Monday, August 8, 2011

anonymoustakdepunai


lukisan ini adalah karya seorang kartunis akhbar harian. Demi kebebasan bersuara, aku tak kisah dengan apa yang dia lukis. seriuus!
Tapi taruklah nama kat lukisan tuu..kalau Ronasina tulis Ronasina, kalau KulupSakah tulis KulupSakah... melukis tanpa nama samalah menulis surat layang.
seperti awek cun tapi takde nama
seperti komen anonymous yang tak nampak muka.

jika dia taruk nama aku akan berhenti memperlekehkan dia.
jangan jadi anonymous.
jangan takde punai.

p/s: dah dapat air tembikai. berbuka hari ni air tebu lak...

13 comments:

Cikli said...

baling batu sembunyi tangan. time dapat elaun pandai pulak huloq tangan keluaq.

Sudah tentu aku PAS.... takkan UMNO kot. said...

Memang puak-puak UMNO tak ada punai tapi suka sangat menyebut J*B*R. Dijadi wirid harian dilidah mereka sejak dijauhkan Allah dari rahman Islam.

Gambar tu, ibaratnya menghina Rasulullah SAW... ulama adalah pewaris nabi, menghina ulama yang benar ibaratnya menghina Baginda SAW sendiri.

Malah mereka amat dengki penyertaan orang-orang Islam dalam Himpunan Bersih 2.0 yang seandainya Rasulullah SAW masih hidup Baginda sendiri akan menyertainya sesuai dengan sabdanya berkenaan peristiwa Hilf al-Fudul iaitu 'daripada Talhah bin Abdillah bin Auf bahawa Rasulullah SAW ada bersabda, "Sesungguhnya aku telah hadir di rumah Abdullah bin Jad'an dalam satu pakatan. Ia teramat aku sukai seperti kesukaanku kepada unta merah [gambaran terlalu suka]. Sekiranya aku diajak kepadanya di zaman Islam, pasti aku akan sahutinya."

Ini ingatanku pada orang yang mengaku Islam di dalam UMNO. Di akhirat esok, Rasulullah akan menghalau kamu semua dari meminum air dari Telaga Khausar. Tidak terkecuali di dalam PAS sendiri, pasti akan ada yang dihalau jika kamu tergelincir, tapi yang pastinya, insyaAllah lebih ramai adalah UMNO.

UMNO memperjuangkan Islam, tapi nak beri cuti hari minggu pada hari Jumaat pun tak mampu. Malah yang sedia bercuti hari Jumaat cuba ditukar kepada Ahad, kesian umat Islam di Johor dan Perlis terpaksa ikut Kristian mengagungkan hari Ahad. Jadi siapa sayang Kristian yang sebenarnya? Mereka lebih rela menyebabkan umat Islam tergesa-gesa dalam kelewatan ke masjid, dan tergesa-gesa meninggalkan masjid untuk ke pejabat. Daulatnya Islam yang dibawa UMNO, tidak mampu memberi ketenteraman kepada orang-orang Islam untuk beribadah dengan selesa pada Penghulu Segala Hari iaitu Jumaat.

Untuk UMNO saranan saya:
Sayang Najib undilah BN
Sayang Rosmah lagilah kena undi BN.

Irwan said...

Puak-puak ni memang ada dua jenis trait utama:

1) Takut lapar. Buktinya, dia takut nak mengaku identiti dia takut periuk nasik dia terlangkup. Tak macam kita yang takde periuk nasik so, nak telangkupkan apa lagi?

2) Bila dia takut lapar, maknanya dia tunggangan nafsu. Jadi, apa saja yang dia buat sebenarnya hasil dari kemudi si nafsu. In fact, gambar yang dia lukis tu pun dah terangkan diri dia sebenarnya. Kan gambar manusia tunggang manusia tu...Simbolik diri dia la tu...

Takyah buang masa nak terasa dengan BEBUDAK BARU NAK NAIK cam ni. Diam dan gelak jer dengan lawak seposen dia...

