir Mohamad rasa tergugat dan bertindak ganas mengharamkan, menyekat apa juga pengedaran maklumat dengan menggunakan akta akta. Aktivis dan ahli parti yang lantang ditahan tanpa bicara menggunakan ISA. Ternyata akta drakonian itu berkesan. Purata enam dari sepuluh yang dikurung akan berpaling dan kembali menyokong kerajaan. Dua akan jadi neutral, satu hanya menjadi ahli pasif. Hanya seorang yang kekal.
Hari ini ada satu lagi penyakit yang menyekat gerakan reformasi dari meledak seperti 1998 iaitulah penyakit yang dinyatakan tadi- kedudukan dan pangkat. Anwar yang sebelum ini berkeliling negara berkempen agar penyokong mengundi mereka dan kemudiannya mereka menang, dan mereka mendapat kedudukan, kemudian mereka jugalah yang sering menempel di mana sahaja Anwar berada, bertempik reformasi dengan kuat di sebelah Anwar, kemudian setiap kali berbual akan mahu mengaitkan diri dengan Anwar, sering ada dalam 'frame' bersama Anwar; senyap menikus dan sibuk dengan urusan lain. Aneh wal ajaib! Mana perginya ahli parti yang berbondong bondong dalam bas bikin kecoh sewaktu pemilihan parti? Ke mana sembunyi mereka yang membaling kerusi, bertumbuk sehingga cedera untuk merebut jawatan dalam hirarki parti tidak kira peringkat pusat mahupun peringkat cabang? Siapa mereka dan di belakang semua itu adalah suatu teka teki yang ada jawaban jika kita singkap betul betul.
Kita lihat pula hubungan Pakatan Rakyat. Di sini lebih besar punca lesunya gerakan membela Anwar Ibrahim tahun 2015. Pertelagahan sesama parti dalam penserikatan Pakatan Rakyat membunuh senyap keyakinan rakyat lebih-lebih lagi PAS. Perang di alam siber menghentam PAS sebenarnya memberi kesan yang tidak kecil. Penyokong Anwar sering membantai apabila PAS dan pemimpinnya bertindak tidak selari dengan semangat Pakatan Rakyat sedangkan ada isu awalnya dicetuskan sendiri oleh Anwar. Sebaliknya penyokong Anwar tetap beranggapan apa sahaja perbuatan Anwar adalah betul dan terbaik untuk menguatkan Pakatan Rakyat walaupun tidak berbincang terlebih dahulu dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain. Kajang Move adalah satu contoh projek gagal Anwar yang merosakkan Pakatan Rakyat. Parti lain terpaksa membasuh tahi yang telah diberakkan. Terpaksa menyokong dalam keadaan terpinga-pinga. Konspirasi menyingkirkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga adalah tahi besar membuat PAS terjepit dan terpaksa menyokong demi semangat Pakatan Rakyat. Anwar dan juak-juaknya yang berkonspirasi pandai meletakkan beban kepada PAS yang serba salah sehingga PAS terbelah dan Presidennya dikecam. Jangan lupa, penyingkiran ke atas Khalid Ibrahim tidak disenangi Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Rakyat melihat bagaimana Anwar dan PKR menafikan kecerdikan mereka dengan hujah-hujah gelabah untuk menggulingkan Khalid walaupun mereka bukanlah sangat menyokong Khalid. Mereka bersimpati dengan Khalid yang dilayan 'double standard' di dalam parti yang Anwar jadi Ketua Umumnya.
Berbalik kepada pergeseran ahli-ahli bawahan antara PKR, penyokong Anwar dengan PAS ternyata kuat impaknya.Ternyata ahli PAS dan pro Presiden mereka Hadi Awang menyambut dingin sejak malam finale di Stadium sehingga hari penghakiman di Mahkamah Putrajaya . Satu hal yang kita mesti akui jentera PAS sangat hebat, jika dimobilisasi mereka akan memenuhi kota Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak terjadi dan ia adalah gambaran kekecewaan mereka terhadap apa yang berlaku. Tidak adil menuduh hanya PAS besar kepala (walaupun ada sosok-sosok yang sering mengeluarkan kenyataan dangkal) dan punca segala permasalahan. Bagaimana hendak diperbetulkan semula kerana segalanya sudah berlaku? Cuma retak Pakatan Rakyat masih belum tahu apakah terbelah atau dijahit semula.Jika terbelah masa depan untuk mengekalkan kerajaan pada Pilihanraya Umum akan datang akan gelap dan ini memudahkan Barisan Nasional kembali berkuasa.
Perhimpunan Sabtu lalu tidak besar dan seperti 1998 ia bukan dianjurkan parti politik. Ia dirancang oleh aktivis-aktivis yang aktif memprotes kerajaan sebelum sebelum ini. Antara yang menyertai perhimpunan bukanlah penyokong sosok Anwar semata mata tetapi lebih kepada memprotes kezaliman rejim.Yang Berhormat sibuk dengan urusan rakyat. Ya, Yang Berhormat yang diperkenankan Anwar sendiri termasuklah pegawai pegawai besar pencen yang tiba-tiba muncul menjadi calon payung terjun pada Pilihanraya Umum yang lalu sehingga orang yang sudah lama buat kerja diterajang.
Ringkasnya, sebagai sosok individu menentang kerajaan, Anwar Ibrahim adalah legenda. Kelibat beliau mampu menggugat kedudukan pemimpin kerajaan sehingga karier dan pergerakan Anwar perlu disekat. Menghantar Anwar ke tempat paling kejam dan jijik seperti penjara dan membusukkan namanya dengan tuduhan jelik adalah gambaran betapa kuatnya beliau sebagai individu dalam menggugat kerajaan sehingga itu semua perlu dilakukan.
Tetapi sebagai pemimpin yang berorganisasi dan ingin menjadi orang nombor satu negara, Anwar gagal jika diukur dengan kelam kabutnya parti tak terkawal, menyingkirkan kawan yang baik hanya kerana kawan itu berani mengkritiknya, melayan pengampu dan dalam menuntut keadilan tetap juga dia tidak memberikan keadilan kepada anggota parti pimpinannya sehingga ada yang tersinggung dan malas campur. Anwar berjaya sebagai individu sehingga terpodot di dalam penjara. Apakah Anwar masih mampu melakar rencana perjuangan bersama rakyat dari dalam tembok jika pendukung harapannya bersembunyi di lubang tikus atau hanya dikenang sebagai pendekar berjuang berseorangan? Masa akan menentukan.

Subscribe to:
Posts (Atom)