Wednesday, January 11, 2012

Nak tulis apa?

Susah juga aku nak apdet blog akhir-akhir ni, tiba-tiba tergerak hari ini walaupun sebelum ini dah taip tapi tersimpan di draft aja....rupanya hari ni 3minggu genap pemergian Annisa. Apakah semangat aku masih dipengaruhi arwah? Tapi misterinya kami masih 'rasa' dia ada walaupun dia sudah menyatu. Di sebalik kerinduan akan kehilangan, tersimpul satu perasaan aneh yang bahagia manna dari Yang Maha Esa. Tiada apa yang menarik sangat untuk ditulis selain beberapa peristiwa berlaku seminggu ini. Kisah politik tanahair, wajah-wajah politikus, mat enterframe, mat oportunis....juga dua sukarelawan Hope2Walk - Bonai dan Kecik ditangkap bersama Diqin kerana kononnya menconteng dinding "TTR 709".

Beberapa perkara menarik sepanjang kempen ini ialah ada sms dari seorang pelajar yang menyentuh perasaan- "saya baru selesai SPM, saya derma RM10 semoga anak abang dan kakak selamat. Doakan saya lulus SPM cemerlang"

Tentang 5 minit sebaik saja Annisa meninggal dunia, polis yang entah macamana boleh tahu tiba2 telefon dan menawarkan bantuan.
Aku masih lagi terkejut dan mengakui kebesaran Dia yang menitipkan jiwa-jiwa pemurah yang entah dari mana tiba-tiba menawarkan diri membantu dengan wang, tenaga dan bermacam usaha.
Mereka bukan ahli politik yang cakap saja lebih....

3 comments:

Anonymous said...

Ahli politik bercakap bagai nak RAK dunia.. semata2 utk kepentingan peribadi.. Bila kita yg berusaha utk naikkan mereka .. tiba2 mereka lupa bahawa yg menolong dan menyokong mereka itu sebenarnya lebih ssah dari mereka yg sering dituduh di aniaya..

jika di IMBAS balik .. apa kah sumbangan mereka terhadap aku selama ini ????????

Irwan said...

a) At least lu dah ada jugak bekalan air kat mahsyar nantik. Syukurlah..

b) Politician Malaysia mmg terer bcakap. Samalah dengan kita yang terer mengomen

c) Annur apacer? Post latest pix please!

;)

Anonymous said...

kita mengomen pun ada kebenaran nya.. Apa perlu kita snjung pemimpin yg rendah akhlaknya .. apa perlu kita sanjung pemimpin yg sering keluar negara memburukkan negara sendiri..apa perlu kita angkat martabatnya kalau dia sering ditipu .. pembohong .. bercakap putar alam dan cakap x serupa bikin.. Sedarkah anda ... bahawa anda di LEMBUkan pemimpin ini....