Sunday, October 23, 2011

memahami perjuangan dan mengenali musuh.

nota sebelum baca:- maaf tajuk entry ini terlalu berat tapi isinya tidaklah begitu. Aku malas nak tulis berat-berta dan kupas teori itu ini. bukan siapa peduli pun.

Ramai orang mengaku berjuang. Menyertai parti politik saja dah mengaku berjuang. Tapi aku tidaklah memperkecilkan dan mempertikaikan mereka yang benar-benar berkorban untuk parti politik. Tidak. Cuma ada segelintir yang buat leceh.
Berjuang tak semesti menyertai parti. Ada yang bergerak sendiri, berkumpulan dalam satu gerakan~ menghasilkan sesuatu menentang kezaliman. Mereka ini jauh dari pengiktirafan. Sejak zaman berzaman lagi golongan seperti ini tak didendang. Yang diingat hanyalah pejuang politik kepartaian.
Tak nak bebel panjang, cuma aku lihat terlalu mudah istilah 'pejuang' tu dimainkan. Berjuang sebenarnya tidak senang dan kalau senang itu berpolitik namanya. Aku setuju dengan Khalid Jaafar yang menyebut "kebanyakan pejuang hak asasi berasal dari keluarga yang mak ayahnya kaya-kaya sebab tu mereka punya banyak masa mencerca sistem sedangkan orang miskin tak sempat kerana terpaksa bersaing mencari makan."
Ramai pejuang (sendiri iktiraf) asalnya dari pelajar-pelajar yang aktif berpersatuan semasa di pusat pengajian dan bila keluar menjadi setiausaha politik atau memegang jawatan mana-mana atau rapat dengan mana2 ahli politik. Mereka dapat laluan cantik dan tak susah sehingga bintang mereka menyinar naik satu demi satu anak tangga. Pintar teori itu ini dan jika ada sesiapa mempertikai, mereka akan bersilat kuntau menekan musuh dengan soalan "berapa banyak buku kau baca?"
Ada yang susah payah, benar-benar berjuang tapi tak berkeupayaan membodek dan dilihat 'tak pandai', dianaktirikan, dimatikan.
Oleh kerana puak yang disebutkan tadi itu tak pernah susah, maka ada yang matlamatnya hanya untuk nak jadi setpol atau kalau baik nasibnya dapat jadi YB. Menukar kerajaan atau tidak bukan suatu hal asalkan dapat jadi YB.

mengenal musuh
Dalam perjuangan yang paling penting mengenal benar-benar siapa musuh kita. Musuh hanya satu tetapi punya banyak topeng sehingga kita yang gagal faham dalam prnsip perjuangan akan terpedaya.
contoh ringkas tanpa perlu membebel teori itu ini atau petik ayat dan nas ini itu aku perturunkan:-

1) dalam isu Kg Bandar Dalam yang hendak dimajukan, seniman Siti zainon cukup membantah kerana itu adalah kampungnya, maka berkampunglah hari itu karyawan/seniman bersajak bernyanyi mengecam. Begitu juga isu bahasa. Tetapi dalam isu lain seperti mansuhkan I.S.A atau Bersih mereka tak mahu terlibat. Ini kerana mereka gagal melihat yang punca semua permasalahan ini adalah datang dari musuh yang satu tetapi topengnya banyak. Begitu juga NGO-Ngo seperti TEras dan lain-lain yang mneyertai HIMPUN kononnya ini isu Islam. Mereka lupa yang mainkan isu ini adalah golongan yang sama merembat harta kekayaan negara, menaikkan harga barang, menghina Islam dan menyuburkan rasuah hingga hutang negara hampir mencecah rm500bilion.

2) Golongan yang mengaku berjuang yang memekik-mekik menentang rasuah dan fitnah ini masih terus membeli akhbar arus perdana. "er..saya nak tengok sukan je,.." dan macam-macam alasan kepalapuki yang mereka berikan.
Seposen duit kamu sumbangkan beli akhbar seperti memberi mereka nyawa untuk terus memfitnah. Tak reti-reti lagi?

Sebab tu aku tak mahu berjuang, aku orang miskin. aku hanya pencinta keadilan.

6 comments:

Anonymous said...

