Wednesday, September 28, 2011
(part 2) VIP - VERY INDECENT PROPOSAL
Aku pernah pergi banyak majlis anjuran mana-mana pihak baik kerajjan atau tidak, termasuklah parti-parti politik dan ini berlaku dalam semua majlis. Tempat duduk khas VIP, laluan VIP, parking VIP sudah menjadi biasa di Malaysia.
Siapa VIP? Siapa yang Very Important Person sangat dalam sebuah majlis makan-makan? Apa yang pentingnya kamu dalam majlis makan, majlis ceramah, majlis itu ini?
Mengapa kamu jadi VIP? Siapa yang angkat kamu jadi VIP?
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Aku pernah jadi VIP kau tahu, haha! pakai baju smart, duduk meja khas dan dilayan baik. Ramai orang nak salam dan ambil gambar. Aku geli dan aku rasa tak selesa sebab nampak kawan-kawan aku di tempat duduk awam sangat bebas dan seronok sedang aku kena makan bertertib. Aku blah!
------------------------------------------------------------------------------------------------
Pernah aku tak dibenarkan membawa kereta masuk ke dalam stadium Bangi ketika ada ceramah politik di situ. Puas aku bagitahu yang aku ada anak OKU kepada petugas anakmudaamal tu tetapi seperti robot yang dah diprogram mereka suruh aku parking di luar dan menolak kereta tolak anak aku dari situ masuk ke dalam stadium. mematuhi arahan boss amat penting~ tak perlu ada budi bicara. Aku berang! Aku tunjuk sticker OKU tapi tak layan. Mereka hanya senyum dan kata tak boleh. Seorang pegawai polis bagaimanapun membenarkan kami masuk parking di dalam.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Di sebuah majlis, aku lihat ramai kawan aku yang setia berjuang sejak dulu duduk memenuhi khemah awam. Mereka ini terus tegar. Tidak mahu jadi calon dan tidak mahu memegang jawatan kerana sedar akan diri tetapi terus menyokong dan berjuang. Berbanding orang-orang baru yang bergiat dalam politik dan memegang jawatan dalam parti atau menjadi YB, mereka ini sampai kiamat tak dapat duduk di tempat VIP walaupun mereka tak mahu dilayan sebegitu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kami pernah dapat katering dalam sebuah program. Ketika YB sedang berucap untuk acara perasmian, AJK2 kalut datang kat kami minta kami sediakan meja khas dengan pinggan mangkuk yang cantik-cantik untuk VIP ini sedangkan syarat awalnya tidak dinyatakan begitu. Kalau dinyatakan awal, kami tolak.
Kami bagitahu kami tak 'serve' VIP. Semua dilayan sama tetapi AJK terus juga menyuruh. Kami jelaskan kami bukan pengikut budaya bodek.
"Ini bukan bodek tapi adat kita tetamu khas mesti dilayan istimewa."
"Maaf! Kami tak buat begitu."
AJK masam mencuka dan selepas itu sah-sah kami tak dapat lagi tawaran. Hahaha!
------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin isu tempat VIP ni remeh bagi orang lain tetapi ia amat besar bagi aku kerana ia mencerminkan wajah sebenar sesuatu sistem. Jika kita berbicara tentang "Ketuanan Rakyat" kita harus praktikkan tiada sempadan antara pemimpin dan rakyat. Inilah yang Rasulullah SAW amalkan dan dicontohi sahabat. Mereka duduk, makan minum, berbual dengan rakyat, berpakaian rakyat seolah-olah mereka semua sama taraf dan dalam keadaan tersebut karisma mereka tetap bergemerlapan. Bagaimana kalau rakyat tidak mahu menerima kunjungan ahli politik nanti sewaktu kempen pilihanraya kerana di rumah rakyat tiada tempat VIP?
Jadilah macam aku yang akan merampas kerusi VIP jika aku hadir dalam majlis-majlis tersebut. haha! Jika kalian semua ada ketika itu, ayuh kita sama-sama duduk di situ. Apa mereka nak kata?
