Wednesday, February 15, 2012

Di bumi Mao

Selepas puas berpeluk-pelukan, menangis dan ketawa girang- walaupun ada yang cuba tak nak menangis tetapi gagal, kami meninggalkan KLIA menuju Beijing pada jam 12.40 malam 14 februari.
Aku bertahan untuk tidak mempamerkan kesedihan. An-Nur meragam sedikit di dalam kapalterbang, letih agaknya. 
Aku, Sham dan Ki- penterjemah yang mengiringi kami tidak tidur sangat di dalam penerbangan selama 6 jam itu.
Aku berada di dalam mood nostalgia- menyusuri kembali memori permulaan usaha kempen Hope2Walk ini. Team Hope2walk memang terasa seperti bermimpi kerana tup-tup kami dah nak pergi. 
Wajah gembira berbaur puas dan sedih menyelubungi abang Hasan Suyut, kak Nashita, Umi Zumrah. Mereka akan terus berusaha di Malaysia kerana dana masih diperlukan. Faizal Riduan menghubungi media untuk membuat liputan, krew MHI sudah sedia ikut dari rumah kami dan RTM serta Harian Metro menunggu di airport.
Kehadiran kakak dan adik aku sekeluarga aku hargai dan usaha adik beradik Sham mengemas, menguruskan hal-hal di rumah serta urusan itu ini yang kami bengong dan buntu mereka bereskan. 
Terima kasih kak Andak, Izan dan Atam serta keluarga mereka. Kami terhutang budi. Doa dibacakan oleh Anas Latif sebelum bertolak ke KLIA. Sham terasa syahdu dan menangis.
Di airport selain team hope2walk, kaum keluarga Sham dan aku, turut terharu dengan teman-teman. 
Keluarga baru aku Wan Ruzaini dan isteri Ghazirah bersama dua anak dan seorang teman Fazira, geng RIMbabara yang kool, kawan sekolah Azura, Alia, Liza yang sama membesar, kak Yus SK, Rozan AMK, Farisya Syukor, Ammar editor Jalantelawi.com, Awang,Izmil dan ahhhhh....nanti kalau aku ingat aku update...

bersama 'anakanda' Izmil dan dua adik kesayangan - najwan dan puspa


6,30 pagi waktu Malaysia adalah sama 6.30 pagi di Beijing. Sama waktu.

Zhang, wanita yang bekerja di bahagian pentadbiran Hospital Erkang menunggu dengan memegang kertas bertulis Hope2walk. Dia boleh berbahasa Inggeris sedikit dan urusan emel selama ini melaluinya.
Pesan doktor An-Nur, Dr Goh dari Hospital Serdang minggu lepas terngiang mengenai "orang cina di China lima kali lebih jahat dari cina Malaysia".

Kami gopoh beli simcard di airport dengan harga yang mahal tapi pakejnya baik, kononnya. Tau-tau tak sampai lima panggilan ke Malaysia dah habis....baru An-Nur call Asiah...


Perjalanan 40 minit waktu pagi sedikit sesak tapi jalannya besar. Kami tertidur sekejap. Wow! Hampir 40 km tiada TOL. Kuala alumpur?

Kah kah... (bersambung)

8 comments:

nurmisnan said...

Alhamdulilla.. selamat sampai sudah ke China.
Kami doakan yang terbaek utk kamu sekeluarga.. mudah2an semuanya dipermudahkan dan selamat semuanya..

nurmisnan said...

Alhamdulilla.. selamat sampai sudah ke China.
Kami doakan yang terbaek utk kamu sekeluarga.. mudah2an semuanya dipermudahkan dan selamat semuanya..

Unknown said...

Doakan selamat,selamat dan selamat semuanya. Insya Allah.

Ada pak Din hantar msg melalui tel. Tapi tak ada jawab. Mungkin dah tukar nombor kot?

gmo said...

interesting article. hope to hear from you more. eager to know ur daughter latest improvement. hope u have time to write. i have nothing to give to your family but only my prayers. hope you all come back with success.

Cikli said...

semoga selamat dan dipermudahkan Allah segala urusan.

Unknown said...

Dear Abang Fandi dan kak Sham.Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan.Insyallah.
Take care :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
moga segalaurusan di permudahkan

Anonymous said...

Bro,

1.Semoga selamat dan dipermudahkan segalanya.

2.aku tumpang bangga dan terharu atas kecekalan dan pengorbanan untuk anak dan keluarga.

3.'Orang cina 'china' 5 kali lebih jahat dari cina Malaysia???

4.Tak ada tol?jalannya besar berbanding dengan Malaysia??

5.Rasailah dan laluilah pengalaman itu bro.pasti engkau akan menilainya dengan tulus hati..

6.Aku cadangkan engkau juga boleh cuba bekerja p.time disana bagi menampung duit poket..cubalah sambil uruskan anak.kerana jika dimalaysia engkau boleh lakukanya..kenapa di china tidak..

7.ohh ya jangan lupa kata orang Hujan emas dinegeri orang hujan batu negeri sendiri. lebih baik negeri sendiri..

8.Aku pun tak paham dan kurang pengalaman..mungkin engkau akan melaluinya..

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa