Tuesday, October 25, 2011

siri bercakap dengan Che'gubard..



Bangsar Foodcourt Nasi lemak Famous malam raya deepavali


maaf interbiu di tempat gelap tetapi jawapan cukup terang.

aku : Che'gubard (CB) ni sebok-sebok lancarkan jentera PRU di Rembau ni yakin ke jadi calon
situ? Sekali parti tak calonkan macamana?

CB : Kita teruskan buat kerja. Persoalannya sekarang regim yang mesti kita robohkan. Najib
akan buat PRU sebelum Suruhanjaya Pilihanraya buat kerja. Kita mesti robohkan regim.
Soal nak jadi calon ke, tawar diri bertanding ke ~ macamana kau masuk PRU dalam
keadaan 8 tuntutan Bersih2.0 tak dipenuhi? Bagaimana nak masuk dalam keadaan kita
akan ditipu?

aku : Jatuhkan regim, tak ke nampak percubaan CB ni bodoh?

CB : Aku cuba sekurang-kurangnya tapi masuk PRU dalam keadaan dah gerenti kalah adalah lebih bodoh.

aku : Jadi?

CB : SAMM (Solidariti Anak MUda Malaysia) sedang berbincang dengan pimpinan parti Pakatan Rakyat dan kita sedikit masa lagi akan menuntut agar Najib jika berani~ umumkan tarikh PRU. Kita akan tuntut ini dan jika dia berani dia akan umum dan kita galakkan semua rakyat menuntut ini. Lagi bagus kalau cakap dia pengecut jika tak umum.

aku : Apa cerita kes kau pada Pemilihan PKR hari tu?

CB : Takde apa.

aku : Ke mana hala tuju AMK? Mengapa ada Jingga 13 la, Road To pUtrajaya laa,...

CB : Maleh nak cito lah bang....

aku : ok ..ok... er sokongan anak muda terhadap SAMM?

CB : Alhamdulillah, kita ada rangkaian di seluruh negara. Paling kuat di Johor dan Sabah bang.

aku : Rock!

untuk baca lebih lanjut, sila ke blog Che'gubard di sini

- aku nak tanya apa pandangan dia ada orang parti dan dari AMK yang kata dia lone rangerlah atau dia buat benda ni jadi pecah-belahlah atau tindakan berani mati ni bahayalah nanti jadi macam Ezam.... aku rasa TAK RELEVAN. Akupun tau jawapannya. Kau pun boleh jawabkan?
- ada yang kata dia politisi bodoh , buku apa yang dia baca pasai revolusilah... macam-macam!

Blog KulupSakah pun tak suka tanya dan perkecilkan apa orang itu buat apa orang ini juang? Kulupsakah pun bukan kem mana-mana..bukan orang itu bukan pecacai orang ini. cuma aku boleh komen, "Che'gubard tak berhenti-henti kerja dari dulu sampai hari ini!"

Mungkin lepas ni KulupSakah akan pergi jumpa anak-anak muda yang lain untuk interbiu.
RUNTUHKAN REGIM!

Sunday, October 23, 2011

memahami perjuangan dan mengenali musuh.

nota sebelum baca:- maaf tajuk entry ini terlalu berat tapi isinya tidaklah begitu. Aku malas nak tulis berat-berta dan kupas teori itu ini. bukan siapa peduli pun.

Ramai orang mengaku berjuang. Menyertai parti politik saja dah mengaku berjuang. Tapi aku tidaklah memperkecilkan dan mempertikaikan mereka yang benar-benar berkorban untuk parti politik. Tidak. Cuma ada segelintir yang buat leceh.
Berjuang tak semesti menyertai parti. Ada yang bergerak sendiri, berkumpulan dalam satu gerakan~ menghasilkan sesuatu menentang kezaliman. Mereka ini jauh dari pengiktirafan. Sejak zaman berzaman lagi golongan seperti ini tak didendang. Yang diingat hanyalah pejuang politik kepartaian.
Tak nak bebel panjang, cuma aku lihat terlalu mudah istilah 'pejuang' tu dimainkan. Berjuang sebenarnya tidak senang dan kalau senang itu berpolitik namanya. Aku setuju dengan Khalid Jaafar yang menyebut "kebanyakan pejuang hak asasi berasal dari keluarga yang mak ayahnya kaya-kaya sebab tu mereka punya banyak masa mencerca sistem sedangkan orang miskin tak sempat kerana terpaksa bersaing mencari makan."
Ramai pejuang (sendiri iktiraf) asalnya dari pelajar-pelajar yang aktif berpersatuan semasa di pusat pengajian dan bila keluar menjadi setiausaha politik atau memegang jawatan mana-mana atau rapat dengan mana2 ahli politik. Mereka dapat laluan cantik dan tak susah sehingga bintang mereka menyinar naik satu demi satu anak tangga. Pintar teori itu ini dan jika ada sesiapa mempertikai, mereka akan bersilat kuntau menekan musuh dengan soalan "berapa banyak buku kau baca?"
Ada yang susah payah, benar-benar berjuang tapi tak berkeupayaan membodek dan dilihat 'tak pandai', dianaktirikan, dimatikan.
Oleh kerana puak yang disebutkan tadi itu tak pernah susah, maka ada yang matlamatnya hanya untuk nak jadi setpol atau kalau baik nasibnya dapat jadi YB. Menukar kerajaan atau tidak bukan suatu hal asalkan dapat jadi YB.

mengenal musuh
Dalam perjuangan yang paling penting mengenal benar-benar siapa musuh kita. Musuh hanya satu tetapi punya banyak topeng sehingga kita yang gagal faham dalam prnsip perjuangan akan terpedaya.
contoh ringkas tanpa perlu membebel teori itu ini atau petik ayat dan nas ini itu aku perturunkan:-

1) dalam isu Kg Bandar Dalam yang hendak dimajukan, seniman Siti zainon cukup membantah kerana itu adalah kampungnya, maka berkampunglah hari itu karyawan/seniman bersajak bernyanyi mengecam. Begitu juga isu bahasa. Tetapi dalam isu lain seperti mansuhkan I.S.A atau Bersih mereka tak mahu terlibat. Ini kerana mereka gagal melihat yang punca semua permasalahan ini adalah datang dari musuh yang satu tetapi topengnya banyak. Begitu juga NGO-Ngo seperti TEras dan lain-lain yang mneyertai HIMPUN kononnya ini isu Islam. Mereka lupa yang mainkan isu ini adalah golongan yang sama merembat harta kekayaan negara, menaikkan harga barang, menghina Islam dan menyuburkan rasuah hingga hutang negara hampir mencecah rm500bilion.

2) Golongan yang mengaku berjuang yang memekik-mekik menentang rasuah dan fitnah ini masih terus membeli akhbar arus perdana. "er..saya nak tengok sukan je,.." dan macam-macam alasan kepalapuki yang mereka berikan.
Seposen duit kamu sumbangkan beli akhbar seperti memberi mereka nyawa untuk terus memfitnah. Tak reti-reti lagi?

Sebab tu aku tak mahu berjuang, aku orang miskin. aku hanya pencinta keadilan.

Wednesday, October 19, 2011

lagu tiga kupang

ini status di fb aku:
Ronasina Kartunis siapakah burung hitam yang patuk batang hidung dayang dalam "Lagu Tiga Kupang"? Dan saku siapakah yang penuh padi? Dan kenapa bila padi masak burung nyanyi saja tentu sedap makan bagi pada raja? Kenapa Raja buat kira-kira dan suri makan roti gula? HAAAAIHHH??

maka mengomenlah akan sahabat-sahabat tentang lagu ini seperti di bawah:-

Zack Rahim Nanti lah, wa bwk isu Dayang Tepi Kolam ni ke Kongres nanti!
Hariyati Ahmad menarik tu..
Eiza Ibrahim Hahaha...kreatif sungguh penulis lirik itu...
Faszt Alin Adan Dan juga siapa pencipta lagu asal Sing A Song A Sixpense A Pocket Full Of Rye yg mana lagu ni berasal, DAN penterjemah lagu yg mengambil kesempatan ke atas lagu ni (atau mungkin penterjemah lagu sendiri tak perasan impak senikata lagu ni pada dekad 2010an??)
Nije Black ‎1 lagi lu tertinggal bro....siapakah 6 ekor burung masuk dalam kuali?
Raja Rohaisham Raja Muhaiddin burung hitam yg patuk batang hidung dayang tu rais yatim kot...
Raja buat kira-kira..aperr yg d kira2 derr.??4
Zack Rahim Sbnrnya, byk lg persoalan: 1. Apakah kuali yg digunakan utk masak 6 ekor burung itu kuali import? 2. Apkahkah tahap kebersihan dapur di pantau oleh JAIS? 3. Berapakah kos utk memulihkan hidung dayang yg dipatuk dan apakah K'jaan pusat yg menanggungnya? 4. Berapakah kerugian kepada hasil padi negara bila terdapat padi di dlm saku? 5. Kenapakah Jabatan Audit Negara membiarkan Raja buat kira2? Bukankah ia kerja Jabatan Akauntan Negara? 6. Apakah Kementerian Pengguna tahu bahawa gula diseludup ke istana? 7. Apakah tindakan Menteri Kebudayaan atas royalti kpd lagu yg burung nyanyi saja tu? 8. Apakah PM sedar bahawa lagu tiga kupang ni bukti bahawa rakyat dlm tahap miskin yg melampau? 3 kupang je!!! 9. Apakah Parlimen akan dibubarkan bila 6 ekor burung dah masuk dalam kuali?
Ronasina Kartunis mungkin 6 ekor burung tu bermaksud 6 kotak yg dibawa seekor burung masuk dlm kuali

korang macamana?