Anyway, teruskan tembakan shiper tu bro Kulup!


yang benar,
KTM Unabomber,
via akaun Tukang Komen

mamai said...

macam la org tak boleh tahu saper dia tu....

wayang said...

klau ditafsirkan sipelukis tu adalah jenis org yg sakit jiwa @ mental kurang baik sentiasa hasad dengki dan khianat x tak tau ke yg selama ini Malaysia cukup makmur tapi marhaen dapat kuah saja yg kenyang elit pemerintah & golongan kaptilis yg ada dicelah2 kangkang mereka.

Anonymous said...

Sebuah gambar dari seorang kartunis yg cukup memberi kesedaran pada sesiapa yg melihatnya. Kita jgn persoal siapa pemiliknya.. Tapi kita harus persoal siapa Tuan dan Siapa Pecacainya dalam gambar tersebut.

Ini lah sebuah gambar yg dapat memberi beribu2 makna yang mendalam kepada orang2 melayu khususnya yg beragama Islam dan yang telah MURTAD [ pada kejadian yg terbaru ] agar mengambil iktibar dan pengajaran agar kita tidak di perlekehkan oleh KAFIR HARBI LAKNATULLAH.


Aku kadang2 gelihati .. terkejut sedikit ..bila aku sangka selama ini KEPALA KULUPSAKAH seorang yg berilmu dan berfikiran matang dalam soal akidah dalam Islam .. tapi rupa2nya dia khilaf... tak dapat beza Islam yg bole menghalalkan cara.. dan Islam yg tidak boleh di kompromi.

Anonymous said...

Anon pukul 10:00 cakap pasal kafir harbi.

Kau ni solat fardu lepas ke tak 5 kali sehari?

Anonymous said...

anon 11.24,

1.Tanya orang lain pasal sembahyang cukup ke tak 5 kali sehari?

2.Apa ko tak tanya masa ramai2x kat perhimpunan bersih itu hari?? dah complete sembahyang zohor,asar,maghrib,isyak..dari mula datang,berarak,sampai berlari-lari,berkejar-kejar,kena sembur lepas tu kena tangkap,soalsiasat sampai keluar..cer..cer citer..apa semua yang islam tu buat???

3.tanya kat polis,fru tanya diaorang dah sembayang ke belum masa tu, tanya juak2x yang datang dari jauh dah sembahyang ke belum???apa lahhh...sama je korang 2x5...5x2...

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa

Anonymous said...

bro,

1.Walaupun anon (tanpa nama) tapi tetap yang lukis,tulis tu manusia yang ada akal & hati.Jadi nama tak penting untuk menyampaikan maksud tulisan/lukisan.tak kiralah berani,penakut,takde punai,tak de telur dan lain2x.

2.Apa yang penting Akal dan hati manusia lain yang melihat/membaca apa yang ditulis/lukis tu menterjemahkan maksud tulisan/lukisan itu sampai menusuk ke kalbu dan merasa ke saraf otak untuk menterjemahkan maksud tersirat..maka disitulah kebesaran kuasa Allah dalam menjadikan manusia yang punya akal dan hati berbeza mahluk lain seperti jin,syaitan,hantu kom-kom,jembalang,toyol,binatang-binatang dan sebagainya.Pun ada nama tapi tak boleh menggunakan akal/hati..bro kulup-kulup..2x5...5x2...hee..hikk..

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa..cukup sekadar orang mengenaliku sebagai 'manusia' yang punya akal dan hati untuk berikhtiar dalam kehidupan sehingga hujung nyawa.

nama,rupa dan asalku tidak penting kerana ianya hanya pinjaman didunia,yang dibawa nanti adalah pengisian hati melalui roh.

Akal digunakan semasa hayat dan mengisi ke hati setiap bacaan akal.hati tersebut akan dibawa mati bersama roh dan disitu segalanya dihisab..hati dan akal anda semua bagaimana???

masih berdendam,bermusuh,bergaduh,berdengki,memberontak,mencerca,nista,mengkeji,mengumpat,mengutuk,mengampu,perosak..issshhh..macam2x manusia ini dengan akal dan hatinya..2x5...5x2..

Anon 11:24 said...

Susah sangat ke soalan aku: Kau solat 5 waktu lepas ke tak?