Monday, September 26, 2011
Sunday, September 25, 2011
VIP - VERY INDECENT PROPOSAL
saya berharap lain kali "khemah VIP" tak perlu diadakan di majlis rumah terbuka hari raya bagi memberi peluang rakyat duduk bebas bersama pemimpin pujaan mereka kerana pemimpin dan rakyat berpisah tiada. ada yang datang dari jauh hampa nak bergambar kerana pemimpin sibuk berbual sesama kawan2 pemimpin saja. Nanti dekat2 pilihanraya, jangan turun ke rumah rakyat kerana di sana tiada "tempat VIP". Sekian!
sila klik dan layan lagu ini -> surat untuk wakil rakyat
Thursday, September 22, 2011
satu demi satu
lawakmu
satu demi satu
satu demi satu demi satu
satu demi satu demi satu demi satu
satu demi satu demi satu
satu demi satu
lawakmu
aku belum habis ketawa
kau dah buat lawak baru
aku belum puas menangis
kau hidangkan jenaka baru
tak sempat nak lupa lawak dulu
sudah datang lagi satu
kau memang lawak
kau memang
kau
satu demi satu
satu demi satu demi satu
buat aku lupa nama asalmu
Monday, September 19, 2011
Thursday, September 15, 2011
mansuh ISA: najib betul
namun begitu keikhlasan boleh diukur dengan tindakan. kawan-kawan membuktikan kepada aku keikhlasan najib diragui, kalau betul tutup segera kem kamunting. ini gula-gula PRU kata mereka.
Ya! Aku tahu, aku faham. Tapi satu perkara yang kita perlu faham dalam hal ini ialah akhirnya najib akur dengan perjuangan yang kita laung-laungkan. Kita kadang-kadang merasakan perjuangan kita benar. semua orang begitu kadang-kadang perasan yang diri mereka benar. tetapi apabila musuh yang kita tentang mengikut tuntutan kita ini bermakna kita diiktiraf. apa yang kta perjuangkan itu diakui musuh kebenarannya. seperti mahadey berundur sebelum PRU 2004. memang keikhlasannya diragui tetapi mahadey akur dengan tuntutan kita. soal mereka sengaja guna taktik itu untuk memperdayakan orang yang tak tahu adalah perkara lain. itu memang sifat mereka. putar belit.
lalu apa sekarang?
jika musuh sudah akur, tugas kita adalah meneruskan kempen menghumbankan mereka. kesilapan kita ialah kita gagal menggunakan kesempatan terbaik lalu peluang pun terlepas. kita hanya membebel-bebel saja. yang faham hanya faham sorang-sorang. SEBARKAN kebenaran perjuangan ini! Bukan duduk saja.
sebagai anak, kita mesti terus meyakinkan orang tua kita dengan cara yang lemah lembut agar berubah. Rasulullah saw terus memujuk Abi Talib sehingga saat-saat pamannya itu berhadapan sakaratulmaut. Dengan cara yang lembut. Soal gagal atau jaya perkara lain. Sepekan Taif menolak Rasulullah lalu Allah memujuk Muhammad agar teruskan perjuangan kerana itu tugasmu, hidayah aku yang tentukan. Kalua kita ketua keluarga didik anak isteri kita. Kelakarnya ada juga orang politik yang masih gagal mentarbiahkan isterinya sendiri. Nak pergi dengar ceramah pun takut bini dia marah. hahaha!
Terus tarbiyyah sehingga ke saat akhir bukan guna satu kaedah tak jalan terus berhenti. Nabi Noh terus mengajak anaknya naik bahtera tetapi anaknya tak mahu. Itu last punya usaha tu.
sebab perjuangan ini bukan untuk makhluk, perjuangan menegakkan kebenaran adalah tuntutan yang dipertanggungjawabkan.
berhenti persoalkan mat indera. Dia dah syahid.
Kita?
Wednesday, September 14, 2011
selamat hari malaysia
Selamat Hari Malaysia: Al Fatihah Al-Marhum Rosli Dhoby
Al-Marhum Rosli Dhoby difitnah Inggeris sebagai penderhaka, penjenayah, penjahat dan menemui ajalnya ditali gantung penjajah. Jenazahnya juga dihina inggeris, makam tanpa nesan, dikuburkan di dalam penjara Kuching, Sarawak.
Warkah terakhir Al-Marhum:
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita – Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.
4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.
5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.
(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.
Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)
6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.
8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.
dipetik dari blog : seniman Rahmat Haron
Monday, September 12, 2011
cheeeewwaaahh!!!
Tuesday, September 6, 2011
pekembar
"Apabila sesuatu jenama itu diharamkan kita tak boleh menggunakan nama yang sama untuk produk baru kita. Apabila Datuk Harun Hashim haramkan Umno, Umno tahun 1988 ditulis dengan perkataan "Umno (Baru)" ..ada perkataan 'baru' dalam kurungan." sambung Pak Raja lagi, "tetapi kemudiannya Setiusaha Agung Umno ketika itu membuang perkataan itu dan menjadi semula 'Umno' seolah-olah ia hidup lagi walhal ia telah diHARAMkan. Mungkin mereka memang suka yang haram ni..."