Tuesday, October 18, 2011

cis! derhakaulah kau hang sebat!

tiap-tiap tahun, time umno tercekik mulalah main isu raja, kononnya pembangkang derhaka dan biadap. di internet tersebarlah keratan2 akhbar lama yang memecahkan telur tembelang busuk dan pelir-pelir masam mereka. ini zaman lu tak leh kencing beb!
tengok!



juga pertama kali di blog aku pernah kami siarkan keratan-keratan ini dua tahun dulu... meh ulangsiar takut korang jenis mamak yang mudah nyanyuk..




selamat beramaaal!

Monday, October 17, 2011

hmmm...

aku tak sedar sewaktu mendukung annisa atau an-nur aku ada habit... dan habit ini tanpa dirancang telah dirakam melalui kamera oleh Sham dan juga kawan-kawan seperti Abah Anas, kak Nash atau A.z...
habit meletakkan hidung kat mereka)










Wednesday, October 12, 2011

di jalan ini...

hidup ini perlumbaan. siapa menang dialah juara. bukan soal cara tetapi soal matlamat. bukankah asal mula kehidupan itu dari sperma yang menang bertarung lalu bercantum ke ovum setelah beribu-ribu mati dalam peperangan?
Kemenangan adalah matlamat. Haiya'alal falah...

Lalu apa pilihan kita?
Hanya sekadar menjadi pemerhati apa yang terjadi? Merenung dari jauh dan diam sahaja?


Atau sama menyertai dalam menegakkan sesuatu yang kita percaya? Atau juga bersatu dengan sekutu yang bercita-cita merobohkan apa yang dibenci? Baik atau buruk, benar atau salah adalah mengikut kepercayaan kita sendiri. Percayakan bisikan nurani kerana nurani tak pernah berbohong.
... capailah kata setuju untuk terus bersama...
pulang dengan sejahtera, beradu dalam pelukan seribu bahagia...
Amin!

Tuesday, October 11, 2011

beginilah kalau banyak bini

aku kurang apdet blog sekarang ni sebab berblog buat masa ni kurang mengghairahkan, lambat inzal... blog ibarat orang tua yang kepingin dengan anak gadis sunti tetapi hakikatnya nak angkat lutut pun lemah.
tunggulah jika blog ini pakai jamu binari dan berseri aku akan kembali mengunjunginya seperti ladang-ladang.
aku sangat intim dengan bini-bini fb dan twitter la ni apatah lagi aku dah ada blekberi.
sesiapa yang rindu dengan aku yang best ni (uwek!) rajin2lah ke fb atau twitter.

* hari ni abang jamil ke rumah kak latifah, esok rumah no2, lusa rumah saya, tulat rumah kak latifah semula, begitulah bergilir2 sampai abang jamil mamposss...

Friday, October 7, 2011

malam jumaat

(dah final...)

Aku masih tercari-cari mana kuletakkan seliparku tadi ketika semua lebih kurang empat belas jemaah surau kampung Bintang melangkah pulang.
"Rasanya di tangga depan kolah tadi." getusku.
Setelah berkelintau lebih sepuluh minit baru aku terjumpa selipar ayamku tercogok di tempat yang aku fikirkan tadi.
Pelik! dah banyak kali aku tinjau di situ tak nampak pula. Peh! Malam ni malam Jumaat... baru lepas baca Yassin.
Ketika hendak menyarungkan selipar dan menekan alat kawalan jauh pintu kereta, aku perasan ada kelibat seseorang di serambi surau dan aku rasa tertarik.
"Tak balik lagi Ayah?" tegurku.
Lelaki itu yang dalam samar lampu surau seakan dalam usia tujuh puluhan tetapi nampak sihat menganggukkan kepala. Aku mendekatinya.
"Tidur sinikah?" tanyaku.
"Ya... tidur di mana-mana untuk merehatkan jasad tetapi rohani terus jaga." jawabnya.

