Tuesday, February 7, 2012

Lapanharibulandua- hari ini dan sebelas tahun dulu

Annisa, buat apa tu? wah... Mari sini dengar babah nak cerita sekejap. Ingat hari ini? 8 februari sebelas tahun dulu kau muncul ke dunia setelah 9 bulan kami menunggumu penuh teka-teki. Bagaimana rupamu? Apa jantinamu....di situlah jelas tiada daya upaya kita meneka.
Sungguh,
Sewaktu aku menatangmu kali pertama, melafazkan seruan di telinga kirimu dan matamu terbuka mendengar suara babahmu yang memang merdu...waktu itu 6.30 petang- sebesar hama pun aku tak pernah menyangka yang aku akan menatangmu sekali lagi pada 22 Disember 2011 untuk menghantarmu pulang...
Ingat sebelas tahun dulu kita ke mana saja bersama...ingat kau pernah melafazkan "Allahu akbar!" walhal kau tidak pernah menyebut apa perkataan pun yang difahami orang lain dan aku tkejut waktu itu...
Huh Annisa...aku tak boleh tandingi kekuatanmu...aku akur...
Hari ini jika kau masih di sini kau sudah sebelas tahun, tapi kau sudah di situ. Oooooo seronok ya?
An-nur sekarang cuba menyesuaikan diri tanpa kakak. Tapi dia sudah pandai makan makanan yang berat kau tahu?
Kalau takde aral, An-nur akan ke China 2 minggu lagi. Padan muka kakak tak dapat ikut...haha!
Doakan kami berjaya okey?
Kirim salam kat kawan-kawan. Jangan nakal-nakal.
Selamat hari jadi!

7 comments:

C++ said...

Selamat Hari Jadi Annisa... semoga berbahagia disana...

Jumpa lagie yer...

P.E.C.A.H.R.U.Y.U.N.G said...

selamat hari jadi sayang!

Roti Kacang Merah said...

selamat hari lahir, Kakak Sayang!!

mandai lah Babah ni...sapa kata Kakak tak boleh ikut ke China! Kan Kakak sentiasa ikut di hati & fikiran Babah, Mama & adik?? :-D

Ya Kakak, CheLin sendiri tengok betapa banyak Adik makan makanan berat masa Bonanza Amal tempohari! Alhamdulillah!

Irwan said...

Let it go, Lup...

Let it go..

Anonymous said...

Yeah..hepi besday anissa..selamanya berjuang..

Anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa

Anonymous said...

Antara tulisan buat anak yang paling ikhlas pernah aku baca.. :(

Anonymous said...

bape hoodie
golden goose
kyrie 9
kyrie 6
off white
bape clothing
fear of god
kyrie 7 shoes
off white
golden goose