Tuesday, October 12, 2010

GEMPAR! BERITA TERKENTUT..


presiden Persatuan Katak Sangap (PERKASA) dilucut gelaran Dato oleh baginda Sultan Kelantan. Sila baca akhbar2 yang tak bangang di Malaysia untuk berita lanjut.

- diharap semua rakyat bertenang dan tidak berdemo membawa kepala katak di istana.

Sunday, October 10, 2010

hmm..

- tiada kata


gambar oleh Abang Bad dan Kak Nashitah

Saturday, October 9, 2010

dasar paria tak sedar diri..

(menggunakan isu yang sama dengan tukar tiub)

PEMUDA UMNO JB MAHU PENGERUSI HINDRAF DIHALANG MASUK NEGARA
– mstar

JOHOR BAHRU: Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu mahu Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy dihalang daripada memasuki negara ini berikutan tindakannya mempertikaikan titah yang dibuat oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Ketuanya Khalid Mohamad berkata kenyataan Waytha Moorthy menerusi laman web Free Malaysia Today itu tidak boleh dimaafkan kerana beliau seolah-olah mempersoalkan kuasa yang dimiliki oleh raja-raja Melayu.

"Kita akan meminta kerajaan supaya menghalang kemasukan pengerusi Hindraf itu ke negara ini serta pada masa yang sama menutup laman web Free Malaysia Today kerana ia merupakan ancaman kepada keselamatan negara ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai demonstrasi aman seramai 200 orang bagi membantah kenyataan yang dibuat oleh pengerusi Hindraf itu di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, di sini, Sabtu.


opsss.....bukan Waytha Moorthy yang paria tapi orang Melayu. kata Pak Ngah kg. Semerak, orang India dan Cina di Tanah Melayu mendapat kerakyatan di bawah kerajaan British yang dinamakan British Residence dan Raja2 Melayu juga di bawah perkenan British. Maknanya mereka setaraf. Orang Melayu pula di bawah Yang Di pertuan Agong iaitu Raja2 Melayu. Maknanya kita lebih paria.

dalilnya - perhimpunan hindraf dulu mengapa hantar memorandum ke kedutaan british tidak ke istana negara seperti demo bersih, isa dan lain2? sebab british yg bawa india dan cina masuk dan mengiktiraf kerakyatan mereka. sultan pula diiktiraf oleh british, yang tak diiktiraf ditendang. orang melayu duduk bawah sultaaaaaaannn...

siapa paria?
nasib baik moyang2 aku dulu pun india..hikhikhik..

Thursday, October 7, 2010

Ayu Karan dan fitnah.

Kami belajar di kolej yang berlainan tetapi kolej kami bersebelahan. Ayu memang ayu dan sebab itulah digelar Ayu Karan. Dia menjadi impian dan rebutan bukan saja di kolejnya, tetapi di kolej aku. Dari pelajar hinggalah pensyarah. Aku dan grup aku tak ambil pot dengannya sangat, cuma kelebihan aku ialah kami sedaerah dan kenal wajah masing-masing sejak bersekolah lagi. Waktu bersekolah dulu, selalu juga terserempak waktu sukan daerah dan bermacam-macam program lagi. Sebab itu setiap kali bertembung sering kami bertukar senyum dan bertanya khabar. Dan Ayu pastilah sentiasa berkepit dengan lelaki. Paling panas, dia pernah keluar dengan pensyarah kami yang agak muda tak jauh beza dengan usia kami. Duda.
Baru-baru ini kami bersua di facebook dan bertanya khabar. Ternyata Ayu sudah jauh berubah. Wajahnya sudah tembam seperti disumbat kuih pau pada pipinya dan dagunya ada dua. Tak tahu mengapa dia memakai dawai pendakap gigi. Cuma rambutnya masih perang.
Kami berbual (chat) bermacam-macam cerita dari kisah daerah, kolej hinggalah termasuk cerita politik.

"Aku 98% percaya Anwar meliwat sebab aku kenal saudara rapat dia. Diorang sendiri cakap." katanya.
"Aku pun kenal juga anak dan saudara dia tapi itu tak cukup. Perbicaraan yang adil mesti dijalankan." kataku.
"Bukankah Saiful dah bersumpah laknat. Mengapa Anwar tak buat? Berani kerana benar." katanya.
"Bersumpah adalah perkara terakhir yang perlu dilakukan oleh tertuduh jika dia masih didapati bersalah setelah perbicaraan yang adil dijalankan. Jika hasil perbicaraan itu jelas membuktikan dia bersalah, dia wajib bersumpah laknat ketika itu. Perbicaraan belum dilakukan dan tidak pula mengikut undang-undang anjuran Allah sedangkan yang terlibat adalah orang Islam." kataku dan aku juga membicarakan apa yang tertera dalam surah An-Nur dan An-Nisa' (hah! Bukankah kedua-dua itu nama anak-anak aku?).
Si minah karan ini tak berbunyi tetapi apabila perbualan demi perbualan berlangsung akhirnya dia berkata yang dia tetap percaya Anwar meliwat. Aku cuma berkata aku hormati pendiriannya dan berpeganglah dengan pendirian itu sehingga dipersoalkan oleh Allah swt di Yaumal mahsyar kelak.
Sembang punya sembang akhirnya sampailah kepada kes cinta dia dengan pensyarah. Aku tanya dia, "Encik Hasdi (pensyarah tersebut) pernah bercerita yang dia pernah 'main' dengan kau termasuk di bilik komputer kolej kau, betulke? he he.."
Dia melenting dan menafikan bersungguh-sungguh dengan marahnya. Aku kata aku percaya cakap pensyarah aku. Dia terus menghubungi aku dengan telefon dan dengan suara yang marah bersulam tangisan dia menafikan cukup-cukup.
"Celaka punya jantan (dia maksudkan pensyarah tersebut) mereka-reka cerita. Ingat aku takde maruah ke? Jahat-jahat aku kau ingat aku senang-senang nak bagi cipap aku? Gila.." dan dia menangis.
"Tapi semua orang percaya Ayu..masa tu kami semua geram dan ada yang teringin nak main dengan kau." kata aku.
"Cuba buktikan, panggil mamat tu jumpa aku, cakap bila, pukul berapa, kat mana kami main. Cakap!!"
"Sorry Ayu, dia pensyarah. Aku percaya cakap dia masa tu."
"Buktikaaaannn!!" jerit Ayu dengan esakan.
"Betul, Ayu. Dia siap sumpah lagi."
"Mana adaaa...tak gunaaa!! Makan sumpahlah engkauuuuuu Hasdi siall!!" katanya.
"Aku rasa aku percaya dia seperti kau percaya Anwar meliwat."
Aku putuskan talian dan off handphone. malas layan. dan blok dia dari fb aku.