Wah! Menarik ni...
"Saya KulupSakah, sekadar singgah je di sini, nak balik Kajang ni..." memperkenalkan diri.
Dia menghulurkan salam.
"Hang Tuah..." jawabnya tenang.
Bulu romaku meremang....
Tubuhnya tidaklah tegap sasa seperti yang diomongkan selama ini tetapi aku dapat rasakan kekentalan tangannya sewaktu bersalam. Rambutnya pendek sahaja persis wajah Mat Kilau yang pernah aku lihat fotonya. Atau orang gila mengaku Hang Tuah.
"Ohoh! Di Sayong kampung saya pun memang ada sebuah keluarga yang bapanya beri nama Hang Lima Bersaudara dan kebetulan anak lelakinya memang lima. Tapi tak mungkin ayah ni Hang Tuah yang sebenarnyakan? Hehe!" selorohku.
Dia tersenyum tenang. Jelas dalam samar-samar lampu jalan wajahnya memang nampak jantan.
"Ayah nak ke mana sebenarnya?" tanyaku.
"Tak ke mana-mana, di sini juga. Di alam ini. Wujudnya kita maujudnya di alam ini. Tiada alam lain yang dapat dizahirkan kemaujudan kita."
Ah!...
"Oh! Memang penduduk tetap kampung nilah...saya fikir musafir tadi.."
"Ya, penduduk tetap alam saghir dan alam kabir tetapi musafir dalam perjalanan pulang ke wajibul wujud."
"Apakah ayah menghilang setelah gagal meminang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan dulu masuk ke dunia sufi?" tanyaku.
Dia memandangku seolah-olah aku...seolah-olah aku tak tahu apa yang diolah-olahkan. Mulutnya terkumat-kamit tetapi tidak kedengaran suara.
Aku berasa tidak selesa. Bila teringat Hang Tuah aku teringat kata-kata keramat "Ta' Melayu Hilang di Dunia" yang diungkapkannya.
"Ya!" Tiba-tiba dia bersuara. "Maksud Melayu itu~ sebenarnya sebuah bangsa yang gagah sehingga bisa 'melayukan' apa saja yang dipegangnya. dalam lembut ada gagahnya. Dalam tolak ansur ada tegasnya.

Dia membuat aku kagum. Fikiranku melayang memikirkan kehebatan Hant Tuah dahulunya dan...
PAPPP!!!
Adoi..!!

"Apa entry lu ni brader? Surreal sangatlat, apa lu cuba sampaikan ni?"
"er..."
"Dahlah....tak best gua rasalah bro... lu apahal, tumpul je la ni?"

Ya...
cerita ini akan aku habiskan dalam sebuah buku yang akan diterbitkan satu hari nanti sama ada aku hidup atau udah pulang menunggaling kawulo gusti

Wednesday, October 5, 2011

kami maun yang terkena taun

sampai bila kita mesti kena dengar lagi hasil karya karyawan dicilok oleh produksi gergasi?
atau karya kita digelapkan dan orang lain mengaku itu mereka punya hanya kerana mereka ada uang untuk merealisasikannya?

Ini berlaku kepada seorang kawan yang bernama besar tetapi sederhana telah dicilok karyanya oleh produksi besar dan mengenepikan beliau.

aku juga pernah penat-penat mengarang dan melukis bersama kawan-kawan tetapi digelapkan dan dilupakan kerana aku cokia.

kerana aku maun, anak isteriku maun,
kami sarapan gonggok,
makan tengahari rumput,
minum embun,
makan malam kotak-kotak.

kami maun,
maunkan kami.
kami seronok menjadi maun.
hantarlah rumput kering kepada kami kerana kami sangat bahagia menelannya.
sekian!

Tuesday, October 4, 2011

reformati aku

reformasi untuk aku adalah perubahan yang aku juang dan aku tuntut:-
TIDAK PERLU ORANG LAIN MENENTUKAN APA YANG KITA PERLU BUAT
ia termasuk
LELAKI BERAMBUT PANJANG BUKAN SATU MASALAH YANG SANGAT BESAR, asalkan mampu berfikir dan memberi buah fikiran yang baik dan berguna.
KOT, TALI LEHER, BAJU BATIK entah orang gila mana mengiktiraf benda-benda ini sebagai pakaian rasmi yang dimasukkan dalam kod etika berpakaian. Pakaian biarlah menampakkan kewarasa dan kemuliaan sebagai insan.
MENGHAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT KHAS VIP ~ PARKING KERETA, LALUAN, TEMPAT DUDUK DAN SEBAGAINYA.
skeptikal terhadap orang muda. Orang muda merempit masuk semak dipanggil maksiat tapi orang tua berlonggok depan kedai nombor, masuk hotel mengongkek atau beromen dengan GRO tak de apa. Khutbah Jumaat selalu bedal orang muda, orang tua takde apa.
KEBEBASAN BEREKSPRESI DALAM KARYA
seniman bebas melahirkan idea melalui karyanya dan di dalam karyanya itu ada idea yang diketengahkan untuk dibincangkan bukannya diharamkan.

dan...
KARYAWAN BUKAN MAUN, makan daun-daun atau masak pasir, berlauk batu, berkuah limbah untuk anak bini.
aku benci dengar dan alami hasil kerja dikira amal jariah je sedang orang tengah menyedut hasil.
ini perlu REFORMASI sebelum kau aku kasi MATI!