Jawapannya sama ada Ya atau Tidak. Itu sahaja.

Memandangkan dah ada pembela sekarang aku nak tanya pada Anon 1:46, kau solat 5 waktu lepas ke tak?

Untuk menjawab soalan no 2.
Setahu aku... rakan-rakan aku dalam Bersih 2.0 sembahyang... memandangkan kami musafir maka kami bersembahyang jamak. Ayah aku dan rakan-rakannya siap dicheck di pintu Masjid Kampung Baru macam orang Palestine dicheck tentera Yahudi yang nak masuk Baitulmuqaddis gara-gara nak bersembahyang di masjid. Kalau ahli PAS, insyaAllah solat mereka pasti akan dijaga seperti mereka tidak akan menemui waktu solat yang seterusnya. Gambar-gambar di dalam internet dan youtube juga membuktikan ramai peserta Bersih 2.0 bersembahyang... jadi UMNO hampa sakit tang mana bila orang PAS dan peserta Bersih 2.0 boleh bersembahyang walaupun diasak dengan kekasaran. Tapi cubalah tanya Marina Mahathir di sembahyang ke tak? Kalau tak kau fikirlah sendiri sebab apa dia tak sembahyang. Patriot sembahyang ke tak hari tu? Kau hadir bersama-sama dengan Patriot ke? Sama-sama lari membuang Jalur Gemilang bila ditembak gas? Atau kau sama macam Berahim Ali, berselimut di tepi bini. Masa 9 Julai hari tu kau sembahyang penuh ke tak?

FRU tu sembahyang ke tak aku peduli apa... sebab di Mashyar nanti bukan takat sembahyang FRU je ditanya, kaki FRU yang menendang peserta Bersih turut ditanya, tangan yang memukul, menembak dan sebagainya turut ditanya. Kalau sembahyang lepas, tetapi sebab perbuatan zalim dia terkantoi tak guna juga. Lani FRU yang dah terpukul dan sengaja pukul orang tu cari balik orang yang kau pukul tu... minta maaf padanya... semoga dimaafkan... bukan apa di Mashyar nanti susah. Yang dah bunuh orang tu... kau jawab sendirilah di Mashyar... sebab hukuman qisas dan takzir tak dilaksanakan di Malaysia. Jadi terkantoilah kau di Akhirat kelak.

So, Anon 1:46, 34244 kau lepas ke tidak? Kalau aku insyaAllah selalu lepas.

Soalan ni UMNO selalu sensitif - sebab majoriti mereka kantoooi.

Anonymous said...

anon 11.24,

1.Hiik..sembayang je ko kira tapi kelakuaan dan kekacauan yang ko buat tak kira??haa..haaa..aku gelak lah..korang memang 2x5.5x2..

2.hebatke lepas sembahyang pastu buat kekacauan dan mendesak macam2x melalui cara berpakat dengan puak kafir dan menyebabkan kesusuahan kepada rakyat lain disekitar K.Lumpur..

3.Apa ko tak tanya kenapa nik ajis,haron din dan lain-lain ulamak tak turun masa demontrasi tu..tunjukkanlah perjuangan jihad yang ko maksudkan tu macam kat palestin..heee...heee..

4.kalo betul perjuangan tu aku rasa haron din,ismail kamus,nik ajis dan ramai lagi orang pertama dibarisan hadapan..heee..heee..tapi ini muka-muka PAS totok,sembayang tongang tonggek..pakai kopiah,tapi hati busuk..akal binatang..tak sama brooo...

5.Ceritalah pasal kehebatan pasal agama yang korang ada dalam diri..tapi bila riak,bila takbur,bila sombong, bertindak guna hati busuk..tak guna akal kesederhanaan..hancur islam macam ni.

6.Ko pernah tengok haron din,ismail kamus atau nik ajis dan lain2x pegang sepanduk ..kalo dia buat pun malu-malu kucing atau simbolik je..nak naikan motivasi dan semangat korang jee...sebab politik...tapi hati dia pun serbasalah...sebab politik...belasah jelah..