Wednesday, October 6, 2010

pantatkuda

Rahimi@pantatkuda telah kami sedar lama akan peranannya selama ini dan telah kami sampaikan kebimbangan kami terhadap pengkhianatannya tetapi degil pimpinan di atas.
Hari ini terbukti benar!

Dalam blog che'gubard ada pula seorang pengomen mengguna nama "budak Kajang" memperkatakan tentang sorang lagi yang diragui statusnya dan amat hampir dengan sumber maklumat. betul! semua orang dah sampaikan...tak percaya juga?

tengok sajalah!

Tuesday, October 5, 2010

mengapa rambut?

dah setahun setengah aku tak potong rambut. aku memang dah lama teringin berambut panjang. baru setahun ni aku berpeluang.
"Dulu tak nak rambut panjang. zaman rock kapak dah abih dahlah!" gelak kawan aku.
"Woi! Kau mana boleh berambut panjang. kau mat baik." kata sorang lagi.

Aku selalu tertanya mengapa rambut selalu dikaitkan dengan tingkah laku. Dan berambut panjang adalah suatu kesalahan di dalam perkhidmatan awam mahu pun bebudak sekolah. Mengapa rambut? Kalau dijaga kemas apa masalahnya? Penganut agama sikh berambut panjang dalam turban bolehkan?

Aku rasa orang penjenayah kolar putih yang berkedudukan tinggi dan selalu berpakaian kemas cuba mengalih perhatian orang ramai terhadap kejijikan mereka dengan menghumbankan imej buruk itu kepada mereka yang berpakaian selekeh dan berketrampilan begini. maka, rambut jadi masalah. RTM dulu pun bukan saja tak benarkan artis lelaki berambut panjang muncul di kaca tv, malah lagu mereka pun diharamkan. macamlah mereka menyanyi dengan rambut. pakai nampak tetek atau bulu pahat tak mengapa.
Mereka berkuasa dan dengan kuasa ini, mereka memulas tengkuk orang lain agar mempercayai teori mereka. Rasulullah pun ada ketikanya berambut panjang ada ketikanya mencukur botak.

Bila berambut panjang dan berpakaian longgar aku kadang-kadang dicurigai bila memasuki toko-toko atau pasaraya. Kadang-kadang bila ada katering (aku ikat rambut kemas), aku akan dibuli disuruh itu ini dan ditempelak oleh mereka yang duduk di meja VIP. Diperintah macam budak yang lebih hina daripada mereka. Aku layan aje tapi sesekali berdebat juga kami dalam beberapa isu..hehehe..kulupsakah bukanlah penyabar sangat.

untungnya bila berambut panjang:- bila masuk kompleks atau pasaraya, penjual-penjual barangan atau servis seperti insurans, kad kredit atau apa-apa macam tu jarang dekat.
"Huh, mat haprak ni bukan ada duit." agaknya kata mereka gitu. Selamat!

Harap-harap peraturan larangan berambut panjang dalam kod etika perkhidmatan awam akan ditarik suatu hari nanti.

Sunday, October 3, 2010

janganpegangkepalaku

akumahubebasjanganpegangkepalaku.apaakubuatadalahataskeyakinanakudanbukanpengaruhsesiapa.
akumasuksituakududuksiniakukeluarsanaadalahkeranaakusendiriyangmahu.bukankeranakamuatauituatauiniataupercaturankamu.jangansibukbuatjalanuntukaku.akuberkawandengansesiapaberdasarkankepercayaandankasihsayang.akutinggalkanjikaakutakbolehpercayakankaulagi.bukanatashasutansesiapa.jikakautaksukakaujugabolehpergi.tiadamasalah.jikaakujahattinggalkan.akumahubahagiabebas.

janganpegangkepalaku.


*seseorang telah menyindir mengapa aku kurang aktif dan kononnya hanya mementingkan program yang 'masyuk' aje. aktif aku dulu dan bila-bila adalah kerana aku sendiri suka. mengapa aku harus berbuat apa yang kau mahu sedang aku tak suka?

bahalolisme!