"Akronim Umno itu jika mahu digunakan juga ia tak boleh lagi bermaksud United Malay National Organisation kerana pertubuhan itu diharamkan dah. Jika mereka mahu juga guna Umno mereka kena tukar maksud."
"Nak pakai nama apa pulak Pak Raja?"
"United Malay Notorious Organisation..itu boleh."
Kah Kah kah!
"Kau tau kenapa Umno tak mahu tukar ke PEKEMBAR? Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu?"
"tak tahu.."
"Sebab perkataan KEBANGSAAN MELAYU tu akan menelanjangkan Umno yang di dalamnya penuh Melayu celup. Ada Arab, mamak, Siam di dalamnya. Mengekalkan nama Inggeris akan mengaburkan semua tu maklumlah ahli Umno bukan cerdik sangat. Mereka takut perkataan Kebangsaan atau National tu.."
"ya tak ye jugak ye..."
"Kau tengok MIC, mereka gunakan C= Congress dan MCA = A untuk Association, mereka tak guna National...dan kau tak jumpa muka cina dalam MIC atau muka melayu dalam MCA tapi dalam Umno bersepaaaaahhhh muka ala-ala itu. "
Betul jugak? tak caya tanya Madey, Azeez, Jeanne, Albar, Alhabshee, Naina....
(foto di atas adalah Rumah Pak Raja)
Saturday, September 3, 2011
BARUa
Suatu hari kedamaiannya diragut. Sekumpulan manusia rakus yang menggelarkan diri mereka Geng Asap telah menceroboh dan menjadi tuan di tempat ini. Kita tiba-tiba diperas. Hasil kerja kita dicukai, kita dipaksa mengikut arahan mereka. Mereka kuat dan sangat berkuasa.
Tapi kau melawan. Kau bangun memberontak. Mengumpul teman-teman sekampung menentang penindasan ini. Penceroboh yang memeras dan merampas ini ingin kau usir dan kedamaian kampung ini mahu kau kembalikan seperti dulu. Menurutmu, orang lain tak berhak mencampuri urusan kampung tercinta kita. Kita mesti berjuang katamu.
Aku memilih jalan selamat. Cukuplah sekadar boleh hidup. Aku tak mahu susah. Gerakanmu menggugat kedudukan Geng Asap dan ternyata mereka risau. Geng Asap menghebahkan seluruh kampung yang kumpulan kau berbahaya, mengancam sesiapa saja. Kumpulan kau dianggap pengganas yang akan mengancam keselamatan siapa saja. Geng Asap mengajak penduduk kampung bersatu memerangi kau. Mereka menawarkan bayaran upah yang baik untuk penduduk kampung bekerja dengan mereka, menjadi tentera mengawal keselamatan mereka agar tidak digugat kamu.
Aku menyertai tentera Geng Asap untuk mencari nafkah. Aku tidak mahu kampung kita kacau bilau. Kedamaian mesti dipelihara dari sebarang gangguan termasuk dari kumpulan kamu. Aku membantu Geng Asap memelihara keamanan ini.
Geng Asap memerintahkan aku dan kawan setugasku memburu kau dan kawan-kawanmu yang mengganas. Aku menangkap beberapa kerat kawan kita yang kami syaki memberikan bantuan kepada kau.
Kau marah. Tak sangka kita bertemu di sini dan kau meminta aku membebaskan kawan-kawanmu. Aku enggan kerana aku sedang menjalankan tugas yang diamanahkan kepadaku. Kau memberi amaran akan menyerang aku dan menghapuskan Geng Asap dari kampung kita.
Dan kita berperang. Akhirnya dengan bantuan kawanmu yang kami bayar untuk menangkapmu, kau terkorban. Kumpulanmu juga kami berkas dan bunuh. Tiada lagi gangguan dari kamu.
Geng Asap akhirnya setuju meninggalkan kampung kita dan menyerahkan pemerintahan ini kepada aku setelah aku bersetuju akan tetap menjalankan pemerintahan mengikut apa yang mereka telah gariskan.
Akhirnya kampung ini merdeka dan aku terus memelihara kedamaian ini mengikut acuan mereka. Inilah kejayaan yang bijak. Tanpa sebarang keganasan seperti yang cuba kau anjurkan.
Kamilah wira. Bukan kamu. Kamu pengganas.
Selamat hari kemerdekaan!