7.itulah samannya 2x5..5x2...manusia didunia ini baik dipuak PAS,PKR,UMNO/BN...heee..sorry..aku neutral asalkan aman,boleh berikhtiar hidup,boleh fikir kebaikan dunia dan kebaikan akhirat..cukuplah..InSyallah jika niat baik..Tuhan kan maha pegampun lagi maha penyayang.

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa.

Anon 11.24 said...

Mana ada neutral dalam kehidupan manusia... ingat apa sebatian kimia ph 7? Kau ni gear kereta ke? Kalau sanggup memberi komen memihak pihak sebelah sana masakan neutral...

Sesungguhnya Bersih 2.0 adalah selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W. berkenaan Hilf al-Fudul iaitu daripada Talhah bin Abdillah bin Auf bahawa Rasulullah SAW ada bersabda, "Sesungguhnya aku telah hadir di rumah Abdullah bin Jad'an dalam satu pakatan. Ia teramat aku sukai seperti kesukaanku kepada unta merah [gambaran terlalu suka]. Sekiranya aku diajak kepadanya di zaman Islam, pasti aku akan sahutinya." Jadi ini adalah jihad... seandainya terkorban insyaAllah ganjarannya adalah syahid. (UMNO akan buat-buat tak faham je dengan hadis dan peristiwa seperti ni)

Bengong betul Anon 7:24... kekacauan apa yang berlaku dalam Bersih 2.0?

Berapa orang polis terkorban dikerjakan oleh peserta Bersih 2.0?

Berapa kedai dan pasaraya yang dipecah masuk dan dicuri?

Berapa banyak bas yang dibakar?

Berapa banyak kenderaan polis dibakar?

Malatov Cocktail meletup di mana?

Berapa biji tong sampah yang dibakar?

Berapa ramai orang awam yang hilang nyawa akibat ditetak oleh peserta Bersih 2.0?

Berapa banyak kepala UMNO dah dingayau di KL?

Kau tanya pasal TGNA dan TGHD kenapa tak turun. Kenapa tak soal kena Saidina Othman bin Affan tidak sertai Perang Uhud? Kenapa Najib sebagai ketua negara tak membaca khutbah pada hari Jumaat?... oklah tinggi sangat kot... kita rendahkan sedikit kenapa dia tak menjadi imam untuk solat-solat fardu?

Sekarang aku nak tanya kenapa kau tak turun menyertai PATRIOT? Tulisan kau tak tertulispun kau sertai PATRIOT mahupun berkelah bersama PERKASA di Tasik Titiwangsa? Kau di mana... sembunyi dalam kandang babi?

Nampak sangat pembela-pembela UMNO tak sembahyang... kalau sembahyang dikatakan 'tonggang-tonggek', sahlah mamat Anon 7:24 macam spesis murtad juga. Kalau dia Islam sanggupkah dia mengatakan ibadah tertinggi umat Islam sebagai 'tonggang-tonggek'? Inilah buktinya UMNO bukan pejuang Islam, masakan pejuang Islam akan menggambarkan ibadah tertinggi yang difardukan Allah dalam peristiwa Isra & Makraj sebagai 'tonggang-tonggek'? Patutkah seorang yang membela Islam berkata sedemikian?

Soalan yang mudah kau sembahyang 5 waktu sehari semalam pun tak dijawab... macam syaitan yang merasuk dalam tubuh manusia... yang akan berdolak-dalih dalam jawapannya. Jawapan aku bila Anon 7:24 kata sembahyang sebagai 'tonggang-tonggek' maka kau tu lebih kurang macam orang kafirlah. Orang Islam takkan kata ibadah sembahyang sebagai tonggang-tonggek.

Nampaknya seorang lagi UMNO luruh akidahnya akibat memberi komen. Tak payah ke gereja pun... kata-kata yang ditulis pun boleh mengundang kemurtadan kalau tidak berhati-hati.

Kau nak pertahankan Islam apa, kalau diripun dah macam orang murtad? Menghina ibadah sendiri.

Anonymous said...

Takyah buang masa nak terasa dengan BEBUDAK BARU NAK NAIK cam ni. Diam dan gelak jer dengan lawak seposen dia...
school uniform fabric online
best fabric for school uniforms