MORAL .....
RABA TETEK!!!!! ..apa sudah jadi.. ketagih sgt ka ? nak nafikan lagi ... moral moral moral...
Pakatan reput semua gila seks... Aljuburi ~ Mat Ala Sapu ~ Anak EngSiyal....
Saperti kata kepala kulup :: "Memahami Perjuangan Seks dan Mengenali Kenikmatannya"

kulupSakah said...

laa...lama cuti komen? duit baru masyuk ke?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...
This comment has been removed by the author.
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

isu orang meraba ni lebeh besar ke dari membodohkan bangsa?

Anonymous said...

Bro kulup,

1.Aku Setujuuu sangatttttt apa yang tersirat.

2.tapi statement "Memperjuangkan keadilan" dengan meruntuhkan regim bersama puak2x politikus???

3.bro aku cadangkan ko bagi tau bini ko, ko nak kahwin lagi satu menjadi 2 bini atau 3 atau 4..ikut sunnah nabi dengan syarat mampu berlaku adil dan mampu hidup bahagia...

3. Alah bro..aku percaya jika kita memperjuangkan keadlian..maka kita sendiri pun mesti boleh berlaku adil.kalo kita mampu untuk mengejar kebahagian hidup dengan cara kita, tak kan kita tak boleh memberi kebahagian kepada keluarga kita dan keluarga bini baru no2,3 & 4...

4.Itu simbolik bro, kalo kita tuntut keadilan dengan menjatuhkan regim, baik bro fikir balik sebab keadilan tidak ada kesudahan selagi tak kiamat kerana yang memimpin regim adalah manusia.Selagi nama manusia selagi tu tak mampu berlaku adil dan tidak akan dapat membahagiakan hidup semua orang.ini falsafah bro..tahap langit ketujuh..

5.Berfikir guna akal dan hati..Al-Quran penuh dengan tersirat yang boleh dilihat dengan sudut paling dalam bagaimana Allah mengatur kehidupan manusia dengan berlandaskan undang-undang Al-Quran beserta panduan sunnah.

6.jangan tertipu dengan mainan duniawi dan muslihat.kerana asas kejadian manusia semenjak dari zaman Nabi adam dan hawa manusia diturunkan kemuka bumi..tak pernah berlakunya keadilan dan kebahagian sejati. Nabi Muhammad nabi akhir zaman dilahirkan dan membawa pedoman kepada kehidupan manusia berpandukan Al-Quran juga tidak dapat memberi keadilan dan kebahagian mutlak kepada seluruh manusia yang berbilang agama serta bangsa..Namun melalui Rasullulah dan Al-Quran juga kita dapat hidup kehari ni dan adakah Al-Quran yang menjadi peninggalannya kepada kita dipatuhi keseluruhanya terutama diseluruh benua Islam???

7.Jika Bro dapat hayati sirah tersebut, tiada yang akan adil dan bahagia hidup didunia melainkan kita beriman kepada Allah dan berjuang berlandaskan Al-Quran.Keadlian hanya akan diperolehi jika kita melaksanakan perintah Allah dan Agama Islam dan Hanya Allah sahaja yang berlaku adil pada umatnya (bukan manusia yang boleh adil) dan balasan yang adil hanya akan diperolehi diakhirat nanti..

8.Boleh faham bro??cuba cermin diri kita dulu adakah kita telah melakukannya??bolehkah kita sendiri adil dengan kehiudpan kita..adakah kita telah mengecapi kebahagian hakiki???

9.Kesimpulannya-siapa pun 'regim'nya..itu semua hanya lakonan sahaja..jangan tertipu..keadilan dan kebahagian abadi hanya Allah sahaja yang boleh memberinya diakhirat nanti..Nik aziz,DSAI,Lim Guan Eng,Chegu Bad,Najib,Rosmah,TPM..jangan lah bro harapkannya...tengok guna mata akal dan hatilah keadaan mereka tu semua..sendiri mau ingat..

ini juga menjadi renungan kepada diri aku sendiri-perjuangan ku..

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa.

Anonymous said...

brutal solo .. sebab itu orang jenis kamu menghalalkan semua cara. meraba adalah Moral .. satu sikap AKAL yg sudah mati.. brsengkongkol dgn manusia gila seks sesama jenis.
Brutal Solo .. anda sebenarnya belum matang utk menilai yg mana satu Moral dan Akhlak yg baek.