ramai orang persoalkan mengapa aku alu-alukan najib mansuhkan ISA kerana keikhlasan najib bagi mereka boleh dipertikaikan apatah lagi bakal menggubal dua akta baru. Kita jangan silap. Kita mesti berterima kasih kepada najib. soal kejujuran, nawaitu sukar ditentukan. apa kata kalau dia ikhlas?
namun begitu keikhlasan boleh diukur dengan tindakan. kawan-kawan membuktikan kepada aku keikhlasan najib diragui, kalau betul tutup segera kem kamunting. ini gula-gula PRU kata mereka.
Ya! Aku tahu, aku faham. Tapi satu perkara yang kita perlu faham dalam hal ini ialah akhirnya najib akur dengan perjuangan yang kita laung-laungkan. Kita kadang-kadang merasakan perjuangan kita benar. semua orang begitu kadang-kadang perasan yang diri mereka benar. tetapi apabila musuh yang kita tentang mengikut tuntutan kita ini bermakna kita diiktiraf. apa yang kta perjuangkan itu diakui musuh kebenarannya. seperti mahadey berundur sebelum PRU 2004. memang keikhlasannya diragui tetapi mahadey akur dengan tuntutan kita. soal mereka sengaja guna taktik itu untuk memperdayakan orang yang tak tahu adalah perkara lain. itu memang sifat mereka. putar belit.
lalu apa sekarang?
jika musuh sudah akur, tugas kita adalah meneruskan kempen menghumbankan mereka. kesilapan kita ialah kita gagal menggunakan kesempatan terbaik lalu peluang pun terlepas. kita hanya membebel-bebel saja. yang faham hanya faham sorang-sorang. SEBARKAN kebenaran perjuangan ini! Bukan duduk saja.
sebagai anak, kita mesti terus meyakinkan orang tua kita dengan cara yang lemah lembut agar berubah. Rasulullah saw terus memujuk Abi Talib sehingga saat-saat pamannya itu berhadapan sakaratulmaut. Dengan cara yang lembut. Soal gagal atau jaya perkara lain. Sepekan Taif menolak Rasulullah lalu Allah memujuk Muhammad agar teruskan perjuangan kerana itu tugasmu, hidayah aku yang tentukan. Kalua kita ketua keluarga didik anak isteri kita. Kelakarnya ada juga orang politik yang masih gagal mentarbiahkan isterinya sendiri. Nak pergi dengar ceramah pun takut bini dia marah. hahaha!
Terus tarbiyyah sehingga ke saat akhir bukan guna satu kaedah tak jalan terus berhenti. Nabi Noh terus mengajak anaknya naik bahtera tetapi anaknya tak mahu. Itu last punya usaha tu.
sebab perjuangan ini bukan untuk makhluk, perjuangan menegakkan kebenaran adalah tuntutan yang dipertanggungjawabkan.
berhenti persoalkan mat indera. Dia dah syahid.
Kita?
3 comments:
ni pasal isa n9 bagan pinang atau bloger ikut suka aku ( isa ).
Belum habis kelebek buku sejarah, dah puak-puak tu kena kelebek buku undang-undang pulak.
brutal dan anon;
gitulah gayenye :PP
Post a Comment