Aku pernah tulis benda ni tahun2 dulu, tentang VIP dan hapakebendenya ni. Aku amat tak berkenan kalau pergi ke majlis orang ramai ada makan makan tetapi di situ akan ada tempat khas untuk VIP.
Aku pernah pergi banyak majlis anjuran mana-mana pihak baik kerajjan atau tidak, termasuklah parti-parti politik dan ini berlaku dalam semua majlis. Tempat duduk khas VIP, laluan VIP, parking VIP sudah menjadi biasa di Malaysia.
Siapa VIP? Siapa yang Very Important Person sangat dalam sebuah majlis makan-makan? Apa yang pentingnya kamu dalam majlis makan, majlis ceramah, majlis itu ini?
Mengapa kamu jadi VIP? Siapa yang angkat kamu jadi VIP?
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Aku pernah jadi VIP kau tahu, haha! pakai baju smart, duduk meja khas dan dilayan baik. Ramai orang nak salam dan ambil gambar. Aku geli dan aku rasa tak selesa sebab nampak kawan-kawan aku di tempat duduk awam sangat bebas dan seronok sedang aku kena makan bertertib. Aku blah!
------------------------------------------------------------------------------------------------
Pernah aku tak dibenarkan membawa kereta masuk ke dalam stadium Bangi ketika ada ceramah politik di situ. Puas aku bagitahu yang aku ada anak OKU kepada petugas anakmudaamal tu tetapi seperti robot yang dah diprogram mereka suruh aku parking di luar dan menolak kereta tolak anak aku dari situ masuk ke dalam stadium. mematuhi arahan boss amat penting~ tak perlu ada budi bicara. Aku berang! Aku tunjuk sticker OKU tapi tak layan. Mereka hanya senyum dan kata tak boleh. Seorang pegawai polis bagaimanapun membenarkan kami masuk parking di dalam.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Di sebuah majlis, aku lihat ramai kawan aku yang setia berjuang sejak dulu duduk memenuhi khemah awam. Mereka ini terus tegar. Tidak mahu jadi calon dan tidak mahu memegang jawatan kerana sedar akan diri tetapi terus menyokong dan berjuang. Berbanding orang-orang baru yang bergiat dalam politik dan memegang jawatan dalam parti atau menjadi YB, mereka ini sampai kiamat tak dapat duduk di tempat VIP walaupun mereka tak mahu dilayan sebegitu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kami pernah dapat katering dalam sebuah program. Ketika YB sedang berucap untuk acara perasmian, AJK2 kalut datang kat kami minta kami sediakan meja khas dengan pinggan mangkuk yang cantik-cantik untuk VIP ini sedangkan syarat awalnya tidak dinyatakan begitu. Kalau dinyatakan awal, kami tolak.
Kami bagitahu kami tak 'serve' VIP. Semua dilayan sama tetapi AJK terus juga menyuruh. Kami jelaskan kami bukan pengikut budaya bodek.
"Ini bukan bodek tapi adat kita tetamu khas mesti dilayan istimewa."
"Maaf! Kami tak buat begitu."
AJK masam mencuka dan selepas itu sah-sah kami tak dapat lagi tawaran. Hahaha!
------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin isu tempat VIP ni remeh bagi orang lain tetapi ia amat besar bagi aku kerana ia mencerminkan wajah sebenar sesuatu sistem. Jika kita berbicara tentang "Ketuanan Rakyat" kita harus praktikkan tiada sempadan antara pemimpin dan rakyat. Inilah yang Rasulullah SAW amalkan dan dicontohi sahabat. Mereka duduk, makan minum, berbual dengan rakyat, berpakaian rakyat seolah-olah mereka semua sama taraf dan dalam keadaan tersebut karisma mereka tetap bergemerlapan. Bagaimana kalau rakyat tidak mahu menerima kunjungan ahli politik nanti sewaktu kempen pilihanraya kerana di rumah rakyat tiada tempat VIP?
Jadilah macam aku yang akan merampas kerusi VIP jika aku hadir dalam majlis-majlis tersebut. haha! Jika kalian semua ada ketika itu, ayuh kita sama-sama duduk di situ. Apa mereka nak kata?
11 comments:
kata kata bernas. saya sokong anda -gmo
Cantik contoh-contoh senario yang lu paparkan. Dan gua boleh relate directly dengan setiap point yang lu cakap tu.
Isu VIP ni, pernah diperbincangkan pada zaman Nabi. Baginda SAW hinggakan pernah ditegur oleh tuhan kita kerana lebihkan pembesar dari si orang buta.
Masyarakat moden menghalalkan benda ni dan melabelkannya sebagai 'edification'. Tujuannya nak kasi leader tu nampak gah agar kata-katanya ada leverage, mudah untuk kontrol organisasi.
Gua memang anti dengan benda ni sampaikan kadang-kadang gua mempersoalkan hak seorang bapak yang duduk kat tempat khas kat meja makan, contohnya...Benda ni memang ada dalam masyarakat kita.
Dan gua masih lagi anti, walaupun gua sendiri dah bergelar bapak.
gmo ni papagomo ke? kahkah! tq!
irwan - ye, kisah org buta tu...dan Rasulullah tak suka org salam cium tngn baginda. juga syeikh abdul Qadir al jilani yg buat2 sibuk ke dapur sewaktu pembesar negara mula masuk ke rumah melawat beliau utk mengelak dirinya tertunduk hormat kpd raja
btul2...nak hormat bleh, tp tak perlu la VIP ke IP address ke..tuk mereka yg berpangkat, berdarjat. lagi tinggi respek org jika mereka pandai merendah diri...
its a big deal..
like. buat mjlis buke pose utk ank yatim. tp anak yatim mkn bese tp yg beso2 ni mkn ape2 ta yg sedap. dlayan khelas lagi.
adakalanya perlu bertempat. selalulah belajar merendah diri..
Bhai...
Masa aku iring jenazah Dr Lo' Lo' ke kubur, aku jalan belakang jenazah...
Tetiba ada Mamat nie, pakai baju 'Bersih' minta aku ke tepi... bukan aku je, adalah beberapa orang lagi yang kena...
so, aku tengoklah kat belakang, ada kete ke, motor ke... rupanya ada Hadi dengan Salehuddin...
apa barang mamat nie... kalau berarak masa penamaan calun, aku fahamlah... ini tengah iring jenazah...
tapi lepas tu, Mamat yang duk arah ke tepi tu kena sound sebab they all nampak aku tunjuk muka tak puas hati (aku agaklah)... tak payahlah they all cakap... rupanya Mamat tu je yang terover membodek...
tu la asyik nak dilayan je org2 besar nie
salam bro
tapi blog bro vip pada gua
Bhai KS...
hahaha... VIP = Veri Impotent Pundek ... hahaha
Dalam masjid (Masjid Bandar Baru Ampang) pun ada tandas khas untuk VIP.. lagi celaka.! naper tak buat jer ruang solat khas utk VIP skali..!
anda dijemput ke
jimmy-asyraf.blogspot.com
Post a Comment